Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU, JALAN ABDUL SAMAD, 80100 JOHOR BAHRU. No. Tel : 07-2262100, No.

Faks : 07-2263100

KERTAS KERJA HARI KELUARGA KGS 2011

Tempat : DESARU GOLDEN BEACH HOTEL Tarikh : 30 APRIL-1 MEI 2011 ( SABTU & AHAD ) ANJURAN : KELAB GURU & KAKITANGAN ( KGS ) SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU (SSeJB)

1. PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab Guru Dan Staf (SSeJB) merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua guru dan staf di SSeJB. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru SSeJB. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SSeJB. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga SSeJB agar sambutan Hari Keluarga kali pertama ini meriah, berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. 2. OBJEKTIF 2.1 Memberikan ruang kepada staf dan guru-guru SSeJB untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang. 2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan guru-guru SSeJB. 2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan guruguru SSeJB sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. 3. TEMA Cadangan tema Hari Keluarga ialah KEKELUARGAAN DIBINA KEJAYAAN DIJANA

4. PERINCIAN PROGRAM

Tarikh Tempat Bilangan Peserta 5. PESERTA

: 30hb April -1hb Mei 2011 (Sabtu & Ahad) : Desaru Golden Beach Resort : 77 orang (Berdasarkan bil.pekerja SSeJB)

5.1 Semua kakitangan, guru-guru dan jurulatih-jurulatih SSeJB.

6. TENTATIF PROGRAM Sila lihat LAMPIRAN 1 7. ANGGARAN PERBELANJAAN Sila lihat LAMPIRAN 2 8. AHLI JAWATANKUASA Sila lihat LAMPIRAN 3 9. PENUTUP Dengan terlaksananya Hari Keluarga kali pertama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah di kalangan staf dan guru-guru SSeJB di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan guru SSeJB sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja yang proaktif.

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM HARI KELUARGA KGS KEKELUARGAAN DIBINA KEJAYAAN DIJANA

SABTU / 30 APRIL 2011 MASA 9.00 pagi 10.00 pagi 12.00 tengahari 4.30 petang 4.30 petang 5.00 petang 5.00 petang 6.30 petang 6.30 petang 8.30 malam 8.30 malam 10.00 malam TENTATIF Bertolak dari Sekolah Seni Johor Bahru Bertolak ke Desaru Golden Beach Hotel Check in Hotel, Solat Zohor Pengurusan diri dan Makan Tengahari Minum petang dan Solat Asar Aktiviti Telematch Rehat, pengurusan diri dan Solat Maghrib Makan malam BBQ 10.30 malam Tidur Karaoke Cabutan Bertuah Penyampaian Hadiah Explorace Penyampaian Hadiah Telematch

AHAD / 1 MEI 2011 MASA 7.30 pagi 8.30 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 12.00 tgh 12.00 tengahari 1.00 petang Sarapan pagi Aktiviti sukaneka Pengurusan diri Check out dari tempat penginapan Bertolak pulang ke Sekolah Seni Johor Bahru TENTATIF

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM HARI KELUARGA KGS KEKELUARGAAN DIBINA KEJAYAAN DIJANA

BIL 1

PERKARA Pakej 2 hari 1 malam RM 140.00 / dewasa RM 60.00 / kanak-kanak

KOS UNIT RM 140.00 x 77 orang

JUMLAH RM 10,780.00

2 3

Hadiah cabutan bertuah Hadiah explorace

RM 10.00 x 10 hamper RM 200

RM 100.00 RM 200.00

JUMLAH BESAR

RM 11,080.00

* Sumber kewangan adalah melalui Tabung Kelab Guru dan Staff (KGS), Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG), pihak sekolah, pihak luar (NGO dan persendirian)

Lampiran 3

JAWATANKUASA PENGELOLA HARI KELUARGA KGS - KEKELUARGAAN DIBINA KEJAYAAN DIJANA 2011 Pengerusi Cik Hjh Rohana Binti Ismail (Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru) Timbalan Pengerusi Cik Hjh Norziah Binti Aziz (PK Kurikulum) Naib Pengerusi 1 En Tee Tiam Chai (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 En. Jabar Bin Shain (Penolong Kanan Kesenian) Penyelaras Program En. Fauzi Bin Ahmad Selo Setiausaha Cik Fauziah Binti Salleh Bendahari En. Faizal Azuat Bin Hashim

BIL

JAWATANKUASA

PERINCIAN TUGAS

AKTIVITI DAN LAWATAN - En. Makir Bin Abdul Kadir 1. En Mohd Fairuz Bin Ali 2. Cik Sarina binti Shardan 3. Cik Hasyanti Binti Hashim 4. En. Ku Mohd Yusri Bin Ku Abd.Rahman 5. En.Khairul Anuar Bin Zainuddin 6. Ashafiqah Binti Abd.Aziz

Memastikan keperluan dan aktiviti sepanjang Program Hari Keluarga dilaksanakan.

JURUGAMBAR SEKOLAH 1. En Mahadzir bin Jaafar 2. En Zulkefli bin Yaacob Merakam gambar sepanjang program berlangsung bagi tujuan pelaporan. Menjadi pengacara majlis dan mengetuai bacaan doa.

JURUACARA & BACAAN DOA En. Mohd Lutfi Johari 1. En Mohamad Firdaus bin Mohd Jalil

JAMUAN-Pn Sahara binti Bakri 1. Pn Zaleha binti Mohamed 2. Pn Nazia Binti Mohamed Jelani 3. Cik Siti Nur Aishah Binti Haron

Merancang menu dan masa untuk kudapan. Merancang lokasi/tempat untuk kudapan. Membantu mengurus makanan guru dan staf.

CENDERAMATA / HADIAH Pn Raja Norasiah binti Raja Daud 1. Nor Hamidah Binti Abd.Rahim 2. Cik Mazlita binti Md Salleh 3. Cik Noraishah Binti Nordin 4.Cik W.Noor Suriahakim Binti Mohammad Menyediakan cenderamata dan hadiah untuk aktiviti yang dijalankan

DOKUMENTASI - Cik Nurul Akmar Binti Said 1. Pn Suhaibah binti Mohamed 2.Pn. Zaramila Binti Salim Menyediakan laporan setelah sesi pendaftaran selesai dilaksanakan.

PENGINAPAN GURU Cik Nuremelia binti Mohd Rawan 1. En Saravanan a/l Palanisamy 2. Pn.Nurjannah Binti Behannudin 3.En.Muhamad Safidzan Bin Salman 4.Pn. Yusnirah Binti Mohamed Yusof Menyusun atur penginapan guru sepanjang program dijalankan. Penjagaan kebajikan dan keperluan guru sepanjang program berlangsung.

PENGANGKUTAN En Mohamad Fauzi bin Sekhaini 1. Cik Nordiana Binti Nordin 2.En.Abdul Rasyid Bin Mohamed 3. Cik Rafizah binti Mohd Kadari 4.En. Ahmad Khairulanuar Rahimey Bin Rahim Menguruskan pengangkutan guru daripada sekolah ke tempat penginapan dan balik daripada tempat penginapan ke sekolah sebaik sahaja program tamat.

Disediakan oleh, ........................................... Fauziah binti Salleh (Setiausaha Program Hari Keluarga 2011)

Disahkan oleh, ..................................................... Hajah Rohana binti Ismail (Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru)

Anda mungkin juga menyukai