Anda di halaman 1dari 3

-

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI

BAHASA MELAYU KOMINIKASI

_____________________________________________

NAMA

: MUHAMMAD ZAKI BIN MASTUKI

PENSYARAH : PN RABAISHAH BINTI AZIRUN KELAS : BT 1.05

Fungsi dan peranan Bahasa Melayu

a) Bahasa pengantar

Bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956, menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.Sehingga kini,bahasa Melayu bukan sahaja memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi digunakan sepenuhnya di institusi pendidikan termasuk di institusi pengajian tinggi.Ini terbukti dengan wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berperanan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

b) Bahasa ilmu Bahasa Melayu mempunyai kosa kata dan istilah yang semakin berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu.Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu.Hari ini banyak kajian yang dibuat supaya bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai bahasa ilmu.Ia dapat dilihat sejauh mana bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa pembelajaran dalam konteks sistem pelajaran.Kajian ini seterusnya menjelaskan bahasa Melayu sebagai bahasa yang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu termasuk sains dan teknologi serta peranannya dalam mendukung ilmu pemikiran bangsa.Bahasa Melayu juga perlu bersaing dengan bahasabahasa lain dalam menghadapi cabaran arus ledakan maklumat pada masa kini.Harapan pengkaji supaya bahasa Melayu sebenarnya harus dijadikan bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun.

c) Bahasa Komunikasi Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana dalam proses penyampaian maklumat,perasaan,dan fikiran. Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal atau formal seperti ucapan, persidangan, seminar forum dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai