Anda di halaman 1dari 5

UMNO KESINAMBUNGAN …..

BAHAGIAN BUKIT BINTANG

Asalamualaikum WBT
Tuan Pengerusi Majlis, etc

Rakan-Rakan Seperjuangan sekelian,

Suasana keghairahan untuk mempelopori kebangkitan martabat


bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan politik di
Kuala Lumpur khasnya turut menular dan meresap kedalam jiwa ramai
anak Melayu yang berkunjung atau pun tinggal di Kuala Lumpur ini.

Namun kemunduran sosial jelas memalitkan lumpur di imej bangsa


Melayu. Masalah sosial yang diketahui umum merupakan masalah akar
umbi yang berpunca dari kecacatan struktur dan sahsiah keluarga. Ia
merebak ke struktur setempat dan membawa kepada budaya
mendiamkan diri. Masyarakat orang melayu kini tidak pro-aktif dan
mengamalkan sikap tunggu dan lihat.

Pelbagai program dirancang diantaranya “Rumah Ku Syurga Ku”


namun ianya sekadar memperlihatkan keperihatinan kerajaan.

Memang senang mencari sundal, lebih mudah mencari betina ,


tapi susah mencari isteri..

Memang senang untuk membina rumah, tapi lebih susah lagi


membina rumah tangga.

Kita boleh bina bangunan KLCC di KL kerana kita mempunyai


kontraktor yang berwibawa. Menagapa KLCC tidak boleh dibuat di
negeri-negeri lain? Ini kerana lebih senang membuat bangunan dari
memasukkan orang untuk bekerja dalam bangunan itu!!

Kita perlu menitikberatkan pengisian sebelum kita bersetuju dengan


apa jua cadangan. Pelbagai idea dan usul di lontarkan, mana hasil
perlaksanaannya?

Kita masih lagi kurang berkesan dalam hal-hal implementation.


Pemuda UMNO wajar melahirkan lebih ramai lagi Project Manager
yang mahir dalam Project Management bagi memastikan program-
program kerajaan yang berkesan dilaksanakan.

Rata-rata meminati program Apprentice yang dikelolakan oleh Donald


Trump jutawan terkenal. Apa yang ditekankan oleh Donald Trump
bukan sekadar kelulusan ijazah dari universiti tersohor. Donald Trump

1
mahukan pekerjanya berkesan dalam project management. Dan
mereka mempelajari seni project management dengan lebih
berkesan.

Ruang kompetitif yang membuatkan mereka kreatif membuatkan


mereka lebih belajar dalam keadaan tidak sedar. Mereka mempelajari :
“What To Do and What Not To Do”

Ekonomi

Saudara – Saudara seperjuangan Ku

Saya terpanggil untuk bertanya. Mengapakah tiada anak bangsa


lain yang berniaga burger ditepi jalan di Malaysia?

Namun jika direnungkan, dalam eko-sistem burger, dari mesin


pengisar, pembungkusan, pemasaran dan hingga ke bilik sejuk
dimonopoli oleh bukan melayu. Nyata ianya cabang yang
menguntungkan mereka namun bukan dengan menjual burger itu
sendiri. Ini kerana pembaziran masa yang ketara dalam menjalankan
perniagaan ini.

Masa berniaga yang tidak efektif (8malam hingga ke 12


tengahmalam) ditambah dengan lokasi yang sering menjadi hambatan
pihak berkuasa tempatan [Berniaga tanpa lesen atau tapak yang
dibenarkan].

Mengapa masyarakat kita membenarkan aktiviti yang membuang


banyak masa dengan pulangan yang minima ini? Mengapa kita
membantu Melayu untuk tidak maju? MARA memperuntukkan
sebilangan dana untuk suntikan modal bagi orang melayu khususnya
wanita untuk membuka kedai kek, bakeri mahupun roti. MARA
menabur jasa hampir 50 tahun dan jutaan modal dalam bentuk wang
ringgit dan khdmat nasihat telah dibelanjakan. Namun hingga kehari
ini kita gagal melahirkan syarikat gergasi dalam industri roti, bakeri
mahupun kek.

Kita hanya perlu membuat kertas kerja bagaimana untuk membuka


kedai bakeri. Rata-rata orang Melayu mengupah consultant untuk
membuat kertas kerja pinjaman ini.

Pastinya sudah terkumpul beribu-ribu kertas kerja sebegini di setiap


pejabat MARA diseluruh nergara, namun tiada satu pun kajian MARA
kenapa kedai roti Melayu tidak boleh kompetitif?

2
Kita perlukan bukan sahaja “What To Do” untuk berniaga, kita wajib
tahu “What Not To Do” demi survival orang Melayu untuk terus
kompetitif!!!

Sudah sampai masanya kita melahirkan syarikat roti yang disenariakan


di bursa saham. Syarikat kek yang berniaga di rangkaian hyper-
market dan sebagainya.

Orang Melayu juga merupakan golongan terbesar sebagai nelayan. Jika


dikaji eko-sistem, sesiapa yang mengawal bekalan dia akan mengawal
harga.

Soalannya “Mengapa nelayan kita yang sudah berpuluh tahun di


bantu kerajaan namun tidak boleh memiliki Mercedes ataupun
Jaguar?. Mengapa bangsa lain yang tidak menangkap ikan
boleh mengawal harga ikan dan berniaga ikan di pasar-pasar
diseluruh Negara?”

“Mengapa mereka ini boleh mengalahkan LKIM – agensi


Kerajaan?”

Jawapannya – Melalui rangkaian dan jalinan mereka mengetahui


“What Not To Do”..

Pemuda UMNO perlu membuat rangkaian pintar dalam jalinan ekonomi


untuk mendapatkan maklumat dan data-data terkini demi untuk
membantu orang melayu untuk lebih kompetitif.

Dengan rangkaian DPMM, GABEM, YKSM, NEBC dan pelbagai lagi


rangkaian yang terdapat dalam jalinan UMNO, kita perlu memberikan
“value added” kepada ekonomi UMNO. Bukan sekadar platform
untuk mereka-mereka yang terdahulu untuk membuat “come-back”
kedalam UMNO.

Sosial

Sahabat-sahabat saya dalam UMNO.

Ini adalah ungkapan dalaman yang sering kita renungkan dalam


masayarakat kita kini.

“Tidak apa kalau anak orang lain yang hisap dadah, jangan
anak kita”
“Tidak apa kalau anak orang lain yang bohsia, jangan anak
kita”

3
“Tidak apa kalau anak orang lain yang lepak, jangan anak
kita”
“Tidak apa kalau anak orang lain yang merempit, jangan anak
kita”

Malaysia bukan negeri yang menanam bunga poppi. Malaysia juga


bukan pengeluar dadah.

Soalannya “Bagaimana dadah boleh berada di pasaran Malaysia


dan disalahgunakan oleh orang Melayu?”

Siapa yang menjaga Imigresen di pintu masuk Negara?


Jawapannya – Orang Melayu!

Siapa yang menjaga Unit Pencegah Penyeludupan di Negara ini?


Jawapannya – Orang Melayu!

Siapa yang menjaga Polis di Negara ini?


Jawapannya – Orang Melayu!

Siapa yang menjaga Tentera di Negara ini ?


Jawapannya – Orang Melayu.

Siapa yang menjadi dalang dalam industri ini? BUKAN ORANG


MELAYU!!

Mengapa Dadah yang diisytiharkan Musuh No. 1 Negara tidak


diperangi habis-habisan?

Dadah adalah musuh No.1 orang Melayu dan ianya wajib diperangi
habis-habisan.

Kita wajar memantapkan Biro Anti Dadah UMNO dengan tanpa prejudis
untuk memastikan kesinambungan bangsa Melayu !

Kita berjaya menumpaskan Parti Komunis Malaya selepas 30 tahun


merdeka dengan kebijakasanaan PDRM dan Tentera kita, kita wajib
bijak menumpaskan dadah selepas 50 tahun merdeka kerana mereka
yang kaya dalam eko-sistem dadah ini terdiri dari Bukan Melayu!

Eko-sistem yang tidak pro-aktif ini melemahkan masyarakat melayu itu


sendiri. Daya saing dan daya tahan anak melayu yang mengalami
masalah sosial ini sesungguhnya akan merebak dan menjangkiti anak
melayu yang lain, seterusnya keluarga melayu yang lain dan akhirnya
seluruh masyarakat melayu di tempat itu lemah dan tidak kompetitif!!!

4
Kita tidak boleh digula-gulakan dengan slogan membantu ekonomi
UMNO walhal, realitinya ahli UMNO yang dalam kesempitan meminta
bantuan dan keperihatinan daripada Ketua Cawangan, Ketua Wanita,
Ketua Pemuda yang berakar umbi dengan hati mereka.

Pemuda UMNO perlu berbudi untuk mendapatkan sokongan dari akar


umbi. Masyarakat di KL lebih mengenali Datuk Michael Chong dari Biro
Bantuan Masyarakat MCA berbanding Polis, Jab.Kebajikan mahupun
Biro Bantuan UMNO apabila mereka didalam kesusahan.

Pemuda UMNO sepatutnya terpanggil untuk bergerak lebih pro-aktif


kerana mereka yang meminjam daripada “ALONG” bukan sahaja dari
kaum tionghua, orang Melayu juga meminta jasa baik MCA untuk
membantu mereka dalam masalah Along.

UMNO dahulunya menjadi “One Call Center” untuk orang Melayu.


UMNO sepatutnya kekal dihati sanubari rakyat. Namun masalahnya,
mereka yang berlabelkan UMNO ini tidak memberikan perkhidmatan
yang sewajarnya. Jika mereka membantu, khidmat yang diberikan
sekadar melepaskan batuk di tangga. Kita, Pemuda UMNO patut
mencernakan :Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” dalam aspek
perkhidmatan kemasyarakatan.

Jika eko-system ini tidak di pantau, kita akan selamanya terpaksa


kelihatan seperti mahu membeli undi rakyat setiap kali menjelang
pilihan-raya. Kita patut membuat analisa dan culaan dalam
menetapkan indeks kepuashatian masyarakat setempat - Citizen
Satisfactory Index dalam hal-hal yang berkaitan dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai