Anda di halaman 1dari 12

d. Mendemokrasikan Pendidikan Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an.

Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.

Sekolah Bestari

Sekolah Bestari adalah salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin -

mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan. Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru. Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah. Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaranpembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak mi akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaranpembelajaran, dan sebagainya.

Objektif Sekolah Bestari Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut: Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi Mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan Memupuk perkembangan menyeluruh individu Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu Syarikat Usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd. Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7) syarikat tempatan. Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa mi ialah seperti berikut: BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd. Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd. NIIT Malaysia Sdn. Bhd. Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. ialah yang berikut: Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut: o Bahasa Melayu o Bahasa lnggeris o Sains o Matematik Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsipengurusan dan pentadbiran yang berikut: o Governan Sekolah o Pengurusan Hal Ehwal Murid o Pengurusan Sumber Pendidikan o Pengurusan Kewangan o Pengurusan Sumber Manusia o Pengurusan Sumber Luar o Pengurusan Kemudahan o Pengurusan Teknologi o Pengurusan Asrama Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem, dan peralatan bukan-IT Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut: o antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data, o antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,

o antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran o antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran o integriti data dan persekitaran selamat o antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan. Kos Projek Rintis Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating Expenditure.

Tempoh Projek Rintis Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialahtiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Rancangan Masa Depan Sungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri, Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Strategi pelaksanaan Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: a. Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. b. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan bahasa Melayu bagi semua jenis sekolah. c. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

d. Melicinkan tata cara pengurusan pendidikan. e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. f. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. g. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. h. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. i. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. j. Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. k. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. l. Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil. m. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. n. Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan menyediakan tenaga pengajar terlatih dan mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertumbuhan kanak-kanak. o. Di Kementerian Pendidikan pula, beberapa bahagian dan jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan termasuklah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dan lain-lain.

TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia 1.Pengenalan Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanakkanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahankemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia.

2. Definisi Pendemokrasian Pendidikan Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi

pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. 3.Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia Pendidikan Rendah Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan. Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.

4.Pendidikan Menengah Seterusnya, peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurang sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.

5.Sekolah Berasrama . Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka

peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak. Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan. 6.Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia. Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. 7.Pendidikan Khas Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolahsekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan.

8.Bantuan dan Peruntukan Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang kebanyakkannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid terutamanya diluar bandar dengan menyediakan progranprogram kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa. Kemudahan kemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar. Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2 billion.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan 198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah membabitkan pembinaan 160 sekolah baru.

9.Tenaga Pengajar terlatih Kekurangan guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan. Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun. Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia. Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di sekolahsekolah menengah. Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan yang bukan dari bidang perguruan untuk menjadi guru bagi menjamin bekalan guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Seterusnya sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status asalnya Institut Pendidikan sultan Idris khusus untuk perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996, berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima latihan terus di maktab-maktab perguruan bagi menjamin guru-guru yang mencukupi disekolah-sekolah.

10.Pendidikan Tinggi Dibidangbidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversiti-universiti . Institusi-institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris . Universiti universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah terutamanya daripada aliran Melayu. Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar . Pelajar-pelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah diberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan dan berbentuk biasiswa. Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam dan institut tinggi swasta merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan hingga ke peringkat tinggi. Selain itu, ribuan pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihantar terus belajar di luar negara seperti United Kingdom, Amerika

Syarikat, Kanada, Australia ,New Zealand ,Jepun dan Timur tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara, JPA atau ditaja oleh kerajaan negeri pelajar terbabit.

11.Dasar Liberalisasi Pendidikan Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara. Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman . Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan mendemokrasikan pendidikan tinggi Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat .

12.Cadangan dan Penilaian Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya. Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan. Ini akan menjamin mereka supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan masyarakatnya. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkah-langkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi. Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya. 13.Penutup

Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha memajukan negara selaras dengan hasrat Wawasan 2020.

Senarai Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim. Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Berita Harian , 30 November 2001. Utusan Malaysia, 7 Disember 2001. Rujukan Internet, Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Agama Pendidikan Hiburan Akhbar & Majalah Komputer Poskad Wallpaper Malaysia Laman Utama

Pelan belajar sepanjang hayat dirangka


Oleh Shaarani Ismail

bhnews@bharian.com.my 2010/11/11

Proses mendemokrasikan pendidikan persediaan capai status negara berpendapatan tinggi KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi merangka satu pelan tindakan membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi tempoh 2011 hingga 2020 yang akan dilaksanakan sebagai dasar dan petunjuk pelaksanaan dalam mendemokrasikan pendidikan negara. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelan tindakan itu bertujuan memastikan negara bersedia bergerak ke arah status negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan kerajaan. Katanya, ketika ini kementerian menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai tonggak ketiga dalam Sistem Pendidikan Negara bagi membolehkan kerajaan menyediakan modal insan berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. Proses mendemokrasikan pendidikan dalam negara adalah sebahagian usaha kerajaan untuk mengupayakan masyarakat supaya mereka tidak tercicir dan menyertai proses pembangunan dan kemajuan negara, katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Sepanjang Hayat di sini, semalam. Seminar anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama dua universiti dari Thailand iaitu Rajamangala University of Technology Srivijaya dan Princess of Naradhiwas University, disertai 120 ahli akademik dari 20 negara. Khaled berkata, kementerian juga merancang mewujudkan sistem PSH yang mapan sebagai agenda nasional selaras Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan konsep 1Malaysia, dengan penekanan terhadap latihan berterusan dan memahirkan semula tenaga kerja bagi pekerjaan bernilai tinggi. Katanya, kementerian kini dalam usaha mengumpul maklumat melalui satu pangkalan data khusus dari semua institusi pengajian tinggi tempatan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat ketika ini memberikan peluang kepada rakyat mendapatkan pendidikan tanpa mengira kelompok tertentu. Melaluinya, kita nak tahu di mana kedudukan kita setakat ini dan akan membolehkan kementerian merancang lebih baik serta memberikan peluang sama kepada rakyat untuk menyambung pengajian ke tahap tertinggi yang mereka mampu, katanya. Katanya, maklumat dikumpul melalui pangkalan data berkenaan akan memudahkan rakyat menyambung pengajian melalui satu mekanisme lebih mudah, termasuk mengiktiraf pengalaman bekerja sebagai syarat umum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai