Anda di halaman 1dari 19

Rasulullah SAW sebagai role model dalam konteks penghayatan Islam Hadhari. Bincangkan.

DISEDIAKAN OLEH ROYSON A/L RAJIMAND 1 PISMP PRASEKOLAH

Biodata Rasulullah SAW


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Pada usia 5 tahun, peristiwa pembelahan dada rasullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagaian syaitan yang wujud di dalamnya.

Pada usia remaja (14-15 tahun)-Terlibat dalam peperangan Fijar.


Ketika berusia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan barang dagangannya ke Syam Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1-5
Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun, setelah 23 tahun

menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah)

PERLEMBAGAAN MADINAH
Piagam Madinah/Sahifah Madinah - sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad (saw) pada 622 M, berpandukan wahyu Allah. Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya.

Asas kerajaan moden yang terdapat dalam Piagam Madinah.

Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan

Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.


Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan. Pernyataan Dasar Perjanjian Perdamaian.

Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .


Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri. Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.

Dasar Berkaitan Keamanan Negara

ISLAM HADHARI
Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud yang

bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun


Bahasa Inggeris disebut sebagai Civilizational Islam,

Bahasa Arab sebagai Al-Islam al-Hadhari. Takrif Islam- Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam

Prinsip Islam Hadhari


Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI Kerajaan adil dan beramanah Rakyat berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Keutuhan budaya dan moral Pemeliharaan alam semula jadi Kekuatan pertahanan

Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI


Umat islam hendaklah mengamal serta menunjukkan kemurniaan ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. contoh : - sembayang 5 kali sehari - berpuasa Hak kebebasan beragama

Memperkukuh Rukun Negara serta Wawasan 2020.


Membina sebuah negara/masyarakat yang mengikat dua ciri iaitu sebuah negara/masyarakat madani (kemanusiaan) dan umrani (fizikal atau material) prinsip Islam Hadhari mengukuh dan memastikan nilai dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020 Akhlak, etika dan moral dalam pendekatan Islam Hadhari adalah asas.

Kerajaan adil dan beramanah


Pelaksanaan keadilan tidak melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa dan kedudukan, miskin ataupun kaya, atau perbezaan agama. Nilai dan ciri yang dapat dibangunkan ialah pentadbiran yang adil bagi semua rakyat, tadbir urus yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab serta kebajikan rakyat terpelihara dan berjimat cermat mengelak pembaziran

Rakyat berjiwa merdeka


Bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah SWT semata-mata dan kepada Rasul-Nya Masyarakat yang kreatif dan inovatif Perlu konsisten dalam menghadapi apa jua cabaran dari dalam dan luar Tidak taksub dengan budaya dan tradisi lama yang bertentangan dengan nilai-nilai tamadun yang luhur

Penguasaan ilmu pengetahuan


Tujuan penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa.

Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif


Membangunkan kekuatan ekonomi merupakan suatu tuntutan fardhu kifayah, serta memenuhi konsep jihad. Ekonomi sesuatu ummah dan kekukuhannya merupakan tunggak dalam Islam. Sistem ekonomi Islam menolak sebarang unsurunsur ketidakadilan, malah Islam memeranginya dari pelbagai sudut. Rasulullah SAW memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah

Kehidupan berkualiti
Menekankan aspek kualiti hidup secara kolektif. Kita hendaklah menjadi umat yang berkualiti dari aspek pemikiran, tingkahlaku dan cara hidup. Mampu melahirkan idea-idea yang positif serta membentuk masyarakat yang sejahtera. Dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan asas kehidupan seperti meningkatkan kualiti penghayatan kehidupan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman damai, peluang dan hak memiliki harta, serta jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita


Islam melindungi hak dan kebajikan semua peringkat masyarakat khususnya kaum wanita. Kedudukan kaum wanita adalah sangat mulia. Peranan mereka amat penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. siri peperangan jihad umat Islam misalnya, golongan wanita yang dilihat lemah turut memainkan-menyertai tentera

Keutuhan budaya dan moral


Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan moral perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat. Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem pemerintahannya.

Pemeliharaan alam semula jadi


Menekankan kesedaran tentang tanggungjawab dan kepentingan hubungan antara manusia dengan alam. Alam semulajadi atau alam tabie merupakan pinjaman daripada Allah SWT untuk keperluan manusia dan makhluk-makhluk lain. Aspek pemuliharaan alam semulajadi untuk kehidupan kini dan generasi akan datang melalui pengurusan sumber alam yang seimbang dan terancang. Pembangunan yang merosakkan eko-sistem harus diminimakan

Kekuatan pertahanan
Islam Hadhari melihat bahawa pertahanan bukanlah isu sehala yang hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, malah Islam Hadhari turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual usaha untuk membangunkan teknologi pertahanan yang sesuai Berusaha menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai