Anda di halaman 1dari 11

TUTORIAL MINGGU 14(BMM3117) KEMAHIRAN BELAJAR Tujuan Unit Unit ini bertujuan untuk guru memahami kemahiran belajar

yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran masteri. Rasional Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh pelajar.Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk menguasai apa yang telah diajar Oleh yang demikian, guru harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar berikut semasa p&p:

i. Kemahiran dalam proses belajar ii. Kemahiran menguruskan masa iii. Kemahiran perpustakaan iv. Kemahiran memperoleh maklumat v. Kemahiran membaca vi. Kemahiran membuat nota vii. Kemahiran memotivasi viii. Kemahiran berfikir ix. Kemahiran mengingat x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar: Menerima dan mendaftar data atau maklumat:

Pelajar anda boleh menerima dan mendaftar data atau meklumat di mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga cara itu. Memahami apa yang diterima:

Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasiPemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.

Mengingat apa yang telah dipelajari:

Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip dalam proses mengingat ialah ulangan. Mengaplikasi apa yang telah diperljari

Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru.Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus: i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah ii. memotivasi diri iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi iv. berfikir secara kritis dan kreatif v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah. Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya. a) Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan? b) Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu. c) Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. d) Guru harus mengajar mereka menguruskan masa belajar dengan bijak. e) Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. f) Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV. g) Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.

Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran perpustakaan. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak. Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh: i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki: Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau bertanya. ii. mengumpulkan maklumat itu: Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau internet. iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut: Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan. iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis: Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R): Skimming: Baca sepintas lalu

Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki. Question: Menyoal

Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki. Read: Membaca

Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama. Recite: Menyebut kembali

Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan Review: Menyemak

Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat. Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu. Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalinatau mencatat nota. Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya. Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain. Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah.Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:

i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber. ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya. iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu. Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan: i. Perkataan atau frasa yang penting ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom iii. Simbol: Misalnya: * = penting, = jadi iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi v. Lukisan atau lakaran Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota: i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas ii. Jadual iii. Carta aliran iv. Gambar rajah Venn v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong. Kemahiran Memotivasi Motivasi atau rangsangan adalah sangat penting untuk merangsang pelajar anda mempelajari atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai atau menyelesaikannya. Guru haruslah merangsang pelajar anda kerapkali supaya motivasi mereka untuk belajar selalu berada pada tahap yang tinggi. Guru boleh merangsang pelajar dengan dua cara am yang harus juga diketahui oleh mereka: i. Motivasi Ekstrinsik: Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, media massa ii. Motivasi Instrinsik: Pelajar merangsang diri. Rumusan Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh anda. Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut: i. ii. Kemahiran dalam proses belajar: Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi Kemahiran menguruskan masa: Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.

iii. iv. v. vi.

vii.

viii.

ix.

Kemahiran perpustakaan: Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran meperoleh maklumat: Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat. Kemahiran membaca: SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula, menyemak. Kemahiran membuat nota: Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda. Kemihiran memotivasi: Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau hukumandancara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau hukum. Kemahiran mengingat: Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.

KAJIAN MASA DEPAN

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

OBJEKTIF KAJIAN MASA DEPAN


Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Kurikulum: Kandungan Mata Pelajaran Panduan Matriks Kajian Masa Depan Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan Bahan Bantu Mengajar/Rangsangan Nilai-Nilai Murni

PERSPEKTIF: PEMAHAMAN KONSEP MASA DEPAN Masa depan memberi penekanan kepada aspek-aspek ke arah membentuk generasi baru yang boleh memandang dan berfikir hala ke hadapan KOMPONEN PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN a) kemahiran asas kajian masa depan -membuat ramalan -mengawal dan mengendalikan perubahan -menjangka akibat b) kemahiran khusus kajian masa depan -pemahaman konsep masa depan -pengumpulan maklumat dan analisis trend -ramalan dan analisis -penggunaan imaginasi dan kreativiti -strategi mengatasi kebimbangan -proses inovasi sosial -pembinaan scenario -penjelasan nilai dan masa depan - pemahaman dimensi kemapanan TIGA CARA PENGAJARAN 1. menggunakan matriks sepenuhnya 2. menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran 3. menggunakan unsur-unsur kajian masa depan sebagai set induksi atau susulan pengajaran.

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

Edward de Bono ( 1976 ) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Dewey ( 1910 ) menegaskan : - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i.

ii.

Operasi Kognitif - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain. Operasi Meta kognitif - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponenkomponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR


Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif. Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya. Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan. Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

v Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry. - Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan. v Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner. - Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Kecerdasan linguistik Kecerdasan logical-matematik Kecerdasan visual-Spatial Kecerdasan muzik Kecerdasan tubuh kinestetik Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal

ALAT BERFIKIR

- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Konvergen

- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza. Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada. Jawapan Tunggal Masalah Tertutup

Pemikiran Divergen. - Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Pemikiran Reflektif - Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalamanpengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain Pemikiran Kritis dan Kreatif

Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada

Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis,

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk:

menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:


mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,

Anda mungkin juga menyukai