Anda di halaman 1dari 40

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR 1 Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.

B1 DL1 Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah B1 DL1 E1 Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian 1. Guru berbual dengan murid tentang aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah mereka. 2. Murid-murid memberikan respons kepada isi perbualan. 3. Guru memilih dua orang murid untuk berbual tentang Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum. Contoh Perbualan : Guru : Murid : Guru : Murid : Apakah kelab dan persatuan yang anda sertai di sekolah? Saya menyertai Kelab Komputer dan Persatuan Bahasa Melayu. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu? Aktiviti yang dijalankan seperti permainan bahasa, kuiz, pertandingan pidato dan sebagainya.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 1 Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B1 DB1 Membaca ayat daripada sesuatu sumber B1 DB1 E1 Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan 1. Guru mengedarkan petikan yang mengandungi beberapa ayat kepada murid-murid. 2. Guru meminta beberapa orang murid membaca ayat-ayat tersebut. 3. Guru membimbing murid-murid yang kurang lancar bacaannya. 4. Ketika murid membaca, guru mengisi Borang Inventori Bacaan. Contoh Bahan Bacaan :

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Pada era ini, kemampuan seseorang untuk menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan yang cukup istimewa. Selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, ada sesetengah pelajar berpeluang untuk mempelajari bahasa lain seperti bahasa Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun dan bahasa Arab. Malangnya, ada sesetengah pelajar yang tidak mengambil berat tentang kepentingan bahasa kerana sikap tidak cinta akan ilmu. Mereka juga lebih cenderung mencintai bahasa ibunda masing-masing selain mempunyai peluang yang terhad untuk mempelajari pelbagai bahasa.
2

BIL 1 2 3 4 5 6

Soalan Adakah murid itu menyebut perkataan dengan betul? Adakah murid itu menggantikan perkataan dengan perkataannya sendiri? Adakah murid itu enggan menyebut sesuatu perkataan? Adakah murid itu meninggalkan manamana perkataan? Adakah murid itu perkataan atau frasa? mengulang-ulang

/ X

Adakah murid (lemah/kurang lancar) dapat membaca dengan lancar setelah diberikan bimbingan oleh guru?

Contoh Kad Inventori Bacaan :

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 1 Mengetahui perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B1 DT1 Menulis ayat mudah. B1 DT1 E1 Menulis ayat mudah dengan bimbingan (FN + FN, FN + FK, FN + FA , FN + FS) 1. Guru menunjukkan contoh-contoh ayat mudah bagi keempatempat pola ayat (FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS) 2. Guru meminta murid menulis ayat mudah dengan melengkapkan tugasan yang disediakan. Arahan: Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan menggunakan pola ayat dasar yang berkaitan.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

FN

FN

1. Encik Ahmad ____________________________________.

FN

FK

2. Budak-budak itu ____________________________________.

FN

FA

3. Rumah itu ____________________________________.

FN

FS

4. ________ + ke sekolah.

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR 2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis. B2 DL1 Mendengar dan memahami sesuatu perkara. B2 DL1 E2 Menceritakan perkara yang didengar 1. Guru memperdengarkan rakaman berita. 2. Guru meminta murid menceritakan perkara yang didengar oleh mereka. 3. Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi membantu pelajar untuk menjawab secara lisan. Contoh Rakaman Berita : JOHOR : Sebanyak 39,304 penduduk negeri ini terpaksa dipindahkan ke 241 pusat pemindahan sementara apabila kediaman mereka dilanda banjir hari ini. Hujan lebat berterusan sehingga tahap amaran merah oleh Jabatan Meteorologi menyebabkan paras air di kebanyakan sungai di negeri ini telah mencecah paras bahaya termasuk Sungai Segamat, Sungai Muar, Sungai Bekok dan Sungai Mengkibol. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bencana banjir kini berada pada tahap serius, namun pihaknya telah menggerakkan setiap jentera kerajaan untuk membantu penduduk yang terlibat. "Kita melibatkan setiap pihak termasuk tentera, polis, bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memindahkan penduduk yang terperangkap dalam banjir ke tempat yang lebih selamat. 6

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Contoh Soalan Lisan : 1. Berapakah jumlah pusat pemindahan sementara yang dibuka untuk mangsa banjir? 2. Apakah punca yang menyebabkan kejadian banjir tersebut? 3. Nyatakan pihak yang terlibat dalam usaha untuk membantu mangsa banjir. 4. Pada pendapat anda, selain hujan lebat, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kejadian banjir?

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B2 DB1 Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks B2 DB1 E1 Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan 1. Guru mengedarkan petikan dan meminta murid-murid membaca petikan tersebut. 2. Beberapa orang murid diminta untuk memberikan maksud perkataan / frasa yang telah digariskan. Contoh Petikan : JOHOR : Sebanyak 39,304 penduduk negeri ini terpaksa dipindahkan ke 241 pusat pemindahan sementara apabila kediaman mereka dilanda banjir hari ini. Hujan lebat berterusan sehingga tahap amaran merah oleh Jabatan Meteorologi menyebabkan paras air di kebanyakan sungai di negeri ini telah mencecah paras bahaya termasuk Sungai Segamat, Sungai Muar, Sungai Bekok dan Sungai Mengkibol. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bencana banjir kini berada pada tahap serius, namun pihaknya telah menggerakkan setiap jentera kerajaan untuk membantu penduduk yang terlibat. "Kita melibatkan setiap pihak termasuk tentera, polis, bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk membantu memindahkan penduduk yang terperangkap dalam banjir ke tempat lebih selamat. 8

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B2 DT1 Menulis jawapan pemahaman B2 DT1 E1 Menjawab soalan pemahaman secara bertulis dengan menggunakan ayat yang gramatis Guru mengedarkan petikan dan meminta murid-murid petikan tersebut untuk mengenal pasti isi-isi penting. Murid-murid menulis isi-isi yang telah dikenal pasti. Contoh Petikan : membaca

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Pada era ini, kemampuan seseorang untuk menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan yang cukup istimewa. Selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, ada sesetengah pelajar berpeluang untuk mempelajari bahasa lain seperti bahasa Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun dan bahasa Arab. Malangnya, ada sesetengah pelajar yang tidak mengambil berat tentang kepentingan bahasa kerana sikap tidak cinta akan ilmu. Pada hari ini, persaingan hebat berlaku dalam dunia pekerjaan. Penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi memang diutamakan oleh sesetengah majikan. Kemahiran menguasai pelbagai bahasa menyebabkan seseorang dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan. Hal ini demikian kerana pihak majikan tertarik kepada bakal pekerja yang berpengetahuan luas selain mahir bertutur pelbagai bahasa. Namun begitu, bakal pekerja ini taksub kepada bahasa ibunda masing-masing. Mereka 9

juga mempunyai peluang yang terhad untuk mempelajari bahasa asing. Walau bagaimanapun, kita perlu menguasai bahasa asing agar dapat mendalami pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi terkini.

Contoh Soalan Pemahaman: 1. Nyatakan beberapa bahasa di dunia yang boleh dipelajari oleh pelajar. 2. Mengapakah pelajar tidak mengambil berat tentang kepentingan mempelajari bahasa? 3. Apakah faedah-faedah mempelajari pelbagai bahasa?

10

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR 3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B3 DL1 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara B3 DL1 E1 Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat 1. Guru meminta murid-murid untuk meneliti gambar yang disediakan. 2. Murid-murid bersoal jawab antara mereka berkaitan dengan gambar tersebut. Contoh Gambar :

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

11

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B3 DB1 Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting B3 DB1 E1 Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca 1. Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut. 2. Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan. 3. Murid-murid membaca isi-isi penting. Contoh Petikan : Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak murid yang gemar mengulang kaji pelajaran ketika peperiksaan hampir menjelang. Murid-murid ini termasuklah mereka yang akan menduduki peperiksaan penting seperti Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Mereka hanya mengulang kaji pelajaran apabila tinggal beberapa minggu lagi untuk menghadapi peperiksaan. Sikap suka bertangguh dan asyik berseronok menyebabkan mereka mengulang kaji pelajaran pada saat akhir. Murid-murid yang mengamalkan tabiat ini memahami sesuatu topik tanpa mampu menghuraikannya. Malah topik yang dibaca terhad dan amat berbahaya jika topik tersebut tidak diajukan dalam peperiksaan. Sekiranya murid-murid mengulang kaji pelajaran dari awal tahun, pasti mereka dapat menjawab semua topik yang dikemukakan dengan cepat dan tepat.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

12

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B3 DB1 Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting. B3 DB1 E2 Menyusun isi penting. 1. Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut. 2. Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan. 3. Murid-murid menyusun isi . Contoh Petikan : Terdapat banyak pertubuhan sukarelawan belia di negara kita. Antaranya ialah Persatuan Belia 4B. Biasanya, para belia menjadi ahli pertubuhan ini untuk tujuan tertentu. Ada antara mereka yang bergiat dalam pertubuhan sukarelawan belia hanya sebagai aktiviti kebajikan untuk masyarakat. Mereka berasa puas apabila berjaya membantu orang lain. Terdapat juga belia yang bergiat dalam pertubuhan ini untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan. Mereka mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti pertubuhan yang disertai. Sebagai contoh, dengan mengikuti program kem jati diri mereka dapat mengenal pasti potensi diri. Ada juga belia yang ingin mendapat kenalan melalui pertubuhan belia. Melalui pertubuhan ini , mereka dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat yang sebaya, mempunyai cita-cita dan aspirasi yang sama. Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat. Melalui pertubuhan ini, belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea 13

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

dan tenaga bagi membantu masyarakatnya. Langkah ini dapat memupuk nilai murni dalam kalangan belia. Nilai murni tersebut termasuklah toleransi, kerjasama, rajin, perpaduan dan patriotisme.

14

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan B3 DT1 E1 Menggunakan kata dan frasa dalam perenggan. 1. Murid membaca petikan. 2. Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan kata dan frasa yang sesuai. Contoh Perenggan : Hari ini ialah hari pertamaku mengharungi alam sekolah menengah. Mula-mula aku berasa janggal. Namun aku tetap berbangga. Sesekali aku teringat juga akan sekolah rendah yang telah kutinggalkan. Maklumlah, kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain, apatah lagi tempat menimba ilmu daripada guru yang dihormati. Berdebar-debar hatiku apabila Cikgu Rahimah menyuruh aku memperkenalkan diri di hadapan kelas. Tidak kusangka, ruparupanya beliau hendak melantik aku sebagai ketua tingkatan. Aku menerima tugas ini dengan tangan terbuka . Sebenarnya, tidaklah terlalu sukar untuk aku memikul beban yang dipertanggungjawabkan itu kerana aku pernah menjadi ketua darjah di sekolah rendah dahulu.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

15

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan B3 DT1 E2 Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan 1. Guru mengedarkan petikan. 2. Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. Contoh Perenggan :

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Kecuaian pemandu dikenal pasti menjadi punca utama kemalangan jalan raya di negara kita. ________________ kerana kebanyakan pemandu di negara kita tidak mengambil berat peraturan di jalan raya. ________________ dijalankan, berbagai-bagai sikap usaha telah ________________ kebanyakan

pemandu masih tidak banyak berubah.

16

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR 4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B4 DL1 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi B4 DL1 E1 Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan Bahan Berbual berdasarkan stimulus (petikan tentang Internet) Langkah Pentaksiran Guru mengemukakan satu isu untuk dibincangkan. Guru meminta pandangan murid tentang isu tersebut (contohnya: kebaikan dan keburukan Internet) Murid berbincang dalam kumpulan tentang isu tersebut. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan dan kumpulan lain diminta memberikan respons.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

