Anda di halaman 1dari 16

TAJUK:

ESEI ILMIAH

NAMA NO. MATRIKS KUMPULAN

:MARY A/P DAVIDSON : D20102040916 : EL B05

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR.NOOR SHAH BIN SAAD

Unit Pilihan -> Unit 2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

A) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut keguruan.
Sistem pendidikan negara kita menjunjung tanggungjawab utama dalam menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka sebagai individu dapat menghadapi alam dewasa secara produktif. Dalam menunaikan tanggungjawab tersebut sistem pendidikan telah menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 yang amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang sistem pendidikan untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat serta perkembangan teknologi hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang seimbang kepada semua pelajar tanpa mengambil kira bangsa, agama, budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Pada umumnya unit 2 menjelaskan tentang maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), huraian tentang perkara-perkara yang dinyatakan dalam FPK serta hubungan ciri-ciri FPK dengan falsafah pendidikan barat dan Islam. Dengan adanya FPK, sistem pendidikan negara kita dapat menganjakkan diri ke arah kecemerlangan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mengasasi dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah iaitu pra sekolah sehingga kepada peringkat tertinggi iaitu peringkat universiti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengambil inspirasi daripada proses

memberi

impak

terhadap

perkembangan

profesionalisme

pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah pendidikan ini adalah amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam serta pembangunan negara Malaysia. Menurut unit 2, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa FPK menggabungkan matlamat, dasardasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan negara kita untuk individu dan negara. Tujuan utamanya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik dan juga berfungsi. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Berdasarkan huraian di dalam unit 2, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, falsafah pendidikan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan serta Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh atau panduan utama yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan, sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan itu, FPK digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Kesemua isi kandungan bab amat penting dalam kehidupan seseorang guru yang sentiasa dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme keguruannya. Dengan merealisasikan setiap unsur dalam bab ini, guru dapat membentuk dirinya sebagai insan yang berfungsi dalam mewujudkan rakyat Malaysia sepertimana yang dikehendaki dalam FPK. Oleh itu, golongan pendidik serta semua pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Kita harus berpegang teguh bahawa hanya dan hanya sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang. Falsafah pendidikan boleh dikatakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan unsur-unsur lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. FPK juga dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru-guru untuk mengajar dengan lebih berkesan dan secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi profesion perguruan.

Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendapatkan hasil yang berkesan dan seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan malah ia juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Sekiranya tiada suatu sistem dasar yang jelas, kukuh dan mantap, sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak akan mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsung dengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan, kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan Berdasarkan keperluan FPK, seseorang guru juga harus menguasai pelbagai domain seperti kognitif, sosial, fizikal dan emosi bagi membantu mereka mengalami proses pertumbuhan. Ilmu pengetahuan yang diperolehi akan dapat membantu guru memahami keadaan atau latar belakang pelajar bagi membentuk pengalaman pembelajaran yang produktif. Untuk tujuantersebut guru perlu memahami perbezaan yang wujud dalam budaya, pengalaman keluarga, perkembangan mental dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan muridnya. Guru juga perlu peka, mendengar dengan baik dan mengambil berat terhadap muridnya semasa melaksanakan tugas-tugas pembelajaran. Penghayatan Falsafah Pendidikan Negara ke dalam diri seorang guru dapat meningkatkan lagi profesion keguruan. Guru-guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan sebagai pemangkin untuk memastikan negara dapat melahirkan individu yang bukan sahaja berkualiti malah juga dari segi rohani. Ini membawa maksud bahawa cabaran globalisasi menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih berpengalaman, berkemahiran, berdisiplin, dan lebih mengutamakan kualiti maka tuntutan terhadap golongan guru sebagai golongan yang berada di hadapan jauh lebih hebat. Dengan merealisasikan FPK seseorang guru dapat meningkatkan profesionalisme melalui beberapa peranan seperti yang dibincangkan dalam bahagian-bahagian yang seterusnya. Melalui pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, tanggungjawab guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru-guru mula memainkan peranan dalam pelbagai aspek seperti pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.

