Anda di halaman 1dari 1

BAYI AJAIB......KURNIAAN ALLAH....

Bayi Palestin Dengan Tanda Lahir Nama Pakciknya Yang Mati Syahid By Suliman Besharat, IOL Correspondent BAITULMAQDIS, 2 Disember 2003 (IslamOnline.net) Didalam dunia dimana keajaiban adalah sesuatu yang jarang berlaku, beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat terpegun dengan bayi yang baru lahir yang mempunyai tanda merah yang besar pada pipi sebelah kanan yang membentuk huruf Arab tertulis nama pakciknya yang mati syahid ALAA (Ain Lam Alif) Bayi tadi telah dilahirkan pada malam Lailatu Qadr, iaitu malam yang disebut-sebut di dalam Al Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Tanda sepanjang 10 sm itu nampak jelas dan berakhir pada belakang telinga kanan bayi tersebut. Bayi tadi diberi nama Alaa, ahli pergerakan perjuangan Islam Hamas, yang mati dibunuh pada 25 Mac oleh pasukan khas Israel di Baitul Maqdis. Iyyad Hassan, ayah kepada bayi tersebut memberitahu, Alaa adalah anugerah Allah. Allah mengurniakan kepada kami, setelah saya kehilangan abang saya Alaa, seorang yang sangat kuat beramal ibadat. Dia dilahirkan pada malam penuh berkat dan saya berdoa dia akan menjadi anak yang baik kata ayah bayi tersebut. Nenek bayi tersebut mengatakan bahawa ini membuktikan askar-askar Israel boleh membunuh anak-anak kami, tetapi bukan semangat kami. Ibu Alaa memberitahu, anaknya (bayi tersebut) suka tidur mengiring ke kiri, seolah-olah untuk memberi perhatian pada tanda lahirnya. Abu Emad, datuk kepada bayi tadi berkata, Alaa adalah anugerah dari langit. Saya amat merindui anak saya sejak dia syahid, kerana dia amat kasih kepada saya. Tetapi kelahiran cucu saya adalah sesuatu yang menggembirakan dan saya berdoa kepada Allah agar memberi balasan syurga kepada anak saya Datuk tersebut juga ingin menyampaikan sesuatu kepada Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel iaitu Saya ingin memberitahu Sharon, walaupun dia akan terus membunuh anak-anak kami, nama-nama mereka akan terpahat pada hati-hati kami dan pada darah daging anak-anak mereka

Anda mungkin juga menyukai