Anda di halaman 1dari 2

123, Jalan 45b,

Kampung Cheras Baru,


56100 Kuala Lumpur,

TELEFON : 012-274
3984
LAMAN WEB :
kelabcikguhalim.com

17 Ogos, 2023.

Guru Besar
SK Seri Bintang Selatan
Jalan 3/91a Taman Shamelin Perkasa,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KEJOHANAN SILAT


OLAHRAGA (TANDING) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG SELATAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kelab Cikgu Halim ingin mengadakan kerjasama dengan SK Seri Bintang Selatan
(SKSBS) melalui Kelab Seni Gayung Fatani SKSBS (Fatani Seri Bintang) mengadakan
Kejohanan Silat Olahraga (Tanding).

3. Perincian kejohanan adalah seperti berikut


Tempat : Dewan Kompleks Seri Bintang, SK Seri Bintang Selatan
Tarikh :18- 19/11/2023 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang.

4. Kelab akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) supaya murid akan mendapat merit di dalam
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) bagi penyertaan di dalam
kejohanan ini.

5. Pihak kelab juga ingin memohon jasa baik dari pihak puan agar kos sewaan dewan dapat
dikecualikan memandangkan aktiviti ini akan menjadi sebahagian dari program sekolah melalui
kerjasama yang diadakan.

6. Kami lampirkan bersama surat ini kertas kerja berkaitan.

7. Tinggi harapan pihak kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian pihak puan.
Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak puan kami dahulukan dengan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan amanah,

(Halim bin Hamit)


Pengerusi
Kelab Cikgu Halim

Anda mungkin juga menyukai