Anda di halaman 1dari 3

ETIKA PROFESIONAL 1. Menghuraikan mengenai dilema etika yang pernah dihadapi di tempat kerja.

Sebaik sahaja saya selesai membaca panduan tugasan daripada Encik Jawahar terasa sejuk kaki tangan dan berdebar jantung saya apabila ingatan saya terus terkenang kembali peristiwa yang telah berlaku lima tahun yang lalu yang masih menjadi nolstagia hidup sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang guru. Pada tanggal 1 Jun 1999 saya telah bertukar ke salah sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar iaitu Sekolah Kebangsaan Karai setelah berkhidmat hampir lima tahun di Sekolah Kebangsan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Perasaan gembira terasa kerana dapat berkhidmat di negeri sendiri. Hampir dua tahun saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Karai. Selama saya berada di sekolah itu tiada masalah yang berlaku. Sehinggalah pada hujung tahun 2000, ketika itu saya mengandungkan anak yang ke empat. Pada masa itu Encik R telah menjadi pemangku jawatan Penolong Kanan 1 daripada jawatan penolong kanan ko kurikulum. Perubahan sikap dan tingkah lakunya sudah berbeza. Banyak arahan tugasan datang daripada beliau. Ramai guru dan kaki tangan sekolah tidak senang akan perwatakannya itu. Seperti biasa, sebelum persekolahan ditutup memang semua guru sangat sibuk. Beliau telah mengarahkan semua guru menyenaraikan nama murid dan nombor surat lahir secara bertaip kepadanya seminggu sebelum cuti akhir tahun. Beliau bercadang untuk membuat tag nama kepada semua murid dan guru di sekolah itu pada tahun hadapan. Kebetulan pada minggu itu saya tidak hadir ke sekolah kerana ketigatiga anak saya pada masa itu telah mendapat penyakit demam campak jadi tugasan itu tidak dapat saya siapkan secara bertaip hanya dengan tulisan tangan dalam kertas biasa kerana beliau hendak senarai nama tersebut dengan segera. Pada pendapat saya tidak menjadi masalah kerana nama itu akan ditaip semula oleh Puan A yang menjadi orang suruhannya.

Saya telah meletakkan senarai itu di atas meja Encik R di pejabat. Ketika itu banyak guru yang berada di situ. Tiba-tiba dia telah memanggil nama saya dengan suara yang agak kasar dan menenking. Beliau menyuruh saya menaip semula senarai nama murid dan mengata kerja saya tidak kemas lalu menghentak kertas itu di atas mejanya. Saya agak tersinggung dengan kata-katanya itu. Pada masa itu semua guru terdiam dan memandang saya. Saya berasa amat malu tetapi saya tidak berkata apa-apa lalu terus mengambil kertas tersebut, keluar dari situ dengan segera. Sejak kejadian itu, saya tidak respect kepada Encik R. Hendak senyum pun terasa tawar dan hendak memandangnya terasa meluat . Bukan saya sahaja yang tersinggung dengan perbuatan Encik R tetapi rakan saya, cikgu M pernah dimarahi oleh beliau sehingga cikgu M menangis. Saya bertekad akan kemukakan masalah ini dalam mesyuarat guru kerana seorang yang kita hormati telah melakukan tindakan yang tidak sopan dan menjatuhkan maruah orang lain. Encik R sudah melanggar etika keguruan iaitu 2. Terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah etika tersebut. Dalam mesyuarat guru akhir tahun, saya memberanikan diri untuk bersuara walaupun terasa sejuk kaki tangan dan jantung berdebar-debar kerana inilah pertama kali saya bertindak sedemikian kerana sebelum ini saya memang seorang yang penakut dan pendiam apatah lagi untuk menegur kesalahan orang atasan daripada saya. Saya cuba menahan suara dan sebak di dada ketika meluahkan perasaan tidak puas hati cara Encik R menegur saya. Sebaik sahaja selesai hujah saya, beliau hendak memberi respon tetapi telah dihalang oleh guru besar mungkin guru besar tidak mahu perkara ini berlanjutan. Saya berasa lega seolah-olah batu yang berat dapat saya campakkan ke dalam air. Mungkin tindakan saya itu menyinggung perasaan beliau tetapi tujuan saya bukan untuk memalukannya cuma memberi kesedaran dan peringatan agar beliau ada perasaan terhadap orang lain ketika berada di tampok atas.

Anda mungkin juga menyukai