Anda di halaman 1dari 2

Teori Keperluan Maslow(Perdagangan Tingkatan 4) Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.

Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan tahap generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Keperluan Fisiologi Keperluan manusia paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan, tempat tinggal dan tempat belajar bagi bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Kata lain, apa-apa sahaja yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang. Sebagai contoh, pelajar kurang zat makanan dan pelajar tersebut tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru menerangkan di depan. Maka, guru tersebut perlu beri perhatian dan ambil berat kepada tanda-tanda kekurangan fizikal ini. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat sekeliling, undang-undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ianya merupakan keperluan lumrah bagi setiap yang bernyawa. Sebagai contoh, keselamatan di dalam kelas, makmal sains mahupun di padang ketika bersukan. Hal ini penting kerana pelajar akan merasa lebih selamat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Keperluan Sosial Dalam memenuhkan keperluan sosial pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Dalam konteks dalam kelas pula, pelajar akan berasa terganggu atau emosi jadi tidak stabil jika kelas berlaku pertengkaran apatah lagi jadi tegang apaabila dimarahi guru. Jadi, perlunya hubungan baik dan mesra antara pelajar dan antara pelajar dengan guru. Keperluan Penghormatan Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghormatan. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Bagi seorang pelajar pula, ianya berkaitan dengan penerimaan oleh orang lain terhadap diri seseorang pelajar lain. Penerimaan rakan sebaya penting untuk rasa tidak tersingkir. Justeru itu, penerimaan guru sangat penting untuk membina keyakinan diri. Apabila diterima oleh rakan-rakan, pelajar tersebut

dapat berinteraksi secara positif di dalam kumpulan. Apa yang guru dapat lakukan untuk memastikan supaya tahap ini dipenuhi adalah dengan menyediakan aktiviti yang membolehkan mereka berdamping dan saling mendampingi antara satu sama lain. Keperluan Pencapaian Hasrat Diri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai hasrat diri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan hasrat diri atau kesempurnaan kendiri. Ianya berkaitan dengan apa yang seseorang itu boleh jadi dan ia mesti jadi iaitu potensinya dilahirkan. Jadi guru hendaklah memberi ruang kepada pelajar untuk memenuhi keseluruhan kendirinya. Sebagai contoh, kebebasan memilih aktiviti kokurikulum diminati. Selain itu, guru perlu sediakan rancangan belajar yang bebas dan fleksibel serta wujudkan sesi bimbingan supaya pelajar tidak sesat dalam mengejar apa yang dihajati. Hubungan antara Teori Keperluan Maslow dengan Insentif dan Ganjaran Pembelajaran Kalau kita teliti secara mendalam, kesemua tahap keperluan Maslow adalah sangat berkaitan rapat dengan langkah untuk mewujudkan insentif dan ganjaran pembelajaran. Perlu kita ingat, sebagai guru kejayaan seseorang pelajar memerlukan insentif dan ganjaran di rumah dan di sekolah. Jadi, apakah peranan seorang guru? Guru hendaklah mempelbagaikan insentif dan ganjaran supaya motivasi pelajar untuk belajar meningkat. Dari segi terminologi, insentif bermaksud peransang, penggalak dan pendorong dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau sasaran. Ganjaran pula bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain- lain). Erti kata lain, insentif dan ganjaran adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakan-tindakan ke arah positif. Selain itu, ia juga sebagai alat untuk meningkatkan motivasi pelajar atau guru dan untuk menghargai serta mengiktiraf ke atas sumbangan mereka di peringkat sekolah ataupun di peringkat yang lebih tinggi. Antara contoh insentif yang boleh dilaksanakan di sekolah ialah pasukan pidato sekolah akan diberi insentif makan percuma KFC jika mendapat Johan di peringkat gabungan atau negeri selain daripada insentif asas yang lain. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang dapat meningkatkan pencapaian peperiksaan, mereka akan dinaikkan ke kelas yang lebih baik. Kemudian, guru boleh juga sediakan insentif alternatif seperti pelajar yang tidak pernah ponteng sekolah akan diberikan kemudahan meminjam buku lebih di perpustakaan. Semua insentif di atas akan memenuhi keperluan pertama dan kedua dalam Teori Keperluan Maslow. Manakala ganjaran yang dapat disediakan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri terbahagi kepada ganjaran sosial, ganjaran simbolik, dan ganjaran kewangan. Ganjaran sosial yang dimaksudkan adalah seperti pujian lisan, surat penghargaan, ucapan terima kasih, hadiah, berjabat salam, pujian, diminta pendapat, kata-kata dorongan dan lain-lain. Manakala ganjaran simbolik adalah pemberian yang memberi nilai dan makna kepada penerimanya.

Anda mungkin juga menyukai