Anda di halaman 1dari 1

Kreativiti kanak-kanak adalah semulajadi atau boleh dipelajari.

bincangkan

Sebelum membincangkan mengenai keupayaan penguasaan tahap kreativiti kanakkanak terlebih dahulu perlulah cuba mentakrifkan apakah itu kreativiti. Kreativiti itu sendiri merupakan sesuatu yang subjektif, In the eyes of the beholder. Bagaimana menilai sesuatu itu kreatif atau tidak? Apakah kayu pengukur kreativiti itu sendiri? Adakah seorang individu itu menetapkan nilai untuk seseorang individu yang lain tentang bagaimana untuk menjadi kreatif atau pada takat mana? Mengambil contoh dua orang kanak-kanak di mana kedua-duanya melakar secara bebas tetapi memberikan hasil yang berbeza. Seorang menghasilkan lukisan yang abstrak manakala seorang lagi menghasilkan sebuah contengan yang biasa bagi seorang kanak-kanak. Bagaimana kita menilai kreativiti itu? Sebuah kayu ukur yang empirik akan cuba diletakkan bagi membolehkan guru atau pengajar untuk menggredkan dan mengklasifikasikan kanak-kanak dalam kelas tertentu namun jika kreativiti diambil pada akarnya maka apakah nilainya seseorang yang sentiasa bertindak di luar kotak pemikiran dengan seseorang yang sentiasa mengikut peraturan? Siapakah yang lebih baik di antara keduanya? Saya merasakan diri saya kreatif kerana sentiasa mencipta sajak secara peribadi namun apabila dihantar untuk diterbitkan dalam sesebuah medium rasmi sajak saya tidak mencapai mutu yang telah ditetapkan oleh sang editor. Apakah ini menandakan saya tidak kreatif dan harus berhenti dari apa yang saya lakukan? Saya menganggap persoalan ini begini, kanak-kanak seharusnya diberikan platform dan landasan yang baik untuk berkembang ke arah yang mereka mahukan. Keupayaan mereka adalah berbeza bukan dari segi kuat atau lemah dalam menguasai pelajaran tapi pada tahap perkembangan yang individualistik. Seorang graduan matematik berjaya melalui penguasaan numeral dan operasi kompleks numeral-numeral tersebut manakala seorang graduan undang-undang berjaya dengan menghafal ratusan malahan ribuan precedent dalam kes-kes terdahulu serta buku-buku perundangan yang tebal-tebal. Oleh yang demikian, seorang kanak-kanak yang memanjat pokok sewaktu guru mengajar dengan seorang kanak-kanak yang dapat menyelesaikan 40 soalan matematik asas tidak harus dinilai berbeza pada tahap kreativit namun nilai moral dan dogma masyarakat yang betul yang harus diterapakan. Mengenai isu tahap kreativiti mereka masih insan yang serupa keupayaannya baik secara semulajadi mahupun yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai