KANDUNGAN
PRAKATA
iii
1.
PENGENALAN
2.
PRINSIP
3.
TUJUAN
4.
TERAS KOD ETIKA Integriti Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Keadilan Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya Kerahsiaan Profesional Tadbir Urus Yang Baik Jaminan Kualiti Disiplin Diri Percanggahan Kepentingan Penglibatan Dalam Aktiviti Luar
26
5.
LAMPIRAN Penjelasan Mengenai Istilah Yang Digunakan Dalam Kod Etika Juruaudit Sektor Awam
7 33
ii
Akauntabiliti, integriti, komitmen, kebebasan dan kuasa penting untuk memberi jaminan dan keyakinan kepada stakeholders dan pelanggan bahawa mutu perkhidmatan yang diberikan boleh dipercayai, objektif dan kompeten. Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap Juruaudit menghayati dan mengamalkan etika kerja yang berhemah.
Kod Etika Juruaudit Sektor Awam (Pindaan Mac 2011) ini menerangkan prinsip dan nilai yang relevan kepada profesion dan tugas pengauditan. Ia juga meliputi norma kelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap Juruaudit dalam melaksanakan kerja pengauditan. Kod Etika ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab dan obligasi moral bagi memandu dan memacu Juruaudit meningkatkan prestasi dan profesionalisme. Ianya digubal dan disesuaikan selaras dengan Kod Etika yang dikeluarkan oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dan International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI 30 - Ethics).
Kod Etika ini boleh diguna pakai oleh semua Juruaudit di Jabatan Audit Negara termasuk anggota Unit Audit Dalam di Kementerian/Jabatan/Agensi. Saya percaya Kod Etika ini boleh menggalakkan budaya kerja beretika sebagai Juruaudit khususnya dan penjawat awam amnya.
( TAN SRI DATO SETIA HJ. AMBRIN BIN BUANG ) KETUA AUDIT NEGARA MALAYSIA 30 Mac 2011
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
iii
PENGENALAN 1. Fungsi utama Jabatan Audit Negara adalah untuk membantu meningkatkan
akauntabiliti, integriti dan tadbir urus awam melalui pengauditan dan pelaporan yang berkualiti. Pengauditan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan akan menghasilkan laporan audit yang berimpak tinggi dan memberi nilai tambah kepada pengurusan organisasi auditi khususnya dan sistem penyampaian Kerajaan amnya. 2. Kebebasan, kuasa dan tanggungjawab Juruaudit Sektor Awam meletakkan keperluan
etika kerja yang tinggi kepada sesebuah institusi audit dan kakitangan yang melaksanakan tugas pengauditan. Dalam hubungan ini, setiap Juruaudit perlu mengamalkan nilai etika, kesopanan dan kesusilaan pada tahap tertinggi supaya semua kerja pengauditan dilakukan dengan penuh bertanggungjawab, telus dan jujur. Selaras dengan itu, adalah penting bagi setiap Juruaudit menerap dan mengamalkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukunegara. 3. Kod Etika Juruaudit adalah sebuah dokumen kod tingkah laku berdasarkan kepada
tanggungjawab moral dan obligasi yang menerangkan bagaimana seseorang Juruaudit perlu berkelakuan. Kod Etika ini merupakan pernyataan komprehensif mengenai prinsip dan nilai yang menjadi sebagai panduan kepada urusan kerja harian semua pegawai dan kakitangan Jabatan yang menjalankan kerja pengauditan. Ia juga meliputi semua Juruaudit berjawatan kader di semua Bahagian Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan bagi menjamin kredibiliti Juruaudit yang dibekalkan oleh Jabatan. 4. Kod Etika Juruaudit ini digubal berasaskan kepada prinsip utama yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Audit 1957, Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, INTOSAI Code Of Ethics 1998, International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI 30 Ethics), Pekeliling serta Arahan Kerajaan serta Manual Prosedur Kerja. Kod Etika Juruaudit ini juga mengambil kira tata kelakuan sebagai penjawat awam secara amnya dan keperluan tertentu sebagai Juruaudit.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
PRINSIP 5. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas kata kunci seperti berikut iaitu integriti; objektiviti, adil dan saksama; kompetensi dan kerahsiaan. Konsep ini
kebebasan,
menitikberatkan kepada tingkah laku yang baik, berbudi pekerti yang luhur dan keperibadian mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Jabatan.
TUJUAN 6. Kod Etika Juruaudit adalah digubal untuk meningkatkan standard profesionalisme
pegawai dan kakitangan Jabatan bagi mencapai tujuan berikut : Mewujudkan perlakuan dan etika kerja yang standard bagi semua pegawai dan kakitangan Jabatan berasaskan kepada nilai-nilai dan akhlak murni; dan Menggalak dan menerapkan semangat kebertanggungjawaban di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan dan amalan etika kerja yang tinggi melalui cara berfikir, menghayati dan bertindak dalam melaksanakan tugas pengauditan.
TERAS KOD ETIKA Integriti 7. Integriti yang membawa maksud keutuhan adalah menjurus ke arah perwatakan jati diri
Juruaudit. Juruaudit perlu mengamalkan ciri-ciri perwatakan yang tinggi serta keperibadian yang mulia dan bersih seperti kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
berketerampilan, beradab sopan, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah terpengaruh semasa menjalankan tugasnya. Bagi mengekalkan keyakinan pihak auditi, perwatakan ini hendaklah sentiasa terkawal dan diamalkan. 8. Integriti memerlukan Juruaudit menghayati prinsip kebenaran dan keadilan. Integriti
menghendaki Juruaudit berpegang teguh kepada prinsip objektiviti, sentiasa mematuhi standard tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa menjalankan tugas.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 2
Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Saksama 9. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit hendaklah bertindak secara bebas,
objektif, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi pemikiran, niat atau perbuatan kerana ini dapat menambahkan keyakinan terhadap kredibiliti Juruaudit tersebut. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu. 10. Pendapat Juruaudit hendaklah berasaskan bukti sahih yang diperoleh melalui kaedah
pengauditan yang profesional. Pendapat audit yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak lain yang berkepentingan. 11. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh mana-mana pihak
termasuk parti politik atau pertubuhan lain supaya dapat menjalankan tanggungjawab pengauditan dengan adil dan saksama. 12. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan
oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, objektif, adil dan saksama setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.
Kompetensi Dan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya 13. Juruaudit hendaklah berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara
berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya. Juruaudit hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan. 14. Juruaudit hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan yang
terkini dalam bidang pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat serta aktiviti auditi bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme. Juruaudit hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
15.
dan mengamalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan pengauditan supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka secara kompeten, adil dan saksama. 16. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard, polisi, prosedur dan amalan terbaik
berkaitan pengauditan, perakaunan dan pengurusan kewangan. Juruaudit hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang, melaksana serta melaporkan hasil pengauditan. 17. Juruaudit juga dikehendaki mempunyai kefahaman yang mencukupi terhadap prinsip
dan standard dalam Perlembagaan, perundangan dan institusi berkaitan yang mengawal operasi auditi. 18. Juruaudit perlu mengamalkan ketelitian profesional yang sewajarnya semasa
menjalankan pengauditan dan menyediakan laporan audit bagi memastikan laporan audit adalah tepat dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Kerahsiaan Profesional 19. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan
pengauditan kepada pihak ketiga atau menggunakan kepentingan dirinya sendiri, sama ada secara lisan atau bertulis, kecuali bagi tujuan menepati keperluan perundangan. 20. Juruaudit adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang
Tadbir Urus Yang Baik 21. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme untuk memastikan rangka kerja bagi
tadbir urus sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk memainkan peranan dengan lebih efektif Juruaudit perlu mengamalkan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi membuat keputusan dan menyampaikan hasil. Ia juga melibatkan budaya, strategi dan tatacara berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 4
Jaminan Kualiti 22. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang ditetapkan
oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti dan memenuhi standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima umum. 23. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif, tepat dan seimbang bagi
memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Badan Eksekutif, auditi dan masyarakat umum bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan saksama.
Disiplin Diri 24. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan
keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu mematuhi undang-undang, arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu menunjukkan penampilan diri yang bersih dan kemas semasa menjalankan tugas. 25. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya
bertanggungjawab, bersyukur, bersabar dan bersederhana serta menghindarkan diri daripada sebarang perilaku yang boleh menjejaskan nama dan imej baik profesion Juruaudit. 26. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas kerja
pengauditan. 27. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun
Percanggahan Kepentingan 28. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas pengauditan Bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan
kepada auditi.
peraturan Kerajaan dan mengkompromikan kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit. Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri daripada perbincangan yang mempersoalkan atau mengkritik polisi Kerajaan.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 5
29.
Juruaudit dilarang menerima sebarang hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi
integriti dan kebebasannya. 30. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi.
Juruaudit perlu mengelakkan daripada menjalin perhubungan rapat dengan pegawai/kakitangan auditi yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap integriti dan kebebasannya. 31. Juruaudit tidak boleh menggunakan sebarang maklumat yang diperoleh semasa
menjalankan tugas kerjanya sebagai satu cara untuk memperoleh keuntungan peribadi.
Penglibatan Dalam Aktiviti Luar 32. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar peraturan
Kerajaan. Juruaudit juga adalah tidak dibenarkan terlibat sebagai penceramah, agen atau dalam Jawatankuasa di Ceramah/Seminar agensi swasta yang memberi pulangan kepada diri sendiri dan pihak penganjur. 33. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
LAMPIRAN
PENJELASAN MENGENAI ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM
PERENGGAN 7
PENJELASAN
SUMBER RUJUKAN
Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah i. Nilai dan Etika memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak-geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain. Contoh: i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan-santun dalam berkomunikasi serta saling hormat Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
menghormati ketika menjalankan tugas. ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan menganggap ia sebagai satu amanah. iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Bersih
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN (penampilan) dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai melalui cara individu tersebut berpakaian manakala dalaman pula tidak menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri hati dan dendam. Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat. ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas dan teratur. iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun. iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal. v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan penipuan. vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang betul bukan melalui surat layang.
SUMBER RUJUKAN Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Amanah
Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN dirinya daripada sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu,
menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas ii. Dasar Penerapan serta tidak menepati janji. Contoh: i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan sesuatu. (Al-Baqarah:282). ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan mengikut peraturan seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja lebih masa serta menggunakan mesin kad perakam waktu mengikut peraturan yang ditetapkan. iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi. Contohnya kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh Jabatan. iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah dibuat serta tidak menyalahkan orang lain. v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Nilai Islam Dalam Pentadbiran
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri.
SUMBER RUJUKAN
Berketerampilan
Seorang yang berketerampilan adalah seorang yang berkebolehan serta mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas. Contoh: i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini.
Beradab Sopan
Seorang yang beradab sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga i. Nilai dan Etika tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas. Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. ii. Bersopan-santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12
terutamanya terhadap auditi dan pihak luar. iii. Tidak meninggikan suara walaupun sedang marah.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
10
PERENGGAN
PENJELASAN Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan,
tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan Perkhidmatan Awam peraturan. Contoh: i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya.
ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan. iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat. 9 Bebas Manual Prosedur Kerja telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Manual Prosedur Kerja Juruaudit hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi pemikiran dan perlakuan diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara yang boleh menggugat kebebasan Ketua Audit Negara dalam merancang, menyiasat dan melaporkan secara profesional dan objektif. Contoh: i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
11
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN ii. Juruaudit perlu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan.
SUMBER RUJUKAN
Objektiviti
a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut: The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair, intellectually honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in their approach to their professional work and shall not allow any prejudice, bias or influences of others to override their objectivity. b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai: Individual Objectivity Auditors should have an impartial, unbiased attitude and avoid conflicts of interest. Contoh: i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada fakta, berfikiran rasional dan tidak berat sebelah.
Adil dan saksama bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing-masing bertindak atau adil meletakkan dan sesuatu akan
ditempatnya.
Seorang
yang
saksama
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN dan undang-undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Prinsip adil dan saksama juga melibatkan keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan dan teman sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil dan saksama juga akan melibatkan pihak auditi. Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak melebihkan diri sendiri.
SUMBER RUJUKAN
ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan laporan yang seimbang. iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam memberikan pendapat dan idea. iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan kakitangan. 10 Bukti Yang Sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah i. Manual Prosedur dan boleh dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut: i.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk
13
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN meningkatkan kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai jenis bukti audit dari berbagai punca. ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih dipercayai berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman. iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai berbanding bukti lisan. iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau analisis adalah lebih meyakinkan. v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung kepada keberkesanan sistem kawalan dalamannya. vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan berbanding bukti lisan semata-mata. vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan fotostat.
Pendapat Audit
a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Manual Jabatan Audit Juruaudit yang diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut: i. Bersih Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran
14
Negara
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN dan kesaksamaan penyata kewangan; ii. Berteguran Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspekaspek tertentu penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan pelaporan, prinsip perakaunan yang digunakan atau ketekalan serta pembatasan yang disebabkan oleh sekatan skop; iii. Bertentangan Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata kewangan dan nota-nota yang disertakan secara keseluruhan tidak memberi gambaran yang saksama sama ada berkenaan kedudukan kewangan atau hasil operasi atau perubahan di dalam kedudukan kewangan sesebuah entiti; dan iv. Penafian Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas beberapa sebab tertentu termasuk kekangan ke atas skop. Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang Juruaudit.
SUMBER RUJUKAN
b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa Garis Panduan pendapat Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: Pengauditan Prestasi
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
15
PERENGGAN
KATA KUNCI i.
SUMBER RUJUKAN
ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarnya. iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan. iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata kewangan yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh dilaporkan secara berasingan. v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan. vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang berkaitan. vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang membenarkan pengauditan dijalankan. viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti dalam menjalankan pengauditan. ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna kepada pembaca dan pengguna.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
16
PERENGGAN 11
PENJELASAN
SUMBER RUJUKAN
Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali Perintah Am Bab D atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan (Kelakuan dan tugasnya dan tidak melanggari larangan yang terkandung di bawah Tatatertib) 1993 Peraturan 21 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang tidak berat sebelah dan menyokong mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas. Peraturan 21
13 & 14
Pengetahuan
Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta teknologi maklumat. Contoh: i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masingmasing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah. ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
17
PERENGGAN
KATA KUNCI
SUMBER RUJUKAN
Kreatif Dan Inovatif Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovatif pula bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Contoh: i. Juruaudit perlu sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. ii. Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja. Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna
berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalamannya hendaklah menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk memilih ujian dan prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti serta menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual Prosedur Kerja. Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja susulan ke atas penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada langkah-langkah pembetulan telah diambil tindakan yang sewajarnya.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
18
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan isu yang dibangkitkan daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan pembetulan diambil.
SUMBER RUJUKAN
15
Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik sebagai seorang yang berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman. Contoh: i. ii. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti, akauntabiliti dan neutraliti. iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut emosi. iv. Bercakap dan mengeluarkan pandangan berdasarkan fakta dan ilmu pengetahuan yang luas.
Dalam
melaksanakan
tugas
pengauditan,
setiap
Juruaudit
perlu
mempunyai kemahiran dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga mesti mempunyai wawasan diri yang tinggi, pintar serta kreatif.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
19
PERENGGAN 19 & 20
PENJELASAN Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit Negara atau pegawainya yang lain tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain. Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan awam secara bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat tertentu kepada media massa mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh: i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada mana-mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.
SUMBER RUJUKAN i. Seksyen 8 Akta Audit 1957 ii. Perintah Am Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertub) 1993 Peraturan 19
Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain yang dikelaskan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad, mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang telah dilantik. Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
20
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN diperolehi adalah terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah Arahan Keselamatan seperti berikut: Dokumen Terperingkat: Rahsia Besar Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Kulit fail berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit depan dan belakang. Rahsia Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang. Sulit Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan
SUMBER RUJUKAN
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN Terhad Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih. Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat. Dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab tertentu dan mendapat kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah.
SUMBER RUJUKAN
21
Tadbir urus yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila Garis Panduan satu sistem kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Pengauditan Prestasi Sistem kawalan dalaman yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Juruaudit perlu
memastikan bahawa tadbir urus yang baik diwujudkan dengan: i. Membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
22
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN iii. Menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan. iv. Mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum laporan ditandatangani atau dikeluarkan. v. Memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan audit Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara keseluruhan dan memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi dengan sebaiknya
SUMBER RUJUKAN
22 & 23
menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan dan Garis Panduan prosedur kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu Pengauditan Prestasi
menerangkan mengenai polisi dan prosedur kawalan kualitinya kepada kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar boleh difahami oleh semua pihak. Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan menyemak kerja yang diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga perlu mendapatkan kepastian yang munasabah bahawa kerja yang
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 23
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai bagi memenuhi keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu untuk mencapai kehendak jaminan kualiti.
