Anda di halaman 1dari 7

SET 2 Kertas 1 Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ) (100 markah)

1. Gejala lumba haram semakin berleluasa semakin membimbangkan masyarakat. Bincangkan peranan anda dalam usaha untuk menangani gejala ini.

2. Warga tua merupakan insan yang banyak berjasa pada masyarakat dan negara. Jasa mereka perlu dihargai. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya menghargai warga tua.

3. Sejak akhir-akhir ini permainan tradisional seperti congkak, layang-layang dan batu seremban semakin dilupakan oleh masyarakat. Huraikan faedah-faedah mempopularkan permainan tradisional di negara kita .

4. Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk membangunkan ekonominya. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelabur asing ke sesebuah negara.

5. Pengenalan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pelajar. Beri ulasan anda tentang pernyataan tersebut.

SET 3 Kertas 1 Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ) (100 markah)

1. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Rakyat Malaysia akan menikmati pelbagai kemudahan hasil kemajuan tersebut. Berikan pandangan anda tentang kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa itu.

2. Gejala sosial dalam kalangan remaja masih berleluasa di negara ini. Bincangkan peranan ibu bapa untuk mencegah anak-anak mereka daripada terlibat dengan gejala sosial.

3. Budaya kerja bergotong-royong perlu dihidupkan semula dalam kalangan masyarakat Ulaskan pernyataan di atas.

4. Masalah penyeludupan di rantau ini seperti penyeludupan dadah, barangan tiruan, dan pemerdagangan manusia dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama negara-negara jiran. Jelaskan kerjasama yang dapat dilakukan dalam kalangan negara terlibat untuk menangani masalah tersebut.

5. Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen anjuran Kelab Sastera dan Kebudayaan sekolah anda. Tema cerpen yang ditetapkan ialah kesetiaan. Tulis cerpen anda selengkapnya.

SET 3

Soalan 1

TEMA

: Kegiatan lumba haram : Usaha membantu menangani lumba haram

TUGASAN SOALAN FORMAT : tiada

CADANGAN IDEA : i. ii. iii. i. menasihati kawan-kawan yang terlibat secara berhemah memberitahu ibu bapa / keluarga mereka yang terlibat sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini melaporkan kepada ketua kampong jika kejadian ini berlaku di tempat / kawasan berhampiran melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memantau tempat yang berkenaan

UNGKAPAN MENARIK i. ii. iii. iv. Sudah terhantuk baru tengadah Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Pandu Cermat Jiwa Selamat Berhati-hati di jalan raya, Ingat orang tersayang

Soalan 2

TEMA

: Kasih sayang akan warga tua

TUGASAN SOALAN: cara-cara yang dapat dilakukan untuk menghargai, menghormati dan membalas jasa warga tua FORMAT : tiada

CADANGAN IDEA : i. ii. iii. iv. v. memberi perhatian dan keperluan kasih sayang yang diharapkan menghormati dan sentiasa bersama-sama mereka pada masa terluang memantau dan membantu menjaga kesihatan mereka sentiasa prihatin akan keselamatan mereka mendoakan kesejahteraan warga tua

UNGKAPAN MENARIK i. ii. iii. iv. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Sediakan payung sebelum hujan Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara

Soalan 3

TEMA

: Permainan tradisional : langkah-langkah untuk memperkenalkan permainan ini semula.

TUGASAN SOALAN FORMAT : tiada

CADANGAN IDEA : i. ii. iii. menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah menjadikan pertandingan permainan tradisional sebagai acara tahunan di sekolan / kampong / daerah / negeri mengadakan pertunjukan permainan tradisional di kawasan perumahan / kampung dalam program-program anjuran JKKK atau Rukun Tetangga mengadakan kempen / iklan melalui media massa

iv.

UNGKAPAN MENARIK i. ii. iii. iv. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Zoom Malaysia Cuti-cuti Malaysia

Soalan 4

TEMA

: Penyeludupan : langkah-langkah mengatasi kegiatan penyeludupan.

TUGASAN SOALAN FORMAT : tiada

CADANGAN IDEA : i. ii. iii. iv. penduduk tempatan yang mengetahui kejadian ini wajar melaporkan kepada pihak berkuasa pemantauan yang berterusan oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang lebih tegas oleh pihak berkenaan memastikan kawasan keluar masuk negara-negara yang terlibat diperhebatkan

UNGKAPAN MENARIK i. ii. iii. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Soalan 5

TEMA

: unsur sastera : nilai dalam cerpen : nilai dalam sebuah cerpen yang dipelajari.

TUGASAN SOALAN FORMAT : tiada

CADANGAN IDEA : i. ii. iii. iv. Nyatakan nama cerpen yang dipilih Berikan sinopsis cerpen berkenaan Jelaskan sekurang-kurangnya tiga nilai yang dapat diperoleh dalam cerpen tersebut Kaitkan nilai berkenaan dengan kaitannya untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan

UNGKAPAN MENARIK i. ii. iii. iv. Alah bisa tegal biasa Kalau kail panjang sejengkal, laut yang dalam jangan diduga Sediakan payung sebelum hujan Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Anda mungkin juga menyukai