Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2011

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB

830812105557001 830812105557 0122864277 bojot_12@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PP PETALING JAYA

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

BAHAGIAN 1 Dalam bahagian satu ini saya akan menghuraikan permasalahan yang dihadapi oleh saya semasa mengajar di dalam kelas ini. Terdapat seramai 37 orang murid yang berada di dalam kelas ini dan kelas ini merupakan kelas yang dikategorikan sebagai kelas yang lemah di sekolah saya. Permasalahan tersebut adalah seperti berikut :a. Murid akan bising dan tiada kerjasama kumpulan ketika sesi perbincangan dilakukan.

b. Kerja rumah yang diberikan sering tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang telah saya tetapkan. c. Kawalan kelas yang sukar kerana murid akan mula menganggu rakan lain semasa proses pembelajaran. d. Guru yang keterlaluan sehinggakan murid kelihatan sedih dan pengajaran guru tiada unsur kecindan. Ini adalah antara masalah yang saya dapat kesan semasa proses P&P sedang dijalankan dan masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh saya seorang, guru-guru lain yang mengajar di dalam kelas ini turut menhadapi permasalahan yang sama seperti yang saya nyatakan tadi. BAHAGIAN 2 Dalam bahagian 2 ini saya akan menghuraikan permasalahan murid mengikut teori-teori pembelajaran yang terdapat dalam Psikologi Pendidikan. Huraian tersebut saya akan perincikan mengikut permasalahan yang telahpun saya kenal pasti. Murid akan bising dan tiada kerjasama kumpulan ketika sesi perbincangan dijalankan Mengikut Teori Behaviorisme Albert Bandura 1980, mengatakan bahawa perilaku manusia banyak dipengaruhi daripada konsep pemerhatian dan peniruan. Oleh itu kaitan dapipada masalah ini mungkin ketika berada di rumah, murid-murid ini biasa memerhatikan ibubapa, penjaga ataupun masyarakat sekeliling mereka berbual dengan nada suara yang kuat. Oleh itu mereka merasa tertarik untuk mengaplikasikan cara tersebut di dalam kelas dan apabila rakan

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

yang pasif melihat perilaku rakan mereka ini mula berbincang dengan kuat mereka akan mengikut cara perbualan tersebut. Selain daripada itu, mengikut Teori Behaviorisme Thorndike, belajar adalah proses interaksi antara stimulus dan respon. Stimulus adalah apa yang merangsang terjadinya kegiatan belajar seperti fikiran, perasaan, atau hal-hal lain yang dapat ditangkap melalui alat indera. Sedangkan respon adalah reaksi yang dimunculkan peserta didik ketika belajar, yang dapat pula berupa fikiran, perasaan, atau gerakan/tindakan. Jadi perubahan tingkah laku akibat kegiatan belajar dapat berwujud konkrit, iaitu yang dapat diamati, atau tidak konkrit iaitu yang tidak dapat diamati. Meskipun aliran behaviorisme sangat mengutamakan pengukuran, tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana cara mengukur tingkah laku yang tidak dapat diamati. Teori Thorndike ini disebut pula dengan teori koneksionisme (Slavin, 2000). Jika dikaitkan dengan teori ini, murid sebenarnya sudah dilalikan dengan konsep dendaan dan hukuman di rumah. Sebagai contoh jika mereka bising mereka akan di denda dengan hukuman. Oleh itu, apabila mereka diberi peluang untuk melakukan sesi perbincangan, mereka akan berbual dengan kuat kerana di rumah mereka tidak mendapat peluang yang sedemikian. Kerja rumah sering tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan Masalah kerja rumah tidak dapat disiapkan ini merupakan masalah yang utama dalam kelas ini. Namun begitu masalah ini mungkin kerana murid tersebut kurang berminat ataupun tidak berminat langsung dengan matapelajaran yang diajarkan kepada mereka. Mengikut Teori Keperluan Asas Abraham Maslow menyatakan bahawa setiap manusia ini memerlukan Motivasi Intrinsik di mana ianya akan mendorong manusia mengejar pencapaian yang cemerlang yang berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangan luar. Mengikut Teori ini murid perlu dipenuhi dengan keperluan asas hidup mereka, barulah mereka akan mempunyai motivasi yang tinggi dan bersedia untuk belajar. Jika situasi di rumah yang sempit, adik-beradik yang ramai, campuran masyarakat setempat yang pelbagai dan kelas bawahan, dan juga masa yang terhad bagi memenuhi kehendak ibubap sebagai contoh pulang dari sekolah ke Sekolah Agama, selepas itu ke kelas mengaji, malam pula kelas tuisyen ataupun main bersama rakan setempat kerana kurangnya tumpuan diberikan kepada meraka. Bagaimana murid akan dapat menyiapkan kerja rumah mereka.

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

Selain daripada teori keperluan asas

Abraham Maslow, menurut Teori Psikoanalisis

Sigmund Freud menyatakan manusia terdiri daripada tiga elemen perkembangan personaliti iaitu Id, Ego dan Superego. Dalam kes ini murid dalam kelas ini mungkin mementingkan kecenderungan bertindak mengikut naluri @ Id kerana mungkin mereka ketika berada di rumah amat mudah untuk dipengaruhi oleh rakan-rakan atau keluarga yang tidak mengambil kisah dalam pembelajaran mereka di sekolah. Jadi murid tersebut tidak mempunyai motivasi dalam menyiapkan kerjarumah yang diberikan oleh guru. Apabila berada di sekolah mereka lebih tertumpu kepada keseronokkan ketika bermain bersama rakan sahaja dan lupa mengenai kerjarumah yang diberikan sehingga guru yang memberi kerjarumah itu sendiri masuk ke dalam kelas. Kawalan kelas yang sukar kerana murid akan mula mengganggu rakan lain semasa proses pembelajaran. Bagi masalah seterusnya ialah dari segi kawalan kelas yang sukar di mana, murid akan mula mengganggu rakan lain dan murid yang lain akan mula berlaku pergaduhan. Permasalahan ini boleh dikaitkan dengan Teori Pendekatan Behaviorisme yang diperkenalkan oleh John Broadus Watson ( 1878 1958 ) yang menyatakan bahawa tingkahlaku manusia adalah bergantung daripada pengaruh persekitaran bukannya datang dari dalaman. Ini boleh dikaitkan dengan masalah suka mengganggu rakan lain, mungkin murid tersebut tidak mendapat perhatian di rumah dan akan menarik perhatian rakan lain. Selain daripada itu, murid tersebut mungkin telah dididik dengan melihat ibubapa atau masyarakat setempat yang datang dari sosio ekonomi yang rendah. Lalu murid tersebut akan mula belajar untuk mengambil barang rakan lain dengan sesuka hati. Maka dengan itu tercetuslah pergaduhan di antara mereka.

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

Guru yang keterlaluan sehinggakan murid kelihatan sedih dan pengajaran guru tiada unsur kecindan. Permasalahan yang seterusnya adalah berpunca dari guru yang mengajar itu sendiri. Seorang guru yang cemerlang perlu cakna dan peka terhadap keadaan sekeliling dan perlu melihat situasi serta emosi murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika pengajaran guru itu kelihatan bosan dan guru terlalu khusyuk untuk mengajar dengan cara tradisional, maka sesi p&p akan menjadi bosan dan tidak seronok. Menurut Teori incongruity oleh Berlyne (dalam Frymier, Wanzer, dan Wojtaszczyk; 2008) menyatakan terdapat dua fasa proses. Sesuatu mesej atau rangsangan yang dikatakan incongruity ialah mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada permulaannya mesti dikenalpasti dan diterjemahkan oleh penerima sebagai bahan jenaka untuk diertikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan yang penting sebagai agen penyebaran maklumat bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan lebih mudah untuk diingat oleh murid.

