Anda di halaman 1dari 29

PERISYTIHARAN INTEGRITI Saya dengan ini menyatakan bahawa tugas kami adalah karya asli daripada kerja yang

dibuat oleh diri saya sendiri dan saya tidak menyalin atau memplagiat mana-mana daripada bahagian kertas yang saya hantar ini. 1) Dengan ini kami mengakui bahawa: Amir Han Bin Latuwo Telah mengakui

semua kerja-kerja dan idea dalam penyelidikan kami diambil dari sumber yang dicetak dan diterbitkan secara elektronik. 2) 3) 4) Tidak menyalin atau meniru hasil kerja pelajar-pelajar lain. Tidak membenarkan pelajar lain meniru hasil kerja kami. Mengikut pandangan atau nota yang ditulis daripada penulis itu sendiri.

Oleh sebab itu,kami memahami bahawa jika ada diatas yang didapati tidak benar, IPG Kampus Perlis mempunyai hak dengan sepenuhnya untuk mengambil tindakan disiplin berdasarkan Buku Panduan Pelajar.

Nama: Amir Han Bin Latuwo No.kad pengenalan: 921405-12-6113

KERTAS SOALAN

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah kami menyiapkan tugasan kerja EDU 3101 ini. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Ridzwan Bin Mahmad selaku pensyarah pembimbing saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara kami sepanjang proses menyiapkan kerja kursus EDU 3101 ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah mempermudahkan kerja saya dalam memahami segala perkara yang perlu dilakukan. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu hasil kertas kerja yang baik. Penghargaan khusus dirakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan kami di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik. Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan kewangan untuk

mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat mebantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu dalam memudahkan penghasilan kerja ini. Segala tunjuk ajar rakan dan bantuan sangat mebantu dalam pelaksanaan tugasan. Akhir sekali, dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang mana telah dilaksanakan secara berfasa pada tahun lalu, 2011. Kurikulum baru ini memberi penekanan kepada pembangunan holistic pelajar yang merangkumi elemen baru seperti kreativiti, inovasi keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui trasformasi kurikulum, kurikululum bersepadu sekolah rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek matematik dan sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Keupayaan negara menghasilkan modal insan berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Maka, dalam konteks transformasi kurikulum membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KPSK) & Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 4

FAKTA-FAKTA Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan

keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan round. dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah. KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KSSR memberi penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara. 6

Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge-tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Merujuk kepada kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perkataan standard digunakan adalah disebabkan beberapa sebab. Antaranya adalah: Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas

Pendekatan modular Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu: i. Modul Dengar Tutur ii. Modul Membaca iii. Modul Menulis 7

iv. Modul Seni Bahasa v. Modul Tatabahasa Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid

mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya; i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca, ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis, iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.

Reka bentuk Transformasi Kurikulum Transformasi kurikulum ini adalah bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif serta inovatif. Dalam usaha mencapai tahap ini terdapat enam aspek yang perlu diterapkan dalam kurikulum baru ini agar mampu mencapai matlamat pendidikan.

Elemen Nilai Tambah Dalam Kurikulim Baru Beberapa elemen telah ditambah dalam kurikulum baru dan ia bersifat menyeluruh dan melatih pelajar bersedia pada masa hadapan kelak.

10

Fokus Kurikulum Fokus kurikulum dibahagikan mengikut tahap-tahap persekolahan iaitu

prasekolah, tahap 1 sekolah rendah (tahun 1-3) dan tahap 2 sekolah rendah (tahun 46). Pada setiap tahap ini terdapat beberapa perbezaan dari segi kandungan pelajarannya. Lihat jadual dibawah:TAHAP Prasekolah FOKUS Perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan

kemahiran 3M dan menaakul Tahap 1 sekolah rendah (tahun 1-3) Penguasaan menaakul, kemahiran kemahiran 3M asas dan TMK,

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai Tahap 2 sekolah rendah (tahun 4-6) Pengukuhan menaakul, dan aplikasi 3M dan TMK,

kemahiran

asas

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Pedagogi KSSR o Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran & Pembelajaran o Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran o Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi o Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan o Pembelajaran Secara Konstruktivisme o Pembelajaran Secara Kontekstual o Pembelajaran Akses Kendiri o Pembelajaran Masteri o Belajar Cara Belajar 11

A. i) Bagaimana proses tranformasi dalam KSSR dapat mencapai matlamat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedangmembangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untukmenjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang mana telah dilaksanakan secara berfasa pada tahun lalu, 2011. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka

bentuk,organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.

12

Terdapat elemen merentas kurikulum baru yang telah ditambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan telah diperkenalkan oleh KPM untuk menambahbaik KBSR kepada KSSR agar lebih berfokus kepada matlamat dan tujuan FPK. Kurikulum baru ini memberi penekanan kepada pembangunan holistic pelajar yang merangkumi elemen baru seperti kreativiti, inovasi keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi. EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat menguasai kemahiran TMK. Sesuai dengan matlamat FPK, elemen kreatif dan inovatif dapat Menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. 13

Manakala elemen keusahawanan Mengamalkan sikap keusahawanan; dapat menlahirkan insan yang mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan. Selain itu, insan ini juga dapat mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan. Sifat keusahawanan juga penting untuk diterapkan dalam diri setiap insan bagi mencapai matlamat FPK. Antara sifat sifat keusahawanan adalah bertanggungjawab terhadap keputusan , peka kepada peluang , berani mengambil risiko, fleksibiliti, keinginan kepada maklum balas segera dan berorientasikan masa depan. Elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Bagi elemen teknologi maklumat dan komunikasi pula, ia dikatakan sesuai dengan matlamat FPK kerana Matlamat TMK merentas kurikulum adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran 14

asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran. Pengintegrasian TMK merentasi kurikulum membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru. pelajar boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka. Melalui penggunaan TMK, murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan. Pelajar perlu didedahkan kepada TMK sebagai satu mata pelajaran yang menjurus kepada aspek belajar mengenai TMK. Ini membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran TMK bagi mengendalikan perkakasan dan perisianTMK. Pelajar diberi pengalaman dalam mengendalikan perkakasan seperti mengoperasi sistem komputer, mesin cetak,pengimbas, kamera dan video digital serta projektor LCD. Mereka juga belajar menggunakan perisian aplikasi seperti perisian pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data, grafik dan

pengaturcaraan. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran pelajar berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi 15

maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Oleh yang demikian, tiga elemen tambahan yang terdapat dalam KSSR ini

amatlah penting dan berguna sebagai peneraju bagi mencapai matlamat dan tujuan FPK. Reka bentuk KBSR telah di tambah baik dalam KSSR berlandaskan FPK. Reka bentuk KSSR berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai , kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan akhir sekali ketrampilan diri. Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam berinteraksi dan

menyampaikan maklumat. Justeru guru perlulah bijak dalam berkomunikasi ini agar pelajar akan dapat mengikut sekali gus melatih diri mereka supaya lebih berketerampilan. Aspek komunikasi yang menjadi salah satu tunjang utama KSSR adalah wadah penting dalam transformasi pendidikan ini. Apatah lagi komunikasi ialah proses penyampian maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain.Keberkesanannya bergantung kepada maklum balas dan seterusnya tindak balas antara guru-murid. Apa yang diharapkan komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara berfikir individu terutamanya dalam perlakuan dan tindak-tanduk seseorang. Dengan ini natijahnya akan memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan dinamik. Kerohanian, sikap dan nilai dapat diterapkan melalui penghayatan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Falsafah pendidikan kebangsaan jelas memaparkan ke arah pemantapan akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani. Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek sangat penting kepada setiap pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang.Justeru, setiap guru berperanan menekankan aspek pendidikan dengan membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban insan di kalangan pelajar.

