Anda di halaman 1dari 3

Sebelum teruskan bicara, Erisya ingin mohon maaf kerana tidak pernah membalas pertanyaan mengenai rawatan batu

karang di Melaka....bukan apa , kerana kami sendiri tak pernah ke sana! Sekarang baru Erisya berani memberikan alamat dan no tel. Ahad lepas,kami sekeluarga ke rumah en Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol kami terus memandu ke arah jejantas/jambatan di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , kami belok ke kiri iaitu ke arah Sungai Udang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN di sebelah kiri. Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankan kereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut. Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan di sebelah kirinya. Oh ya..Jangan lupa bawa bekas air kosong ke sana. Tapi kalau tak ada pun tak pe sebab di sana jiran2 menjual bekas kosong dengan harga RM4. Kemudian pesakit harus ambil nombor giliran (macam hospital lak..tapi tak de misi/suster cun!). Namun nasib kami baik kerana orang tak ramai jadi tak perlu lah ambil no. Lima orang masuk ke dalam bilik rawatan. Erisya tak ikut masuk sebab seganlah...semua lelaki! Menurut suami, en Jamil menggosok2 bahagian belakang pinggang. Kemudian beliau pegang bahagian perut kanan...rasa pedih ..tetiba voila! ada seketul batu. Menurut suami, semasa orang sebelah terima rawatan, dia asyik memandang tangan en Jamil...kotlah ada batu! tapi kedua belah tangan memang kosong..tetiba .terdengar bunyi batu bergeser semasa en Jamil menggosok...bila en Jamil keluarkan tangan, .rupanya ada dua biji batu dikeluarkan dari pesakit sebelah! Keluar bilik, pesakit dibekalkan air yasin dan satu bekas krim panas (RM10)...bayaran lain, berilah seikhlas hati. Erisya enggan membuat spekulasi mengenai kaedah rawatan beliau. Yang pasti, suami tidak lagi kencing berdarah, ari-ari dah tak sakit dan perutpun tidak senak lagi. Namun masih belum berkesempatan nak scan di hospital lagi. Menurut seorang kenalan, dia pernah membawa anaknya menerima rawatan di situ. Bila ke hospital, doktor pun heran sebab tiada batu karang lagi!

Semua nya dengan keizinan Allah taala. Kita hanya berusaha. Bagi yang berminat untuk mencuba: En Jamil Kpg Gangsa , Durian Tunggal Melaka No Tel: 016-6166694 Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg)

pada Jumaat yg lalu, 5hb Mac 2010 waktu petang di tempat kerja... i rasa amat tidak selesa dibahagian bawah perut dan pinggang. i biarkan aje, buat tak kisah. Lama kelamaan i rasa sakit pula yg amat sgt.... dan melarat hingga ke maghrib. sakitnya ya rabbi mmg tak dapat nak cerita.... serba tak kena. Sakit!!!!! Keadaan begitu membuatkan i terpaksa ke klinik utk ambil suntikan tahan sakit. dari contoh air kencing, doktor katakan i mungkin ada masalah batu karang samada di pundi kencing atau buah pinggang. Dummmm... termenung i bila dgr kata2 doktor tu... Alhamdulillah dalam 20 minit lepas suntikan tu i dah boleh senyum.... esoknya sabtu 6hb Mac 2010 i buat kerja macam biasa sampai petang.... tapi bila tiba waktu malam sakit tu datang balik.... aduh mmg sakit! sekali lagi terpaksa ambil suntikan utk redakan sakit.... esok nya mula lah mencari dan bertanya dgn org tertentu mcm mana nak clearkan masalah yg aku alami....mujur lah seseorg telah khabarkan yg seseorg di melaka boleh ikhtiar utk atasi sakit batu karang.... bayangkan dari KL i pecut dgn kereta i up to 170km/h utk sampai ke tempat yg kutuju....satu jam lima belas minit i sampai ke destinasi sebab khabarnya tempat tu akan tutup pada jam 4pm.... jam 4.15pm i sampai kat rumah dia dan merayu utk mendapatkan rawatan sakit yg sedang i alami.... alhamdulillah dia setuju setelah mendengar penerangan i...tak sampai pun lima minit rawatan yg dia buat 2 biji batu karang dikeluarkan dari pundi kencing, satu yg besar dikeluarkan dari buah pinggangi....katanya dia keluarkan yg buat i rasa sakit dulu, yg lain kena datang lagi... so petang tu juga i balik KL.... tiga hari lepas tu i rasa sakit lagi dibahagian yg lain... sampai terpaksa ambil suntikan tahan sakit dari klinik... sabtu 13 Mac 2010 i kesana sekali lagi utk pastikan sakit i dapat diselesaikan secepat mungkin. Alahamdilillah dari bahagian pinggang di keluarkan satu batu karang serta habuk habuk batu karang yg berserakan yg terperap kat buah pinggang i dimana hanya tunggu waktu je utk sakit lagi.... hari ni i rasa amat selesa.... tak ada lagi rasa sakit dan tak selesa seperti selalu. Bayaran? lupa i nak cerita.... tak mahal... seikhlas hati jer.... org tu tolong dgn niat nak tolong org.... kerana Allah...

berbakti kepada org ramai.... tapi kena datang awal.... kenapa? Sbb org ramai....Jumaat dia tutup. kira nya ada sesiapa yg nak dapatkan maklumat lanjut ttg tempat yg i pergi tu.... emel muhamad_arut@yahoo.com or 0133009006 / 0132317191

Anda mungkin juga menyukai