Anda di halaman 1dari 1

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KELOMPOK R8

Salam 1 Malaysia
Tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana perkembangan pendidikan pada hari ini menuntut kita supaya lebih memberikan tumpuan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dalam semua aspek pendidikan. Ini bermakna aspek kurikulum dan kokurikulum merupakan tunjang utama dalam pembinaan insan dalam membentuk budaya bangsa yang unggul dan patuh pada perintah Tuhan. Kegiatan kokurikulum akademik (KKA) merupakan agen penerapan Kemahiran Insaniah. Justeru itu, aktiviti- aktiviti kokurikulum akademik selain memberi pengetahuan luar bidang kokurikulum lain, juga dapat melatih para pelajar dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap para pelajar supaya sentiasa aktif dan inovatif terhadap kecergasan fizikal dan mental. Karnival Kokurikulum Akademik Daerah Barat Daya Kategori Sekolah Rendah (Kelompok R8) di adakan pada setiap tahun bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar akan perkara-perkara luar bidang pengajaran dan pembelajaran harian mereka. Justeru itu, kerjasama yang amat padu perlu diserap di dalam diri individu dalam menjayakannya. Selain daripada itu kegigihan, keazaman dan disiplin merupakan formula utama dalam mencapai kejayaan bagi setiap pelajar yang inginkan kejayaan. Selaras dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara, pelajar-pelajar diharapkan tidak ketinggalan dalam mendalami dan mempelajari ilmu ICT yang menjadi landasan utama dalam menempuh cabaran mendatang. Di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahnis dan syabas kepada semua murid yang memperoleh kejayaan dalam KKA (Kelompok R8). Semoga kejayaan yang didakap pada kali ini mampu menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih bagus dalam bidang pendidikan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan KKA Kelompok R8 terutamanya semua Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, AJK Pengelola, Guru-guru dan para peserta yang mengambil bahagian serta ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival. Sekian, Terima Kasih. . (Puan Hajah Che Salmah Bt Ahmad)

Anda mungkin juga menyukai