16

Kemanusiaan adalah penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Ia juga boleh didapati melalui penghayatan patriotisme dan perpaduan. Aktiviti inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) harus diterapkan dalam kalangan murid di sekolah. melalui inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan masalah akan menyokong transfomasi dalam KSSR seterusnya akan menerapkan beberapa nilai dalam pelajar iaitu perkembangan fizikal, penguasaan ilmu dan kreativiti pelajar. Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Salah satu daripada cara yang dapat dilakukan adalah dengan menggunakan teknik pembelajaran misteri dan pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Perkembangan fizikal dan estetika adalah berkaitan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diti dan memupuk daya imaginasi kreativiti , bakat dan apreasiasi. Aktiviti seperti dalam subjek pendidikan jasmani telah diperbaharui agar dapat perkembangan fizikal dan nilai estetika pelajar dengan lebih mantap. Aktiviti kokurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri. Akhir sekali, melalui sains dan teknologi, pelajar dapat penguasaan pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran dan sikap saintifik. Disamping itu, penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknologi juga dapat diperoleh daripada kurikulum baru ini. Tegasnya disini peranan yang dimainkan oleh ICT ini banyak memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan ICT perlu diwajibkan dalam perlaksanaan proses transformasi KSSR kerana ia begitu banyak memberi kesan dalam menghidupkan suasana yang kondusif di dalam kelas seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 17

Keenam-enam tunjang ini akan melahirkan insan yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan matlamat dan tujuan FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai aspek. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira

kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Pelajaran dan pembelajaran kurikulum baru ini, telah menjadikan guru-guru lebih berfokus untuk melahirkan modal insan yang berguna untuk negara agar matlamat dan tujuan FPK dapat dicapai dengan lebih mudah dan berkesan.

18

Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21. Perlaksanaan KSSR sepenuhnya bertujuan untuk melahir insan yang seimbang dan modal insan yang berguna pada negara selaras dengan FPK. Kesimpulannya, kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan dalam memastikan segala apa yang telah diusulkan dalam sistem terbaru ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu dalam memastikan Negara Malaysia tidak tergelincir dari arus pembangunan dan pemodenan yang bukan sahaja dari aspek teknologi dan ekonomi tetapi kita juga maju dari segi akademik dan pembentukkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi, dan jasmani seperti mana yang telah diuar-uarkan dalam FPK.

19

A.

ii) Implikasi KSSR terhadap peranan guru. Falsafah pendidikan kebangsaan jelas memaparkan ke arah pemantapan akhlak

mulia dan pembersihan rohani dan jasmani. Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek sangat penting kepada setiap pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang. Bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum standard sekolah rendah kepada semua sekolah di malaysia mulai tahun 2011. Justeru, setiap guru berperanan menekankan aspek pendidikan dengan membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban insan di kalangan pelajar bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan berteraskan KSSR. Antaranya peranan guru bagi bagi menyempurnakan matlamat KSSR adalah guru haruslah kreatif dan inovatif. Pendidik kreatif merupakan teras pembudayaan literasi kreatif. Pendidik kreatif bukan setakat dapat mendidik dan menyediakan suasana kreatif untuk para pelajarnya tetapi juga ia harus memiliki sifat dan kebolehan kreatif. Leonard dan Karen (1996) menggambarkan pendidik yang kreatif sebagai; mempunyai komitmen yang tinggi dan komitmen ini akan menjanakan kebolehan kreatif dalam diri mereka. Komitmen seumpama ini juga akan membolehkan mereka memfokus seluruh tenaga kepada kerja mereka. Komitmen mereka ini melampaui gaji atau ganjaran yang diterima. Kepuasan daripada membantu pelajar-pelajar mereka mendorong serta membimbing guruguru yang kreatif ini untuk mencari cara-cara yang menarik untuk membimbing pelajar-pelajar. Tidak puas dengan status quo. Dengan itu, mereka sentiasa mencari cara-cara yang lebih baik untuk menyampaikan pelajaran supaya pengajaran mereka lebih bermakna.