ITEM CONTOH

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif barisan hakim, yang dihormati barisan pencadang, barisan pembangkang dan hadirin yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Internet Lebih Banyak Memberikan Kebaikan daripada Keburukan. Internet bermakna sistem perhubungan untuk mendapatkan maklumat yang tiada batas. Frasa lebih banyak memberikan kebaikan daripada keburukan bermakna banyak faedah dan manfaat yang diperoleh berbanding kerosakan atau kesan negatif. Ringkasnya, Internet memberikan kebaikan dan keburukan tetapi kebaikan daripada Internet melebihi keburukan. Hujah saya yang pertama ialah Internet membantu kita 17

mendapatkan maklumat dengan mudah. Katakan kita mahu mencari maklumat tentang sejarah hidup Bapa Kemerdekaan kita, Allahyarham Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj , sudah memadai kita mengklik alamat laman web tertentu. Jika perlu, maklumat itu boleh dicetak untuk dijadikan rujukan dalam mata pelajaran sejarah. Hujah saya yang kedua ialah Internet menjimatkan masa. Sekiranya kita hendak mendapatkan sesuatu maklumat, kita tidak perlu ke perpustakaan atau mencari buku untuk mendapatkan maklumat. Sebaliknya dengan Internet, dalam masa beberapa saat sahaja kita boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Adakah pembangkang mahu menafikan perkara ini? Hujah saya yang ketiga ialah Internet menyeronokkan. Dengan Internet, kita boleh melayari laman web yang pelbagai untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar muzik atau menikmati paparan grafik. Hal ini sudah tentu menyeronokkan. Berdasarkan hujah di atas, jelaslah bahawa Internet banyak memberikan faedah kepada kita. Sebelum saya mengundurkan diri, saya tetap menegaskan bahawa Internet lebih banyak memberikan kebaikan. Sekian, terima kasih.

Contoh Kad Inventori Perbincangan : BIL 1 2 3 4 Soalan Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan? Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat secara logik? Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah? Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain). / X

18

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B4 DB1 Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan B4 DB1 E1 Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan Bahan Petikan cerpen daripada Antologi Kasut Kelopak Jantung Langkah Pentaksiran Murid merujuk muka surat petikan cerpen Kasut Kelopak Jantung. Murid membaca petikan yang dirujuk mengikut masa yang ditetapkan. Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid menulis jawapan secara spontan mengikut masa yang ditetapkan.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

1. Pada pendapat anda, mengapakah Cikgu Harun menerima bungkusan berisi kasut pada setiap tahun? 2. Pada pendapat anda, mengapakah Ahmad hanya berdiam diri apabila sering dimarahi oleh Cikgu Harun? (Rujuk cerpen Kasut Kelopak Jantung m.s.77)

19

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B4 DT1 Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk B4 DT1 E1 Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk Bahan

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Contoh kerangka karangan

Langkah Pentaksiran Berdasarkan tugasan yang diberikan, murid menyenaraikan isi-isi karangan dalam bentuk kerangka berdasarkan contoh-contoh kerangka yang disediakan. Murid menulis karangan berdasarkan kerangka yang disediakan tersebut. CONTOH ITEM Contoh: Kaedah Penulisan Karangan Karangan perlu mengandungi tiga perkara iaitu:
PENDAHULUAN ISI KESIMPULAN

Penulisan Perenggan Isi Isi karangan perlu ditulis dengan terancang, dihuraikan dan perlu menggunakan pelbagai kosa kata. Isi yang baik perlu disokong dengan bukti dan ada kesimpulan. Sebaik-baiknya satu isi dihuraikan dalam satu perenggan. Yang berikut contoh penulisan huraian isi karangan yang baik: 20

Kaedah penulisan perenggan isi menggunakan 4 Ayat (5W1H): Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 : : : : Idea utama Huraian isi/ ayat sokongan Contoh berkaitan dengan isi / pendapat tokohtokoh yang berkaitan / peribahasa yang sesuai boleh dimasukkan Kesimpulan kecil bagi isi yang dibincangkan

Buat Kerangka Karangan Berdasarkan Tajuk: Faedah Mengikuti Program Kecemerlangan PMR

21

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B4 DT1 Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk B4 DT1 E2 Menulis idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul Bahan Contoh perenggan karangan yang lengkap Langkah Pentaksiran Murid membaca tugasan. Murid merangka karangan (menulis idea utama / ayat topik). Murid menghuraikan isi-isi yang terdapat dalam kerangka (idea utama / ayat topik) karangaan bagi membentuk idea sokongan atau ayat huraian dan ayat contoh.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam, telah menubuhkan kelab komputer. Kelab ini telah ditubuhkan sejak tujuh tahun yang lalu. Penubuhan kelab ini merupakan hasil usaha pengetua dan beberapa orang guru sekolah tersebut. Mereka telah mendapat tajaan daripada sebuah syarikat komputer yang ternama di ibu kota untuk membeli komputer. Idea utama / ayat topik: Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam telah menubuhkan kelab komputer. Idea sokongan / ayat huraian: Kelab ini telah ditubuhkan sejak tujuh tahun yang lalu. Penubuhan kelab ini merupakan hasil usaha pengetua dan beberapa orang guru sekolah tersebut.

22

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR BERTUTUR 5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B5 DL1 Menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara B5 DL1 E1 Mengemukakan bertatasusila

EVIDENS

pendapat

tentang

sesuatu

perkara

secara

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Membahaskan sesuatu tajuk ( contoh: Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar). Langkah Pentaksiran Guru bertanyakan latar tempat tinggal murid secara spontan. Guru mengemukakan tajuk Tinggal di Kampung Lebih Baik daripada Tinggal di Bandar sambil menayangkan slaid gambaran kehidupan di kampung dan di bandar. Guru meminta murid untuk menyatakan pendirian masingmasing berkaitan tajuk. Murid secara bergilir-gilir mengemukakan pendirian masingmasing berdasarkan tajuk.

CONTOH ITEM

Tinggal di Bandar Lebih Baik daripada Tinggal di Kampung

23

Kawasan Bandar Contoh Kad Inventori Perbincangan : BIL 1 2 3 4 Soalan

Kawasan Kampung

/ X

Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan? Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat secara logik? Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah? Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan lain-lain). Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

24

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

B5 DB1 Membaca dan mengolah maklumat B5 DB1 E1 Membaca secara ekstensif untuk mendapatkan maklumat
(Konsep bacaan ekstensif : Perlu ada lebih daripada satu bahan. Bahan pertama ialah petikan asal. Bahan kedua dan seterusnya dianggap bacaan luas iaitu untuk menambahkan isi bagi bahan bacaaan yang pertama.)

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan Petikan akhbar dan / atau buku teks Langkah Pentaksiran Murid membaca petikan dan menyenaraikan isi penting dalam bentuk kerangka isi. Murid membuat bacaan ekstensif atau membuat rujukan daripada akhbar, majalah atau buku teks m.s. 83-84. Murid menyenaraikan isi penting daripada bacaan ekstensif dan menambah maklumat baru daripada bacaan ke dalam kerangka isi.

CONTOH ITEM

Majalah Hiburan dan Kesannya Kini di pasaran berlaku lambakan majalah hiburan yang seolaholah tidak terkawal. Hal ini terjadi kerana kebanyakan penerbit majalah hiburan mengeksploitasi fitrah remaja yang gemar akan hiburan. Dengan cara demikian mereka mampu mengaut keuntungan. Majalah ini pula diterbitkan setiap dua minggu ataupun pada setiap bulan. Namun demikian, penerbitan majalah yang tidak terkawal akan menimbulkan pelbagai kesan kepada remaja itu sendiri. 25

Kebanyakan majalah hiburan mengandungi unsur-unsur negatif. Hal ini demikian untuk menarik minat remaja mengetahui kesudahan kepada gosip yang ditulis. Pada masa yang sama, terdapat majalah hiburan yang memaparkan unsur tahyul dan kepercayaan karut. Umpamanya cerita-cerita mistik yang mampu menarik minat remaja mengikuti perkembangannya. Perkara seumpama ini sudah pasti menjejaskan emosi dan pegangan remaja yang sepatutnya didedahkan dengan unsur realiti bagi membentuk jiwa dan keperibadian mereka. Terdapat juga majalah hiburan yang memaparkan gambar-gambar artis. Namun begitu, gambar-gambar ini memaparkan artis yang berpakaian mencolok mata. Kebanyakan remaja pula yang menjadikan artis berkenaan sebagai idola mereka akan terpengaruh untuk mengikut cara berpakaian artis kegemaran mereka itu. Keadaan seumpama ini mencetuskan krisis moral dalam kalangan remaja. Pada masa yang sama, perkara ini mudah untuk mengundang jenayah seksual. Sedikit sebanyak, majalah hiburan telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah seksual tanpa disedari. (Sumber daripada petikan akhbar)

26

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

B5 DB1 Membaca dan mengolah maklumat B5 DB1 E2 Menghuraikan maklumat daripada bahan yang dibaca secara logik untuk membuat inferens Bahan Buku teks . Langkah Pentaksiran Murid membaca petikan daripada buku teks. Murid membuat kesimpulan berdasarkan bahan yang dibaca. Arahan: Baca petikan yang diberikan, kemudian buat kesimpulan berdasarkan idea yang terdapat dalam petikan. Mutiara ialah sejenis permata yang berharga. Berbeza daripada permata yang lain, mutiara bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi. Mutiara terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram. Apabila bahan asing seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam cangkerang tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai lapisan nipis yang dinamakan nakre. Proses ini berlaku selama beberapa tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara. Mutiara berkilat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang tiram. Ada tiram yang menghasilkan mutiara yang indah 27

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

warnanya seperti hitam, oren, merah jambu, krim, atau putih. Mutiara jenis ini mahal harganya. Mutiara hitam adalah jenis mutiara yang tinggi nilainya. Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop , akan kelihatan lapisan bulatan seolah-olah lapisan pada bawang yang dibelah dua. Selain warna , bentuk mutiara juga penting dalam menentukan kualiti mutiara. Mutiara yang bulat sama saiznya cantik dibuat kalung. Mutiara yang tidak tentu bentuknya kurang bernilai kerana sukar untuk dijadikan barang kemas. Mutiara asli sukar didapati. Oleh itu, mutiara diternak dengan memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiramtiram terpilih dengan cara saintifik . Tiram-tiram itu kemudiannya dilepaskan ke dalam sangkar khas di dalam laut selama tiga hingga lima tahun. Selepas itu , mutiara tersebut dikeluarkan dari tiram dan digredkan mengikut kualitinya sebelum dibentuk menjadi barang perhiasan tertentu.

28

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 5 Memproses dan menyampaikan maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis B5 DT1 Mengolah maklumat secara bertulis B5 DT1 E1 Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis Bahan Bahan rangsangan Langkah Pentaksiran Murid meneliti dan memahami bahan rangsangan yang disediakan. Murid menulis karangan lengkap berdasarkan bahan rangsangan dalam tempoh masa yang ditentukan.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

KEADAAN CUACA YANG BURUK

SIKAP PEMANDU YANG CUAI

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA

KEADAAN JALAN RAYA YANG ROSAK

29

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR - BERTUTUR 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DL1 Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional B6 DL1 E1 Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain Bahan Kad Tugasan Simulasi Langkah Pentaksiran Seorang murid menunjuk cara aktiviti yang akan dijalankan. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kad tugasan simulasi diedarkan kepada setiap kumpulan. Murid berbincang dan berlatih dalam kumpulan. Murid secara berkumpulan bergilir-gilir melakonkan aktiviti simulasi tersebut di hadapan kelas.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Kad Tugasan Simulasi LAKONKAN SATU SITUASI PERUNDINGAN ANTARA GURU DENGAN MURID TENTANG PERMINTAAN MURID UNTUK MENGADAKAN PROGRAM JUALAN AMAL BERSEMPENA DENGAN HARI KANTIN SEKOLAH.

30

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENDENGAR - BERTUTUR 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DL1 Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional B6 DL1 E2 Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan Bahan Bahan rangsangan / gambar / tayangan video / bahan sastera Langkah Pentaksiran Murid menonton tayangan video/membaca bahan rangsangan. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menilai pendapat atau isu yang diketengahkan. Wakil murid daripada setiap kumpulan mengemukakan hasil perbincangan. Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

31

32

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DB1 Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan B6 DB1 E1 Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan Bahan Puisi Langkah Pentaksiran Murid membaca sajak yang terdapat dalam antologi Kasut Kelopak Jantung. Murid menjawab soalan guru tentang maksud sajak. Berdasarkan maksud sajak, guru meminta murid membuat ramalan tentang kehidupan masyarakat di Malaysia sekiranya tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Petikan sajak Lebah dan Madu


Di pohon sana dedahan pohon tualang lihatlah lebah-lebah sedang membuat sarang serangga yang cergas sentiasa hidup sepakat sikap yang terpuji. Ada ratu ada pekerja berkumpul dan bekerjasama

33

madu manisnya penawar penyakit manusia. Lebah-lebah ada dahan pohon tualang kau membuat aku sedar harus selalu berusaha dan meninggalkan jasa seperti madumu yang istimewa. (Siti Zaleha M Hashim: Antologi Kasut Kelopak Jantung)

34

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DB1 Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan B6 DB1 E2 Menilai dan memberikan pendapat daripada bahan yang dibaca Bahan

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Petikan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang sama Langkah Pentaksiran Murid mencari dan menyediakan petikan daripada manamana sumber. Beberapa orang murid diminta memberikan pendapat dan menilai petikan yang telah dibaca. Murid-murid lain diminta menilai dan memberikan ulasan tentang pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka. Tema: Pelancongan Sarawak yang terletak di Pulau Borneo ialah negeri yang paling besar di Malaysia. Ibu negerinya, Bandar Raya Kuching . Sarawak juga merupakan destinasi pelancongan utama di negara kita. Satu daripada destinasi pelancongan yang menarik di Sarawak ialah Skrang. Skrang menjanjikan sesuatu yang sangat menarik bagi pelancong. Pelancong dapat merasai suasana kehidupan di rumah 35

CONTOH ITEM

panjang, iaitu tempat tinggal sesetengah penduduk di sini. Penghuni rumah panjang terdiri daripada kaum Iban. Mereka mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri dan tarian tradisional yang menarik. Tarian Ngajat ialah tarian yang paling popular dalam kalangan masyarakat Iban. Tarian ini dipersembahkan pada hari perayaan atau pada majlis perkahwinan. Tarian ini kononnya menjadi asas untuk mengajar mereka berperang. Penarinya terdiri daripada lelaki dan perempuan yang memakai pakaian tradisional. Masyarakat Sarawak juga kaya dengan pelbagai juadah. Antara juadah yang unik ialah Tebalau dan Linut. Juadah ini terkenal dalam kalangan masyarakat Melanau. Tebalau menyerupai roti canai, manakala Linut menyerupai pengat. Juadah ini diperbuat daripada tepung sagu rumbia. Tepung sagu juga dijadikan bahan untuk membuat keropok. Selain itu, Sarawak kaya dengan pelbagai jenis kraf tangan yang bermutu. Kraf tangan masyarakat Iban yang terkenal ialah kain pua, manakala masyarakat Melayu pula kain songket. Terendak pula hasil kraf tangan masyarakat Melanau. Masyarakat Penan membuat bakul yang diberi nama ajat. Orang Kenyah pula menghasilkan topi yang dikenali dengan nama saong. Sesungguhnya, Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan budaya. Oleh itu, tidak hairanlah Sarawak menjadi satu destinasi pelancongan yang ulung di negara kita.

36

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DT1 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh B6 DT1 E1 Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah Bahan Puisi contoh Langkah Pentaksiran Murid dibawa keluar dari bilik darjah. Murid diminta menghasilkan sekurang-kurangnya dua rangkap puisi berdasarkan perkara-perkara yang dilihat di persekitaran mereka mengikut masa yang ditetapkan.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Tema berdasarkan persekitaran murid

37

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DT1 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh B6 DT1 E2 Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh Bahan Bahan bacaan daripada pelbagai sumbeR Langkah Pentaksiran Murid diberikan beberapa tema penulisan. Murid membaca bahan yang disediakan dan merangka isi. Murid menghasilkan penulisan berdasarkan kerangka yang disediakan. Murid menghasilkan penulisan yang lengkap dalam masa yang ditetapkan.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Contoh Penulisan Karangan Berdasarkan Kamus Dewan yang terkini, semangat kejiranan didefinisikan sebagai semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Semangat ini amat diperlukan dalam negara yang sedang membangun seperti Malaysia tetapi dalam era yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, semangat kejiranan semakin hari semakin luntur. Masyarakat pada hari ini bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini membimbangkan semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Persoalannya, apakah strategi yang boleh diambil oleh setiap lapisan masyarakat untuk meningkatkan semangat kejiranan di negara kita. 38

Terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat kejiranan. Salah satu cara yang efektif ialah pihak kerajaan boleh menubuhkan pertubuhan sosial seperti Rukun Tetangga di setiap kawasan perumahan dan mewajibkan setiap keluarga menyertainya. Dengan ini, setiap keluarga boleh berinteraksi sesama jiran tetangga. Hal ini dapat dilaksanakan dengan meminta setiap keluarga meronda di kawasan tertentu setiap malam. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim antara jiran dapat dieratkan, di samping kawasan tersebut akan menjadi lebih selamat. Selain itu, pertubuhan sosial juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan, misalnya bergotongroyong. Aktiviti ini sebaik-baiknya diadakan pada cuti umum untuk memastikan lebih ramai ahli keluarga menyertainya. Dengan cara itu, keluarga yang sentiasa sibuk bekerja akan dapat mengenali jiranjirannya semasa aktiviti tersebut berlangsung. Oleh itu, bukan sahaja semangat kejiranan dapat ditingkatkan, malah sesebuah kawasan itu akan sentiasa bersih dan ceria. Seterusnya, pendidikan tentang semangat kejiranan perlulah dijalankan di setiap sekolah terutamanya sejak di bangku sekolah rendah ibarat kata peribahasa, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Hal ini demikian kerana generasi muda yang baru berusia setahun jagung lebih mudah diterapkan dengan nilai-nilai ini . Dalam hal ini, generasi muda akan memahami tentang pentingnya semangat kejiranan kepada masyarakat dan negara . Akhir sekali, peranan ibu bapa juga tidak boleh dipandang ringan. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan individu yang terdekat kepada anak-anak dan banyak menghabiskan masa bersama-sama mereka . Hal ini bersesuaian dengan pepatah anakanak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Oleh hal yang demikian, jelaslah ibu bapa yang merupakan suri teladan kepada anak-anak hendaklah mengambil inisiatif untuk bertegur sapa dengan jiran dan seterusnya dicontohi oleh anak-anak mereka. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk meningkatkan semangat kejiranan demi mewujudkan masyarakat penyayang sebagaimana hasrat slogan 1 Malaysia. Dengan adanya kerjasama masyarakat, segala perbuatan baik jika diiringi dengan usaha pasti akan berjaya kerana usaha itu tangga kejayaan.

39

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MENULIS 6 Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B6 DT2 Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan B6 DT2 E1 Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan Bahan Karangan contoh yang telah dikenal pasti kesalahannya oleh guru. Jenis kesalahan mestilah terdiri daripada aspek sistem bahasa yang telah diajarkan terlebih dahulu kepada pelajar. Langkah Pentaksiran Murid membaca karangan yang disediakan dan mengenal pasti kesalahan yang terdapat di dalam karangan tersebut.

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Contoh Senarai Semak perkara yang disunting: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ejaan (kata ganda dan kata majmuk) Tanda baca (huruf besar dan huruf kecil, tanda soal) Penanda wacana Kosa kata (penggunaan perkataan yang tepat) Pengimbuhan (ke...an, pe...an, dan sebagainya) Frasa (Frasa Nama pemajmukan, hukum DM dan sebagainya)

40

Anda mungkin juga menyukai