Anda di halaman 1dari 3

Hati Ramadhan

Mohd. Yazid

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini, Telah berkumpul untuk bertarawih kerana mengasihi-Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu Bersatu bertadarus memikul beban dakwah-Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji Setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu Eratkanlah ikatan hati kami di Ramadhan ini Penuhkan piala Ramadhan kami ini dengan cahaya Rabbani-Mu

Yang tidak kunjung malap dek Ramadhan Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman Keyakinan dan keindahan tawakkal

Ramadhan ini hidupkan hati-hati ini Dengan makrifat Dengan fadhilat Dengan iltizam

Jika Engkau mantaqdirkan hati-hati ini Mati dalam Ramadhan Matikanlah hati-hati ini sebagai syuhada

Ramadhan Terakhirku

Ramadhan , kau hadir lagi untuk tahun ini. Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman Aku bersyukur kerana masih lagi sihat dan kuat . Dan aku bersyukur kerana aku sudah berada di kampung halaman Mencari erti kehidupan yang hakiki kini ku sedari persiapan menghadap illahi harus semakin giat. ku dalami ilmu keimaman, ilmu kemasyarakatan, ilmu faraid dan sebagainya Ramadhan kau hadir lagi. membawa seribu satu keinsafan dalam diri ini. perginya rakan seperjuangan kerana sudah ada haluan masing-masing.. kini ku berjuang seorang diri. cabaran menghadapi dunia globalisasi cukup berat untuk aku hadapi..biarpun syaitan sudah dikunci di bulan ramadhan nanti.. mungkin puasa makan dan minum boleh ku gagahi tetapi puasa mata , tangan , mulut dan juga anggota tubuh yang lain??

adakah ini ramadhan terakhir ku?

Rintihan Ramadhan
Mohd Yazid

Tuhan... Telah ku sering terdengar tentang kebesaran Bulan Ramadhan Didalam al-Quran dan sabda junjungan hanya aku yg sering melupakannya Dibulan yang mulia ini Laut penganmpunan-Mu tiada bertepi Rahmat dan nikmat-Mu tiada terbilang Syurga terbuka dengan seluasnya Tuhan kusedari, kelemahan diri ini Yang tidak istiqomah dalam beribadah Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan Begitulah diriku yang sering kelalaian.. Semoga di Ramadhan kali ini.. Dapat ku perbaiki..kelemahan diri Akan ku cuba mendidik nafsuku.... Agar subur kehambaanku terhadap-Mu Lailatul Qadar akan menjelma buat mereka yang menunggunya Para malaikat merendahkan sayapnya Meratakan rezeki untuk semua Bimbinglah aku menuju jalan-Mu Tingkatkan iman dan ketaqwaanku..... Agar baktiku tetap padaMu Biar pun Ramadhan telah berlalu

Anda mungkin juga menyukai