20

Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau penghalang kepada keburukan hasil globalisai dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi. Menurut Goh (1993) pula kefahaman mengenai konsep kreativiti penting kepada para pendidik kerana ia menyediakan satu garis panduan untuk mereka merancang, mereka dan melaksanakan program latihan khas untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Melalui pengajaran dan penbelajaran kreatif dan inovatif guru, murid

memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka. Tan (1997) pula mencadangkan satu pendekatan pengajaran yang lebih berpusat

kepada pelajar. Cadangan ini dibuat berdasarkan andaian bahawa persekitaran yang bebas, luwes dan terbuka diperlukan untuk merangsang kreativiti. Setiap pelajar yang berada di sekolah mempunyai kecerdasan yang berbezabeza (Howard Gardner , 1980). Di sebabkan setiap pelajar menpunyai kecerdasan yang berbeza, mereka akan mudah berasa jemu dan bosan terhadap pengajaran guru sekiranya kaedah yang digunakan oleh guru adalah sama dan tidak menarik minat mereka. tambahan lagi ia tidak berkaitan denga kecerdasan mereka. sebagai contoh, bagi pelajar pelajar yang bersifat visual, mereka tidak dapat fokus dalam kelas jika guru itu hanya bercakap dan menerangkan kepada pelajarnya tentang subjek yang dipelajari. Kesannya pelajar-pelajar akan mudah berasa bosan dan jemu dan akhirnya minat mereka dalam pembelajaran akan kurang. Justeru, guru perlulah kreatif dalam mencari kaedah-kaedah pengajaran yang menarik dan menyeronokkan sesuai dengan tahap pelajar yang diajarnya. Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreativiti di kalangan pelajar. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru. Walaupun warga pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang boleh membantu mereka memupuk kreativiti para pelajar tetapi kebanyakkan teknik teknik pengajaran ini tidak digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu Kementerian pelajaran malaysia telah

21

memperkenalkan sistem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensi minda pelajar iaitu KSSR. Kesimpulannya, konsep kreativif dan iyang sebenarnya sangat penting terutamanya bagi para pendidik yang berperanan memupuk kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Selain itu, Transformasi kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) telah membawa perubahan dari segi komunikasi guru terhadap pelajar agar mesej atau ilmu yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh setiap pelajar. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk

menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan muridmurid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada muridmurid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan 22

salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Kesimpulannya, kesan KSSR terhadap peranan guru dari aspek komunikasi amatlah penting bagi melaksanakan kurikulum baru malaysia KSSR selaras dengan objektif falsafah pendidikan malaysia. Seterusnya, Dalam standard KSSR, beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan salahsatunya ialah penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi secara eksplisit. kesan KSSR terhadap peranan guru juga menyebabkan guru-guru perlu mahir dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai agar dapat menjayakan transformasi kurikulum baru ini. Pada alaf baru ini, guru perlu cekap dalam penggunaan sumber yang ada dengan optimum. Justeru itu, guru perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan bagi mendapatkan maklumat , melakukan analisis, kemahiran merancang dan mengelolakan program. Malah, penggunaan ICT yang menyediakan konsep tanpa sempadan dengan menbolehkan akses maklumat secara mobil perlu dijadikan pemangkin kaedah pengajaran.oleh hal yang demikian, guru seharusnya mengambil peluang bagi memanfaatkan dirinya supaya cekap menggunakan kemudahan ICT yang disediakan. Penggunaan ICT atau bahan bantu mengajar yang lain turut menbantu untuk menarik minat pelajar agar lebih fokus dan seronok dalam aktiviti pegajaran dan pembelajaran yang dijalankan. ia juga menambahkan kefahaman meraka mengenai apa yang diajar oleh guru. Pelajar akan dapat meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi mereka dan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran mereka dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Jelas di sini menunjukkan penngunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan yang sangat positif kepada pelajar dalam memperoleh ilmu yang disampaikan.

23

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan

kemungkinan bakal berlaku. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Oleh itu, Penggunaan ICT ini adalah penting dalam transformasi kurikulum baru ini agar dapat menanamkan persepsi yang baik terhadap murid dan menambahkan minat mereka dalam mempelajari kurikulum yang baru diperkenalkan ini melalui pendedahan penggunaan ICT sesuai mengikut peredaran zaman. Guru multi-function merupakan kesan daripada transformasi kurikulum baru di malaysia. Guru memainkan pelbagai peranan bagi merealisasikan dan menjayakan kurikulum baru ini. Guru memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid

seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagaibagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

24

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan.

Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid. Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain. Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Ringkasnya, transformasi kurikulum baru ini amat menekankan komitmen guru sebagai seorang pendidik. guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

25

Oleh itu, guru mesti memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurusan kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Natijahnya, demi menjayakan transformasi ini kita hendaklah member kerjasama sepenuhnya dan memberi reaksi yang positif kepada perubahan yang berlaku disebabkan kemajuan yang kian pesat.

26

REFLEKSI Syukur kehadrat Illahi, kerana dengan rahmat dan petunjuk-Nya dapat juga

menjayakan kerja kursus matematik asas bawah bimbingan Encik Ridzwan bin Mahmad selaku penyarah EDU 3101. Sewaktu peringkat awal penyerahan tugasan kerja kursus matematik asas ini, saya mengandaikan bahawa tugasan ini sukar

dilakukan. saya juga sukar untuk memulakan tugasan yang ingin dilakukan kerana merasakan banyak perkara perlu dilakukan dan dititikberatkan untuk melaksanakan tugasan ini. Pada masa yang sama kerja kursus bagi subjek lain juga perlu di buat pada ketika itu. Hal ini menambahkan lagi tekanan yang saya hadapi. Saya memulakan langkah untuk menbuat kerja kursus ini dengan mencari maklumat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang diterangkan. Walaupun maklumat ada, namun saya masih tiada idea untuk langkah seterusnya. Saya bertanya dengan kawan-kawan dan berbincang untuk mengetahui cara membuat tugasan ini. Saya juga telah membuat kolaburasi dengan pensyarah EDU 3101, Encik Ridzwan bin Mahmad bagi menjelaskan lagi kehendak soalan. Selangkah demi langkah kerja kursus ini berjalan dengan lancar. Bagi memantapkan lagi kerja kursus ini, Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari pelbagai bahan untuk dijadikan rujukan. Penggunaan internet juga amat penting namun seperti yang kita sedia maklum tidak semua maklumat dalam internet boleh diguna pakai. Setelah berberapa hari proses perlaksana in dibuat., akhirnya kerja kursus EDU 3101 di bawah bimbingan Encik Ridzwan bin Mahmad telah berjaya disempurnakan dengan mantap. Walaupun saya banyak menghadapi kesulitan dan halangan dari pelbagai aspek seperti aspek emosi, fizikal dan mental dalam proses perlaksanaan kerja kursus ini. Saya tetap berusaha melaksanakan kerja ini dengan menggunakan daya pemikiran kritis dan kreatif untuk mengharungi halangan dan kesulitan yang dihadapi.

27

Pelbagai ilmiah dan kebaikan yang saya dapat melalui proses perlaksanaan kerja kursus ini. Salah satunya saya dapat mempelajari tentang kepentingan KSSR dalam mencapai matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam KSSR, pelbagai pembaharuan yang telah dibuat bagi menambahbaik kurikulum sebelum ini, KBSR. Pelbagai elemen merentasi kurikulum baru yang diperkenalkan antaranya kreatif dan inovatif, sifat keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Elemen baru yang diperkenalkan ini berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar matlamat dan tujuan FPK dapat dicapai dengan lebih mudah dan berkesan. KSSR juga dapat Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21 kelak. Selain itu, guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen

menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Ilmu baru yang saya peroleh dari pada tugasan ini amatlah berguna pada saya sebagai bakal pendidik generasi pada masa akan datang. Saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan pada masa akan datang agar mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah kelak. Kesimpulannya, saya berasa sangat berpuas hati dengan hasil tugasan kami dan berharap agar kami dapat mengekalkannya atau melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

28

RUJUKAN

Choong Lean Keow (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2002). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati, Lee Keok, Zulkifli & Zakiah (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

29

Anda mungkin juga menyukai