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

BAHAGIAN 3 Dalam bahagian ini saya akan menerangkan mengenai pelan bagi mengatasi masalah yang terdapat dalam senario pembelajaran yang telahpun saya huraikan mengikut teori pembelajaran dan teori perkembangan. Bagi menjelaskan langkah mengatasi masalah ini saya akan menghuraikan pelan tindakan bagi menggambarkan implikasi teori pembelajaran yang akan saya gunakan. Pelan tindakan yang akan dijelaskan adalah berdasarkan daripada teori-teori pembelajaran. Pelan tindakan bagi mengatasi masalah yang pertama :Murid akan bising dan tiada kerjasama ketika sesi perbincangan dijalankan Implikasi dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme menyatakan pengaruh persekitaran akan membuatkan murid tidak dapat menumpukan perhatian dan suasana kelas akan menjadi bising. Dalam situasi ini, guru yang mengendalikan kelas tersebut perlu bijak dalam melaksanakan P&P di luar bilik darjah dengan melakukan aktiviti kajian lapangan seperti yang terdapat dalam teori konstruktivisme. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa murid akan menambah pengetahuan baru daripada pengetahuan sedia ada melalui kemahiran inkuiri penemuan. Sebagai contoh dalam pengajaran bagi matapelajaran sains. Murid akan dipecahkan kepada kumpulan dan murid akan diberi tugasan perbincangan mengenai tajuk. Situasi pengajaran akan dijalankan di luar bilik darjah. Melalui kaedah pengajaran luar bilik darjah ini adalah langkah bagi mengatasi kelas yang bising. Apabila kaedah ini dijalankan dengan lebih kerap maka murid akan lebih mengetahui peranan masing-masing dalam kumpulan. Jika kelihatan murid terlalu ramai dalam satu-satu kumpulan, pecahkan mengikut kemampuan murid. Selain daripada itu, langkah bagi mengatasi kawalan murid yang bising, guru boleh menggunakan Teori Pembelajaran Behaviorisme Thorndike. Thorndike menyatakan mengenai konsep ganjaran dan denda. Oleh itu, kumpulan yang berbincang dengan keadaan terkawal

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

akan mendapat ganjaran dan kumpulan yang bising dan tiada kerjasama akan mendapat dendaan.

Kerja rumah yang diberikan sering tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang telah saya tetapkan. Menurut Skinner (1953) dalam Teori Pelaziman Operan menerangkan konsep peneguhan sebaik sahaja gerakbalas ditunjukkan. Konsep tersebut akan diulangi bagi mendapat hasil yang berulang sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kajian tersebut. Dalam konteks tersebut, jika implikasi dalam masalah yang dihadapi oleh saya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cara memberi pujian atau ganjaran kepada murid-murid yang berjaya menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Dengan itu, secara tidak langsung murid yang lain melihat murid yang diberi pujian atau ganjaran akan terus berusaha untuk menyiapkan kerjarumah yang diberi atau akan diberi dendaan seperti yang disebut di dalam Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike ( 1874 1949 ). Dalam teori tersebut menyatakan bahawa setiap organisma akan membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan dan sebaliknya organism berkenaan akan mengelakkan berlakunya sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan dirinya. Menurut Thorndike lagi, ganjaran akan mendorong organisma mengulangi sesuatu gerakbalas, manakala dendaan akan menyekat organism daripada melakukan sesuatu gerakbalas. Jika teori ini di aplikasikan diaplikasikan dalam bilik darjah, maka murid akan berusaha mengelak daripada dendaan manakala mereka akan lebih kepada ganjaran yang akan diberikan oleh guru. Pendek kata guru perlu memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran kelas yang positif bagi mewujudkan persekitaran yang positif dikalangan murid-murid. Selain daripada itu, Arnold Lucius Gesell ( 1880 1961 ) telah menerangkan dalam Teori Perkembangan Arnold Gesell yang mementingkan baka sebagai penggerak utama dalam perkembangan seseorang individu. Dalam teori ini menjelaskan bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama di dalam menentukan proses pembelajaran. Ini jelas menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dan memerlukan masa untuk mereka pelajari. Oleh itu, guru perlu memberi masa yang mencukupi dalam menyiapkan kerjarumah dan guru perlu memberi latihan kerjarumah mengikut kemampuan murid yang berada di dalam 7

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

kelas tersebut bukan memberi latihan yang banyak dan aras yang kurang sesuai dengan kemampuan murid.

