Anda di halaman 1dari 6

1.

1 Pengenalan Masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Melayu Islam atau turut dikenali dengan gejala murtad atau riddah semakin mencapai tahap kritikal dewasa kini. Walaupun umumnya mengetahui bahawa hukum murtad itu merupakan dosa besar dan menurut jumhur ulama ia bukan sahaja dibalas dengan hukuman yang pedih di akhirat, akan tetapi boleh dihukum sebagai jenayah menurut al-Quran dan as-Sunnah.1 Ianya berpandukan kepada firman Allah S.W.T:

Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Surah al-Baqarah: 217) Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,

kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Surah al-Baqarah: 217) 1 Ahmad Mohamed Ibrahim (1997), Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), m.s 523. 2 Hingga ke hari ini belum ada suatu usaha yang serius dijalankan bagi mengkaji dan mengenal pasti kaedah yang sesuai digunakan dalam menangani masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Melayu-Islam. Jika dahulu masalah pertukaran agama lebih tertumpu di kalangan masyarakat beragama Buddha dan Hindu, namun kini ia semakin menular malah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu-Islam. Perbahasan kajian ini merangkumi latar belakang masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Melayu-Islam serta kaedah penyelesaian yang telah, sedang dan akan dilakukan dalam menangani masalah ini. Kajian ini memberi tumpuan di negeri Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai kajian kes. Pemilihan tajuk ini berdasarkan masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Melayu-Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat Islam walaupun jelas mengetahui bahawa ianya merupakan satu dosa besar dalam agama Islam. Fenomena ini seolah-olah memperlihatkan hukum syariah tidak mempunyai autoriti dalam undang-undang di Malaysia sehingga ia boleh dikesampingkan oleh masyarakat Islam. Sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat Islam tentang kedudukan dan keberkesanan hukum syariah di Malaysia. Sememangnya Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak

agama. Sementara rakyat mengamalkan agama-agama yang berlainan seperti agama Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain kepercayaan, dan orang Melayu hanya menganut satu agama iaitu Islam. Adalah asing bagi pemikiran orang Melayu bahawa seorang berbangsa Melayu itu bukan beragama Islam.2 Untuk menjadi seorang Melayu, maka ia mestilah beragama Islam seperti mana definisi Melayu menurut undang-undang dan Perlembagaan.3 Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie. Dalam kes Shaik 2 Mohd Salleh Abas (1985), Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 10. 3 Perlembagaan Persekutuan (Hingga 5 Mac 2008), Petaling Jaya: International Law Book Services, m.s. 238. 3 Abdul Latif dll. lwn Shaik Elias Bux,4 Braddel C.J.C. dalam penghakimannya berkata: Sebelum triti-triti pertama, penduduk negeri-negeri ini hampir semuanya terdiri daripada orang Melayu (Islam) bersama pelombong dan pengusaha Cina. Satu-satunya undang-undang yang terpakai kepada orang-orang Melayu ialah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat-adat tempatan. Bertitik tolak dari evolusi sejarah masyarakat negara ini yang bermula dengan kerajaan Melayu, kemudiannya dijajah oleh kuasa-kuasa asing, selain aspek perkembangan pola kehidupan dan kependudukan masyarakat, maka tidak hairanlah jika masalah pertukaran agama berlaku di negeri-negeri di Malaysia. Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi yang dilakukan oleh gerakan Missionari ini telah

mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511M lagi. Ini kerana mereka berazam untuk menukarkan agama orang Melayu kepada agama Kristian.5 Walau bagaimanapun proses Kristianisasi Tanah Melayu ini kurang berjaya kerana pada masa tersebut masyarakat Melayu Islam masih kuat berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan. Selain itu, sistem perundangan Islam juga diperuntukkan dan dilaksanakan di negeri-negeri Melayu sebelum datangnya penjajah British. Di Terengganu, perlembagaan tahun 1911 menunjukkan adanya pengaruh undang-undang Islam.6 Sebagai tambahan terdapat undang-undang mengenai penubuhan mahkamah dikeluarkan pada tahun 1885 yang membuat peruntukan bagi pentadbiran Islam di negeri itu.7 Ini kerana terdapat Batu Bersurat dari abad XII M yang antara lain menyebut tentang perundangan Islam yang diamalkan pada masa tersebut. Di zaman Sultan Zainal Abidin III di Terengganu (1881-1918), hukum syarak yang telah 4 (1915), I.F.M.S.L.R, 204. Lihat juga Ahmad Mohamed Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 48. 5 Mohd Salleh Abas (1985), Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 11. Lihat juga Abdul Monir Yaacob (Jun 1992), Reformasi Undang-Undang Islam di Malaysia, Jurnal Kanun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m.s 12. 6 Laws of the Constitution of Terengganu (1911), Malayan Constitutionial Documents No.2. Lihat juga Ahmad Mohamed Ibrahim (1986), op.cit, m.s 48. 7 Undang-undang Mahkamah, Terengganu 1885. 4 dilaksanakan dan hukum hudud, qisas, diyah dan takzir diperuntukkan. Mungkin di

negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Kedah juga telah mengaplikasikan undangundang ini.8 Begitu juga dalam kes Ramah lwn Laton 9, Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut. Namun dengan kedatangan British dan diadakan Kanun Keseksaan yang mengikut undang-undang di India dan England, maka undang-undang Islam tidak lagi diikuti dan diamalkan di Tanah Melayu. R.J Wilkinson berkata:10 Tidak boleh diragukan lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu sekiranya undang-undang British tidak masuk dan menahannya. Pada awalnya, kemerdekaan Malaya diharap dapat menghapuskan saki-baki gerakan missionari tersebut. Tetapi peristiwa Natrah pada tahun 1950 menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Namun masyarakat Islam pada masa tersebut sanggup merusuh dan bermandi darah bagi menyelamatkan akidah gadis tersebut. Bantahan awam yang telah dipimpin oleh almarhum Doktor Burhanudin Al-Helmi, Singapura dengan pantas ditangkap dengan perintah berkurung oleh rejim British. Bukan hanya orang awam yang membantah malah seorang anggota polis yang bernama Inspektor Taha Kalu telah menanggalkan uniform polisnya untuk bersama-sama umat Islam yang lain menyatakan sikap amarah terhadap usaha memurtadkan Natrah.11 Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai. Generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam berpaksikan materialistik,

budaya Barat menular ke dalam tampuk pemerintahan. Kesannya, akidah umat Islam 8 Ahmad Mohamed Ibrahim (1997), op.cit, m.s 38. 9 (1927), 6 F.M.S.L.R. 128; 2 J. 213. Lihat juga Ahmad Mohamed Ibrahim (1997), ibid, m.s 3. 10 Wilkinson, R.J.(1908), Papers on Malay Subjects Law Part 1, Kuala Lumpur. 11 Riduan Mohamad Nor (2006), Murtad Implikasi Hukum dan Fenomena, Selangor: MHI Publication, m.s 5. 5

Anda mungkin juga menyukai

  • Rancangan Pengajaran Haria1
    Rancangan Pengajaran Haria1
    Dokumen4 halaman
    Rancangan Pengajaran Haria1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • Maksud Rukunnegara
    Maksud Rukunnegara
    Dokumen4 halaman
    Maksud Rukunnegara
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • RPH Contoh Terkini
    RPH Contoh Terkini
    Dokumen3 halaman
    RPH Contoh Terkini
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • KT Tahun 4 Cekal
    KT Tahun 4 Cekal
    Dokumen5 halaman
    KT Tahun 4 Cekal
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • PJM 3103
    PJM 3103
    Dokumen50 halaman
    PJM 3103
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • Anatomi Ilmiah
    Anatomi Ilmiah
    Dokumen17 halaman
    Anatomi Ilmiah
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • Anatomi Ilmiah
    Anatomi Ilmiah
    Dokumen17 halaman
    Anatomi Ilmiah
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • Artikel 1
    Artikel 1
    Dokumen19 halaman
    Artikel 1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat
  • Artikel 1
    Artikel 1
    Dokumen19 halaman
    Artikel 1
    Hafizuddin Hanizafuddin
    Belum ada peringkat