Anda di halaman 1dari 1

MOTIVASI KECEMERLANGAN GURU

. .

Kami dengan penuh khusyuk dan tawadhu berkumpul di dewan yang permai ini ingin memohon hidayah dan taufiq-Mu agar kami semua berjaya dan maju di dalam perjuangan meningkatkan kualiti anak didik kami menjadi insan yang beriman dan bertaqwa dalam membentuk asas pembinaan negara maju mengikut acuan Islam.


Kurniakanlah kami model petunjuk yang benar,mempunyai nilai-nilai akhlak yang murni daripada pakar-pakar pendidik yang berwibawa sebagaimana program pada hari ini untuk membentuk jati diri warga pendidik kearah pembangunan pendidikan dalam erti kata yang sebenarnya. Seterusnya kurniakanlah kepada seluruh warga pendidik keikhlasan dalam melaksanakan tugas meningkatkan usaha-usaha inovasi yang proaktif untuk mengembalikan kegemilangan tamadun yang pernah dicapai oleh umat Islam terdahulu.


Satukanlah hati-hati kami dan seluruh umat Islam,berganding bahu merealisasikan hasrat murni mendapat petunjuk dan perlindungan daripadaMu untuk menempa kejayaan yang Engkau redhai serta menjadi pedoman untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai