Anda di halaman 1dari 16

TUTORIAL 5

BINCANGKAN DALAM KUMPULAN KECIL BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN , PELAKSANAAN SERTA KESAN PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL ( KIA 2M )

PENGENALAN
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

bertujuan membantu murid yang belum menguasai kemahiran


membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu yang terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka terdiri daripada murid pemulihan khas dan murid yang memerlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas dengan secepat mungkin.

Perancangan KIA 2M
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas

Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah


berikut:
Pencalonan

Ujian Penapisan
Perancangan Pengajaran Penilaian Tindakan Susulan

KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

Setelah

melalui

proses

pencalonan yang

dan telah

ujian dipilih

tapisan untuk

kemasukan,

maka

guru-guru

mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.

BERPUSATKAN GURU

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

BERPUSATKAN MURID

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas

BERPUSATKAN BAHAN

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

PENDEKATAN

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan

mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

PENDEKATAN SECARA KELAS

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid


dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar.

Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu


belajar.

PENDEKATAN SECARA BERKUMPULAN

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan

kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru


kepada strategi yang berpusatkan murid.Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang

sama

atau

hampir

sama

dibentuk.

Guru

menjalankan

pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

PENDEKATAN SECARA INDIVIDU

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

TEKNIK PENGAJARAN

Teknik Bercerita Teknik Latih Tubi Teknik Tunjuk Cara Teknik Bersoal Jawab Teknik Main Peranan Teknik Menyanyi Teknik Lakonan Teknik Kuiz

MASALAH YANG DIHADAPI


Kehadiran murid yang tidak menentu Murid kurang bermotivasi dan kurang

tumpuan terhadap pelajaran


Murid bersikap pasif dan takut

KESAN
Murid mula menunjukkan minat untuk

menguasai kemahiran membaca dan menulis Penguasaan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis meningkat Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KIA 2M


Jawatankuasa KIA 2M perlu berkesan.

Kos perbelanjaan sediakan peruntukan yang mencukupi


Sokongan pengurusan- amat perlu Cadangan dan teguran dari pelbagai pihak Kurangkan kerenah birokrasi

BIBLIOGRAFI
1.

2.

3.

4.

Laporan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2M)Sekolah Angkat Pendidikan Orang Asli 2008 Unit Latihan Perkhidmatan Insitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2 M ) Selembut Lidah Selentur Tangan 2006 Institut Perguruan Sarawak Pendidikan Literasi Bahasa Melayu:Strategi Perancangan Dan Pelaksanaan,Mahzan Arshad,2008,Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa MelayuZulkifley Hamid 2005,Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai