5 Cara Untuk Lajukan Windows XP
5 Cara Untuk Lajukan Windows XP
Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama. Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa apa perubahan.
4-Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner. Atau semasa anda melakukan open atau explorer komputer anda sila : klik kanan tikus pada drive C dan ambil arahan properties dan klik disk Cleanup pada paparan (seperti dibawah)
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini) BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer. Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut. Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS. [Diterjemahkan dan disunting dari Wired]