Anda di halaman 1dari 1

8.

0 d REFLEKSI Semasa saya menerima tugasan ini, saya berasa teruja kerana kerja kursus ini telah menambahahkan ilmu pengetahuan saya yang dipelajari semasa P&P dalam tugasan ini. Selain itu, tugasan ini juga berhubungkait dengan kerjaya saya sebagai seorang guru kerana saya dapat lebih memahami perkembangan kanak-kanak melalui tugasan ini. Tajuk tugasan kerja kursus pendek ini adalah mencari dua artikel tentang teori perkembaganan kanak-kanak, implikasinya terhadap P&P serta mengumpul maklumat tentang Ujian Konservasi Piaget. Pensyarah kami , Encik Mohd. Fuad telah memberi penerangan tentang tugasan tersebut secara teliti. Kami berkumpulan empat orang bekerjasama menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami berbincang dan mengagihkan tugas masing-masing. Selain itu, kami juga berusaha mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti pusat sumber dan melayari laman web. Tambaha pula, kami juga sering bertukar-tukar hujah dan pandangan semasa melakukan kerja kursus ini agar dapat menghasilkan tugasan yang terbaik dari segi isi dan kandungan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya berupaya menghuraikan implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga mempelajari Ujian Konservasi yang dijalankan oleh Jean Piaget yang dengan tujuan memeriksa konsep pengekalan kanak-kanak peringakt praoperasi. Antara kelima-lima ujian tersebut ialah ujian pengekalan isipadu, jarak, nombor, berat dan jisim. Segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, akan saya mempraktikannya sebaik mungkin. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah merapatkan hubungan saya dengan rakan-rakan. Kami saling menghormati pandangan dan bertoleransi semasa menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga sedar kelemahan saya dalam pengurusan masa dan akan saya berusaha untuk memperbaikinya. Apabila kami menghadapi masalah, pensyarah dan kawankawan juga sudi membantu kami dan dengan ini, saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.
36

Anda mungkin juga menyukai