Anda di halaman 1dari 5

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU BMM 3104

NORMI SHUHADHA BINTI MIDON

TARIKH HANTAR 22/06/2012 PENSYARAH PUAN ZAIDAH MARJAN

Definisi

Kemahiran mendengar : Menurut Siti Hajar


Abdul Aziz, mendengar merupakan kemahiran yang berlaku secara semula jadi dan memerlukan latihan dan perlu dipupuk supaya kanak-kanak menjadi pendengar yang baik. Kemahiran ini juga menjadikan kita memberi perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur.

Kemahiran bertutur :

Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan kemahiran bertutur sebagai kemahiran yang berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang melibatkan penguasaan bahasayang berlaku secara beransur-ansur, dan berfungsi sebagai cara menyatakan pendapat atau pandangan kepada individu lain.

Konsep
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kemahiran mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga yang berupaya menyerap KEMAHIRAN makna ayat dan ujaran seterusnya akan diproses MENDENGAR oleh otak.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa.

Rumusan

Kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang saling berkaitan kerana melalui kemahiran mendengar kita akan mengaplikasikan kemahiran bertutur. Kedua-dua kemahiran ini juga merupakan kemahiran yang akan diaplikasikan bersama individu lain.

Contoh

Kemahiran mendengar : murid mendengar syarahan atau ceramah. Kemahiran bertutur : murid melaporkan atau menceritakan tentang sesuatu perkara yang didengar atau dilihatnya.

Anda mungkin juga menyukai