Anda di halaman 1dari 2

Kenangan

Pada hari Sabtu yang lepas (26/07/03) saya telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yang sukar saya lupakan dlm hidup saya! Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina. Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat untuk menunaikan solat Zohor. Saya sampai dimasjid tersebut ketika azan sedang berkumandang. Saya terus ke paip air untuk mengambil wudhuk. Sedang saya mengambil wudhuk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang bersusah-payah datang ke masjid tersebut! Untuk perhatian anda jalan yang sedia ada untuk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa elok. Tetapi hamba Allah ini menggagahi diri untuk datang ke masjid untuk solat berjemaah. Yang membuatkan saya terharu ialah, hamba Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti kita!!! Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung dikepit di antara leher dan bahu. Bayangkan betapa susahnya untuk kita membayangkan keadaan beliau yang begitu pilu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke masjid untuk merebut saf pertama. Bukan itu saja, setelah selesai sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman dengan hampir kesemua jemaah yg hadir (lebih kurang 3 saf). Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra dengan jemaah yang hadir walaupun keadaan beliau tidaklah sempurna seperti kita. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, adakah kita akan berkelakuan seperti beliau apabila kita berada dalam situasi beliau? Bagi saya sendiri, baru demam sikit dah rasa malas nak sembahyang. Inikan pula dalam keadaan beliau. Ketika itu saya rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan hamba Allah tersebut. Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yang "lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yang dilakukan oleh kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak yang dikurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur, renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama... APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN! APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG! BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG

ITU... Semoga Allah merahmati kita bersama

Anda mungkin juga menyukai