Anda di halaman 1dari 3

Mohd Azli Bin Majid (P39193) SMK Padawan.

Sinopsis/LDP

Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi


Pengarang: Mohamad Najib Abdul Ghafar 2004 ISBN 983-52-0341-5 168 muka surat RM 34.00 Bidang Pendidikan

SINOPSIS

Pendidikan tinggi merupakan peringkat terakhir dalam menganjurkan pendidikan formal untuk warganegara dari segi latihan kesarjanaan sebelum penglibatan mereka di tempat kerja, dalam masyarakat, dan negara. Sehubungan itu, pendidikan tinggi mempunyai ciri dan agendanya yang tersendiri. Konsep dan falsafah pendidikan tinggi adalah untuk membangunkan kemahiran intelek sebagai salah satu agen yang dapat membebaskan fikiran manusia daripada belenggu kepayahan, kekecewaan, dan kemalasan. Pendidikan tinggi harus menyediakan peluang terbaik dari segi organisasi, kurikulum, sumber dan fasiliti yang membantu pembangunan sumber manusia supaya bergiat tanpa kekangan dalam memajukan masyarakat dan negara setelah tamat pengajian. Universiti adalah suatu sistem yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai komponen yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Dinamika sistem pula merupakan pembinaan model struktur dan tingkah laku sesuatu sistem yang kompleks. Buku ini membincangkan komponenkompoenen penting yang mempunyai kaitan antara satu sama lain untuk bergerak sebagai organisasi yang disebut sebagai universiti. Perbincangan meliputi konsep pendidikan tinggi dan kaedah menilai konsep dari segi operasi. Susunan bab menerangkan sesuatu falsafah pendidikan, diikuti dengan ciriciri penubuhan berasaskan nilai politik dan keilmuan. Buku ini sesuai untuk pelajar, staf dan pengurus serta perancang dalam pendidikan tinggi.

Mohd Azli Bin Majid (P39193) SMK Padawan.

Sinopsis/LDP

Kecergasan Fizikal Ke Arah Hidup Sihat Sepanjang Hayat


Pengarang: Mohad Anizu Mohd. Nor 2011 ISBN 978-983-52-0768-6 124 muka surat RM 25.00 Bidang Pendidikan

SINOPSIS

Buku ini membincangkan tentang kepentingan aspek kecergasan fizikal kepada semua individu tanpa mengira umur, jantina dan kedudukan dalam masyarakat. Ianya amat penting ke arah kehidupan yang lebih ceria, selamat dan sejahtera sepanjang hayat. Buku ini menggariskan lima komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan enam komponen kecergasan berasaskan kemahiran. Setiap individu yang berhasrat untuk hidup sihat sepanjang hayat, seharusnya berusaha untuk menguasai kesemua komponen tersebut terutamanya komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Buku ini juga menghuraikan kepentingan melakukan aktiviti fizikal serta keburukannya sekiranya mengabaikannya. Di samping itu, buku ini juga turut menerangkan tentang penyakit jantung yang mencakupi aspek tandatanda serangan, bagaimana penyakit boleh terjadi, tindakan yang wajar diambil dan proses pemulihan serta rawatan yang dilakukan di hospital. Akhir sekali buku ini memberi panduan kepada semua pembaca untuk membuat pengukuran dan penilaian ke atas beberapa aspek kesihatan agar pembaca dapat mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan mereka sendiri tanpa perlu ke pusat-pusat kesihatan untuk mendapatkannya. Semoga buku ini akan membantu semua pihak termasuk ahli akademik, pelajar, mahasiswa, atlet, ahli korporat dan semua individu yang bercitacita untuk mendapatkan tahap kecergasan dan kesihatan yang sempurna ke arah hidup yang lebih bahagia dan sihat sepanjang hayat.

Mohd Azli Bin Majid (P39193) SMK Padawan.

Sinopsis/LDP

Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang


Pengarang: Kamarul Azmi Jasmi, Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom 2007 ISBN 978-983-52-0425-8 165 muka surat RM 25.00 Bidang Pengajian Islam

SINOPSIS Buku ini mengandungi perbincangan umum yang menyentuh pelbagai isu pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang daripada perspektif Islam dari peringkat kanakkanak sehingga mencapai usia warga emas. Perbahasan utama buku ini melibatkan kepada pembangunan keperibadian insan soleh yang berteraskan kepada akhlak terhadap Allah s.w.t dan adab kehidupan Rasulullah s.a.w. Kedua-dua aspek ini merupakan asas pembentukan individu dinamik yang menjadi pencetus kepada pembentukan keluarga yang bahagia dan harmoni kerana mereka memainkan peranan sebagai anak, ibu dan bapa yang cemerlang. Tidak dinafikan wanita merupakan penyumbang utama kepada kecemerlangan sesebuah keluarga. Justeru, huraian yang lebih mendalam melalui garapan al-Quran dan hadis diutarakan bagi memberi panduan wanita khususnya kepada wanita profesional untuk berperanan sebagai ibu yang cemerlang sekalipun mereka berkerjaya. Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh pelajar, pensyarah, penceramah, bakal suami dan isteri, bakal ibu dan bapa, ibu bapa, pembuat dasar serta pembaca umum dalam usaha melahirkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai