Anda di halaman 1dari 6

Ikhwah Pendokong & Pejuang Kebenaran, Petang ini (atau kalau ikut kalender hadhari ptg esok hisabnya...

) , akan jadi petang terkahir kita di tahun 1428H. Hijrahlah kita masuk ke fasa baru 1429H. Yang berumur 30 akan masuk 31, yg berumur 40 dah masuk 41, yg kurang berakal akan jadi sedikit berakal... dalam ertikata lain yg hidup pun dah makin nak mati, anytime. Persediaan utk mati serta tanggungjawab hamba Allah yg diarahkan pada kita, tanyalah Iman sahaja. Alhamdulillah, Allah beri peluang kita menghirup sisa oxsigen untuk merasai seronoknya hidup di duniaNya ini...! Baru minggu sudah kita sambut tahun baru 2008 Masihi, hampir lupa kita tahun Hijrie. Sistem kita menjadikan ramai yg tak menilai penggunaan tarikh Hijrie sedangkan ia sangat berkait rapat dengan perjuangan Islam, pengorbanan Nabi + sahabat, iktibar perjuangan sebenar. Malam 31/12/2007 kita lihat mad'u kita ummat Islam + non-Muslim terus dirosakkan oleh sistem jahilliyyah terancang. Semua peringkat berasmara dgn kehadiran 2008, seolahnya kita nak meraikan sepenuhnya apa jua kejayaan kita dalam tahun 2007 dahulu, enta apa yng kita raikan sebenarnya? Entah apa yang kita telah capai? Yang tak tercapai macamana pulak? Yang pasti pagi-pagi 1/1/2008 ramai yg Subuh menyembah sejadah 12tghri atau langsung bypass subuh, atau langsung tiada istilah subuh dalam diri pun. Power betul penangan sambutan tahun Masihi hadhariBanyak kerja Islam hadhari wajib betulkan segala kerosakan-kerosakan terancang tersebut, kalau hendak? TV3 yg buat rakaman penuh 31/12/2007, sambutan besar2an di Shah Alam [sebelah jer rumah ana...!], ASTRO di KLCC dan lain-lain yang terlibat di pelbagai peringkat, usah kira lagi yang berhibur dalam private VVIP room yg dioffer di setiap hotel+kelab pd malam itu. Kami ber-XPDC dakwah hampir 80

orang pun rasanya paling kuat sempat bersemuka kurang dari 1% saudara-mara kita yang terkial-kial pd malam itu....! Sedih, marah.... insaf/bersyukur. ... Esoknya mereka juga TV3+NTV7+Media berleter mencemuh anak-anak muda merosakkan malam tahun baru dengan sampah-sampah dan adegan ranjang & sosial, mat-rempit yang tak senonoh yg sempat di rakam lense. NTV7 pulak tunjukkan banyak "special function" 24h disco sampai tghari 1/1/2008 penuh denagn wanita, sex dan arak. Melayu ramai yg di tangkap, mabuk, namun hanya kesalahan berseronok melebihi masa. Kat depan SunwayPiramid pukul 3pg bersepah2 remaja Islam termuntah bersama kaum kuffar lain, berpelukan di atas jalan raya + tidur mabuk lesu di tepi pasu2 bunga. Itulah bahananya tatkala kita laksanakan sesuatu tanpa tahu ruh sebenarnya sambutan tersebut. Tanpa ruh, syaitan + iblis lah yang menjiwainya. Lebih buruk dari kebaikan.

Besar cabaran antum + kita yg bergelar pejuang Islam....! Tahun masihi yg seronok kita sambut bersandarkan kalender Miladiah yang berasaskan kedudukan matahari. Tahun Miladiah atau Gregorian berasal daripada kalendar Julian Julius Caesar yang diperkenalkan sejak tahun 45 BC. Kalender Gregorian hanya mula digunakan secara rasmi pada 1582 selepas melalui beberapa pengubahsuaian oleh Pope Greogory Besar jasa pateri ini untuk ummat dunia, dunia Islam pun apa kuranganya mengambil jasanya serta menghargainya! Hilang sudah tahun sebenar ummat Islam... Hijrah bersandarkan takwim Hijrie diperkenalkan ketika pemerintahan Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Ibn al-Khattab dalam tahun 638 Masihi, berdasarkan perubahan kedudukan bulan.Takwim Hijrie dipilih mengingatkan hijrah Nabi Muhammad SAW + sahabat utk berjumpa saudara di Madinah. Dalam rekod awwal Muharam tahun pertama hijrie bersamaan dengan 16 Julai 622 Masihi. Anak-anak kecil dok tanya pasal apa ada 2 pulak kalender? Tak bolehkah

mudah pakai satu tahun Masihi sahaja, sebab disekolah semua pakai satu jer... Penat mak-bapak nak jawab soalan-soalan sebegitu (itu pun kalau mampu nak beri jawapan...). Yang pasti, amat berjaya agenda terancang utk menghazafkan ruh hijrah tersebut dari ummat Islam... Hiduplah ummat Islam jauh dari ruh pengorbanan Nabi+Sahabat tersebut... Berjayalah Yahudi & Nasara... Hijrah menuntut perubahan, benar2 perubahan bukan setakat berkata + berazam sahaja. Nabi sebut melalui riwayat Abdullah bin Habsyi yang bermaksud: ..orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah... Pesanan untuk diri ana sendiri [khususnya.. .], nak kongsi dengan ikhwatakhawat, sahabat-sahabat kalian. Malam ini pun dah masuk tahun baru 1429H. Banyak benda-benda yang kita tak buat walhal kita tahu kita kena buat (ibadah, muamalah, amanah etc etc etc ). Atau yang kita masih tak selesai buat, atau buat pun tak sesempurna mana pun, terpaksa! Mintaklah pada Allah petang ini utk Allah menerima dengan rahmatNya amalan tersebut walau seciput mana amal yg telah dilakukan, dan mengampunkan segala kekhilafan, sengaja atau tak. Mintalah pada Ilahi agar kita tak mengulanginya lagi dan lagi dan lagi perbuatan yg sama saban tahun. Mintaklah pada Allah untuk diterima taubat kita lantaran sikap diri yang terus & sentiasa memberi alasan-alasan dalam melaksanakan arahan Allah. Betapa banyaknya... !!! Tahun baru 1429H malam ini kita pohonlah rahmat & berkat yg berpanjangan menunjukkan kita jalan yg sebenar, lurus yang kita mampu menyusurinya dengan berjaya, selamanya. Sujudlah mengadu pada Ilahi apa-apa yanghendak kita panjatkan... .! Pesanan untuk pejuang Islam untuk bermuhasabahlah apa yang dah berlalu. Muhasabah yg paling ikhlas adalah muhasabah dalam diri sendiri, kita yang tahu peri ikhlasnya dan bersungguhnya kita perjuangkan Islam. Insya Allah dengan

sedikit masa yang kita gunakan untuk muhasabah itu mampu menjadikan kita lebih rapat serta muraqabah kepada Ilahi. Barulah kita tahu apa yg tak betul selama ini yg perlu kita betulkan, barulah selepas itu kita mampu melawan godaan nafsu dunia, melaksanakan tanggungjawab, bermujahadah sepenuhnya untuk mendapat kasih-sayang Ilahi... Muhasabah > Muraqabah >> Mujahadah.... senang sangat nak disebut, nak praktikkan? Doa'lah pada Ilahi untuk bertanya kemampuan kita, Iman kita. Fasa 1429H ini memang fasa yanga makin mencabar... Mencabar segala-galanya dalam apa jua bentuk tindakan, tarbiyyah, siyasah, juga diri & kelaurga kita senriri. Mencabar juga dalam konteks pemerintahan & pilihanraya Malaysia yg lagi 2 bulan menjelma. Benda yang perlu kita selesaikan adalah cabaran dalam sendiri untuk buat kerja Islam dan beristiqamah dengannya. Jauhkanlah diri kita dari memandang remeh hatta benda-benda kecik dlm amal harian pejuang Islam. Kalau sekecil mathurat, solah jamaah, solah malam, Al Quran kita masih tersangkut-sangkut, natijahnya kita mungkin belum mampu untuk dipilih Allah utk tugasan yg amat besar yg menanti-nantikita selama ini. Nak memerintah + menerima amanah jutaan Ummat Islam, kalau kita tak bersungguh bersedia ertinya menempuh parah dan kita akan lalai dengan amanah tersebut. Kalau kita gagal melaksanakannya, gagal menjadikan diri kita ada furqan & berbeza sebagai seorang pejuang Islam, bermaksud tiada bezanya kita vs musuh (...atau mad'u) kita, maka dah pasti buatlah kerja dan perancangan balik lewat malam, meeting setiap hari sekalipun, keluarlah duit banyak mana sekalipun, kita sebenarnya tetap tak layak utk mendapat pertolongan Ilahi. Yang pasti Allah sebenarnya memberikan sesuatu mengikut kekuatan & kemampuan kita... Minta jauh dari sesuatu yang kita tak mampu menanggungnya!

Marilah kita be-resolusi untuk Pemuda syabab & ahkhawat yang sihat ini diwarisi dengan anugerah hati yg ikhlas di dalam menyusuri tahun yang mendatang. Kita wajibkan diri kita untuk duduk sesaat sebagai fardhi dlm jamaah utk mulakan dengan muhasabah apa2 jua yang dah lepas. Ana sarankan semula utk kita bercheck-list' apa jua benda yng kita wajib lakukan setiap harian kita sebagai KPI kepada tahun yg mendatang. Then tahulah untuk kita menilainya dari semasa ke semasa setelah kita ada KPI tersebut... Kalau kita dah kata solah malam, solah jemaah, ma'thurat, Al Quran, usrah dan sebaginya adalah WAJIB, buatlah mechanism yg perlu dilaksanakan untuk memaksa diri melaksanakannya sebagai routine. Ana teringat hujjah sahabatsahabat pemuda semalam ketika usrah memperingatkan tentang konsep ibadah dlm anggota jamaah Islam yang mampu membawa kepada mengenali Syariat Allah yang sebenar >> menjadikannya Toriqat tatkala berlakunya keberlangsungan di dalam amalan tersebut >>> seterusnya menjadi Haqiqat apabila kita berjaya sampai kepada kesedaran perlaksanaan kita itu sebagai keperluan hidup tanpa paksaan lagi dalam apa jua situasi >>>> dan akahirnya kita mencapai Marifat Allah sebenar kejadian diri apabila diri yg kerdil ini dapat merasai kebesaran Ilahi sebagai Pencipta. Kita sedar sepenunnya kita hanyalah HAMBA ALLAH... tak lebih dari itu pun. Jauh lagi perjalanan kita sebagai anggota Islam dalam tanzim Jama'ah PAS ini untuk mencapai semua itu. Kemenangan sudah semakin hampir sebenarnya, kita yang perlu berhijrah untuk mencapai kemenangan itu. Kerja jama'ie kena dipertingkatkan, diteruskan walau kecik mana sekalipun. Kecik tapi signifikan untuk diri, keluarga, masyarakat, dan Islam khususnya. Mohon Tuhan anugerahkan kita istiqamah...

Amiiin. Happy New Year! Ahlan 1429H...!

Ahmad Sayuti Bin Bashiron / assayuti@gmail. com Selasa 30-Zulhijjah- 1428H 019-2140 240

Anda mungkin juga menyukai