Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input

yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Hal ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancang segala persiapan perkhemahan. Ini termasuklah pemilihan ahli jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang lebih rumit lagi. Semuanya diatur oleh kami sendiri iaitu ahli jawatankuasa. Ia sangat penting sebagai latihan untuk kita sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar untuk mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan nanti. Perkhemahan BIG ini, mengajar saya cara menguruskan diri dalam keadaan suntuk dan tidak selesa. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu aktiviti sukar untuk dilaksanakan. Khemah saya dimasuki air pada malam kedua. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mengatasi masalah tersebut walaupun habis baju dan beg basah semasa sedang tidur. Selain itu, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya juga belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang ditetapkan. Apa yang saya tahu, perkara yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami telah diberi masa dari pukul 5.45 pagi untuk solat subuh secara berjemaah dan melakukan aktiviti Malaysia Cergas. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semua aktiviti yang diberikan kita tidak aka nada cukup masa. Namun, jika kita tidak dapat membahagikan tugas antara ahli 60

kumpulan dengan baik, kita juga tidak mungkin dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Saya juga belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan pahit dan manis ynag dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini dapat saya hayati semasa latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan latihan untuk malam persembahan ( boria ). Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk membuat yang terbaik. Bagi peserta lelaki pula, mereka cuba juga mengikut rentak tarian boria walaupun agak kaku dan keras. Melalui program Bina Insan Guru ini juga, saya dapat belajar yang kita harus berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru kita harus melakukan kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Elain itu, ia dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja tetapi mencuba sesuatu yang baru untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya. Sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan. Semasa memasuki hutan, saya belajar satu analogi yang cukup berguna. Saya melambangkan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut sebagai sikap manusia yang bakal saya hadapi kelak. Say melalui banyak jenis jalan seperti jalan rata, berduri, berbatu-batu dan sebagainya. Ada juga pacat yang naik ke kaki. Ini ibarat kehidupan seorang guru yang kadangkadang gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air mata dan sebagainya. Namun ianya mesti ditempuhi juga demi anak bangsa. Selain itu, saya dapat mempelajari nilai keprcayaan dan kesefahaman daripada ahli-ahli dibawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua. 61

Program Bina Insan Guru juga membuatkan saya yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Perkara ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti air. Pada mulanya, saya urang yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk berenang tanpa menggunakan pelampung. Setelah mencuba, akhirnya saya berjaya berenang hingga ke tebing sehingga mendapat pujian daripada pensyarah. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada disekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun, semua ilmu itu tidak akan datang dengan petik jari sahaja. Jadi, tanggungjawab kita adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik semua kesoronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memeperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

62

Anda mungkin juga menyukai