Anda di halaman 1dari 44

PERUBAHAN FORMAT SOALAN

BILANGAN ITEM
PETIKAN

BENTUK ITEM
MASA

APAKAH PERUBAHAN YANG KETARA?


ITEM BERGAMBAR BERMULA DENGAN PENGGUNAAN BAHASA DAN DIIKUTI DUA PETIKAN ITEM TANDA BACA DIGUGURKAN ITEM KATA SERU HADIR DALAM BENTUK STRUKTUR AYAT. PILIHAN JAWAPAN 3 atau 4

BAGAIMANA INGIN MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG?

Kuasai semua tajuk tatabahasa


PENGGOLONGAN KATA KATA KERJA

PENGIMBUHAN PARTIKEL

KATA TUGAS

KATA ADJEKTIF

HUKUM D-M

KATA SENDI NAMA KATA HUBUNG AYAT

KATA MAJMUK

1 hingga 30 MORFOLOGI
DAN SINTAKSIS

31 hingga 40
2 PETIKAN PELBAGAI FORMAT

PENGIMBUHAN PENGGOLONGAN KATA KATA KERJA KATA TUGAS PARTIKEL

KATA ADJEKTIF

HUKUM D-M

KATA SENDI NAMA KATA HUBUNG AYAT

KATA MAJMUK

Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak dari pukul 10.00 pagi. (salah) Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak pukul 10.00 pagi. (betul)

Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (salah) Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (betul)
{Gugurkan perkataan dari kerana perkataan sejak/semenjak dan dari adalah kata sendi yang sama maksud}

Datin Suraya memperluaskan perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke Sarawak. (salah) Datin Suraya memperluas perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke Sarawak. (betul) {Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

Emak marahkan Nurul Nadia kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (salah)

Emak marah akan Nurul Nadia kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (betul)
{Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan}

Kapal dagang British Colombia itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang daripada utara Selat Melaka. (salah) Kapal dagang British Colombia itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang dari utara Selat Melaka. (betul)

Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka. (salah)
Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada ditimpa malapetaka. (betul)

{Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah} {Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrak} {Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda} {Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

Di zaman melenium ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian bagi setiap keluarga. (salah) Pada zaman melenium ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian bagi setiap keluarga. (betul) {Di untuk menyatakan tempat sahaja} Contoh : Amir membeli kad ucapan Hari Jadi di kedai Pak Samad. Rumah usang di hujung kampung itu tidak berpenghuni.

{Pada untuk menyatakan waktu atau masa} - Ramai yang berekreasi di taman itu pada waktu petang - Majlis Hari Anugerah tersebut tamat pada pukul 12.00 tengah hari. {Pada untuk merujuk manusia dan haiwan apabila didahului perkataan ada - Radio itu ada pada Rahim} {Pada untuk menunjukkan tempat bagi perbutan sesuatu kata kerja Gantungkan jam itu pada dinding} {Pada digunakan dalam bentuk ungkapan seperti -pada saya, pada pendapatnya, dan pada pandangan saya}

Cik Noor Haryati memasukkan baju Kebaya Nyonya yang baru dibelinya itu di dalam almari. (salah)
Cik Noor Haryati memasukkan baju Kebaya Nyonya yang baru dibelinya itu ke dalam almari. (betul) {Kata sendi di untuk menyatakan tempat, manakala kata sendi ke untuk menunjukkan tempat, arah, waktu, dan masa}

Setengah murid tidak tahu membahagibahagikan masa lapang dengan baik. (salah) Sesetengah murid tidak tahu membahagibahagikan masa lapang dengan baik. (betul) {Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada}

Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (salah) Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (betul)

{Kata bilangan kedua-dua di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu orang}

Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (salah)

Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (betul)
{Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

Abdul Halim menunggu kawannya di Stesen Bas Kuala Terengganu selama dua setengah jam. (salah)

Abdul Halim menunggu kawannya di Stesen Bas Kuala Terengganu selama dua jam setengah. (betul)
{Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}

Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan AJK PIBG kali ini. (salah) Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan AJK PIBG kali ini. (betul) {Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara}

Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya bangsa tidak perlu diperdebatkan. (salah) Hal-hal lain yang menyentuh agama, ras, dan budaya bangsa tidak perlu diperdebatkan. (betul) {Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, hal-hal pula membawa maksud banyak hal}

Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan goreng pisang rangup pada petang itu. (salah) Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan pisang goreng rangup pada petang itu. (betul) {Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng} Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah) Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul) {Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

Sebut yang betul


1. ayam goreng ( goreng ayam (
2. mini pau pau mini 3. cili sos sos cili
( ( ( ( ( )

) )

(
) )

4. sup ayam ayam sup

) )

5. goreng mi mi goreng
6. Bas stesen stesen bas

(
( (

)
) )

Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam negeri Kelantan pagi tadi. (salah)

Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam negeri Kelantan pagi tadi. (betul)
{Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}

Bapanya adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang. (salah) Bapanya ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang. (betul)

{Ialah Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pembunuhan itu ialah rekaan semata-mata. (salah) Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pembunuhan itu adalah rekaan semata-mata. (betul)

{Adalah Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

Berhati-hati semasa memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah) Berhati-hati semasa memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul) {Tidak ada imbuhan awalan mer- dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil SPM yang telah disahkan. (salah)

Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil SPM yang telah disahkan. (betul)
{Perkataan merujuk dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}

Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan dan pendapat gurugurunya. (salah) Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan dan pendapat guru-gurunya. (betul)

{Di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat, atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek}

Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Ketua Panitia Bahasa Melayu. (salah)

Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Ketua Panitia Bahasa Melayu. (betul)
{Atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrak, di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

Di antara acara yang disediakan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia ialah mewarna dan melukis. (salah)

Antara acara yang disediakan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia ialah mewarna dan melukis. (betul)
{Di antara merujuk kedudukan/tempat atau lokasi, antara pula merujuk sebahagian daripada/beberapa}

Komputer note-book yang baru diterima itu telah disimpan dalam almari besi di bilik Guru Besar. (salah)

Komputer note-book yang baru diterima itu telah disimpan di dalam almari besi di bilik Guru Besar. (betul)
{Dalam merujuk perkara yang tidak nyata/abstrek, di dalam merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

Emak mengkhaskan lauk ayam gulai kari itu untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah)

Emak mengekhaskan lauk ayam gulai kari itu untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul)
Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

Pekerja hotel itu sedang menglap dan membersihkan lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (salah)

Pekerja hotel itu sedang mengelap dan membersihkan lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

Sudah tiga hari adik Ahmad Nazrul tidak hadir ke sekolah kerana dia deman selsema. (salah) Sudah tiga hari adik Ahmad Nazrul tidak hadir ke sekolah kerana dia deman selesema. (betul) {Perkataan di atas sering disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya mengikut kamus dewan ialah selesema}

Emak bercadang hendak membeli empat keping murtabak ayam di Bazar Ramadhan petang nanti. (salah) Emak bercadang hendak membeli empat keping martabak ayam di Bazar Ramadhan petang nanti. (betul)

{Perkataan di atas selalu disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya ialah martabak bukan murtabak/mertabak}

Aku telah dibesarkan dalam kemewahan. Setiap permintaanku pasti akan dipenuhi oleh ayah dengan senang hati. Namun, segala-galanya berubah setelah aku ditugaskan di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan pedalaman, di Ulu Terengganu. Aku mengenali Ariffin setelah mengajar di kawasan pedalaman itu. Ariffin murid yang pintar. Setiap kali masuk ke dalam kelas, aku pasti akan memandang ke arah Ariffin. Wajahnya seiras adik bongsuku. Pada pagi Isnin itu, aku mengambil kedatangan muridmuridku. Aku mendapati Ariffin tidak hadir ke sekolah. Pada mulanya, aku tidak menyangka apa-apa. Maklumlah dalam musim kemarau begini, banyak murid yang demam. Namun, setelah tiga hari berturut-turut Ariffin tidak hadir, hatiku mula berasa ragu dan bimbang. Ada sesiapa yang tahu mengapa Ariffin tidak hadir? tanyaku kepada murid-murid Tahun Enam Cempaka. Zainal selaku ketua kelas, mengangkat tangannya, Kamu tahu, Zainal? tanyaku lembut. Ya, cikgu. Ariffin tidak hadir ke sekolah kerana neneknya sakit, jelas Zainal. Pada petang itu, cuaca cerah. Aku pergi ke rumah Ariffin untuk mengetahui keadaan sebenar. Zainal menjadi jurupandu ke rumah Ariffin. Aku memandu kereta Proton Wiraku ke rumah Ariffin. Aku memandu dengan perlahan melalui jalan tanah merah sejauh tiga kilometer itu supaya tidak merosakkan jalan atau mengakibatkan debu berterbangan. Akhirnya kami tiba di hadapan sebuah rumah usang. Assalamualaikum, aku memberi salam. Tidak lama kemudian, kulihat Ariffin terpacul di muka pintu rumahnya. Dia terkejut melihat kedatanganku. Eh, Cikgu Taufik! Silalah naik, kata Ariffin. Sebaik sahaja naik, kulihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu rumah itu. Tubuh itu diselimuti dengan gebar yang sudah luntur warnanya. Siapa Ipin? tanya Nek Munah sambil matanya memandang ke arahku. Aku segera duduk di sebelahnya. Inilah Cikgu Taufik, nek. Cikgu Taufik inilah yang mengajar Ipin di sekolah, terang Ariffin. Terima kasih kerana mengajar cucu saya, cikgu, kata Nek Munah. Aku terharu melihat suasana itu. Aku berazam untuk membantu Ariffin. Aku mahu Ariffin dan Nek Munah turut sama merasai kesenangan yang kumiliki.

1 Mengapakah penulis pasti memandang ke arah Ariffin setiap kali masuk ke dalam kelas? A Kerana Ariffin selalu tidak hadir dan ponteng sekolah Kerana Ariffin merupakan adik bongsu kepada penulis Kerana Ariffin ialah seorang daripada anak muridnya yang pintar Kerana wajah Ariffin mengingatkan penulis kepada adik bongsunya

B
C

2 Pada hari apakah penulis dan Zainal pergi ke rumah Ariffin?


A Isnin B Rabu C D Khamis Jumaat

3 Mengapakah penulis hanya pergi ke rumah Ariffin pada sebelah petang? A Pada sebelah pagi, penulis sedang bertugas B Pada waktu pagi, penulis masih belajar di sekolah C Pada sebelah pagi, penulis terpaksa menjadi jurupandu Zainal D Pada waktu pagi, penulis terpaksa menyiapkan kerja-kerja rumah

4 Mengapakah penulis bersungguh-sungguh ingin pergi ke rumah Ariffin? A B C D Kerana dia menyangka Ariffin sengaja ponteng sekolah Kerana ingin melihat keadaan rumah dan keluarga Ariffin Kerana Ariffin ialah seorang daripada murid kesayangannya Kerana ingin mengetahui sebab sebenar Ariffin tidak hadir ke sekolah

5 Siapakah aku dalam petikan di atas? A Ariffin C Nek Munah B Zainal D Cikgu Taufik

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat. Seringkali penggunaan bahasa Melayu menghadapi masalah apabila membina ayat terutama dari segi pemilihan perkataan dan penstrukturannya dalam ayat. Baca dan betulkan kesilapan dalam ayat-ayat di bawah.

1. Ada berbagai barang di kedai itu. 2. Ada pelbagai barang-barang di kedai itu. 3. Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. 4. Buku itu dihadiahi kepada Ali. 5. Dia merindukan anaknya. 6. Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung. 7. Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu

8. Pembunuh itu dijatuhkan hukuman gantung. 9. Bangunan itu adalah Daya Bumi. 10. Perkara itu ialah benar. 11. Bola itu ditendang oleh saya. 12. Bola itu Ali tendang. 13. Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung. 14. Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. 15. Dalam bilik itu ada banyak nyamuk. 16. Di atas perhatian pihak tuan, saya ucapkan terima kasih. 17. Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik. 18. Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuh itu 19. Saya tidak akan mensiakan peluang ini. 20. Setengah orang tidak suka makan durian.

21. Rumah Zahari terletak antara Kubu Gajah dengan Selama. 22. Program ini ialah hasil daripada kerjasama antaraUPM dan Dewan Bahasa. 23. Dia belajar dari pengalaman. 24. Dia datang bila dipanggil. 25. Ahmad telah membesar perniagaannya. 26. Dia memperisteri anaknya dengan anak ketua kampong. 27. Silalah datang ke rumah saya pada bila masa. 28. Perangainya sejak akhir-akhir ini berbeza dari kebiasaan sebelumnya. 29. Tiap orang diberikan wang saku RM100.00 30. Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

Tuliskan sifat yang berlawan dengan gambar berikut di dalam silang kata di bawah

Anda mungkin juga menyukai