Kawalan kelas yang sukar kerana murid akan mula menganggu rakan lain semasa proses pembelajaran. Kawalan kelas yang sukar ini jika dirujuk kembali kepada permasalahan, ini adalah kerana sistem atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru tidak sesuai dengan peredaran zaman ini. Menurut Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang diterang oleh Borich dan Tombari ( 1977 ) menyatakan bahawa Teori Konstrutivisme adalah satu teori yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran bilik darjah. Ini kerana dalam teori ini akan membina kemahiran murid untuk mempelajari sesuatu yang baru. Selain daripada itu, teori ini akan memberikan implikasi yang besar kepada murid kerana murid akan belajar cara berkomunikasi dalam kumpulan dan akan belajar menerima pendapat orang lain dalam aktiviti hands on, minds on. Jika dikaitkan dengan pembelajaran Konstruktivisme dan juga Pembejaran Koperatif akan memudahkan guru mengawal kelas. Dalam situasi ini guru telahpun mengenalpasti murid yang suka mengganggu rakan lain dan akan memecahkan mereka mengikut kumpulan yang berasingan. Secara tidak langsung murid yang suka mengganggu orang lain itu akan dapat belajar secara kopratif dengan rakan yang berada dalam kumpulan mereka. Dalam kumpulan pembelajaran koperatif ini, murid diberikan dua tanggungjawab, iaitu mempelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelajari bahan tersebut. Selain daripada menggunakan teori konstrutivisme, guru juga boleh mencuba Teori Kecerdasan Pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah dalam konteks budayanya sendiri. Dalam teori ini guru boleh mencuba pelbagai teknik yang terdapat daripada 9 elemen kecerdasan. Sebagai contoh seorang guru boleh menggunakan kaedah Muzikal dan Kinestetik Badan dalam pengajaran bilik darjah. Jika aktiviti ini dijalankan murid akan sentiasa seronok dan akan membina pengukuhan kognitif dalam masa yang panjang. Murid akan mula mengingat guru yang sentiasa mengubah lagu dan dikaitkan dengan isi engajaran yang mereka pelajari. Jika guru yang mengajar matematik, guru boleh mengajar 8

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

dengan menggunakan elemen kecerdasan Logik Matematik. Di mana konsep permainan dimanipulasi mengikut tajuk yang akan diajarkan kepada anak murid.

Guru yang keterlaluan sehinggakan murid kelihatan sedih dan pengajaran guru tiada unsur kecindan. Pengajaran guru di dalam kelas merupakan satu konsep asas yang penting bagi murid membina dan mencambahkan pengetahuan sedia ada pada mereka. Oleh itu jika sikap guru itu sendiri yang terlalu serius dan tidak memberi peluang langsung kepada murid untuk menikmati pengajaran guru maka murid akan merasa bosan dan kelihatan sedih semasa guru mengajar. Malah jika diperhatikan, jika guru tersebut tidak hadir kerana berkursus atau sebaliknya murid akan ceria dan bersorak kerana guru yang mereka anggap bosan ini tidak hadir untuk mengajar mereka. Dalam hal ini, jalan penyelesaian yang terbaik adalah guru perlu memainkan peranan di dalam bilik darjah dengan menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai. Dengan menggunakan kepelbagaian dalam teknik pembelajaran, murid dapat merasakan satu perubahan yang besar dalam sesi P&P seharian mereka. Sebagai contoh guru boleh menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai yang menitik berat 9 elemen pembelajaran mengikut kesesuaian murid dalam kelas. Jika diperhatikan kesemua masalah yang dihadapi oleh guru yang mengajar dalam kelas ini, murid di dalam kelas ini boleh dikatakan sebagai murid yang lemah dan kurang perhatian di rumah. Oleh itu, guru boleh menggunakan pendekatan pembelajaran elemen yang keempat iaitu Kecerdasan Visual-Ruang-Spatial dalam pengajaran guru. Menjadi lumrah kepada murid yang lemah akan mudah mengingat dengan cara melihat gambar-gambar atau visual yang bergerak dan mereka mula melukis apa yang mereka perhatikan. Dengan itu pembelajaran secara konstruktivisme dapat diterapkan secara tidak langsung. Guru juga perlu bijak dalam menyusun gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh murid dan persoalan yang digunakan mampu membuatkan murid-murid dalam kelas ini berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran unsur kecindan ini sebenarnya bukan boleh diperolehi secara dalam teori akan tetapi ianya dapat diserasikan dengan cara guru mengaplikasikan teoriteori pembelajaran dan dari situ guru akan dapat membina keyakinan mengajar dengan penuh yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan. 9

