Anda di halaman 1dari 1

TINDAKAN REFLEKSI

MASALAH Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya dapati murid-murid di dalam kelas mempunyai kemampuan pengetahuan yang berbeza. Ada pelajar yang dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat dan pantas dan ada pelajar yang memerlukan masa yang lama untuk memyempurnakan sesuatu tugasan. Hal ini memyebabkan pelajar yang cepat menyiapkan tugasan akan menganggu pembelajaran murid- murid yang lain. Selain itu mereka akan berbuat bising dan berjalan-jalan di dalan kelas. Mereka juga akan cepat berasa bosan dan tidak tahu untuk berbuat apaapa di dalam kelas.

TINDAKAN Untuk mengatasi masalah ini, saya akan membuat tugasan tambahan kepada pelajar yang pantas menyiapkan tugasan. Mereka akan diberikan tugasan yang lebih sukar berbanding pelajar-pelajar yang lain. Hal ini adalah untuk menghindarkan mereka daripada menggangu pelajar-pelajar yang lain sibuk membuat tugasan. Selain itu, saya juga akan mengurangkan bimbingan sewaktu tugasan diberikan. Mereka perlu membuat sendiri tugasan yang dibuat tanpa bimbingan oleh guru. Guru hanya membantu apabila diperlukan sahaja.

HASIL Selepas tindakan dibuat, saya dapati hasil tindakan ini adalah berkesan. Muridmurid yang cepat menyiapkan tugasan tidak lagi dapat menganggu pelajar-pelajar yang lain kerana mendapat tugasan tambahan dari saya.. Hal ini telah menjadi kekuatan bagi saya untuk mengatasi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai