Anda di halaman 1dari 9

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

TUGASAN 2 Huraikan lima aspek ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. 2.1 PENGENALAN

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia.

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

2.2

NILAI-NILAI BITARA

Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif. 2.2.1 INTEGRITI

Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik. Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah. Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

2.2.2

PROFESIONAL

Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten. Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan muridmurid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri.

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri. Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya anda sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda. 2.2.3 SEMANGAT BERPASUKAN

Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat ciri guru yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-menghormati. Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, anda sebagai guru boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan. Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas, haruslah dipegang dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian. Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekumpulan. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia, seniority dan tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai guru juga, harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya. 2.2.4 BERORIENTASIKAN PELANGGAN

Untuk menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengajarannya nilai Bitara telah mengariskan ciri-ciri berorientasikan pelanggan perlu ada dalam diri guru. Dalam melaksanakan tugas sebagai guru sudah tentu mereka akan berhadapan dengan pelanggan iaitu murid dan juga rakan sejawat. Dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan ini dibahagikan kepada responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Responsif bermaksud segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dan sebagainya (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi Keempat, 2005). Cepat bertindak dengan segera merupakan gambaran jelas bagi menjelaskan makna responsif itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya murid menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru perlu bertindak cepat untuk membantu murid tersebut. Ini bagi menggelakkan murid tersebut terus ketingalan dalam pelajarannya. Pelbagai tindakan boleh diambil untuk membantu murid ini seperti mengadakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

Di samping itu, sikap proaktif juga perlu ada dalam diri seorang guru untuk menjadi guru yang berkesan. Proaktif menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat (2005) ialah merangka atau melakukan sesuatu tindakan jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan. Melakukan sesuatu tindakan tanpa menunggu arahan ataupun disuruh merupakan ciri-ciri proaktif dalam diri seorang guru yang berkesan. Guru perlu merancang strategi bagi meminimumkan halangan-halangan yang bakal wujud dalam pengajarnnya. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, sifat mesra telah digariskan dalam nilai Bitara bagi mewujudkan seorang guru yang berkesan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat (2005), mesra membawa maksud bercampur benar-benar, bersepadu, karib benar atau erat. Guru yang berkesan pengajarannya mestilah menunjukkan sikap mesra dengan murid. Melayan murid dengan bahasa dan perlakuan yang sopan akan menjadikan murid gembira dan seronok untuk hadir ke sekolah. Guru yang berkesan sememangnya memiliki kualiti yang tinggi. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat (2005) telah mendifinisikan kualiti sebagai darjah kecemerlangan biasanya tinggi dan bermutu. Guru yang berkualiti dalam pengurusannya seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran, kualiti ilmu yang disampaikan dan kualiti sahsiah diri yang mantap akan menghasilkan impak yang berkualiti juga. Bagi menjadikan dirinya seorang guru yang berkualiti seseorang guru itu hendaklah menpunyai ilmu pengatahuan yang tinggi dalam bidangnya yang sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. 2.2.5 PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA Nilai Bitara yang kelima ialah Prihatin kebajikan anggota. Petunjuk yang pertama dalam nilai prihatin kebajikan anggota ialah peluang untuk maju. Setiap guru mestilah mempunyai sikap ingin memajukan diri untuk kepentingan diri dan profesion perguruan. Guru bolehlah membangunkan potensi diri dalam bidang yang menjadi kepakaran masing-masing dengan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan yang telah dianjurkan. Dalam pengajaran pula, guru bolehlah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menonjolkan potensi murid-murid dalam bidang yang digemari. Guru juga mestilah menggalakkan murid-muridnya agar tampil dan memberanikan diri untuk menceburi mana-mana bidang yang bersesuaian contohnya seperti bidang sukan supaya bakat murid-murid dapat diperkembangkan.

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

Seterusnya di dalam nilai prihatin kebajikan anggota ialah petunjuk empati. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Selain itu empati merujuk kepada kemampuan seseorang untuk merasakan apa yang dirasakan orang lain ketika mengalami sesuatu kejadian. Dalam pengajaran, jika guru mendapati muridnya menghadapi masalah, guru harus mendekati murid tersebut dan menyelami perasaannya. Jika perlu kita boleh bertindak sebagai seorang kaunselor untuk membantu murid berkenaan. Kita juga boleh menziarahi keluarga murid tersebut untuk mengetahui keadaan sebenar dan memberi bantuan jika diperlukan.Sikap empati ini perlu wujud dalam diri guru. 2.3 KESIMPULAN

Guru merupakan insan yang menjadi nadi dan ejen perubahan kepada masyarakat. Tugas guru sejak dari dahulu lagi bukan sekadar hanya menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam bilik darjah semata-mata malah guru turut bertindak sebagai nadi penggerak kepada pembinaan ciri individu yang berketrampilan tinggi, unggul dan jitu. Guru yang hebat dari segi kualiti mampu membantu negara melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti tinggi dan berintegriti. Guru yang bagaimanakah yang dikatakan guru yang sebenar-benar guru? Guru itu mestilah melengkapi semua ciri-ciri yang diperlukan dari aspek profesionalisme, berketrampilan, cekap, peribadi terpuji, intelektual, kestabilan emosi dan spiritual serta bijaksana dan berkeupayaan untuk memimpin. Guru yang hebat adalah guru yang mempunyai personaliti menakjubkan mengikut Pat Conroy, 1982. Nilai Bitara ini jika digunakan sepenuhnya oleh guru secara berterusan akan dapat membantu untuk meningkatkan rasa tanggungjawab guru terhadap murid-muridnya.

: PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD 3063:

2.3 RUJUKAN

Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). Theories of personality. (9th ed.). Australia: Wadsworth Cengage Learning. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality development: Core concepts in therapy. Great Britain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

Anda mungkin juga menyukai