Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN Sejak dilahirkan, manusia mula mengalami proses pembelajaran yang berterusan.

Setiap hari, kita belajar secara tidak formal melalui aktiviti kehidupan seharian dan persekitaran. Apabila sudah cukup umur, kita menerima pendidikan formal di sekolah dan institusi untuk mencapai matlamat kurikulum tertentu. Sekiranya kita meninjau kaedah pembelajaran yang ada di seluruh dunia pada hari ini, kita mendapati bahawa konsep pembelajaran sudah berubah. Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah membawa kepada konsep e-learning atau e-pembelajaran. Menurut Mosher, (2005), epembelajaran telah mengubah konsep pembelajaran berasaskan pengajaran di bilik darjah kepada pembelajaran di depan desktop. Sejajar dengan itu, e-pembelajaran menjadi salah satu bahan P&P berbentuk elektronik yang menekankan penglibatan pelajar dalam proses P&P bagi mengembangkan potensi individu pelajar. Moodle adalah salah satu daripada perisian yang menekankan konsep e-pembelajaran. Moodle adalah singkatan dari Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment iaitu salah satu CMS yang mengkhususkan diri untuk pembelajaran jarak jauh (e-Learning). Moodle sebagai ELearning CMS atau sering juga disebut Learning Management Systems (LMS) atau Virtual Learning Environments (VLE) adalah aplikasi yang dibuat untuk membantu pelaksanaan belajar secara virtual. Moodle dikembangkan dengan menggunakan PHP dan MySql. Karena dikembangkan menggunakan PHP dan MySQL maka Moodle bisa jalan lintas platform, artinya anda bisa install Moodle di Windows, Linux, Mac, BSD dan lain-lainya.

Moodle ini disediakan secara bebas sebagai perangkat lunak Open Source (di bawah GNU Public License). Pada dasarnya Moodle adalah hak cipta, tetapi Anda dapat memiliki kebebasan tambahan. Anda diijinkan untuk menyalin, menggunakan dan memodifikasi Moodle dengan syarat bahwa Anda

setuju untuk menyediakan sumber kepada orang lain, bukan mengubah atau menghapus lisensi dan hak cipta asli, dan menerapkan lisensi yang sama karya turunan apapun. Jadi dengan adanya moodle kita dapat dengan mudah mengajarkan kompetensi yang seharusnya diajarkan melalui tatap muka. Moodle juga dapat digunakan sebagai media evaluasi keberhasilan proses pembelajaran melalui Test Online. Nantinya saya akan mencoba membuat tulisan tentang cara membangun moodle ini untuk diterapkan dilingkunagan PTK PNF sebagai wadah Pembelajaran warga belajar di lingkungannya masingmasing. Salam PTK PNF.

SOROTAN KAJIAN Saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Ratios, Rates And Proportions II, Tingkatan Tiga yang ditulis oleh Ismail bin Kailani dan Lokman Hakim Muhammed daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk membangunkan web portal berasaskan moodle bagi subjek Matematik Tingkatan 3 bertajuk Ratios, Rates and Proportion II dan mengisi web portal dengan bahan bantu pengajaran untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar. Menurut penulis, moodle mendatangkan kebaikan kepada segenap kelompok masyarakat iaitu pelajar, guru, kementerian pelajaran, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri. Dengan kewujudan perisian ini, ia dapat memudahkan pelajar mempelajari bab Ratios, Rates and Proportions II melalui komputer sama ada di rumah atau di kawasan yang mempunyai liputan internet. Para pelajar tidak perlu membawa buku sebaliknya boleh mempelajari bab ini melalui perisian yang disediakan. Beban guru juga dapat diringankan melalui penggunaan perisian moodle kerana ia telah dilengkapkan dengan nota-nota pembelajaran, latih tubi malahan maklum balas yang diterima juga lebih cepat setelah pelajar melakukan latih tubi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator bagi membantu pelajar dan pembelajaran tidak hanya berpusatkan kepada guru sahaja tetapi lebih kepada penglibatan pelajar itu sendiri. Di sini penulis juga menekankan bahawa perisian moodle banyak mendatangkan kebaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana, pihak kementerian selalunya a k an membuat perisian dalam bentuk cakera padat (CD) dan membekalkan kepada sekolah-sekolah sebagai kaedah pengajaran berbantukan komputer. Masalah utama yang selalu dihadapi oleh pihak sekolah ialah CD yang dibekalkan mudah rosak atau pun hilang dalam simpanan. Tetapi melalui penggunaan moodle, masalah ini tidak akan dihadapi lagi oleh pihak sekolah. Ibu bapa dan masyarakat turut merasa kesan daripada perkembangan teknologi global masa kini. Dalam era teknologi yang berkembang pesat, masyarakat Malaysia seharusnya turut serta dalam mewujudkan masyarakat yang celik IT. Antara langkah yang boleh diambil adalah mendedahkan penggunaan web portal sejak di bangku sekolah lagi. Dengan adanya web portal, ibu bapa dapat memantau pelajaran anakanak mereka di sekolah dengan mengakses maklumat tentang anak-anak mereka. Ibu bapa juga mengetahui tentang masalah-masalah yang dihadapi dalam pelajaran anakanak mereka.

Anda mungkin juga menyukai