Anda di halaman 1dari 1

Basic amik gambar guna dslr

korang perlu tahu apa itu aperture, shutter speed dan ISO. 3 benda ni paling penting sebab ia saling melengkapi. Aperture secara ringkasnya bermaksud berapa luas iris kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya masuk. Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f2.8 manakala aperture kecil pulak diwakili oleh nombor besar seperti f22.

Shutter speed pula bermaksud berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya bagi merakamkan sesuatu imej. Sebagai contoh kalau nak shoot orang sedang berlari (nak bagi nampak gambar pegun), kita perlu guna shutter speed yang tinggi seperti 1/2000 atau 1/4000. Kalau nak cepat faham konsep shutter speed ni korang cuba shoot kereta yang sedang bergeral atau kawan korang yang sedang berjalan. ISO membantu aperture dan shutter speed untuk mendapatkan gambar menarik. Ia bermaksud berapa sensitif@sensitiviti kamera terhadap cahaya. Penggunaan ISO yang rendah (100, 200, 400) adalah untuk mengurangkan grain (bintik-bintik pada gambar).

Anda mungkin juga menyukai