Anda di halaman 1dari 4

ROHAYAH..

, ABANG RINDUKAN KECERIAAN MU…


“Yah, abang rasa baik Yah ke hospital. Dalam setahun ni banyak klinik dah kita
pergi, tapi tak ada beza pun. Memanglah bila Yah jumpa doktor dan mengadu sakit kepala
ke, demam ke, batuk ke, doktor akan bagi ubat tetapi sakitnya hilang sementara aje.
Tetapi kemudian sakitnya berulang lagi! Masalahnya, punca penyakit kita tak tahu. Kalau
kita ke hospital bolehlah buat pelbagai ujian untuk tahu apa masalah Yah sebenarnya.
Abang tengok dari tahun lepas sampai sekarang, Yah makin kerap sakit. Sekarang nie
pulak asyik sakit dada, pitam, sesak nafas dan Yah sudah tak seceria dulu; selalu murung
dan sedih. Abang risau Yah…, sekarang ini macam-macam penyakit. Apa-apa jadi pada
Yah, susah kita sekeluarga. Anak kita empat orang, harga minyak naik, tak lama lagi
barang semua naik harga. Kalau Yah selalu sakit, nanti diberhentikan kerja pulak. Gaji
abang seorang manalah cukup untuk menanggung kita anak-beranak,” panjang lebar
Kamal menasihati Rohayah.
“Yalah bang, ada betulnya cakap abang tu...lagipun, dalam 8 bulan ni 'period' Yah
pun tak teratur dan tak tahulah kenapa mata ni kekadang pedih dan berair. Kulit muka
Yah pun dah tambah teruk, asyik naik radang. Kalau peluh atau kena air pun pedih, tak
taulah macam mana Yah nak buat lagi,” rungut Rohayah. “Ha, hari tu, Dr. Salina isteri
bos abang, datang ke pejabat. Dr. Salina tu pakar kulit, ramailah staf perempuan minta
nasihat dia. Abang dengar dia menasihati mereka supaya berhati-hati dengan produk
kecantikan yang mereka gunakan. Kata Dr. Salina, bahan pewarna, pengawet, pelembap,
bahan penyatu dan pewangi dalam produk kecantikan boleh menyebabkan pelbagai jenis
penyakit merbahaya termasuk kanser payudara. Katanya lagi, kimia beracun dalam
produk kecantikan bukannya menjadikan kulit bertambah cantik tetapi bertambah rosak,
radang dan berkedut!” Kamal menghabiskan ceritanya.
“Yah, Yah kenalkan Leha?” tanya Kamal. Rohayah menganggukkan kepalanya.
“Hari tu, abang ada dengar dia minta nasihat pada Dr. Salina. Masalah yang dia alami
sama macam Yah. Dr. Salina ada suruh dia datang ke HUKM, bawa produk kecantikan
yang digunanya dan berjumpa dengannya. Apa kata Yah telefon Leha dan pergi
bersama?” pujuk Kamal. Rohayah mengangguk tanda setuju dengan cadangan Kamal.
Dua minggu kemudian Rohayah dan Zaleha berada di pejabat Dr. Salina. “Puan
Rohayah, hmm...saya dah agak, produk kecantikan yang puan gunakan ni mengandungi
bahan beracun ‘Bronopol, Quaternium 15, Diazolidinyl Urea, Imidazolidinyl Urea,
DMDM Hydantoin’ dan ‘Methyl Chloroisothiazolinone / Methyl Isoyhiazolinone’.
Kesemua bahan kimia ini mampu mengeluarkan ‘FORMALDEHYDE’ sejenis gas
beracun,” kata Dr. Salina sambil membaca label yang tertulis pada produk kecantikan
Rohayah. Gas beracun ini masuk ke dalam badan melalui serapan kulit, dihidu atau
masuk melalui mata. Gangguan kesihatan yang puan alami kemungkinan besar berpunca

1
darinya. Kesan jangka masa panjang, bahan beracun ini boleh menyebabkan kanser
hidung, paru-paru, tekak, dan juga leukemia atau kanser sel darah!” jelas Dr. Salina lagi.
“Tapi Dr., pada label tu ditulis produk kecantikan ini berasakan herba. Manalah
saya tahu betapa bahayanya barang yang saya gunakan. Niat dihati untuk mencantikkan
diri, rupa-rupanya…tanpa disedari saya menzalimi diri saya sendiri,” kata Rohayah
dengan nada sedih bercampur geram. “Mungkin benar produk kecantikan yang puan
gunakan berasaskan herba, tetapi apa gunanya? Kimia beracun yang digunakan sebagai
bahan pengawet, pewangi, pewarna dan penyatu apabila bercampur dengan ekstrak herba
tetap menjadikan sesuatu produk kecantikan itu beracun! Dan kalau digunakan pada
kadar sedikit sekalipun, bukankah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kesan jangkamasa
panjang apabila terus digunakan sudah tentu membawa kecelakaan. Sekarang ini pun
kulit muka dahlah nipis dan radang serta puan sendiri mengadu bermacam gangguan
kesihatan”. Bergenang air mata Rohayah mendengar penerangan Dr. Salina. “Dahlah
jangan menangis, Insya Allah masih belum terlambat lagi,” pujuk Dr. Salina.
“Betulkah umur Dr. dalam lingkungan 50an?” tanya Rohayah. “Dah pun masuk
56 tahun,” jawab Dr. Salina sambil tersenyum. “Tapi cantik betul kulit Dr., putih gebu
dan tiada kedutan langsung! Apa rahsia Dr?” tanya Rohayah lagi. “Saya gunakan Zai’s
Beauty Formula ciptaan Dr. Tunku Zaidar dah hampir 20 tahun,” jawab Dr. Salina.
“Lamanya Dr. pakai produk tu, tak jemukah?” tanya Rohayah kehairanan. “Saya kenal
penciptanya dan amat percaya terhadap keselamatan produk Zai’s Beauty Formula.
Produk ini melalui proses penapaian, tiada langsung kimia pengawet, pewarna, pewangi
dan penyatu. Buat apa nak bertukar kerana produk ini cukup berkesan dan amat selamat
untuk kulit dan kesihatan dalam jangka masa panjang,” kata Dr. Salina.
“Betul juga kata Dr., padanlah walaupun pelbagai produk saya cuba, kulit saya
bertambah teruk, bertambah radang dan semakin gelap bertampuk-tampuk. Rupa-
rupanya, kimia beracun dalam produk-produk ini. Hmm… memang bijak cara Dr.
berfikir. Bayangkan berapa banyak duit saya habiskan kerana dah bertahun saya cuba
merawat kulit saya yang bertambah rosak. Yalah Dr., memandangkan dengan kenaikan
harga minyak dan semestinya kos sara hidup bertambah, kita harus lebih berhemah dalam
perbelanjaan kita. Dari mencuba pelbagai produk dan apabila kulit muka dah rosak lagi,
banyak duit diperlukan untuk merawatnya kembali, lebih baik kita setia kepada satu
produk yang terbukti berkesan serta selamat. Hmm.. kalau terkena penyakit merbahaya
akibat bahan beracun dalam kosmetik, lagi susah kalau hilang keupayaan bekerja,” kata
Rohayah merenung jauh. “Eh, eh, apa ni Dr?” Rohayah terperanjat apabila sebuah beg
kecil berlogo Zai’s Beauty Formula diberikan kepadanya oleh Dr. Salina.
Sambil tersenyum Dr. Salina berkata, “Semasa puan asyik bercakap seorang diri
tadi, teringat saya yang saya terlupa bawa balik produk yang saya beli kelmarin. Rezeki
puan, cubalah pemberian ikhlas dari saya”. “Terima kasih banyak Dr., mahalkah produk
ini?” tanya Rohayah yang begitu terharu dengan kebaikan Dr. Salina. “Apabila puan ke
Zai’s Beauty Formula, beritahu saja dengan terus terang budget puan, nanti mereka akan
syorkan produk yang terbaik mengikut kesesuaian serta kemampuan puan”.
“Dalam seminggu dua ni, isteri abang ni asyik tersenyum je, ada apa-apa ke?”
tegur Kamal pada Rohayah. “Yah begitu berpuas hati dengan Zai’s Beauty Formula.
Tengoklah bang kulit muka Yah dah semakin halus dan cerah. Sudah tak merah radang
macam udang kena bakar...,” Rohayah berkata dengan puas. “Alhamdulillah, Yah pun dah

2
tak selalu kepala angin dan marah-marah, kerana kesihatan tak terganggu, itu yang paling
penting,” sampuk Kamal. Rohayah menjeling manja pada suami tercinta…

Rujukan:
http://www.ewg.org/reports/skindeep
http://www.cancer.gov/cancertopics/factsheet/risk/formaldehyde
http://toxtown.nlm.nih.gov/text_version/chemicals.php?id=14
http://www.islamonline.net/english/Science/2002/05/article14.shtml
http://www.preventcancer.com/consumers/cosmetics/cosmetics_personal_care.htm

Gambar: Pesakit yang mengalami kanser sistem pernafasan (Naso Pharyngeal Carcinoma)

Dapatkan juga promosi Zai’s Beauty Formula di: -


Majalah MASTIKA isu bulan September, Oktober & November 2008
Majalah WANITA isu bulan Ogos, Oktober & Disember 2008
Zai’s Beauty Formula produk kecantikan tanpa kimia beracun. Tanpa pengawet,
pewangi, pewarna dan penyatu. Proses pembuatan mengikut Ilmu Penapaian cara
tradisional Rahsia Warisan DiRaja. Pengilangan & penjualan produk Zai’s Beauty
Formula dilakukan sepenuhnya oleh Zaimal Sdn Bhd (Pemilik Produk Zai’s Beauty
Formula & Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula). Zai’s Beauty Formula
tidak menggunakan khidmat pengilang kontrak (Contract Manufacturer) & tidak
ada pengedar. Mutu & keselamatan produk terjamin.

Dapatkan perawatan “REJUV


ZBF” pada harga promosi
RM55.00 sahaja. Sah sehingga
31 Ogos 2008
(Sila bawa keratan ini)
3
Zaimal Sdn. Bhd. & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor
Tel: 03-7842 2331 / 7843 0532
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:
♥ Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 ♥Tmn Dato Razali Ampang,
Selangor Tel:03-4257 3457 ♥ Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835
♥ Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658 ♥ Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
Selangor Tel:03-8925 8457
Laman Web: http://www.zaimal.com
Alamat e-mail pertanyaan: enquiry@zaimal.com

Anda mungkin juga menyukai