Anda di halaman 1dari 17

JEFFERSON ANAK JITONG MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN MAT ZUKI

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

Melalui proses ini, dunia tidak lagi dihadkan oleh sempadan dari segi jarak dan sebgainya. Bahkan, peluang sesebuah negara itu mengakses pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber terbuka dengan luas.

Menurut Kamus Dewan globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah dunia tanpa sempadan.

Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.

Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan.

Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikan.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan.

Dalam merentasi arus globalisasi pada masa kini, seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya dalam meningkatkan kualiti sekolah, seorang guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini demikian kerana dengan tersedianya maklumat yang boleh diakses
dengan senang dan cepat ini, tidak menjadi halangan bagi mereka untuk menambah pengetahuan mereka. Seorang guru berkualiti juga haruslah mempertingkatkan profesionalisme mereka. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan sedia ada seorang guru dalam aspek pendidikan perlu sentiasa dikemaskini. Selain itu, guru juga perlu berusaha untuk mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.

Guru

perlu

menyambut

baik

usaha

kerajaan

dalam

menyediakan guru yang kompetan di era globalisasi ini dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihakpihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.

Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik yang seterusnya membentuk kelompok tenaga pengajar yang cemerlang dan profesional dalam menjalankan tugas mereka

Peranan

seorang

guru

kepada

sekolah

adalah

dalam

menyediakan pengajaran yang efektif.

Pengajaran

efektif

mempunyai

objektif

pelajaran

yang

ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu, pelaksanaan yang cekap dan berjaya serta menggunakan teknik mengajar yang sesuai juga penting.

Sebagai

contoh,

murid

yang

cerdas

diberikan

aktiviti

pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan.

Keberkesanan

sesuatu

pengajaran

dapat

dilihat

apabila

guru

menjalankan proses penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selepas setiap sesi pengajaran.

Selain itu, perkara yang paling penting bagi seorang guru di era globalisasi ini ialah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT.

Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet memberikan banyak cabaran kepada golongan pendidik untuk mencapai Misi Nasional.

Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mestilah dikuasai terlebih dahulu oleh para pendidik

bagi melengkapkan diri dengan kemahiran terkini dalam menyempurnakan


misi penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk usaha untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020. terdapat pelbagai perisian yang berguna kepada seorang guru untuk dijadikan medium penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan kepada

murid.

Justeru,

guru

haruslah

mencabar

diri

mereka

sendiri

untuk

mempelajari ilmu ICT ini.

Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana


dalam era teknologi maklumat masa kini yang serba pesat ini, masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.

Oleh itu, guru haruslah berusaha memahirkan diri dengan

teknologi yang terkini dengan menghadiri bengkel kemahiran


dan sebagainya.

Pembestarian

sekolah

seperti

projek

Sekolah

Bestari

dan SchoolNet, hendaklah dimanfaatkan oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

Kerajaan telah memperkenalkan perkhidmatan yang baru dan berinovatif dalam industri komunikasi dan multimedia. Antara perkhidmatan baru dan berinovatif yang telah diperkenalkan dan memberi impak di peringkat sekolah termasuklah perlaksanaan Projek SchoolNet. Projek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke Internet untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.

Projek ini telah memperlihatkan penggunaan teknologi terkini seperti Very Small Aperture Terminal (VSAT), Wireless Fidelity (Wi-Fi) dan Asymetric Digital Subscriber Line (ADSL) bagi merangkaikan hampir kesemua sekolah. Projek SchoolNet

dimulakan secara rasmi pada 25 Februari 2004 hasil kerjasama Kementerian


Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dengan KPM. Dengan menggunakan teknologi ADSL, teknologi Wireless dan teknologi VSAT, pelajar dan guru di sekolah dapat mengakses aplikasi Internet.

Objektif utama SchoolNet adalah: Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar

Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.


Mewujudkan suasana pendidikan interaktif

Pelaksanaan Projek

Bagi memastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet
dengan kelajuan 1Mbps downlink dan 128Kbps uplink, tiga (3) jenis teknologi digunakan: Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan bandar Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar

Era Industri Guru sebagai pengarah

Era Globalisasi Guru sebagai fasilitator

Guru sebagai sumber pengetahuan Guru sebagai kawan belajar Belajar secara ketat dengan waktu yang terbatas Berdasarkan pada fakta Bersifat teoritik Belajar secara terbuka, dengan waktu fleksibel sesuai keperluan Berdasarkan projek dan masalah Pembelajaran melalui penyelidikan dan perancangan, penemuan dan penciptaan Komputer sebagai media belajar Persembahan multimedia yang dinamik Komunikasi tidak terbatas

Komputer sebagai subjek belajar Presentasi dengan media statik

Komunikasi terbatas semasa waktu kelas sahaja

Anda mungkin juga menyukai