Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAAN PEMBELIAN KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN DESA BAIDURI. 1.

0 PENDAHULUAN Pasukan Kompang sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 untuk menyertai pertandingan kompang formasi yang dianjurkan oleh PPD, Jabatan Pelajaran Negeri malahan hingga ke peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada awal penyertaan pasukan sekolah telah menunjuk kebolehan dengan mencapai kejayaan hingga ke peringkat negeri. Rentetan semangan juang yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid pada tahun berikutnya iaitu 2006 pasukan kompang sekolah ini telah mencapat kejayaan cemerlang dengan mendapat johan diperingkat daerah dan layak menyertai pertandingan peringkat negeri. Hal ini telah menaikkan semangat pasukan kompang dan jurulatihnya untuk menyertai pertandingan kompang formasi ini setiap tahun. Namun begitu keputusan pertandingan untuk tahun-tahun seterusnya hanya sampai ke peringkat daerah dan negeri sahaja. Hasil rumusan, pihak sekolah mendapati kekalahan pasukan kompang ini ada kemungkinan disebabkan kompang yang rosak dan agak uzur. Di samping itu pasukan kompang juga berjaya menarik minat ramai murid untuk mendalami teknik dan kaedah paluan kompang yang betul. Ini membuatkan kemudahan kompang sedia ada tidak mencukupi. Oleh itu kami amat memerlukan kompang yang lebih baik dan mencukupi untuk murid-murid membuat latihan bagi mencemerlangkan semula pasukan kompang sekolah ini. 2.0 2.1 2.2 2.3 OBJEKTIF Dapat mewujudkan sebuah pasukan kompang yang mantap Pelajar-pelajar dapat mempelajari sebahagian alat muzik tradisional melayu di sekolah dengan lebih menyeluruh. Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain kompang

2.4 2.5 2.6

dengan betul dan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi. Dapat mewujudkan sekolah berwatak melalui pasukan kompang formasi. Pihak sekolah tidak perlu lagi meminjam kompang dari sekolah lain, yang boleh menimbulkan banyak masalah. SK Desa Baiduri telah menjadi sekolah target pihak PPD dan JPN untuk menangi kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2012 RASIONAL Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik terutama dalam paluan kompang. Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akedamik. Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan yang dianjurkan. Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri merupakan pasukan yang menjadi target PPD dan JPN untuk menaikan nama daerah dan negeri Selangor di peringkat kebangsaan memandangkan murid-muridnya berpotensi dan sering dijemput untuk majlis-majlis dan upacara-upacara yang tertentu, jadi adalah wajar pasukan ini diberi kelengkapan yang secukupnya untuk memberi khidmat yang terbaik. PENCAPAIAN TERDAHULU TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Target 2011 ZON Johan Johan Johan PENCAPAIAN DAERAH NEGERI KEBANGSA AN

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4

4.0

Johan Naib Johan Johan Johan Keempat Johan Naib Johan Johan Ketiga Ke tiga Tiada pertandingan dianjurkan Johan Johan Ketiga

5.0

ANGGARAN PERUNTUKAN DIPERLUKAN

5.1 6.0

40 unit kompang X RM 75 ( seunit ) = RM 3000.00

PEMBEKAL 6.1 Syarikat Kompang : Warisan Seni Haji Kasim Enterprise Jalan Masjid, KM 16 Kampung Pulai, 77300 Merlimau, Melaka Tel : 06 2610835, 06261 6672 Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurang sebulan awal dari tarikh yang diperlukan.

7.0

PENUTUP Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu pasukan kompang formasi sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini, pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat kebangsaan.

Disediakan oleh: Unit Kokurikulum SKDB

Anda mungkin juga menyukai