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

Selain daripada itu, menurut Teori Pembelajaran Gagne yang banyak menitikberatkan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah ( peringkat asas ) kepada yang rumit. Jadi, sebelum guru mengajar sesuatu yang kemahiran yang lebih tinggi kepada murid, guru perlu memastikan murid telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran yang baru. Gagne juga menyatakan bahawa pengajaran guru mesti mempunyai peringkat demi peringkat. Dalam fasa pengajaran yang kedua iaitu fasa menarik perhatian, guru perlu menarik perhatian murid dengan melakukan set induksi yang menarik. Setelah melakukan fasa menarik perhatian dengan set induksi yang menarik murid akan bersedia untuk ke fasa pembelajaran seterusnya iaitu fasa pemerolehan dan dalam fasa pembelajaran pemerolehan guru boleh mengaplikasikan fasa pengajaran meransang ingatan semula murid dalam tajuk pengajaran yang lepas. Dengan menggunakan teknik fasa pengajaran dan pembelajaran Gagne, guru tidak tertumpu pengajaran yang berasaskan tradisional atau lebih dikenali sebagai chalk and talk sahaja. Malah jika guru mengaplikasikan pengajaran ini secara tidak langsung guru dapat akan dapat satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan teratur. Murid pula tidak mudah untuk merasa bosan dan kelihatan sedih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara natijahnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu bijak mengatur dan menyusun segala pengajaran agar lebih mudah difahami dan diaplikasikan oleh murid di dalam kelas. Guru tidak perlu juga untuk menjadi seorang yang kelakar ataupun pelawak kerana unsur kecindan hanya akan dapat dipelajari berdasarkan pengalaman guru yang mengajar.

PENUTUP

10

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

Akhir kata, guru merupakan satu agen penyampai ilmu yang perlu sentiasa mempunyai maklumat dan sendtiasa bersedia untuk memulakan P&P sebelum mula masuk ke bilik darjah. Jika guru yang melangkah masuk di dalam kelas dengan keadaan muka yang masam, baju yang kusut masai dan kurang bersedia, kesannya dapat diperhatikan dengan melihat muridnya sendiri. Secara amnya, guru dan murid perlu berkerjasama bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok dan mudah untuk difahami. Jangan pula guru tidak bersedia dalam pengajaran maka akan jadilah seperti dalam peribahasa yang berbunyi ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Hasil tulisan dalam permasalahan yang saya tulis ini adalah mengikut situasi sebenar yang dipercayai dihadapi oleh semua guru. Oleh itu tugasan ini diharapkan dapat menjadi panduan bagi guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. ( 2,523 patah perkataan )

11

HBEF2103 MOHD NAZLAN BIN MOHAMAD NAJIB 830812105557001

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan Janet A. Simons, Donald B. Irwin and Beverly A. Drinnien ( 1987 ), The Search for Understanding, West Publishing Company, New York Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Pengajaran yang Berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia Schramm (1994), Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka http://webspace.ship.edu/cgboer/bandura.html http://honolulu.hawaii.edu/intranet/committees/FacDevCom/guidebk/teachtip/masl ow.htm

12

Anda mungkin juga menyukai