Anda di halaman 1dari 2

4.

0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti AlGhazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja. Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat. Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali

kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain. Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamaduntamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

Anda mungkin juga menyukai