SUMBER RUJUKAN
Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang berkualiti. a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan Manual Prosedur Kerja yang telah ditetapkan iaitu: i. Padat
ii. Jelas iii. Konsisten iv. Lengkap v. Tepat vi. Tepat pada masa vii. Objektiviti
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
24
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN c) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi semua laporan audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: i. Tajuk
ii. Tandatangan dan tarikh iii. Objektif dan skop iv. Kesempurnaan v. Pengguna/Penerima vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti vii. Peruntukan Undang-undang viii. Pematuhan kepada standard ix. Ketepatan masa Laporan Yang Objektif i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan; Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu: Manual Prosedur Kerja
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
25
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa; iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan; dan iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan membina dengan disokong oleh bukti yang mencukupi dan
SUMBER RUJUKAN
didokumenkan dengan sempurna dalam kertas kerja. Laporan Seimbang Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu: i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan serta perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi; dan ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi dan menyatakan sebab serta tindakan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh auditi. 24 - 27 Disiplin Diri Yang Tinggi Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang. Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan Jabatannya. i. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
26
PERENGGAN
PENJELASAN
Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah iii. Tonggak 12 ditetapkan.
ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lainlain agensi. iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat. Bertanggungjawab Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang
diamanahkan dengan cekap dan sempurna. Contoh: i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah ditetapkan. ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat. iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
27
PERENGGAN
PENJELASAN Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama. Contoh: i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik.
SUMBER RUJUKAN
ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang ada. iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Bersabar Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua tindakan yang diambil tidak dibuat dengan terburu-buru dan tergopohgapah. Individu tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan cekal terutamanya ketika berdepan dengan masalah. Contoh: i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan.
ii. Tidak cepat marah dan panas baran. iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi. Bersederhana Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
28
PERENGGAN
KATA KUNCI
PENJELASAN pembaziran serta mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang lain. Contoh: i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja.
SUMBER RUJUKAN
ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi. iii. Bersederhana dari segi berpakaian. Semangat Kerja Berpasukan Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolongmenolong antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat dicetuskan apabila sesuatu perkara itu dibincangkan bersama-sama. Contoh: i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan.
ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain. Berhemah Dalam Berkomunikasi Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik dan menuturkan kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan pihak auditi.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 29
PERENGGAN
PENJELASAN
SUMBER RUJUKAN
ii. Menegur dengan cara yang baik. 28 - 30 Mengkompromikan Mengkompromikan kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur Kepentingan Hadiah atau Ganjaran dalam memberi nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit. Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai Peraturan-peraturan tidak boleh menerima atau memberi atau membenarkan ahli keluarga serta Pegawai Awam mana-mana orang menerima secara langsung atau tidak langsung apa-apa (Kelakuan dan bentuk hadiah atau pemberian daripada atau kepada mana-mana Tatatertib) 1993 persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau pemberian Peraturan 8 itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya. Kedudukan Rasmi Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi. Contoh: i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli tanah.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 30
PERENGGAN
KATA KUNCI
SUMBER RUJUKAN
32 & 33
Aktiviti Luar
Juruaudit Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang Arahan Ketua Audit pekerjaan luar yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara. Negara Bil. 1/2002 Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. Penglibatan Dalam 1/2002 Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Juruaudit Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kursus, ceramah Pekerjaan Luar. Arahan Ketua Audit
atau seminar anjuran sektor swasta kecuali mendapat kebenaran bertulis Negara Bil. 5/2002 daripada Y. Bhg. Ketua Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di Memberi Kursus/ bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 Memberi Kursus/ Ceramah/Seminar Ceramah/Seminar Anjuran Sektor Swasta. Contoh: i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akaun pihak auditi seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan sekolah. Aktiviti Sosial Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua Perintah Am Bab D yang menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau Peraturan-peraturan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang Pegawai Awam berakhlak atau jenayah. (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011) 31
PERENGGAN
PENJELASAN
ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram. iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah. iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat. Ekonomi Seseorang pegawai tidak boleh: i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian. ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma atau individu persendirian. iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau mendapat upah. i. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 5 ii. Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar.
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
32
PERENGGAN
PENJELASAN
SUMBER RUJUKAN
Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali Perintah Am Bab D atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari Peraturan-peraturan larangan yang terkandung di dalam Perintah Am Bab D. Contoh: i. Terlibat dalam gerakan reformasi atau demonstrasi jalanan yang tiada permit yang boleh menjejaskan nama Jabatan. ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik. Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 21
KOD ETIKA JURUAUDIT SEKTOR AWAM JABATAN AUDIT NEGARA (Pindaan Mac 2011)
33