Anda di halaman 1dari 19

TEKS PENGACARA KEM RABBANI

TIME/CUE

TEXT

MISC

General announcement

*Mohon perhatian Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar berada dalam keadaan senyap dan teratur semasa berada di dalam dewan ini.

*Apabila diumumkan ketibaan Yang diraikan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dewan, hadirin diminta untuk berdiri dan kemudian menyanyikan lagu Negaraku *kerjasama para hadirin amat dihargai.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan .. diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke dewan. Semua hadirin diminta berdiri

Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis sempena persaraan .,

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita kumandangkan suara untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu bangsa johor dengan iringan muzik. Dipersilakan hadirin untuk berdiri.

Majlis merakamkan ribuan terima atas nyanyian itu tadi.

BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.TSalam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat, Salutasi Yang Berbahagia, .

Yang Berbahagia,

Yang Berbahagia, .

Yang Berbahagia, .

Yang Dikasihi dan Diraikan .

Yang Berusaha,

Yang Berusaha,

Yang Dihormati, Dif-dif jemputan,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Barisan guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke : Majlis .. sempena persaraan _______________________________________________________ Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Bacaan doa Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz ... atas bacaan doa itu tadi.

Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Wakil Pelajar. Untuk itu, dipersilakan . untuk menyampaikan ucapan. Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kepada Ketua Pelajar SMK Tun Sardon atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati . Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih . atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadhirin Yang dihormati Sekalian

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Persembahan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan .. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan ... Mudah-

mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu persembahan daripada .. sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita khusunya untuk yang diraikan. Sama-sama kita saksikan persembahan

Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan . Sekalung penghargaan diucapkan.

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Ucapan diraikan yang Diraikan .. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan tuan untuk memberikan ucapan.

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan .. atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Penyampai cenderamata Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan (pentadbir) untuk mengiringi Yang Diraikan . bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata

Seterusnya,

Dipersilakan

Dipersilakan .

Dipersilakan .

Dipersilakan .

Dipersilakan

Dipersilakan .

Dipersilakan .

Dipersilakan .

Dan yang terakhir Majlis mempersilakan (pelajar) .

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan . Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan . Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Penutup

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan .. kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis . ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Dipersilakan .. untuk bersalaman dengan para tetamu.

Anda mungkin juga menyukai