Anda di halaman 1dari 3

Fakta Menarik 1.

Tahi burung adalah eksport utama Nauru, iaitu sebuah negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik. 2. Cuba adalah satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api. 3. Perkataan Canada dalam bahasa India bermaksud Kampung Besar manakala perkataan I am adalah ayat yang paling pendek dalam bahasa Inggeris. Sementara itu perkataan samba pula bermaksud menggosok pusat bersama-sama. 4. Ukuran sari untuk pakaian harian dan ketika menghadiri majlis-majlis tidak rasmi adalah sepanjang 2 meter manakala untuk majlis rasmi 3 meter. Apabila hadir ke sesuatu majlis, wanita India akan menentukan sari mana yang sesuai dipakai. 5. Pada 25 Februari 1885, Medical and Physical Journal di London telah melaporkan satu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yang pada mulanya sihat walafiat, tiba-tiba mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas tiga bulan berpeluh tanpa henti! 6. 25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol: Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelaki terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa lahir. Bagaimanapun, bapa saudara bayi tersebut yang juga seorang doktor tidak begitu meyakininya. Lantas doktor berkenaan telah memberikan bantuan pernafasan hingga bayi tadi bernafas semula. Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberikan nama, Pablo Picasso, yang apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia. 7. Tapat sulaiman tidak mempunyai otak. 8. Pada Mac 1846, Muzium British telah menerima hadiah berupa koleksi siput dari Greek & Mesir. Daripada sekian banyak siput itu, terdapat dua ekor siput Mesir yang telah digam pada sebuah plak dan diletakkan di dalam kebinet pameran. Kejadian aneh berlaku empat tahun kemudian iaitu pada Mac 1850 apabila kelihatan sesuatu yang licin dan berkilat di sekeliling mulut salah seekor daripada siput berkenaan. Spesimen itu diambil dan dimasukkan kedalam sebekas air. Mengejutkan, selepas 10 minit direndam, spesimen itu bergerak-gerak, kemudian mengelilingi bekas air tersebut. Rupa-rupanya ia adalah seekor siput kecil! Siput itu terus membesar dan lima bulan kemudian majalah Annals and Magazine of Natural History melaporkan siput itu makan apa saja sayuran yang diberikan kepadanya terutama daun kubis dan salad.

9. Sebelum masuk ke dalam sistem solar kita, planet Venus asalnya adalah sebuah komet. 10. Di Florida, Amerika, terdapat syarikat insurans yang menawarkan perlindungan daripada diculik makhluk asing. 11. Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat hingga boleh mematahkan tulang-temulang kita, tetapi otot yang bertindak membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah hingga kita boleh memegang mulut reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan. 12. Fakta ini untuk pembaca yang suka mewarnakan rambut: Suatu ketika dahulu, masyarakat Rom & Mesir kuno menggunakan campuran minyak panas dan sisa berudu hancur untuk membuat pewarna rambut! 13. Kira-kira 60 juta tahun lalu, nenek moyang kuda yang ada sekarang hanyalah setinggi satu kaki sahaja 14. Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur 15. 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras 18. haiwan anaconda tidak bertelur tetapi beranak dan hanya seekor anaknya.. 19. otak burung unta lebih kecik dari matanya. 20. Komik atau kartun Donald Duck diharamkan di Finland kerana ia tidak memakai seluar. 21. Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun dan 8 bulan, anda menghasilkan cukup gas untuk mewujudkan tenaga untuk bom atom 22. Jika anda menjerit selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, anda akan menghasilkan cukup tenaga untuk memanaskan secawan kopi. 23. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby

24. Tahukah Anda Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja 25. Tahukah Anda untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta 26. Tahukah Anda mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata 27. Tahukah Anda mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkaan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan 28. Tahukah Anda jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321 29. Tahukah Anda kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses 30. Tahukah Anda dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil 31. Tahukah Anda otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

Anda mungkin juga menyukai