Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kita sudah biasa mendengar istilah bahasa baku. Perkataan ini sering kali digunakan atau disebut sama ada di sekolah-sekolah, pejabat kerajaan, universiti dan sebagainya. kata baku telah terdapat dalam kamus Melayu lebih kurang setengah abad lalu. Walau bagaimanapun, istilah tersebut menjadi popular apabila kerajaan memutuskan pengajaran dan penggunaan sebutan baku yang berasaskan keselarasan antara ejaan dengan sebutan pada tahun 1988, bersempena dengan pelaksaan Kurikulum Bersepadu. Oleh itu, bahasa baku sering kali menjadi pendebatan dalam kalangan pencinta-pencinta bahasa terutama dalam sebutan bahasa baku. Masyarakat sering kali mempertikaikan bahawa bahasa baku sama seperti bahasa Indonesia. Namun, masyarakat tidak menyedari bahawa bahasa baku telah lama diamalkan. bahasa Melayu baku telah mempunyai asas sejak berabad-abad yang silam. Bahasa Melayu telah memiliki tradisi yang teguh dalam hal sistem dan strukturnya. Sistem bahasa yang lahir daripada tradisi itulah yang kita sebut tatabahasa. tatabahasa itulah yang menjadi asas bahasa baku.. 1 1.Awang Sariyan. 2005, Tuntutan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar, PJ Parson Malaysia Sdn. Bhd ; ms 177 Justeru, bahasa baku banyak digunakan dalam situasi yang rasmi, manakala dalam situasi yangtidak rasmi tidaklah terlalu dituntut untuk bahasa baku. Oleh itu, tugasan ini meninjau tentang takrif atau maksud bahasa, pembakuan bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa baku, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa baku, sebutan bahasa baku dan usaha-usaha pembakuan bahasa Melayu. Dengan meninjau tentang bahasa baku, kita boleh melihat tentang perkembangan bahasa baku. Hal ini disebabkan bahasa baku lazimnya ditutur semasa urusan rasmi kerja.

Anda mungkin juga menyukai