Seseorang

guru

merupakan

individu

yang

paling

bertanggunjawab

dalam

menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan sesuatu pelajaran, minat murid haruslah ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran akan berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Maka, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya untuk menarik perhatian terhadap pelajaran. Dalam langkah meningkatkan profesion seseorang guru juga harus mahir dalam mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang itu mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Setiap langkah pembelajaran itu haruslah dirancang supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Dalam merancang langkah-langkah pembelajaran itu, guru aharus bersedia terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran yang perlu dicapai, bahanbahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang berkesan kepada murid-murid. Guru juga boleh membimbing secara berkesan supaya murid-murid dapat memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalamanpengalaman harian murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah dan konkrit lagi. Perkataan-perkataan atau bahasa yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya harus lebih jelas. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf atau integrasian ICT dalam pelajaran dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga harus menolong murid-murid mengatur fakta-fakta yang dipelajari supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain. Selain itu, FPK menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan. Maka, pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang paling utama dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa murid-murid mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Ini bermaksud, guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membantu murid-murid membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera dalam diri masing-masing. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani seseorang individu akan menyuburkan serta meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan dalam kalangan murid-murid jika guru menjalankan tugasnya dengan sungguh-sungguh dalam matlamat membangunkan insan. Salah satu matlamat FPK ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Namun dalam erea yang serba moden ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang sangat negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Jika dibiarkan berterusan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan. Maka di sini tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan tabiat pelajar supaya harmoni dan sihat. Tabiat murni inilah akan membina tingkah laku murid yang normal. Ini akan mewujudkan etika guru yang diharapkan dan meningkatkan profesionalisme sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Daripada isi kandungan berkaitan FPK ini, kita juga mendapati bahawa seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai individu yang teguh dalam proses membina generasi yang berkualiti. Oleh kerana bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang cemerlang. FPK juga juga secara tidak langsung mengharapkan seseeorang guru harus mempunyai ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd. Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi menjayakan proses pembinaan negara bangsa serta meningkatkan profesionalime dalam dirinya. Profesionalisme keguruan juga merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan, pengetahuan serta kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para

guru perlu menunjukkan sikap kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru memang bebas membuat keputusan tetapi kebebasan tersebut haruslah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Guru harus membuat keputusan yang rasional supaya dapat mengelakkan berlakunya kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya hasil daripada tindakan melulu. Selain itu unit 2 melalui FPK juga menyarankan guru yang ingin meningkatkan profesionalisme mestilah berkemahiran dalam pengurusan. Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran merancang, berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan sebagainya. Dalam hal ini, penekanan haruslah ditumpukan kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan kemajuan. Untuk yang demikian guru-guru perlulah menguasai kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah lakunya. Ini adalah disebabkan banyak tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru di sekolah. Contohnya mengurus murid, disiplin, rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling, menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya. Untuk mencapai kehendak FPK dan meningkatkan profesionalisme seseorang guru juga perlulah kreatif dan inovatif. Seorang guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, teknik, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang berunsur kreatif dan inovatif. Kecekapan seorang guru yang dapat mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan pendidikan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai ramai pelajar. Guru yang menghindari inovasi pula akan menjadi guru yang tidak efektif dan tidak sesuai untuk menghadapi cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran mereka di samping cuba merapatkan jarak diri mereka dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Daripada unit 2 ini juga saya mendapati bahawa sekiranya kita ingin meningkatkan taraf profesionalisme keguruan kita harus menguasai ilmu pedagogi. Ilmu pedagogi meliputi bidang pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Demi tujuan tersebut guru perlulah melaksanakan pengajaran mikro dan

latihan mengajar yang lebih komprehensif untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru terutamanya dalam melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Kita sentiasa peka terhdap keperluan pelajar kita yang memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang mengalami perubahan. Sekiranya guru masih berpegang kepada kaedah tradisional, sudah tentunya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan. Dalam usaha menjayakan matlamat FPK seperti yang dinyatakan dalam unit 2 guru harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Peningkatan profesion keguruan yang berasaskan ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri terlebih dahulu untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat setara dengan perkembangan teknologi serta dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru yang ingin meningkatkan profesionnya tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar. Guru juga perlu mengamalkan aktiviti membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan. Deangan membaca seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar. Dengan ini guru-guru dapat memperbaiki kelemahan mereka dalam bidang tersebut serta menambahbaiki aktiviti dalam pengajarannya supaya lebih baik dan menarik. Seseorang guru bukan saja memainkan peranan sebagai pengajar, tetapi juga perlu mendidik anak muridnya dengan nilai akhlak mulia. Guru harus mendidik anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Selain itu, seseorang guru juga perlu berfungsi sebagai pemimpin. Ini bermaksud guru harus memimpin dan memandu pelajar menjalankan sesuatu tugasan dengan betul dan berkesan. Ini akan menjadikan guru sebagai pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membina anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK seterusnya meningkatkan profesionalime keguruan dirinya. Kehendak FPK juga memerlukan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut supaya guru-guru

dilatih

semula

semasa

dalam

perkhidmatan.

Ia

dapat

mempertingkatkan

dan

memperkukuhkan profesionalisme diri selain mengembangkan potensi individu ke tahap yang diingini. Sebagai seorang guru, kita mampu memperkukuh kebolehan untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelaskan nilai-nilai profesional kita. Seseorang guru yang berpandangan progresif dapat memperkayakan dirinya dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui kursus. Dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Unsur-unsur yang baru diselitkan dalam sistem pendidikan seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran. Guru juga perlu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Demi itu guru harus meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka maklumat atau pengetahuan dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Satu lagi langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat jaringan atau networking dengan guru-guru di negara lain sebagai menonjolkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan mereka. Program-program on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line.

B) Cabaran-cabaran dalam pengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang


I.

isi kandungan unit pelajaran.

KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI Cabaran utama yang terpaksa dilalui oleh sistem pendidikan dalam mengaplikasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Rahman (1999) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu: Kurang rasa kepunyaan Guru-guru beranggapan FPK sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea itu adalah daripada pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya. Kurang berfaedah Guru-guru berpendapat bahawa perubahan-perubahan yang dibawa adalah konservatif dimana amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang ketara kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Penambahan beban Guru-guru mempunyai pandangan umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Pandangan ini menyebabkan guru bersikap bertentangan terhadap pencetus idea perubahan kerana menganggap pihak-pihak berkenaan tidak sanggup memahami masalah guru-guru terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan sebagainya.

Menyendiri Kebanyakan guru lebih gemar melaksanakan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sekiranya perubahan yang dibawa itu memerlukan guru bekerja secara berpasukan contohnya pelaksanaan kaedah kolaboratif guru, mereka berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif. II. SIKAP GURU Aspek yang perlu diteliti dalam sikap guru adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru harus menampilkan perwatakan yang positif terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.

III. SIKAP MURID Rakyat Malaysia sedang kini berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri golongan remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Remaja kini semakin liar dan terikut-ikut dengan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian penuh dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan golongan remaja ini di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Isuisu dan masalah berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat sistem pendidikan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi cabaran dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana rakyat kita masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat.

Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Generasi muda kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari disebabkan perkembangan teknologi. Oleh itu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhatihati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi. Contohnya, manusia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya pelajar. Pelajar-pelajar menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk berkomunikasi sosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar kita haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai memilih maklumat. Dalam internet terdapat banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar. Generasi muda terutamanya para pelajar dikatakan sebagai akar kepimpinan pada masa akan datang. Mereka harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana terdapatnya persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa mundur segalanya. Perkembangan semasa amatlah penting untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati kelak. Maka pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.

IV. SIKAP IBUBAPA Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri remaja. Ia bertujuan untuk membentuk perwatakan atau personaliti remaja supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Tingkah laku baik dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi remaja agar menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, tanggungjawab ibu bapa dalam cabaran pendidikan masa kini terutamanya di Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik dalam menyediakan langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Daripada kandungan lagi, ibu bapa perlu cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik.

Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dari guru-guru. Mereka haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, membelikan buku dan bahanbahan bacaan yang mencukupi serta memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa luang anak-anak mereka tidaklah diabaikan atau digunakan dengan cara yang negatif. Selain dari itu, ibu bapa harus peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Ibu bapa mestilah sentiasa membantu anak-anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan ini, tanggungjawab ibu bapa amatlah besar dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini di Malaysia khususnya dalam merealisasikan FPK. V. PERSEKITARAN PENDIDIKAN Pada zaman ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru. Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan sama ada dahulu atau kini telah membangkitkan beberapa isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan. Antara isu-isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah seperti yang berikut:i) Isu penilaian prestasi dan insentif dalam pendidikan, seperti penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan. ii) Isu globalisasi pendidikan, yang merujuk kepada pencapaian perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia, pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. iii) Isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi efisiensi sistem pertukaran guru atas talian, kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan infrastruktur fizikal dan infrastruktur bukan fizikal

iv) Isu latihan dan pembangunan staf termasuk pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan. Contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi. v) Isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan pangkat, pertukaran tempat bertugas, pengurusan kerjaya, contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.

Kesimpulan Pendidikan di Malaysia menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

BIBLIOGRAFI Atan Long (1980). Pedagogi, Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang(2003) Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman SDN BHD, Subang Jaya. Nazirmuddin Ahmad dan Khuan Wai Bing (2005)Teori dan Perinsip Kepimpinan Pendidikan, Pustaka Salam SDN BHD, Kuala Lumpur. Che Ku Alam b. Che Ku Ali ,( ) Pengurusan Berasaskan Sekolah (School-based Management,SBM): Tinjauan Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah, Satu Pengalaman Pembelajaran di New Zealand, Kuala Terengganu, SK Kampung Durian Burong. Retrieved August 21, 2009 from http://www.iab.edu.my/KertasKerjaSN15/CHE KU ALAM. pdf Datuk Hishamuddin bin Hussein (2001) Memartabatkan profesion perguruan tanggungjawab bersama: Perutusan hari guru, Menteri pendidikan Malaysia. Retrieve Augus 10, 2009 from http://members.fortunecity.com/hariguruhilirperak/perutusan.htm Profesionalisma guru terhakis? (Isnin 28 Januari 2008). Harian Metro, Retrieved July 24 2009 from http://skseripaka.com/index.php? option=com_content&task=view&id=43&Itemid=1

Zulkifli bin A. Hassan. DR (2005), Profesionalisma dan Pembelajaran sepanjang hayat , Retrieved July 20, 2009 from http://www.jpa.gov.my/docs/pelbagai/ubulanan/2005/FebBL.pdf

Anda mungkin juga menyukai