Anda di halaman 1dari 5

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai isteriku, Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu aku tidak mampu memberikannya selalu kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai isteriku Haraplah pada Allah SWT KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku agar aku menghargai dirimu

Wahai isteriku Jangan sesekali kau menangis keranaku tetapi menangislah kerana Allah SWT yang kekadang kau lupa akan diriNya kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku

Wahai isteriku Aku takut meletakkan harapanku kepadamu kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku

Wahai isteriku Aku takut menghargai dirimu melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT

Wahai isteriku Dikala kau bersedih keranaku ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya

Wahai isteriku aku tidak mampu membahagiakan dirimu kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai isteriku simpanlah air matamu hanya untuk Allah bukan untuk diriku kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah

Wahai isteriku sesungguhnya aku menyayangi dirimu hanyalah kerana Allah SWT

yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu

Wahai isteriku sesungguhnya aku menjadi penemanmu semata-mata kerana Allah SWT yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai isteriku Sesungguhnya aku juga insan yang lemah yang sekadar memiliki kudrat hanya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai isteriku tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku untuk menghargai dirimu

Wahai isteriku semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah oleh Allah SWT dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai isteriku,

aku redha dan rela dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintai diriku Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,

kau bukan sekadar mencintai diriku, malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku. Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai isteriku, Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.

Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah.

Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah.

Terima kasih ya Allah..terima kasih.

Semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Andhika Al-Banjari Mtp shared by M.i al-abror

Salam Ukhuwah fillah

Anda mungkin juga menyukai