: Kajian Tempatan : 09 /02/ 2011 - 10/02/2011 : 4 Anggun / 4 Bijaksana : 12.45-1.15 tengahari / 7.45-8.15 pagi (30 minit) : 34 orang / 35 orang
: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA : Perkembangan corak petempatan manusia. : Sejarah Awal Petempatan Manusia (Kawasan Tanah Lapang).
Diakhir pengajaran ini, murid akan dapat: a) Menyatakan cara-cara mendapatkan sumber makanan di kawasan tanah lapang. b) Menyenaraikan faktor-faktor orang zaman dahulu memilih tinggal di kawasan tanah lapang sebagai penempatan mereka.
Penerapan nilai PSA Unsur patriotisme Kemahiran generik i. ii. iii. iv.
: Bersyukur dengan anugerah tuhan. : Murid pernah bermain di kawasan tanah lapang. : Bersyukur dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia. :
Kecerdasan pelbagai : verbal-linguistik, interpersonal,visual ruang. Kemahiran berikir : inkuiri penemuan Kemahiran belajar : sumbang saran, kooperatif
: Kuantiti/jumlah 35 1 35
Prosedur Pelaksanaan
Set induksi (5 minit) Guru memaparkan gambar ikan dan sayur kepada muridmurid. Guru menjalankan sesi soal jawab dengan murid-murid. Contoh soalan: 1) Di manakah kita membeli ikan dan sayur-sayuran? 2) Adakah orang zaman dahulu memakan ikan dan sayur-sayuran? 3) Di manakah orang zaman dahulu membeli ikan dan sayur-sayuran? Guru mengaitkan jawapan yang diberikan oleh murid dengan isi pengajaran pada hari ini.
MI: Verballinguistik
Saling bantumembantu.
Langkah 1 (10 minit) Guru menampalkan peta minda dihadapan kelas mengenai cara-cara manusia yang hidup di kawasan tanah lapang mendapatkan makanan. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid mengenai cara-cara orang zaman dahulu mendapatkan makanan di kawasan tanah lapang. Guru menggalakkan murid untuk berbincang bersama rakan mereka dalam mendapatkan jawapan. Guru membuat perbincangan dan rumusan bersama murid-murid mengenai hasil jawapan yang telah dibuat. KB: Sumbang saran Kooperatif Bekerjasama.
MI: Interpersonal
Langkah 2 (10 minit) Di dalam lembaran kerja yang sama, murid diminta untuk berbincang dengan murid-murid mengenai faktorfaktor/sebab-sebab orang zaman dahulu memilih kawasan tanah lapang sebagai penempatan mereka. Guru membandingkan jawapan yang diberikan oleh murid dengan jawapan yang telah dibuat oleh guru. Guru membuat perbincangan dan bersoal jawab. BBM: Lembaran kerja. Peta minda
KB: kooperatif
Bagi murid yang membuat jawapan yang salah, guru meminta murid menyalin jawapan yang betul seperti yang dipaparkan. Guru membuat rumusan mengenai sebab-sebab manusia zaman dahulu memilih kawasan tanah lapang sebagai penempatan mereka.
Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan mengenai pembelajaran pada hari ini dengan bersoal jawab dengan murid-murid secara lisan. Guru mengedarkan nota tambahan sebagai pengayaan kepada murid-murid. Sebelum keluar, guru menerapkan nilai-nilai patriotisme di kalangan murid-murid agar menghargai sejarah warisan negara yang ada. Nilai patriotisme: Bersyukur dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia