Anda di halaman 1dari 82

Hikayat Cinta c1

Prolog
T Kata Hikayat :Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan. Pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

INTU dewan gelanggang dibuka seseorang. Satu detapan kaki kedengaran melangkah masuk ke dalam, mencuri perhatian Apy Elina yang baru sahaja ingin mencatat sesuatu pada Hikayat Cinta. Bayangan seorang remaja lelaki kelihatan. Melangkah masuk ke dalam. Tanpa disedari, bibirnya terukir satu senyuman. Perlahan-lahan Apy Elina mengangkat punggung. Hikayat Cinta yang selalu menemaninya itu diletak di tepi. Dengan berhati-hati dia mengatur langkah, turun ke gelanggang bola keranjang untuk berhadapan dengan remaja lelaki yang tinggi lampai dan berbadan

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 1

10/2/2012 10:40:20 AM

Ratu Bulan c 2

tegap seperti seorang atlet itu. Adam Alexander, sudah lama aku tunggu-tunggu saat ini. Kau mungkin tak kenal aku tapi aku kenal kau dan aku masih ingat lagi kejadian di gelanggang bola keranjang tempoh hari. Benarlah kata pepatah Melayu, kalau ada jodoh takkan ke mana. Ah, kita memang dijodohkan untuk saling balas dendam, detik hatinya. Pandangan mata Apy Elina masih lagi tidak terlepas daripada memandang tepat wajah anak kacukan Melayu-Cina di hadapannya itu. Walaupun hakikatnya jantungnya berdebar-debar apabila berhadapan dengan orang yang kental seperti Adam Alexander, tetapi sebenarnya dia gembira kerana dapat berhadapan dengan manusia yang pernah mencari pasal dengannya itu. Show me what you got, kata Alex sambil melempar sebuah bola jingga ke arah Apy Elina. Apy Elina menyambut bola itu dengan kemas. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lebar sekali lagi manakala mata masih tajam memandang ke arah Adam Alexander. Peperangan baru sahaja bermula Adam Alexander!

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 2

10/2/2012 10:40:20 AM

Hikayat Cinta c3

1
OLA berwarna hitam putih dilantunkan beberapa kali ke arah lantai gelanggang serba guna yang selalu menjadi tempat permainannya sejak kecil lagi. Budak-budak lelaki yang berusia empat hingga enam tahun hanya duduk di tepi gelanggang. Ada yang menggaru pipi, ada yang menggaru kepala sambil duduk mencangkung melihat bola hitam putih mereka yang telah dirampas dan disalahgunakan bagi tujuan permainan lain. Kak Apy, panggil seorang kanak-kanak lelaki yang petah bercakap itu. Cepatlah, kita orang nak main bola sepak ni. Isy, nantilah. Ni akak nak ajar kau orang buat slam dunk ni. Kau orang tengok betul-betul ya. Akak ajar sekali saja dan free of charge, kata Apy Elina dengan rancak melantunkan bola hitam putih di tangannya. Bola sepak mana boleh guna tangan, kak, sampuk seorang lagi. Isy, ni bukannya bola sepaklah. Ni bola keranjang. Apalah kau orang ni, itu pun tak tahu. Dah,

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 3

10/2/2012 10:40:20 AM

Ratu Bulan c 4

kau orang duduk diam-diam kat situ. Tengok gaya akak yang kacak ni, katanya sambil mata memandang tepat ke sebuah bakul merah yang pernah dikutipnya di kawasan pembuangan sampah kemudiannya digantung pada sebuah tiang lampu di tepi gelanggang tersebut sebagai gol keranjang. Baiklah. Apy Elina, pemain handalan kebangsaan akan menunjukkan slam dunk terhebat yang pernah anda semua lihat abad ini! Kakinya bersedia untuk melompat dan menjaringkan gol pada bakul merah tersebut. Namun, ketika dia hendak memulakan langkah, tiba-tiba telinganya ditarik oleh seseorang. Oh, pemain handalan kebangsaan ya! Suara nyaring yang tidak asing lagi dalam hidupnya kedengaran. Belum sempat dia hendak berbuat apa-apa, telinganya dipulas dengan kuat. Maksakit, mak rintihnya apabila seorang wanita lewat 40-an yang datang entah dari mana, terus menarik telinganya sehingga bola hitam putih itu jatuh ke lantai dan disambut oleh salah seorang kanakkanak lelaki tadi. Hei, heiaku belum tunjuk lagi slam dunk pada kau oranglah, ujarnya kepada budak-budak tadi sambil langkahnya terpaksa mengekori emaknya yang menariknya pergi. ORANG suruh dia pergi kerja, dia boleh pergi bermain kat gelanggang tu. Kau ni memang nak memalukan mak kat kampung ni ke? Macam mana mak nak berhadapan dengan kawan-kawan mak nanti? Mak ingat kau dah pergi kerja, tapi tengok-tengok kau ada kat gelanggang tu. Apa nak jadi dengan kau ni, Apy? Teruk Apy Elina, gadis kecil molek yang berusia

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 4

10/2/2012 10:40:20 AM

Hikayat Cinta c5

25 tahun itu, dibasuh oleh emaknya, Puan Fatimah, sebaik sahaja mereka sampai di rumahnya. Telinganya yang ditarik oleh emaknya masih terasa sakit. Mana tidaknya, kalau ditarik dari gelanggang sehingga sampai ke rumah. Serik sebentar dibuatnya. Apy Elina sekadar mendengar sahaja bebelan emaknya itu dengan muka selamba dan tanpa berperasaan. Lagipun kena bebel dengan emaknya memang sudah jadi rutin hariannya. Kau dengar tak apa yang mak cakap ni?! tegas Puan Fatimah. Alah, mak ni, Apy tak sukalah kerja kerani tu. Bosanlah, jawabnya selamba. Habis tu kau nak kerja apa? Nama saja belajar sampai ke universiti tapi bila dah habis belajar, kau tak nak kerja pula! Bukan tak nak kerja, tapi Apy tak suka kerja macam tu. Duduk dalam pejabat, lepas tu ikut arahan ketua. Bosanlah. Silap hari bulan Apy boleh jadi gila kalau kerja macam tu, tambahnya lagi. Hah, kalau macam tu, kau sukalah mak jadi gila? Kenapa pula mak nak jadi gila? Sebab risaukan kaulah! Kalau satu dua bulan kau tak bekerja, mak tak kisah sangat. Tapi ini dah nak bertahun kau tak bekerja. Abang dan kakak kau susah payah tanya sana sini untuk bagi kau kerja, alih-alih kau datang sebulan dua, lepas tu terus lesap. Itu nasib baiklah kau ada abang dengan kakak. Kalau dia orang tak ada, siapa nak bagi kita berdua ni makan? bebel Puan Fatimah lagi. Alah, kita makan sajalah pucuk paku ulam raja kat belakang rumah tu. Macamlah kita tak pernah

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 5

10/2/2012 10:40:20 AM

Ratu Bulan c 6

buat, jawab Apy Elina selamba. Hah! Menjawab! Mak cakap, kau menjawab. Hei, Apy, kau tu dah besar. Bukan budak-budak umur enam tahun lagi. Kau tak malu ke tengok kawan-kawan kau kat kampung ni? Anak Mak Limah tu, si Nabula tu Nabilalah, mak. Pantas Apy membetulkannya. Ah, Nabila ke Nabula kesama saja orangnya. Si Nabula tu, bekerja sebagai setiausaha Dato yang terkaya. Dah bermacam-macam negara dia pergi jelajah. Anak Mak Ramlah tu pulak, walaupun tak belajar tinggi macam kau dan tak bekerja, tapi dia dapat kahwin dengan anak Datuk. Kau pula habuk pun tak ada! Adalah, mak. Kat bilik Apy tu banyak habuk. Mak asyik cakap Apy tak ada habuk, jadi Apy ternaklah habuk. Kalaulah habuk tu bernilai, memang Apy boleh jadi usahawan berjaya tau, balas Apy Elina tersengih-sengih. Orang cakap melawan! Alah, mak ni sportinglah sikit. Apy bukannya tak nak kerja, tapi belum dapat lagi kerja yang sesuai dengan jiwa Apy. Kau nak kerja apa yang sesuai dengan jiwa kau? tanya Puan Fatimah, sudah tidak tahu bagaimana hendak menasihatkan anak daranya itu. Apy nak ujarnya sambil bangun daripada duduk dan memandang bumbung rumahnya. Apy nak jadi seorang jurulatih bola keranjang yang terkenal dan membawa pasukan Apy ke peringkat antarabangsa! Kedua-dua tangannya digenggam penuh semangat. Sempat juga dia berangan-angan. Dia sedang berdiri dengan penuh gah dan berlagak

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 6

10/2/2012 10:40:20 AM

Hikayat Cinta c7

di hadapan berpuluh-puluh kamera yang sedang menangkap gambarnya. Di kiri dan kanannya dikelilingi lelaki-lelaki yang tinggi lampai, gagah perkasa dan kacak-kacak. Yang juga merupakan pemain-pemain didikannya. Di hadapannya pula terdapat sebuah trofi kemenangan yang diidam-idamkan selama ini. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila sebuah beg dibaling ke arahnya. Dia yang sangat peka dengan objek-objek di sekeliling lantas menangkap beg pakaian yang selalu digunakannya apabila hendak pulang ke universiti dahulu. Akan tetapi, sejak dia tamat belajar, dia tidak lagi menggunakan beg itu. Beg apa ni, mak? tanya Apy Elina sambil membuka beg pakaian itu. Dia terkejut apabila terlihat beberapa helai pakaiannya di dalam. Beg tu mak dah masukkan baju-baju kau. Sebenarnya mak rasa menyesal sebab halang cita-cita kau dulu. Sekarang mak faham, kalau mak halang cita-cita kau lagi, mak akan jadi gila. Daripada mak jadi gila, baik kau buat apa yang kau suka. Carilah kerja yang kau rasa sesuai dengan jiwa kau dan jangan pulang ke rumah ni selagi kau tak berjaya! ujar Puan Fatimah, dengan kasar menolak anak perempuannya itu sehingga ke muka pintu. Apabila kaki Apy Elina menjejak ke luar pintu rumah, emaknya menutup pintu rumah dengan rapat dan menguncinya dari dalam. Dia terpinga-pinga di hadapan pintu rumah yang sudah tertutup rapat. Beg yang penuh dengan pakaiannya dipeluk. Namun, dia masih lagi tidak dapat berfikir, apakah yang sedang berlaku? Mak! panggilnya sambil mengetuk pintu apabila mendapati pintu rumah telah dikunci dari dalam.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 7

10/2/2012 10:40:20 AM

Ratu Bulan c 8

Mak, bukalah pintu ni. Apy nak masuk. Kejap lagi ada kartun Slam Dunk! jeritnya. Tapi jeritannya langsung tidak diendahkan oleh Puan Fatimah di dalam. Senyap. Sunyi sepi. Pelik betullah mak ni. Kenapa mak bagi beg yang penuh dengan baju ni dan tak bagi aku masuk? Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Itu maknanya aku halau kaulah! jerit Puan Fatimah dari dalam. Oh, mak halau Apy ke? Kenapalah tak beritahu awal-awal tadi? keluh Apy Elina sambil menepuk dahi. Kenapalah aku dapat anak yang bengap macam Apy ni? keluh Puan Fatimah dari dalam sambil menggeleng. Dah, kau pergi dari sini dan jangan balik selagi kau tak dapat apa yang kau nak! Terima kasih, mak, sebab halau Apy. Tunggulah suatu hari nanti Apy balik dengan piala kemenangan. Apy Elina bersorak gembira. Puan Fatimah yang berada di dalam rumah tidak mampu hendak berkata apa. Errmak, panggil Apy lagi. Kau pergi sekarang sebelum aku ubah fikiran! jerit Puan Fatimah sudah hilang sabar. Okey, okeyApy pergi dulu. Assalamualaikum! Dengan pantas Apy Elina menyarung kasut sukannya dan berlari lintang-pukang meninggalkan rumah sebelum emaknya mengubah fikiran. Nanti tidak pasalpasal dia akan terlepas satu peluang yang paling susah dipersetujui oleh emaknya iaitu memburu cita-citanya menjadi seorang jurulatih bola keranjang. Dia berlari

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 8

10/2/2012 10:40:20 AM

Hikayat Cinta c9

dengan laju sehingga tiba di perhentian bas yang tidak jauh dari kawasan kampungnya. Walaupun dia telah berlari hampir setengah kilometer tanpa henti, tetapi dia tidak langsung rasa kepenatan. Rahsianya dengan berjoging setiap hari keliling kampung. HaiYang tadi tu aku nak tanya, sejak bila mak aku kemaskan baju-baju ni masuk ke dalam beg ni? tanya Apy Elina sekadar menggeleng sambil melabuhkan punggung ke atas tempat duduk yang telah disediakan di hentian bas itu. Satu senyuman terukir pada bibirnya. Segera dia membuka beg pakaian dan mengeluarkan sebuah buku nota yang diberi nama Hikayat Cinta olehnya. Oh, mak memang best! Tahu pun anaknya ni memang tak boleh nak berpisah dengan Hikayat niHehehe, katanya sambil tersengih-sengih keseorangan di hentian bas. Kepada Hikayat, Akhirnya mak merestui keputusan aku memburu cita-cita yang aku idamkan selama ini. Setelah beberapa tahun aku cuba yakinkan mak aku, akhirnya hari ini aku berjaya keluar dari rumah dan berjuang untuk mencari kejayaan yang aku inginkan selama ini. Dan mulai hari ini, aku akan buktikan kepada mak bahawa aku boleh berjaya dengan kerjaya yang aku ceburi nanti. Hidup bola keranjang! Wahai pemain-pemain yang kacak, tunggulah kedatangan jurulatih anda yang comel ini! Hikayat Cinta ditutup. Sebuah bas berhenti di hadapan hentian itu. Tanpa membuang masa, Apy Elina segera melangkah naik ke dalam bas dan pada saat itu dia menyedari bahawa cabaran hidupnya dalam memburu cita-citanya baru sahaja bermula.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 9

10/2/2012 10:40:20 AM

Ratu Bulan c 10

2
EADPHONE ditekap di telinga. Muzik rancak yang berkumandang di telinga langsung tidak mengganggu konsentrasi Adam Alexander dalam memerhati rakan-rakannya berlatih bermain bola keranjang di dewan gelanggang. Sebaliknya dia masih lagi dapat mendengar bunyi bola keranjang dan kasutkasut pemain pasukannya menyentuh lantai gelanggang. Setiap pergerakan mereka tidak terlepas daripada pandangan matanya. Mulai hari ini, aku nak letak jawatan! ujar Encik Annas dengan lantang. Namun, suara lantangnya itu langsung tidak dipedulikan Adam Alexander yang masih menutup telinga dengan headphone. Suara lantang Encik Annas tadi bukan sahaja membuatkan dewan gelanggang bola keranjang itu bergema tetapi juga bertindak seperti alat yang menghentikan bunyi-bunyian. Suasana di dewan itu bertukar menjadi sunyi sepi. Tiada lagi kedengaran bunyi kasut menyentuh lantai atau bola keranjang men-yentuh lantai. Malah, semua pemain pasukan yang diberi nama The

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 10

10/2/2012 10:40:20 AM

Hikayat Cinta c11

Legend itu saling berpandangan. Adam Alexander masih tenang seperti selalu. Bukan sekali dua dia mendengar jeritan Encik Annas, jurulatih The Legend, menjerit memarahinya. Sejak Encik Annas dilantik menjadi jurulatih The Legend tiga bulan yang lalu, sejak itulah perangnya dengan Encik Annas bermula. Jadi? Apa tunggu lagi? tanya Adam Alexander yang lebih selesa dengan panggilan Alex kepada Encik Annas. Headphone di telinga tadi ditanggalkan dan disangkut pada leher. Dia memandang Encik Annas dengan wajah yang angkuh. Kaukau Suara Encik Annas tergetar-getar menahan marah. Kau jangan ingat aku takut. Suatu hari nanti aku akan pastikan Rinazila, potong Alex sambil menjeling seorang gadis bertudung putih yang berdiri di tepi gelanggang. Uruskan peletakan jawatan Encik Annas dan pastikan dia tinggalkan Universiti Legenda hari ni juga, tambah Alex sambil memandang tepat wajah Encik Annas yang kini menjadi bekas jurulatihnya. Kau... Encik Annas seakan-akan ingin menumbuk Alex tetapi pandangan mata Alex yang tajam membantutkan pergerakannya. Aku dah cakap dari awal lagi, kau memang tak layak jadi jurulatih, ujar Alex sambil tersenyum sinis. BAGUS! Masuk kali ni dah sembilan orang jurulatih yang letak jawatan dalam masa dua tahun. Dan satu lagi rekod yang paling hebat telah dicipta oleh Encik Annas yang hanya berkhidmat selama tiga bulan, ujar Rinazila menyuarakan ketidakpuasan hatinya se-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 11

10/2/2012 10:40:20 AM

Ratu Bulan c 12

jurus Encik Annas meninggalkan dewan gelanggang dengan marah. Tiga bulan? Kenapa aku rasa macam setengah tahun saja? tanya salah seorang daripada pemain The Legend. Satu jelingan tajam dihadiahkan oleh Rinazila. Menyedari pandangan Rinazila yang bagaikan singa betina sedang kelaparan, lantas pemain yang bernama Khairul itu memberi isyarat mengunci mulut. Menyedari isyarat Khairul, Rinazila kembali memandang Alex. Kau tahu tak, bila kau buat perangai macam ni, secara tak langsung kau dah menyusahkan semua orang dalam pasukan ni. Ya. Aku tahu, kau ada hak dalam pasukan ni. Bukan saja hak sebagai kapten pasukan tapi hak kau sebagai pewaris Empayar Alexander yang memiliki Universiti Legenda ni, tapi itu tak bermakna kau boleh buat apa saja hingga menyusahkan orang lain! Bagaikan bom meletup Rinazila memarahi Alex. Relaks, Rina, sapa Azhar cuba menenteramkan Rinazila selaku setiausaha pasukan The Legend. Relaks? Kau suruh aku relaks? Macam mana aku nak relaks kalau asyik-asyik timbul masalah yang sama? balas Rinazila membidas Azhar dengan kemarahannya. Sama seperti Khairul, mulut Azhar juga terkunci. Jikalau Encik Annas menganggap Alex adalah orang yang menakutkan tetapi bagi pemain-pemain The Legend, Rinazila adalah orang yang paling menakutkan. Hal ini kerana apabila Rinazila marah, tiada siapa yang boleh redakan api kemarahannya. Izwan, apa pendapat kau? tanya Rinazila kepada

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 12

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c13

lelaki tinggi lampai itu. Errkita tak boleh nak buat apa. Encik Annas sendiri yang letak jawatan, jadi tak guna kita pujuk dia untuk kembali sebagai jurulatih The Legend, jawab Izwan memberi pendapat. Jadi, maksud kau, aku perlu bersiap sedia dengan ketepikan semua assignment aku, turun naik pejabat Dato Azrina untuk dapatkan persetujuan dia, buat iklan jawatan kosong, adakan sesi temu duga untuk cari jurulatih baru dan sediakan laporan temu duga untuk Dato Azrina memilih jawatan The Legend lagi? soal Rinazila dengan menekankan perkataan lagi. Rina. Alex mula bersuara. Ah, tak guna kau cuba pujuk aku. Ya. Sebagai seorang setiausaha kelab dan sebagai orang suruhan kau, aku akan jalankan tugas aku. Jangan risau, aku akan cari jurulatih yang benar-benar berwibawa dan benar-benar ada nafsu gay supaya kau orang terpikat dengan jurulatih baru ni sehingga kau orang semua tak akan terima surat peletakan jawatan jurulatih seterusnya kelak. Aku pergi dulu, ujar Rinazila sengaja tidak mahu mendengar penjelasan daripada Alex. Baru dia hendak melangkah, kakinya terhenti apabila melihat kehadiran seorang pemuda yang berpakaian segak dan tampan mengatur langkah menghampiri mereka. Terus bibirnya mengukirkan senyuman ke arah lelaki yang berusia lewat 20-an itu. Encik Hazrul, tepat pada masanya, ujar Rinazila dengan mesra kepada penasihat kelab, merangkap abang angkat Adam Alexander yang angkuh lagi sombong itu. Apa dah berlaku? Tadi saya terserempak dengan

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 13

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 14

Encik Annas dan dia seperti tak seceria selalu. Jangan beritahu saya Encik Annas juga menyerahkan satu sampul surat seperti yang dilakukan oleh bekas-bekas jurulatih yang lain? teka Hazrul sambil mengerling adik angkatnya. Bukan tu saja. Encik Annas menjerit. Mulai hari ini, aku nak letak jawatan! Sampai bergema dewan ni, balas Rinazila memandangkan tiada siapa ingin melayan pertanyaan Hazrul. Kenapa boleh jadi macam ni? tanya Hazrul inginkan penjelasan. Masing-masing membisu, begitu juga dengan Alex. Rinazila pula awal-awal lagi sudah memberi isyarat tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Takkanlah orang yang bertanggungjawab pun hilang kata-kata? sindir Hazrul kepada seseorang. Alex? tambahnya lagi, inginkan penjelasan. Tak ada apa nak dibincangkan lagi, jawab Alex tenang. Dia kemudiannya memandang Rinazila. Rina, uruskan hal Encik Annas dan siap sedia dengan iklan jawatan kosong. Pasal naik turun pejabat orang tua tu, nanti aku uruskan. Alex, panggil Hazrul. Tetapi Alex bertindak meninggalkan dewan gelanggang. Budak ni keluh Hazrul tidak puas hati dengan perangai Alex. Kenapa tak ada seorang pun berani menjinakkan Alex yang angkuh tu? soal Rinazila sambil menggeleng perlahan. Ada, jawab Izwan. Semua mata memandang Izwan. Siapa? Pantas Rinazila bertanya. Duluhanya dia seorang saja yang boleh jinakkan Alex, jawab Izwan, meninggalkan seribu tanda tanya.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 14

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c15

3
T Kata Hikayat :Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar. PY ELINA melompat turun dari bas yang dinaikinya dua jam yang lalu. Jam di tangan di jeling. Tepat pukul 8.00 malam. Dia menarik nafas lega sambil memerhati keindahan malam di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, yang seperti biasa akan disinari lampu-lampu yang indah apabila menjelang malam. Pukul 8.00 malam. Di tengah-tengah Kuala Lumpur. Seorang diri, ujar Apy Elina tersenyum sendirian. Yahoo! Apy, kau dah jadi orang dewasa sekarang! jeritnya dengan sorakan gembira sehingga mengejut-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 15

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 16

kan orang ramai yang lalu-lalang di sekitarnya. Namun, dia langsung tidak mengendahkan mereka yang sedang membisikkan sesuatu dengan rakan mereka dan memandangnya dengan pandangan pelik. Malah, ada juga yang melihatnya seperti dia telah membuat salah. Huh, tataplah muka aku ni. Sebab suatu hari nanti, bila aku dah jadi jurulatih yang terkenal, berjumpa dengan aku pun belum tentu dapat tau, ujarnya dengan penuh lagak. Malangnya, mereka semua tidak memandangnya seperti orang yang berlagak tetapi memandangnya seperti dia orang gila yang terlepas dari Hospital Bahagia. Namun, apalah yang hendak dipedulikannya. Ramai lagi orang gila yang merayau-rayau di Kuala Lumpur ini. Hah, mengantuk pulak, keluh Apy Elina langsung tidak mengendahkan manusia-manusia yang masih lagi memandangnya. Mulutnya menguap besar tanda mengantuk. Tanpa buang masa, Apy Elina terus berlalu dan duduk di sebuah tempat perhentian bas. Apabila dia menghampiri perhentian bas yang penuh dengan orang ramai itu, beberapa orang gadis lewat belasan tahun bangun dari tempat duduk mereka dan kelihatannya seperti cuba melarikan diri daripadanya. Emmbarulah aku tahu kenapa orang gila memang suka jadi gila. Bila orang tahu dia gila, semua orang akan hormat kat dia. Hehehe, kata hatinya sambil mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Tengok tu, orang gila pun pakai telefon bimbit. Telinganya dapat menangkap suara salah seorang remaja perempuan yang takut dengannya tadi. Sekali

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 16

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c17

dia menjeling tajam, terus mereka semua berkumpul jauh dari perhentian bas itu. Telefon bantuan kecemasan dulu. Dia tersengihsengih sambil mendail nombor seseorang. Namun, panggilannya langsung tidak disambut. Isy, boleh pulak dia tak nak jawab! Tak apa, cuba lagi! Dia cuba mendail nombor yang sama lagi, tetapi hasilnya tetap sama apabila nombor yang didailnya itu tidak dijawab oleh pemiliknya. Setelah beberapa kali mencuba, masih tidak berhasil juga. Errlupa! Bukan ke si Nabula tu out-station kat luar negara! Serentak dengan itu dia menepuk dahinya. Sekarang ni aku nak ke mana? Dia buntu. Tidak tahu siapa lagi yang boleh membantunya sekarang. Apatah lagi memikirkan dia hanya ada RM20 di dalam poket. Belum cukup hendak menyewa motel murah di bandar raya Kuala Lumpur ini. Selain Nabila, dia tiada rakan-rakan yang tinggal di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan abang dan kakaknya. Emmapa kata Hikayat Cinta? Jarinya dipetik. Bibirnya terukir senyuman. Lantas, dia mengeluarkan sebuah buku tebal. Apabila sesat jalan Dia terbaca ayat yang ter tulis di dalamnya dan tertarik dengan satu ayat di dalam sana. Setelah membacanya, tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu. Tanpa buang masa, Apy Elina memulakan langkah pertamanya. ADAM ALEXANDER mengorak langkah panjang ke tengah-tengah gelanggang bola keranjang yang pernah menjadi sumber inspirasinya suatu ketika dahulu. Kedua-dua tangannya bermain-main dengan bola

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 17

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 18

jingga yang tidak pernah berpisah daripada hidupnya itu. Matanya galak memandang bakul keranjang yang masih kukuh lagi walaupun papan pantulan (backboard) itu kelihatan agak usang dan hampir mereput. Bola di tangannya beralih arah apabila dilempar ke arah papan pantulan itu dengan sengaja. Seperti selalu, menghentam papan pantulan dengan bola jingga itu sudah menjadi kemestian apabila dia berada dalam mood yang tidak baik. Bola yang dilempar tadi jatuh ke lantai kurang beberapa meter dari tempatnya berdiri dan melantun semula ke arahnya. Dengan menggunakan sebelah tangan, Alex menyambutnya dan melemparnya kembali ke arah papan pantulan seperti tadi. Perbuatannya itu diulang beberapa kali. Namun begitu, kakinya tidak bergerak walau seinci pun. Memang tepat jangkaan aku, kau memang akan datang ke sini. Kedengaran satu suara, tiba-tiba menyapanya. Tidak perlu lihat, Alex sudah tahu siapakah gerangan orangnya. Tanpa mempedulikan abang angkatnya itu, Alex terus dengan perbuatannya menghentam papan pantulan dengan bola jingga itu. Nampaknya apa yang Encik Annas kata dulu memang betul, kata Hazrul memulakan bicara walaupun Alex tidak mempedulikannya. Kalau beginilah sikap kau, kau takkan jadi pemain yang handal dalam sukan ni, tambah Hazrul lagi. Alex masih senyap dan meneruskan perbuatannya. Kali ini, dia menghentamnya dengan kekuatan yang lebih kencang daripada sebelumnya. Dia masih tidak mengendahkan abang angkatnya itu. Alex, tolonglah hadapi semua ni dengan matang. Kau bukan budak-budak kecil lagi yang perlu ber-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 18

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c19

perangai macam ni. Fikirkan tentang masa depan kau dan masa depan Empayar Alexander yang akan kau warisi Aku tak minta nak warisi semua tu. Dan kalau kau rasa kau nak semua tu, kau boleh ambil. Lagipun, bukankah kau anak kesayangan mama? Mungkin kau boleh pujuk mama untuk pastikan kau dapat hak pewaris mutlak, ujar Alex mula bersuara serentak menangkap bola jingga yang jatuh melantun ke arahnya. Walaupun aku anak kesayangan mama, tapi itu tak bermakna aku boleh dilantik sebagai pewaris. Mama tak ada kuasa dalam hal tu. Dan itu bukan tujuan aku datang sini. Aku nak berbincang dengan kau, ujarnya lagi. Tak ada apa nak dibincangkan lagi, balas Alex. Itu bagi kau, bagi aku, banyak yang perlu dibincangkan. Kau sendiri tahu, aku penasihat kelab tu dan ini bermakna aku ada hak... Beritahu aku, sepanjang dua tahun kau dilantik jadi penasihat, berapa kali kau masuk pejabat dan ambil tahu hal kelab? Pantas Alex mencantas kata-kata abang angkatnya itu. Itu tak dikira. Aku pegang dua jawatan serentak dan kebanyakan masa aku dihabiskan dengan jumpa pelanggan Di kelab malam? Pantas Alex memintas lagi. Hazrul terus terdiam. Dia menarik nafas panjang. Memang susah untuknya berkomunikasi dengan Alex. Dengar sini, aku tak pernah ganggu hidup kau. Aku tak pernah persoalkan keputusan mama ambil kau sebagai anak angkat dalam keluarga ni. Malah, aku tak pernah anggap kau sebagai abang aku. Aku juga ada kesabaran. Jadi, sila berambus daripada hidup

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 19

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 20

aku. Biar aku tentukan dan uruskan hal kelab bola keranjang. Kami tak perlukan penasihat yang makan gaji buta, ujar Alex sambil memandang tepat wajah Hazrul. Walaupun lelaki itu tua lima tahun daripadanya, dia langsung tidak gentar berhadapan dengan orang yang lebih berusia daripadanya. Hazrul mengukir senyuman sinis, seolah-olah mentertawakan Alex di hadapannya itu. Alex, kau masih tak berubah lagi. Aku tak lantik diri aku untuk jadi penasihat, tapi mama. Kalau kau nak singkirkan aku daripada pegang jawatan penasihat dalam kelab ni, kau perlu yakinkan mama. Semoga kau dapat yakinkan mama, ujarnya sebelum mengorak langkah meninggalkan gelanggang bola keranjang itu. Alex yang tidak dapat menahan baran, lantas menampar bola jingga di tangan itu ke arah papan pantulan dengan kuat. Akan tetapi, lemparannya itu begitu tinggi dan kuat, menyebabkan bola tidak singgah ke papan pantulan, akan tetapi melayang jauh melepasi pagar gelanggang yang bersebelahan dengan padang bola sepak. Eh Dia hanya mampu melihat bola jingga yang dilemparnya itu menuju ke arah seseorang. Hati-hati! jerit Hazrul yang melihat kejadian itu. Bodoh, ujar Alex sepatah apabila melihat orang itu tersembam jatuh ke dalam lecak kerana cuba lari daripada dihentam bola. Tetapi malang, kakinya terpijak bola itu. APY ELINA berjalan terjengket-jengket meredah padang yang lecak itu. Dengan bantuan lampu jalan, dia

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 20

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c21

dapat melihat lecak-lecak pada padang bola sepak itu sekali gus membantunya mencari laluan yang bebas daripada lecak. Salah satu sebab kenapa aku benci sangat dengan bola sepak adalah padang bola sepak yang banyak lumpur selepas hujan. Lecak sana sini. Bila sepak bola dalam lecak, habis satu badan kotor, ujar Apy Elina bercakap sendirian. Dia yang ingin ke gelanggang bola keranjang, cuba menggembirakan hatinya dengan bercakap sendirian, seolah-olah ada orang menemaninya pada saat ini. Selalunya apabila dia keseorangan, dia akan bercakap sendirian dan melayan kerenah hatinya supaya dia tidak rasa bersendiri. Tak tahu nak pergi mana dan tak tahu nak buat apa. Aku harap, dapat main bola keranjang. Tapi tak ada pula bola keranjang. Kalaulah Tuhan makbulkan doa aku dan turunkan sebuah bola keranjang dari langit, bukankah bagus, keluhnya sambil masih lagi memandang padang yang basah itu. Hati-hati! Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara lantang. Lantas dia berpaling ke hadapan dan melihat dua orang lelaki di gelanggang bola keranjang. Entah bila mereka ada di dalam sana, dia pun tidak pasti. Kemudian, dia ternampak sesuatu yang berwarna jingga yang datangnya dari atas langit, menghala ke arahnya. Apy Elina memandang objek itu tanpa berkelip dan seketika kemudian, barulah dia menyedari bahawa itu adalah bola keranjang! Bola jatuh dari langit. Tuah! jerit hatinya. Hanya beberapa meter, bola bergerak laju hampir mengenainya. Hajat di hati ingin menangkap bola itu,

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 21

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 22

tetapi dia mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dan mengambil keputusan drastik! Bukan tuah tapi bahaya! Lari! Akan tetapi, dia berlari ke arah yang salah. Bola jingga tadi melantun di hadapannya, menyebabkan dia terperanjat dan terpijak bola yang jatuh beberapa meter dari kakinya itu. Serta-merta badannya hilang imbangan dan tanpa sempat dia hendak berbuat apaapa, Apy Elina jatuh tersembam ke tanah. Lebih teruk lagi dia termandi air lecak. Pengajaran daripada kejadian ini, jangan sesekali pinta benda yang bukanbukan pada waktu malam dan di tempat yang sunyi seperti ini! BODOH. Alex yang melihat dari jauh tidak langsung berasa bersalah atas apa yang berlaku, tetapi menganggapnya sebagai satu kejadian bodoh yang pernah dilihat. Baginya, perempuan yang tidak diketahui asal usulnya itu, boleh mengelak sebelum bola menghentam tanah. Tengok apa kau dah buat? keluh Hazrul sambil menggeleng memandangnya. Aku tak nak dengar kau berleter, jawab Alex sebelum mengorak langkah meninggalkan gelanggang itu. Kau nak pergi mana? Balik, jawabnya sepatah. Habis, perempuan tu Kau kan baik hati, kau selesaikanlah, jawabnya selamba. Alex! Langkahnya mati. Dia lantas memusingkan badannya. Namun, belum sempat dia hendak berkata apa-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 22

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c23

apa, dia terlihat sebuah bola jingga melayang dengan laju dan menghentam dahinya. Berpinar kepalanya sebentar sehingga memaksanya terduduk menahan kesakitan. Kau tak apa-apa ke? tanya Hazrul terus mendapatkan adik angkatnya itu. Tiada jawapan daripadanya buat seketika. Selepas beberapa minit, sakit yang ditanggungnya tadi semakin hilang. Malah, dunianya yang berpinar tadi sudah kembali stabil seperti biasa. Namun, ketika kesakitan itu hilang, barannya pula menerjah keluar. Tak guna! Siapa yang berani hentam kepala aku dengan bola?! jerit Alex sudah tidak dapat menahan kemarahan. Aku! sahut satu suara. Alex yang sudah berdiri berpaling ke arah suara di belakangnya itu. Seorang perempuan yang seluruh badannya dikotori lumpur melangkah pantas ke arahnya. Dia tidak dapat mengecam wajah perempuan itu kerana hampir separuh daripada muka perempuan itu masih dipenuhi dengan lumpur. Namun, wajah tidak penting baginya sekarang. Apa yang penting adalah balas balik. Tidak kira lelaki atau perempuan, dia tidak mudah melepaskan orang yang sengaja mencari gaduh dengannya. Itulah balasannya apabila kau gunakan bola keranjang untuk cederakan orang, ujar Apy Elina sambil tersenyum puas. Hei, yang kau bodoh sangat pergi lari tu apasal? Oh, nak salahkan aku pulak. Kalau kau tak lepaskan bola tu, bola tu takkan melayang kat aku dan aku takkan terjatuh dalam lumpur! Itu pun nasib baiklah terjatuh dekat lumpur. Kalau aku terjatuh dalam paya,

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 23

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 24

macam mana?! balas Apy Elina tidak mahu mengaku kalah. Mak cik, Kuala Lumpur ni mana ada paya, balas Alex turut tidak mahu mengaku kalah walaupun dengan seorang perempuan. Oh ya, Kuala Lumpur tak ada paya. Lupa pula, bahawa orang Kuala Lumpur macam kau ni langsung tak pernah tengok paya. Agaknya rupa paya pun tak tahu, balas Apy Elina dengan bengangnya. Kau! Alex semakin tidak dapat menahan kemarahan. Langkahnya maju setapak, tetapi Hazrul pantas menahannya daripada berbuat demikian. Sudahlah. Takkan dengan perempuan pun kau nak bergaduh? kata Hazrul cuba menenteramkan keadaan yang semakin tidak terkawal itu Ya. Takkanlah dengan perempuan pun nak bergaduh, balas Apy Elina seiring dengan jelingan tajam. Sengaja dia hendak mengapi-apikan lelaki di hadapannya itu. Hei, mak cik! Jangan ingat kau perempuan, aku tak berani nak bertumbuk dengan kau. Hari ni kau terlepas sebab aku tak ada mood nak bergaduh dengan kau. Kalau kita berjumpa lagi, jangan harap aku nak lepaskan kau! tegas Alex sambil cuba menahan kemarahannya yang semakin memuncak. Dia juga tahu, jika dia menurut kemarahan, dia juga yang akan rugi. Jadi, lebih baik dia pergi dari situ dengan segera. Tanpa mempedulikan mereka berdua, Alex mengorak langkah ke keretanya yang diletakkan di luar gelanggang. Alex, panggil Hazrul dari belakang. Hei, kau nak pergi mana?! Dari dalam kereta, Alex melihat perempuan itu

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 24

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c25

memintas abang angkatnya itu. Tanpa berlengah lagi Alex pantas menghidupkan enjin kereta dan memandu keretanya meninggalkan gelanggang usang yang selalu dijadikan tempat lepaknya. SEKARANG ni aku macam mana? tanya Apy Elina kepada lelaki yang segak memakai pakaian pejabat itu. Melihat pada pakaiannya, dia sudah tahu pasti lelaki itu bukan calang-calang orang. Kemudian, dia mendengar Hazrul mengeluh berat. Barangkali tidak puas hati dengan lelaki angkuh, bongkak dan tidak bertanggungjawab tadi yang pergi dengan begitu saja. Lelaki itu menyeluk poket, mengeluarkan dompet dan seterusnya menghulur duit sebanyak RM200 kepadanya. Mata Apy Elina terkebil-kebil selama beberapa saat. Bukannya terperanjat dengan jumlah yang dihulurkan itu, tetapi terkejut dengan tindakan lelaki di hadapannya itu. Apa ni? tanya Apy Elina. Duit. Takkan itu pun tak tahu, balas Hazrul. Apalah malang aku hari ni dapat jumpa dua orang lelaki yang bongkak lagi angkuh, ujar Apy Elina perlahan. Walaupun dia berkata dengan nada perlahan, tetapi suaranya masih jelas didengar oleh lelaki itu memandangkan jarak mereka tidak jauh. Kenapa? Tak cukup? soal Hazrul lagi kemudian menghulurkan beberapa lagi wang kertas, mencukupkan jumlah RM500. Encik, saya tak minta duit. Tengok keadaan saya. Saya jadi macam ni sebab kawan encik yang tak reti hormat orang. Jadi, apa salahnya kalau encik balas balik dengan sesuatu yang dapat tanggalkan segala kekotoran ni? kata Apy Elina cuba mengawal marahnya.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 25

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 26

Sekali lagi lelaki di hadapannya itu menarik nafas lemah. Dia kelihatan seperti tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa selesaikan masalah itu. Okey, awak boleh bersihkan diri dekat sauna, jawab lelaki itu. Sauna? Perlahan-lahan bibir Apy Elina mengukir senyuman.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 26

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c27

4
T Kata Hikayat :Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

AH, selesanya. Memang betullah kata orang, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya dan hikmah di sebalik tercium lumpur adalah mandi sauna dengan percuma! kata Apy Elina sambil bersorak gembira sewaktu kereta yang dipandu oleh Hazrul keluar dari pekarangan sauna yang dikunjungi mereka tadi. Dia berasa selesa setelah bersih daripada segala kekotoran yang melekat pada tubuh dan bajunya tadi. Lelaki yang memperkenalkan namanya sebagai Hazrul itu menjeling tajam apabila mendengarnya bersorak. Namun, Apy Elina buat-buat tidak peduli, seolaholah lelaki itu tidak wujud di sebelahnya.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 27

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 28

So? soal Hazrul tiba-tiba. Emm? balas Apy Elina kehairanan. Awak kata nak tunjukkan jalan untuk hantar awak pulang ke rumah, kata Hazrul sambil matanya masih memandang ke hadapan. Sesekali dia akan memandang penumpang di sebelahnya itu. Rumah? Apy Elina hampir terlupa tentang itu. Oleh kerana dia tidak tahu hendak menuju ke mana lagi, dia memaksa Hazrul menghantarnya pulang ke rumah. Padahal, dia sendiri tidak tahu rumah manakah yang perlu dituju olehnya sekarang. Jikalau pergi ke rumah Nabila, sudah sah-sah dia tidak tahu jalan ke sana. Apatah lagi, Nabila tiada di Malaysia buat masa ini. Apy Elina berfikir sejenak. Dia tidak tahu hendak minta pertolongan daripada siapa lagi memandangkan dia tiada sesiapa selain Nabila di Kuala Lumpur ini. Hei, takkan rumah sendiri pun lupa? tanya Hazrul agak curiga. Apy Elina menyedari mata Hazrul asyik menjeling pandang ke arah beg pakaiannya. Dia mula menggelabah, tetapi berpura-pura mengawal diri dan bertenang. Yang pasti, Hazrul tidak boleh tahu keadaan dia sekarang yang bagaikan seorang pelarian di negaranya sendiri! Idea! Cepat datang! jerit hatinya. Oh, lupa pula. Saya ada satu penyakit. Apabila perut saya lapar, otak saya tak boleh berfungsi dengan baik. Saya perlukan makanan. Mmmalangkah sedapnya kalau dapat makan sekarang. Nasi goreng berlada, emmokey juga tu, ujar Apy Elina, tidak tahu dari mana datangnya idea itu. Namun, memang benar. Dia teramat-amat lapar dan perutnya teramat perlukan makanan sekarang memandangkan dia tidak

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 28

10/2/2012 10:40:21 AM

Hikayat Cinta c29

menjamah sebarang makanan sejak siang tadi. Cakap sajalah awak suruh saya belanja makan, kata Hazrul yang menjeling tajam di gadis sebelahnya. Betul! Pantas Apy Elina menjawab. Orang kata, kita perlu ambil peluang yang ada di hadapan mata. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman yang penuh makna. Memandangkan dia tidak mempunyai duit untuk makan, apa salahnya gunakan peluang yang ada ini untuk memenuhi permintaan perutnya yang semakin kelaparan. Awak ni suka ambil kesempatan terhadap orang macam saya ke? tanya Hazrul. Mana ada! Kalau begitu, baguslah. Hutang saya terhadap awak sudah selesai tadi. Sekarang, awak nak saya belanja makan pula. Tak sangka ada juga orang seperti awak, balas Hazrul kelihatan seperti tidak mahu bertolak ansur dengan Apy Elina buat kali ini. Serentak itu, Apy Elina menarik muka. Betullah orang kata, orang-orang di Kuala Lumpur ni, terutama sekali orang yang berkereta mewah seperti ini, begitu sombong orangnya. Harap saja orang kaya, tapi suruh belanja makan nasi goreng pun kedekut, rungut Apy Elina selamba. Sesekali dia menjeling ke arah Hazrul yang menggaru-garu kepala. Barangkali pening dengan rungutan selambanya tadi. Isy! Ini kali terakhir saya tolong awak! Kereta yang dipandu oleh Hazrul membelok, menghala ke sebuah kedai makan yang terletak bersebelahan dengan jalan raya itu. Yes! Hati Apy Elina bersorak kemenangan.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 29

10/2/2012 10:40:21 AM

Ratu Bulan c 30

KAU bergaduh lagi dengan abang kau? tanya Izwan sambil menghulurkan setin air 100 Plus yang menjadi air kegemaran Adam Alexander, rakan karibnya itu. Bergaduh dengan dia memang dah jadi rutin harian aku, jawab Alex setelah meneguk separuh daripada air 100 Plus itu. Izwan sekadar menggeleng. Sememangnya dia amat memahami hubungan dua adik-beradik angkat itu. Pantang berjumpa. Bila berjumpa pasti akan tercetus pergaduhan. Hubungan mereka memang tidak pernah baik. Walaupun dia selalu lihat Hazrul berusaha hendak berbaik dengan Alex, tetapi Alex tetap dengan perangai tidak mahu mengalahnya. Apa yang dia faham tentang perbalahan mereka adik-beradik adalah Alex masih tidak dapat menerima kenyataan mamanya mengambil Hazrul sebagai anak angkat dalam keluarga itu. Biarpun Izwan tidak faham kenapa Alex sukar untuk menerima Hazrul sebagai abang, tetapi dia tidak pernah bertanyakan soalan itu. Hal ini kerana dia amat mengenali Alex sejak di sekolah menengah lagi. Jika Alex ingin memberitahu, Alex akan beritahu tanpa ditanya. Kenapa dengan dahi kau tu? tanya Izwan menukar tajuk perbualan apabila dia menyedari dahi Alex lebam seperti dihentam sesuatu. Alex pantas meraba dahinya. Oh, ni. Aku terjumpa Mak Cik Lumpur mengamuk, jawab Alex seperti tiada apa yang serius telah berlaku. Mak Cik Lumpur? soal Izwan kurang memahaminya. Seseorang yang tiada kena-mengena dalam hidup aku, jawab Alex sebelum meneguk habis baki air 100 Plus yang tinggal. Kemudian, dia bersandar, merehat-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 30

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c31

kan tubuh badannya pada sofa. Kelihatan berfikir sesuatu. Esok aku nak jumpa mama aku dan selesaikan semua ni. Kalau dia tak terima keputusan ni, aku akan teruskan juga cari jurulatih sendiri. Selagi abang aku ada, aku tak boleh nak lakukan apa yang aku suka. Semua yang aku nak buat, dikawal olehnya, termasuklah pemilihan jurulatih. Aku tak faham kenapa dia mesti berada di universiti ni sedangkan dia ada tempat di pejabat mama. Macam tak ada kerja lain saja selain kawal aku kat sini, kata Alex sekali gus memberitahu masalah yang sedang bermain dalam fikirannya sekarang. Terpulang pada kau. Kami semua memang dah tak tahan dengan perangai Encik Annas. Jadi semuanya terserah pada kau. Cuma, aku harap kali ni berjalan dengan lancar dan harap-harap jurulatih yang kau pilih ni tak datangkan banyak masalah, balas Izwan yang selalu menyokong rakannya itu dari belakang. KENAPA tak nak makan? tanya Apy Elina setelah mendapatkan kembali tenaganya yang telah hilang tadi dengan menjamah sepinggan nasi goreng. Tidak cukup dengan itu, sempat juga dia memesan kentang goreng untuk mengisi ruang-ruang kosong di dalam perutnya itu. Tak lapar, jawab Hazrul acuh tidak acuh sambil memandang jam tangannya. Sudah setengah jam berlalu. Tiada selera atau tak suka makan di gerai tepi jalan? tanya Apy Elina dengan nada menyindir. Hazrul yang bengang sejak tadi memandangnya seperti

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 31

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 32

hendak cari gaduh. Ah, lupakan tentang tu. Saya nak tanya beberapa soalan. Maaf, saya dah berpunya. Pantas Hazrul menjawab. Apa? Apy Elina kehairanan. Setahunya, dia belum lagi mengajukan sebarang soalan. Awak pasti nak tahu tentang saya, umur saya, mana saya tinggal dan saya kerja apa. Dan jawapan saya, saya sudah berpunya. Rasanya saya dah banyak tolong awak hari ni. Jadi, sampai di sini sajalah perkenalan kita ya, sindir Hazrul sebelum melangkah pergi, mendapatkan keretanya. Sebelum itu sempat juga dia mengeluarkan duit RM50 dan diletak di atas meja itu. Apy Elina masih lagi terpinga-pinga. Selepas kereta Hazrul hilang dari matanya, dia ketawa kelucuan apabila mengingat kembali kata-kata Hazrul tadi. Penuh dengan bangga dan perasan. Gila. Dia ingat aku ni terdesak sangat ke nak pikat lelaki macam dia. Perasan! ujarnya sambil meratah kembali kentang goreng yang tinggal. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Habislah! Dia dah pergi! Aku macam mana?! Hendak dikejar, bayang kereta Hazrul sudah tidak kelihatan. Lagipun, tiada faedahnya minta tolong kepada lelaki perasan dan bongkak seperti itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa memikirkan cara lain untuk menyelesaikan masalahnya itu. Sedang dia termenung sambil memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Apy Elina segera menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali itu. Hai. Err...ini Apy Elina ke? tanya suara lembut

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 32

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c33

di hujung talian. Ya, jawabnya sambil cuba mengecam suara lembut itu. Yang pasti itu bukan suara Nabila. Maaf mengganggu. Saya baru saja terbaca satu mesej. Mak awak kirim mesej ni dan beritahu awak ada di Kuala Lumpur sekarang. Betul ke? Apy Elina menepuk dahi. Entah bagaimana emaknya seperti tahu masalah yang sedang dihadapi nya sekarang. Tapi, siapa perempuan ni? Errsiapa ni? Terus Apy Elina bertanya. Darina, jawab suara itu. Darina? ulangnya lagi. Setahunya, dia tidak mempunyai kawan-kawan atau saudara-mara yang bernama Darina. Darina yang mana satu? tanya Apy Elina lagi yang masih rasa waswas. Orang sekarang ini bukan boleh percaya sangat. Silap hari bulan boleh ditipunya. Awak tak kenal saya, tapi awak kenal Ya. Saya tak kenal awak. Pantas Apy Elina memintas kata suara itu. Setahu saya, saya tak ada kawan yang bernama Darina dan saya pun tak tahu dari mana mak saya dapat nombor telefon awak Kata-katanya terhenti apabila dia teringat seseorang. Seseorang yang pernah menyebut nama ini dahulu. Nanti! Awak Darina, tunang Daniel tu? Suara itu ketawa lembut. Ya, saya Darina, tunang Daniel. Pada ketika itu, mulutnya ternganga luas. Sukar dipercayai. Gadis yang berjaya merampas putera idamannya sedang bercakap dengannya sekarang!

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 33

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 34

5
T Kata Hikayat :Kenangan merupakan aset yang penting dalam ingatan manusia. Kenangan yang manis membawa kegembiraan. Kenangan yang pahit membawa seribu kepahitan. Namun, tidak kira manis atau pahit, manusia bergantung kepadanya untuk terus mencapai kejayaan yang diingini. Akan tetapi, kenangan juga membawa racun yang mampu membunuh kejayaan itu. Julai 1999 PY ELINA berlari sepantas yang mungkin di celah-celah para pelajar sekolahnya yang melalui laluan kaki lima sebaik sahaja loceng pukul 1.00 tengah hari berbunyi. Berkali-kali dia meminta maaf kerana terlanggar bahu beberapa pelajar yang sedang berjalan. Malah, ada antara yang dilanggarnya terjatuh buku-buku yang dipegang mereka, bertaburan di atas lantai. Namun, dia sekadar memohon maaf dan meneruskan langkahnya semula tanpa memberi

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 34

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c35

sebarang pertolongan. Langkahnya berlari pantas menghampiri sebuah gelanggang bola keranjang yang selalu menjadi tempat lepaknya selepas tamat sahaja sesi persekolahan. Sebaik tiba di gelanggang tersebut, kelihatan sekumpulan pemain-pemain bola keranjang lelaki berkumpul di tengah-tengah gelanggang. Apabila mereka menyedari kehadirannya, masingmasing meminta diri selepas mengucapkan sesuatu kepada seorang lelaki yang tinggi lampai, berdiri di tengah-tengah, di antara mereka. Setelah satu demi satu orang meninggalkan gelanggang, kini hanya tinggal mereka berdua sahaja. Betul ke apa yang aku dengar, Daniel? tanya Apy Elina sambil menghampiri lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Daniel hanya mengukirkan senyuman seperti selalu lantas mengangguk. Tapi kenapa? Kenapa secara tiba-tiba? tanya Apy Elina lagi, tidak dapat menerima kenyataan. Anggap sajalah semuanya dah tamat, kata Daniel mula bersuara. Tapi jadi pemain bola keranjang juga cita-cita kau? Kenapa tiba-tiba nak lepaskannya pula? soal Apy Elina lagi. Sememangnya dia terkejut apabila mendapat berita bahawa Daniel menarik diri daripada kelab bola keranjang yang diketuainya. Malah, dia lagi terkejut apabila mendengar hari ini merupakan hari terakhir Daniel bersekolah di situ. Dia amat terkejut kerana Daniel langsung tidak pernah bercakap mengenai perkara itu kepadanya dan Daniel langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ingin meninggal-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 35

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 36

kan bola keranjang atau sekolah sejak kebelakangan ini. Maaf, aku tak boleh jawab soalan tu sekarang, jawab Daniel. Suatu hari nanti aku akan beritahu kau. Kau betul-betul dah buat keputusan? Daniel mengangguk. Dia tersenyum lagi sambil menghampiri Apy Elina yang masih tidak dapat menerima keputusannya itu. Sebiji bola jingga dihulur kepadanya. Apy Elina menyambutnya dengan penuh perasaan kecewa. Aku harap kau teruskan cita-cita kau untuk jadi jurulatih bola keranjang. Kau ada sesuatu yang orang lain tak ada. Aku yakin, kau dapat jadi seorang jurulatih yang hebat suatu hari nanti. Tapi aku hanya bersemangat kalau kau ada Jangan bimbang, aku mungkin dah berhenti main bola keranjang dan mungkin bukan pelajar sekolah ni lagi, tapi aku akan sokong kau dari belakang. Bila-bila kau perlukan pertolongan aku, aku sentiasa ada di sisi kau, ujar Daniel sambil menghulurkan sebuah buku berkulit tebal kepada rakannya itu. Buku apa ni? tanya Apy Elina sambil menyambut pemberian Daniel. Aku panggilnya Hikayat. Hikayat? soal Apy Elina hairan. Kemudian, dia menyelak helaian yang ada pada buku yang hampir mempunyai lebih 500 muka surat itu. Kenapa kosong? Sebab kau boleh tulis apa yang kau nak tulis dalam tu, jawab Daniel. Nak tulis apa? Bergantung pada diri kau sendiri, ujar Daniel sambil menyelak helaian belakang dan terdapat bebe-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 36

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c37

rapa helaian yang telah ditulis oleh Daniel sendiri. Aku lupa nak beritahu kau tentang ni. Aku pengumpul mutiara kata, jadi aku tulisnya dalam Hikayat ni. Aku harap mutiara kata ni dapat tolong kau bila kau dalam kesusahan, terang Daniel lagi. Apy Elina tidak tahu hendak kata apa lagi. Sememangnya dia tidak faham apakah makna pemberian Daniel itu, tetapi dia mula menyedari bahawa itulah pemberian terakhir yang diberi oleh Daniel. Sejak itu, dia gunakan pemberian itu untuk mencatit segala yang terbuku di hatinya.
Kepada Hikayat, Hikayat. Satu perkataan. Kesunyian. Sudah lama aku fikirnya. Semua benda yang dicipta di dunia ini ada pasangannya. Contohnya perempuan berpasangan dengan lelaki. Irama pasangannya lagu. Tapi Hikayat tiada pasangannya. Jadi, aku nak pasangkan Hikayat dengan Cinta dan jadilah HIKAYAT CINTA. Bagaimana? Bagus tak idea tu? Hikayat melambangkan Daniel dan Cinta melambangkan Apy Elina sedang berhubungan dengan Daniel melalui HIKAYAT CINTA.

Sekarang PADA awalnya saya tak tahu nak tulis apa, tapi lamakelamaan, menulis Hikayat Cinta dah jadi satu ketagihan. Setiap hari, setiap masa, apabila ada saja yang terlintas di fikiran, saya akan buka Hikayat Cinta dan tulis sesuatu di dalamnya. Perasaan gembira, geram, marah, sedih, hilang punca, tekanan, semuanya ada tertulis di dalam sana. Hikayat Cinta ibarat diari tapi bukan diari peribadi. Itulah cara saya berhubung dengan Daniel, terang Apy Elina kepada Darina, men-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 37

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 38

ceritakan detik-detik sejarah kedatangan buku yang diberi nama Hikayat Cinta dalam hidupnya dahulu. Walaupun baru sahaja berkenalan dengan Darina, tunang Daniel itu, tetapi Apy Elina tidak berasa kekok kerana Darina seorang pendengar yang setia. Dia juga tidak berasa tertekan apabila berjumpa dengan seseorang yang berjaya memiliki hati Daniel. Mungkin sebab itu, dia tidak boleh membenci Darina sewaktu pertama kali berjumpa. Pandangannya kembali ke arah sebuah rak buku yang menempatkan beberapa buku-buku yang dimiliki oleh Daniel. Kebanyakannya adalah buku-buku berkenaan bola keranjang. Rak atas sekali dipenuhi dengan buku Hikayat Cinta yang pernah ditulisnya dahulu. Saya ingat lagi, ujar Apy Elina mengingati semula sejarah lama hidupnya. Ada satu masa, Hikayat Cinta sudah habis. Dah tak ada ruang nak tulis. Oleh sebab ketagihan, saya beli sebuah buku tapi perasaan tu tak sama apabila saya menulis Hikayat Cinta. Jadi, dengan muka tak malu saya meminta Daniel sebuah lagi buku seperti itu. Beberapa hari kemudian, saya terima bungkusan daripada Daniel. Dia tunaikan permintaan saya dengan memberi sebuah buku yang sama seperti Hikayat Cinta. Tak lama selepas tu, macam dah jadi kebiasaan, apabila Hikayat Cinta nak habis, saya akan minta pada Daniel. Malah, kadangkala Daniel akan menghantarnya terlebih dahulu. Seperti tahu Hikayat Cinta dah nak habis. Bila dah habis menulis sebuah buku tu, saya akan beri semula kepada Daniel untuk tatapannya. Sebab itulah saya kata Hikayat Cinta bukan sebuah diari peribadi, terang Apy Elina lagi. Saya pernah nampak sekali Daniel membacanya, kata Darina sambil tersenyum manis.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 38

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c39

Dia begitu gembira sekali membaca Hikayat Cinta ni. Kadangkala saya ingin tahu sangat apa yang tertulis di dalamnya. Daniel pernah beri kebenaran pada saya untuk membacanya sebab dia tak nak saya rasa tersisih atau cemburu, tapi saya menolaknya sebab buku tu antara awak berdua. Jadi, tak manislah kalau saya baca, terang Darina. Sebenarnya, saya tak kisah kalau ada yang ingin membacanya sebab dalam tu hanya tertulis catatan yang amat-amat membosankan. Hidup saya amat bosan. Bermula dari zaman sekolah, tamat sekolah, masuk universiti, keluar universiti, bertukar-tukar kerja dalam beberapa tahun dan tak lupa juga kena dengar leteran mak setiap hari. Bukan macam diari perempuan lain. Maknanya tiada ayat jiwang karat, tiada nama lelaki yang dipuja, tiada detik-detik pertemuan indah di taman bunga dan sebagainya. Apa yang tertulis hanyalah luahan seorang anak dara yang hampir bergelar andartu, yang masih belum mencapai cita-citanya, ujar Apy Elina sambil tersenyum kelucuan apabila terkenangkan hidupnya yang langsung tiada apa-apa kini. Hanya orang yang ingin berubah saja yang dapat mengubah hidupnya. Kalau awak ada keinginan tu, cita-cita yang awak ingin capai akan memburu awak, ujar Darina memberi kata-kata semangat kepadanya. Kepada Hikayat, Jika esok, telah ditakdirkan dia milik orang lain, aku tetap akan tersenyum seperti selalu. Cinta tak semestinya milik kita seorang sahaja. Kadangkala kita perlu berkongsi cinta dengan orang lain yang juga layak memilikinya. Perkenalan aku dengan Darina telah membuka mata aku bahawa cinta itu luas maknanya, tapi pemahaman aku tentang cinta tidak seluas pemahaman Darina mengenai cinta.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 39

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 40

6
T Kata Hikayat :Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan. DAM ALEXANDER memandu keretanya memasuki pekarangan vila mewah yang sudah berbulan dia tidak jejak. Selepas memberhentikan keretanya bersebelahan dengan sebuah kereta yang sering digunakan oleh mamanya, dia mematikan enjin kereta. Satu keluhan berat dilepaskan setiap kali dia memerhati vila yang menjadi tempat tinggal mama sejak tinggal berasingan dengan papanya beberapa tahun dahulu. Walaupun mama dan papanya tinggal berasingan, itu tidak bermakna mereka sudah tidak bersefahaman atau bercerai. Hal ini kerana mama dan papanya masih sah sebagai suami isteri cuma hubungan mereka berdua agak pelik. Mamanya sibuk dengan ker-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 40

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c41

jayanya sebagai seorang ahli politik manakala papanya sibuk dengan urusan keluarga di Taiwan. Pelik tetapi benar. Itulah yang dapat diungkapkan jika ada yang bertanya tentang hubungan pelik keluarganya sekarang. Tiada sesiapa beritahu mama bahawa hari ni hari keluarga, sapa satu suara sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia melihat seorang wanita yang lengkap berpakaian untuk ke pejabat, sedang menuruni tangga. Sejak bila kita ada hari keluarga? tanya Alex, menghampiri mamanya yang sudah berlalu ke meja makan untuk bersarapan. Dan sejak bila kamu ingat jalan untuk pulang ke rumah? soal Dato Azrina dengan nada memerli. Baru sahaja Alex hendak menjawab, pantas Dato Azrina memintas. Walau apa pun yang ingin kita bincangkan, jawapan mama tetap tidak. Saya datang bukan nak berperang dengan mama. Mama tak suka rundingan. Kamu dah buat hal dengan Encik Annas dan semestinya kamu berhasrat nak pilih jurulatih sendiri. Jawapannya tetap sama. Tidak, jawab Dato Azrina dengan tegas. Kenapa mama selalu masuk campur dalam hal kelab bola keranjang? Sebab kamu suka salah guna kuasa. Salah guna kuasa? ulang Alex seakan-akan tidak puas hati. Setahu saya, Encik Annas dan bekas-bekas jurulatih yang pernah dilantik oleh mama untuk kelab The Legend, semuanya meletak jawatan dengan rela hati. Rela hati? Itu kamu kata rela hati? Kamu beri mereka tekanan ketika bertugas, sering ingkar arahan me-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 41

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 42

reka sebagai jurulatih, bertindak seorang diri sewaktu perlawanan, membuat keputusan sendiri, merasuah kawan-kawan kamu supaya mereka ikut arahan kamu dan memulau jurulatih sendiri sampai mereka semua berasa tak ada gunanya berada di The Legend. Itu ke yang dimaksudkan dengan rela hati? balas Dato Azrina dengan nada suara yang tegas sehingga bergema vilanya itu. Itu yang mereka beritahu mama? Memang tak profesional. The Legend tak perlukan jurulatih yang hanya inginkan kesenangan. Kami juga tak perlukan seorang jurulatih yang hanya hebat di atas kertas tapi lemah apabila berhadapan dengan pihak lawan, balas Alex. Tapi sekurang-kurangnya Encik Annas pernah hampir membawa The Legend naiki podium juara sebelum kamu tiba-tiba buat keputusan tarik diri pada perlawanan akhir tahun lepas. Dato Azrina memandang tajam anak lelakinya itu. Mama fikir kami perlukan status juara? Mama tak tahu apa-apa tentang bola keranjang. Kami bermain bukan sebab duit dan bukan sebab nama. Kami bermula dari bawah. Tapi disebabkan sikap tamak sesetengah jurulatih yang terlampau ingin kejar kejayaan, kami dilabel sebagai kelab yang hanya bergantung pada duit untuk menang. Itulah yang Encik Annas lakukan. Dia gunakan duit dengan merasuah pasukan lawan supaya The Legend boleh jadi juara, ujar Alex lagi. Alex, kamu membesar dalam keluarga ni dan kamu perlu tahu peraturannya. Setiap apa yang keluar dari mulut mesti disusuli dengan bukti. Kamu tak ada bukti nak kaitkan Encik Annas dengan rasuah. Alex tersenyum sinis sambil memandang tepat wa-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 42

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c43

jah mamanya yang kelihatan tenang, seperti tidak tahu apa-apa yang berlaku. Mungkin sebab itulah dia selalu mengatakan keluarganya amat unik. Kalau saya perlukan bukti, saya hanya perlu hubungi satu nombor saja untuk dapatkan semua bukti-bukti tu. Tapi saya tak buat sebab saya tahu siapa dalangnya dan dari mana Encik Annas peroleh duit untuk merasuah orang. Jangan lupa, saya membesar dalam keluarga ni dan diberi latihan khas selama 12 tahun. Mama fikir dengan senang saja saya akan mengalah? Bergantung pada kelemahan kamu, balas Dato Azrina tetap tidak mahu mengaku kalah. Alex mengangguk. Dia faham, rundingan dengan mamanya sudah menghadapi jalan buntu dan tidak mungkin dia akan mendapat persetujuan mamanya untuk bertanggungjawab dalam mencari jurulatih baru di bawah kuasanya sebagai kapten pasukan. Mama selalu cakap saya suka salah guna kuasa. Emmapa kata saya gunakan kuasa saya sebagai pewaris Empayar Alexander, menyingkir anak angkat kesayangan mama daripada menjawat jawatan penasihat dan apa-apa saja jawatan dalam Universiti Legenda. Oh, tak lupa juga, saya boleh gunakan kuasa saya untuk buat keputusan sendiri dengan melantik jurulatih untuk The Legend, ujar Alex masih lagi tersenyum sinis. Senyuman Dato Azrina tadi terus hilang apabila mendengar kenyataan Alex itu. Dia benar-benar berasa tercabar apabila hampir dikalahkan oleh anaknya sendiri. Sebab itu saya benci guna kuasa saya sebagai pewaris untuk dapatkan sesuatu. Kalau mama nak per-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 43

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 44

lawanan yang adil, sila berlaku adil, tambah Alex lagi, memandang mamanya dengan tajam. Kamu dah jauh melampau, Alex. Jangan lupa, saya lahir dalam keluarga Alexander. Satu-satunya keluarga yang banyak agenda tersembunyi dan sebuah keluarga yang sanggup membunuh anak perempuan mereka sendiri semata-mata demi keuntungan mereka sendiri. Baiklah! Kamu boleh cari jurulatih sendiri dan Hazrul tidak akan masuk campur dalam hal ini. Puas hati? Itu yang saya nak dengar, ujar Alex sambil bangun daripada duduknya. Tapi, saya tetap nak bagi amaran pada mama. Jangan sesekali masuk campur dalam hal kelab lagi. Kalau mama sanggup bunuh anak perempuan mama untuk kepentingan diri, saya rasa darah tu berada dalam badan saya juga, tambah Alex lagi sebelum meninggalkan mamanya keseorangan di meja makan. ALEX dah melampau, sapa Hazrul menghampiri Dato Azrina yang juga merupakan ibu angkatnya. Sejak tadi, dia hanya mendengar perbualan mereka berdua di sebalik pintu dapur. Apabila Alex pergi meninggalkan rumah itu, barulah dia keluar. Nampaknya apa yang mereka nak selama ini dah tertanam dalam dirinya. Sejak dulu lagi neneknya perlukan seorang pewaris yang tak ada sedikit pun kelemahan apatah lagi mudah menyerah kalah. Nampaknya mereka dah berjaya bentuk Alex jadi begitu. Sampai mengugut mama sendiri? tanya Hazrul menghirup sedikit air kopi yang dituangnya tadi. Dato Azrina mengangguk. Satu keluhan berat

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 44

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c45

dilepaskan. Nasihat mama, jangan bermain api dengan Alex. Kamu boleh bertanding dengan dia tapi jangan sesekali tikamnya dari belakang. Dia lebih bahaya daripada apa yang kita nampak. Sebab dia dilahirkan tanpa kelemahan? tanya Hazrul tersenyum, menyindir. Baginya, walau sekuat mana pun seorang manusia itu, mereka tetap akan mempunyai satu kelemahan. Tiada seorang pun yang dilahirkan sempurna. Tak. Sebab dia pewaris keluarga Alexander, sebuah keluarga yang berpengaruh dalam dunia kongsi gelap di Asia. Apa-apa yang berlaku terhadap Alex, orang tu akan terima balasannya. Tak kira siapa pun orang tu, termasuklah ahli keluarganya sendiri. Itulah yang dimaksudkan oleh Alex dalam amaran terakhirnya tadi. Ini bermakna Ya. Alex ada pengikut fanatiknya sendiri yang mana dia sendiri tidak boleh kawal. Itulah yang berlaku pada keluarga bekas suami arwah Mellissa. Nampaknya, saya perlu jadi abang yang baik kali ni, ujar Hazrul seraya meneguk habis air kopinya. AH, penatnya, keluh Apy Elina sambil menghempas tubuhnya ke atas sofa empuk sebaik sahaja dia dan Darina pulang daripada membeli-belah siang tadi. Hampir lima buah pusat membeli-belah mereka tuju siang tadi dan selepas kepenatan, mereka singgah makan di sebuah restoran makanan laut untuk mengisi perut yang kosong. Walaupun penat, dia begitu gembira kerana dapat melepaskan segala tekanan yang dialaminya sekarang.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 45

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 46

Macam mana? Esok nak jalan lagi? tanya Darina yang keluar dari dapur sambil menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Emmmungkin cukuplah hari ni, jawabnya lantas meneguk sedikit air mineral itu menghilangkan dahaga. Kenapa? Dah serik? Serik? ulang Apy Elina apabila teringatkan betapa seksanya menemani Darina membeli-belah. Dia bagaikan tunggul kayu yang terpaksa menunggu Darina membeli pakaian. Itu baru pakaian, belum lagi kasut-kasut yang turut dibelinya. Sebenarnya itu satu hal. Saya benci pergi shopping sebab saya tak tahu nak pilih barang. Selalunya bila dah nampak yang berkenan, saya akan terus beli. Tapi bukan sebab serik teman awak berjalan. Saya ada sesuatu yang perlu dilakukan di sini. Cari kerja secepat yang mungkin, terangnya sebaik mungkin. Oh, awak betul-betul nak jadi jurulatih? Itu memang cita-cita utama saya. Tapi untuk dapatkannya dalam masa yang singkat ni agak mustahil. Lagipun, di Malaysia tak banyak persatuan kelab bola keranjang yang memerlukan khidmat jurulatih makan gaji. Kalau ada pun, mungkin semuanya dah dipenuhi. Jadi, saya tak nak bazir masa. Setakat ni saya nak cari kerja yang boleh tanggung makan dan minum saya di Kuala Lumpur ni. Daniel ada banyak kenalan dalam sukan bola keranjang, mungkin dia boleh bantu. Kalau awak nak, saya boleh kirim e-mel kepadanya. Walaupun dia asyik ke luar negara, tapi selalunya dia akan buka emel setiap hari, cadang Darina. Terima kasih, Darina. Tapi saya tak suka bergan-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 46

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c47

tung pada orang lain untuk capai sesuatu. Kalau nak dikira, Daniel dah banyak tolong saya dapatkan peluang dalam temu duga, tapi saya tak berjaya. Mungkin tak ada rezeki masa tu. Atau mungkin mereka tak percaya dengan jurulatih perempuan, ujar Apy Elina sambil teringatkan kenangannya menjalani temu duga untuk jawatan jurulatih beberapa tahun dahulu. Pada ketika itu, dia tidak mendapat sebarang persetujuan daripada emaknya. Dia dengan senyap pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri beberapa temu duga yang diberitahu oleh Daniel. Namun, tiada satu pun percaya akan kemampuannya untuk mengetuai pasukan bola keranjang. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kita. Kita penat mengejar sesuatu yang ingin kita capai, tapi percaya ataupun tidak, dalam tak sedar cita-cita yang kita inginkan selama ini sedang mengejar kita. Itu yang Daniel beritahu saya, ujar Darina cuba memberi semangat kepadanya. Terima kasih, ucap Apy Elina. Dia begitu kagum dengan Daniel kerana memiliki tunang seperti Darina yang tahu bagaimana hendak menyuntik semangat orang lain. Mungkin sebab itulah Daniel memilih Darina sebagai tunangnya. Kepada Hikayat, Aku sering ingin menjadi seperti Cinderella yang dikasihi puteranya. Apabila aku menemui si putera yang aku idamkan selama ini, barulah aku menyedari bahawa aku terpaksa bersaing dengan Snow White yang juga mempunyai impian yang sama sepertiku. Walaupun aku cuba mencuri hati si putera dengan keikhlasan hati yang ada padaku, aku

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 47

10/2/2012 10:40:22 AM

Ratu Bulan c 48

tetap tidak dapat menandingi hati Snow White yang jauh lebih putih daripadaku. Kini, barulah aku faham kenapa si putera memilih Snow White dalam hidupnya.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 48

10/2/2012 10:40:22 AM

Hikayat Cinta c49

7
T Kata Hikayat :Melepaskan bukan bermakna berputus asa, tetapi bermulanya sebuah cerita kebahagiaan. ELESAI sahaja membersihkan diri, Apy Elina yang hanya berbaju-T dan berseluar jean berlalu turun ke bahagian bawah vila milik Daniel yang ditumpangnya sejak beberapa hari yang lalu. Suasana pada pagi itu agak berbeza berbanding beberapa hari yang lepas. Sunyi. Jika setiap pagi dia akan disapa mesra oleh Darina sebaik sahaja keluar dari bilik yang ditumpanginya itu, tetapi hari ini hanya kesunyian sahaja yang menyapanya. Malah, tiada juga kedengaran bunyi Darina sedang memasak atau membancuh air untuk sarapan pagi. Tidur lagikah? soal Apy Elina sendirian. Mata Apy Elina terus melihat jam yang tergantung pada dinding di ruang tamu untuk memastikan sekali

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 49

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 50

lagi, sama ada dia yang bangun terlampau awal atau kali ini Darina yang bangun lambat. Jam pada dinding menunjukkan pukul 10.00 pagi. Sah. Dia bangun seperti yang selalu diamalkan semasa di rumahnya dahulu. Namun, dia masih lagi tertanya-tanya, di manakah Darina? Apabila melihat sarapan pagi sudah tersedia di atas meja, Apy Elina mengagak bahawa Darina sudah bangun. Tiada siapa lagi yang akan menyediakan sarapan pagi selain Darina. Sungguhpun begitu, bayang Darina masih lagi belum kelihatan. Hal ini membuatkan Apy Elina berasa hairan. Namun, sehelai nota yang diletak di atas meja makan menjawab segala pertanyaannya. Dicapainya nota itu dan segera dia membacanya. Apy, maaf sebab tak dapat teman awak hari ini. Saya ada hal mustahak yang tak boleh dielakkan. Saya akan balik secepat mungkin. Jangan lupa sarapan ya. Darina Emmbangun awal pagi, sediakan sarapan pagi, masak makanan tengah hari. Baik hati pula tu. Memang patut pun aku kalah dengan Darina, keluh Apy Elina sempat lagi membandingkan dirinya yang serba kekurangan itu. Tiada gunanya dia mempersoalkan lagi keputusan Daniel memilih Darina sebagai suri hati. Jika dibandingkan dengannya, Darina 10 kali lebih layak menjadi teman hidup Daniel. Malah, nama mereka berdua juga hampir-hampir sama. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh yang sudah tertulis. Mungkin aku patut bercinta dengan bola keranjang saja, keluhnya lagi. Senaskhah surat khabar yang sudah tersedia di atas meja itu dicapai. Berita-berita utama langsung tidak

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 50

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c51

menarik perhatiannya, sebaliknya dia terus menyelak ke bahagian jawatan kosong. Satu per satu iklan jawatan kosong dibaca, namun sekali lagi iklan-iklan tersebut tidak menarik perhatiannya. Di Malaysia sukan bola keranjang tidak begitu popular seperti sukan bola sepak. Jadi, peratusan untuk menjadi jurulatih bola keranjang adalah satu peratus, ujar Apy Elina sambil meletak kembali surat khabar tersebut. Satu lagi keluhan dilepaskan. Apy Elina sendiri mengakui, memang sukar untuk menjadi jurulatih bola keranjang apatah lagi sukan itu tidak sepopular sukan bola sepak. Kelab bola keranjang di Malaysia juga tidak sehebat kelab bola keranjang di negara China dan negara-negara di benua Eropah yang lain. Ah, nak bercinta dengan bola keranjang pun susah! rungutnya lagi. Lama dia termenung memikirkan masa depannya yang tidak pasti, Apy Elina dikejutkan dengan bunyi muzik yang dihasilkan oleh telefon bimbitnya. Satu panggilan diterima daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa membuang masa, dia segera menjawab panggilan itu. Wei, Minah! bentak satu suara lantang di hujung talian. APY ELINA menyedari pandangan tajam Nabila yang masih tidak puas hati sejak dia bertemu dengan Nabila tadi. Walaupun pandangan Nabila itu mampu mencetuskan peperangan tetapi dia masih berlagak seperti biasa. Ayam goreng KFC dijamahnya tanpa mempedulikan Nabila. Alah, kau ni, itu pun nak marah, tegur Apy Elina

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 51

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 52

akhirnya, terpaksa bersuara. Bukan sehari dua dia kenal Nabila yang suka melihatnya mengalah. Macam manalah aku tak marah. Aku baru saja jejak KLIA semalam dan aku langsung tak tahu pun kau datang sini, alih-alih kena marah dengan mak kau sebab tak tolong kau kat Kuala Lumpur ni! ujar Nabila melepaskan kemarahannya. Mujurlah Restoran KFC yang terletak di KLCC itu sarat dengan orang ramai dan agak bising, mengalahkan pasar malam pada waktu puncak begini, menenggelamkan suara Nabila. Mendengar cerita daripada Nabila itu, terus Apy Elina tertawa kelucuan. Memang emaknya ada berpesan supaya mencari Nabila yang sudah pulang ke Kuala Lumpur, tetapi oleh kerana asyik menghabiskan masa dengan Darina, dia terlupa hendak menghubungi Nabila. Walaupun emaknya tahu dia tinggal bersama Darina, tetapi emaknya berpendapat lebih baik dia tidak terlalu rapat dengan tunang Daniel itu. Hal ini kerana emaknya tahu bahawa dia amat menyukai Daniel. Jadi, emaknya tidak mahu dia dipersalahkan jikalau apa-apa berlaku dalam hubungan mereka. Sebab itulah emak menyuruhnya tinggal bersama-sama Nabila. Tapi, dia tidak menyangka Nabila pula yang kena tempiasnya. Tidak pasalpasal Nabila terpaksa mendengar leteran percuma. Sorrylah, aku tak sangka mak aku sanggup marah kau. Lagipun aku ada telefon kau, tapi kau yang tak jawab. Nasib baiklah aku ada kawan di Kuala Lumpur ni, kalau tidak, mungkin aku akan merempat di masjid atau di tepi jalan, balas Apy Elina sambil menikmati ayam goreng KFC.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 52

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c53

Macamlah aku peduli, balas Nabila menjeling tajam. Kau memang tak pernah peduli dengan nasib aku, balasnya turut menjeling. Sudah lama Apy Elina tidak berjumpa dengan Nabila. Rupa-rupanya kawan sepermainannya sejak kecil itu langsung tidak pernah berubah. Bila bercakap pasti tidak sah kalau tak menyakitkan hati orang. Tetapi mujurlah dia begitu kenal dengan Nabila. Bila Nabila cakap sesuatu yang menyakitkan hatinya, dia akan membalasnya kembali. Jawab soalan aku tadi, kau merempat kat rumah siapa sekarang ni? tanya Nabila yang seakan-akan tidak sabar mengetahuinya. Apy Elina sudah tersenyum-senyum. Dia tahu, Nabila mungkin sudah tahu dia sedang menumpang di rumah siapa, tetapi sengaja mahu jawapan yang tepat daripadanya. Kau rasa siapa? soal Apy Elina berteka-teki lagi. Jangan kata kau tumpang rumah Daniel, kata Nabila. Okey, aku tak kata pun, balas Apy Elina selamba. Apy! Nabila menendang kaki kawannya. Aku ingat bila kau dah dewasa dan boleh berfikir secara waras, kau tak akan buat kerja gila. Rupanya lagi menjadi-jadi. Tumpang rumah lelaki? Kau dah gila ke? Pembetulan. Memang aku tumpang rumah Daniel, tapi Daniel tak duduk situ. Dia sekarang ada di luar negara dan dia hantar tunangnya untuk temankan aku, terang Apy Elina secara ringkas. Tunang dia? Maksud kau si Darina tu? tanya Nabila. Kau pernah jumpa dengan Darina?

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 53

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 54

Banyak kali aku terserempak dengan dia orang berdua. Meluat pula aku tengok dia orang, kata Nabila berserta dengan gayanya sekali. Kau meluat dengan Daniel atau dengan tunang dia? tanya Apy Elina. Dua-dua sekali. Aku tak fahamlah. Kenapa kau benci sangat dengan Daniel tu? Sebab kau suka Daniel, jawab Nabila selamba. Apa kena-mengena antara aku suka Daniel dengan kau benci Daniel? tanya Apy Elina semakin tidak faham dengan rakannya itu. Yalah. Mestilah aku kena benci Daniel. Kalau aku kata aku suka Daniel, lain pula maksudnya nanti. Takkanlah itu pun kau tak faham? Serius. Aku masih tak faham, ujar Apy Elina bermuka serius. 50 tahun akan datang kalau kau masih tak faham, kau boleh tanya soalan tu. Sekarang ni aku nak kau kemas barang-barang kau dan pindah ke rumah aku sekarang juga! tegas Nabila. Tapi Tak ada tapi-tapi lagi! Tapi jugak Apy, sebenarnya aku tak kisah kau nak tidur rumah jantan mana pun. Kau kena tangkap basah pun aku lagi tak kisah sebab itu hidup kau. Tapi masalahnya sekarang, kalau aku tak bertindak, nama aku pun buruk kat kampung kita tu. Jadi, demi kebaikan kita berdua, baik kau dengar cakap aku, tegas Nabila lagi. Tapi, izinkan aku makan KFC ni sampai habis dulu. Tak baik membazir! balas Apy Elina geram

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 54

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c55

apabila dia tidak dapat bersuara tadi. Serentak dengan itu, kedengaran Nabila mendengus marah. SEJAK tadi, Darina dengan sabar menanti seseorang yang akan tiba di bumi Malaysia sebentar sahaja lagi. Awal-awal pagi lagi dia telah dikejutkan dengan satu mesej daripada Daniel yang mengatakan akan pulang ke Malaysia hari itu juga. Selepas sahaja menyediakan sarapan pagi untuk tetamunya, dia segera bergegas memandu ke KLIA untuk menyambut kepulangan tunangnya itu. Ingin juga dia memberitahu Apy Elina mengenai kepulangan Daniel ke tahah air, tetapi atas permintaan Daniel yang mahu memberi kejutan kepada Apy Elina, dia terpaksa merahsiakannya dahulu. Tidak lama kemudian, kelihatan beberapa orang berpusu-pusu keluar dari balai ketibaan. Terjengketjengket Darina mencari kelibat Daniel. Bimbang jika Daniel tidak dapat mencarinya. Seorang demi seorang penumpang tiba di balai ketibaan, namun kelibat Daniel masih tidak kelihatan lagi. Darina menghela nafas lemah. Mungkin dia tiba terlampau awal atau mungkin penerbangan Daniel berlaku sedikit kelewatan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan sejambak bunga menghalang pandangannya. Bunga ros merah memang menjadi bunga kesukaannya. Serta-merta dia tersenyum lebar dan berpaling, menghadap pemuda yang tinggi lampai dan segak walaupun hanya berpakaian baju-T putih dan bersama seluar slek putih. Selamat kembali, ucapnya sambil menyambut sejambak bunga ros merah yang diberikan oleh Daniel tadi.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 55

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 56

Jom. Apy mesti gembira bila dia tahu awak dah balik, ajak Darina lantas mengorak langkah. Namun, baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, tangannya ditarik oleh Daniel. Darina mempamerkan riak wajah terkejut. Mana tidaknya, sepanjang dia mengenali Daniel, lelaki itu tidak pernah menyentuh tangannya. Disebabkan pendirian Daniel yang tahu menghormati perempuan itulah menjadi sebab utama dia jatuh hati kepada Daniel. Daniel? Kenapa? tanya Darina apabila Daniel tidak lagi melepaskan tangannya. Wajah Daniel direnungnya. Hairan apabila dia melihat Daniel asyik merenung cincin yang sudah hampir dua tahun menghuni jari manisnya. Saya rasa dah sampai waktunya, ujar Daniel. Sampai waktu? Sampai waktu untuk tamatkan semua ni, ujar Daniel dengan nekad. Darina menarik nafas panjang. Dia tahu semua ini akan terjadi. Oleh itu, dia sudah bersedia dari awal lagi. Biarpun perit tetapi dia cuba untuk tersenyum. Eloklah tu. Jom, mesti Apy dah tunggu lama, ajaknya sekali lagi. Kali ini dia menarik tangannya tetapi Daniel tidak mahu melepaskan tangannya lagi. Darina, sudikah awak jadi isteri saya? Pertanyaan Daniel itu benar-benar mengejutkannya. Daniel Dia terus hilang kata-kata. Saya sayangkan awak, ucap Daniel tanpa teragak-agak. Darina terdiam. Dia tidak mampu hendak berkata apa-apa melainkan merenung wajah Daniel yang ke-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 56

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c57

lihatan bersungguh-sungguh dengan keputusan itu. Tanpa disedari air matanya jatuh berlinangan. OKEY, ini yang terakhir, ujar Apy Elina sambil memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta yang dipandu oleh Nabila. Nanti kejap. Kau baru saja datang ke Kuala Lumpur dengan bawa sebuah beg dan tidak sampai seminggu pakaian kau boleh muat dua bagasi? tanya Nabila kehairanan melihat tiga buah beg pakaian milik rakannya itu. Inilah aktiviti aku bila temani Darina pergi shopping, jawabnya. Kau temankan dia pergi shopping tapi kau yang banyak baju? Apa boleh buat, keluhnya sambil menggeleng. Aku dah kata, kau terlampau baik sangat. Kalau aku jadi kau, aku takkan bagi muka dengan Darina tu. Berlagak baik tapi sebenarnya tak adalah baik sangat. Aku tak kisah siapa dia. Yang penting, Daniel tahu siapa yang dia pilih. Dan kau merana. Tak merana sepenuhnya, balas Apy Elina pantas menafikannya. Yalah. Dalam hidup kau, cita-cita nombor satu. Cinta nombor dua. Memang padan pun kau tak dapat tangkap si Daniel tu. Apa kurangnya kau, balas Apy Elina kembali sambil melangkah masuk ke dalam kereta Nabila. Kau dah beritahu Darina tentang penghijrahan kau? tanya Nabila lagi sambil menghidupkan enjin kereta.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 57

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 58

Aku dah tinggalkan nota. Kau dan nota memang tak boleh dipisahkan, keluh Nabila sambil memandu kereta keluar dari pekarangan vila milik Daniel. Kepada Hikayat, Mungkin ini keputusan bodoh yang pernah aku buat dalam hidup aku, dengan melepaskan seseorang yang amat penting dalam hidup ini. Tapi jika sudah tertulis dia akan menjadi milik orang lain, setiap perjuangan merebut hak tidak berguna lagi. Aku melepaskannya dengan harapan dia berbahagia dengan orang pilihannya. Walaupun payah tapi aku percaya, perjalanan cerita cinta aku takkan berakhir di sini. Cinta akan memburu dan memburu, sehinggalah aku menemui cinta sejati suatu hari nanti.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 58

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c59

8
T Kata Hikayat :Kadangkala, kita tidak dapat benda yang kita kejar selama ini. Kita berputus asa. Kita melupakannya. Namun begitu, tanpa kita sedari, ia sebenarnya mengejar kita. Situasi 1 Maaf, kami mencari seorang calon yang berkelulusan dan berpengalaman dalam kesetiausahaan, bukan kelulusan Sains Sukan. Situasi 2 Pusat tuisyen ni sedang mencari cikgu Sains, bukannya Sains Sukan. Situasi 3 Sebenarnya syarikat kami ni tak mementingkan kelulusan, tapi mementingkan pengalaman dan memberi keutamaan untuk pekerja lelaki saja sebab kami kekurangan pekerja lelaki.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 59

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 60

Situasi 4 Kelulusan Sains Sukan? Panel lelaki separuh umur itu memandang tepat pada butiran peribadinya yang tercatat pada borang yang diisinya tadi. Saya tahu kelulusan saya tak sesuai dengan jawatan yang saya pohon tapi saya akan berusaha lakukan yang terbaik. Pantas Apy Elina berkata sebelum mereka mempersoalkan kelulusannya. Emmsemua yang pernah pohon kerja di sini cakap benda yang sama juga. Seperti bekas pekerja untuk jawatan ni. Tapi malangnya indah khabar daripada rupa, balas panel perempuan dengan nada menyindir. Situasi 5 Umur 25 tahun. Dah kahwin? tanya seorang lagi panel lelaki yang menemuduganya itu. Belum. Ada teman lelaki? Tiada. Kalau macam tu, lebih baik awak balik kampung dan tunggu lelaki datang meminang awak, ujar si panel lelaki itu dengan selamba sebelum memanggil calon yang lain masuk. OLA jingga dilempar sehingga menghentam papan pantulan sejak tadi. Geram. Itu yang dirasainya sekarang selepas gagal dalam beberapa temu duga. Malah, apa yang membuatnya lagi geram, panel terakhir yang menemuduganya itu berani mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Lebih kepada penghinaan buat seseorang yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 60

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c61

Dalam masa satu hari menghadiri temu duga untuk mendapatkan kerja sementara bagi menanggung pembelanjaannya di Kuala Lumpur, macam-macam kerenah panel yang menemuduganya tadi. Dia sendiri tahu, bukan senang hendak lulus dalam temu duga tetapi dia tidak menyangka sampai begitu layanan yang diterimanya. Hal ini hampir membuatkan semangatnya jatuh sehingga dia tidak mampu untuk bangun, berdiri dan menghadapi rintangan ini. Tangannya masih menampar bola, menghentam papan pantulan. Dia mengeluh berat. Sudahlah temu duga kerani pun gagal. Apatah pula kalau dia pergi temu duga jurulatih bola keranjang. Malah, bukannya dia tidak pernah mencuba nasib dalam temu duga sebagai jurulatih. Sudah banyak kali dia mencubanya secara diam-diam tetapi satu pun tidak sangkut. Walaupun aku tak tahu sangat pasal sukan ni, tapi aku rasa kau takkan dapat capai cita-cita kau walaupun kau berusaha keras. Sukan bola keranjang sinonim dengan kaum lelaki. Tak kiralah pemain atau jurulatih, majoritinya adalah kaum lelaki. Peluang kau nak jadi jurulatih untuk pasukan bola keranjang adalah 0.001 peratus! Jadi, kalau kau nak hidup kat sini, kau kena dengar nasihat aku. Cari apa-apa kerja dulu dan selepas tu barulah kau fikir nak cari kerja yang kena dengan jiwa kau. Kata-kata Nabila tempoh hari masih segar di kotak ingatannya. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk mendengar nasihat Nabila walaupun dia tidak berminat hendak mencari kerja, selain kerja kerani. Bukannya dia tidak pernah menjawat jawatan kerani sebelum ini. Sungguhpun begitu, dia gagal merebut jawatan itu.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 61

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 62

Satu keluhan dilepaskan seraya tangannya masih menolak bola jingga, menghentam papan pantulan. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu tidak jauh daripadanya. Siapa? Bola di tangannya dilemparkan ke arah bunyi tadi. Alamak! Dia hanya mampu melihat bola yang dilemparnya tadi menuju ke arah muka seorang lelaki. Tunggu masa hendak menghentam muka lelaki asing itu sahaja. DARI jauh Izwan melihat gelanggang yang selalu dikunjunginya itu. Buat pertama kalinya gelanggang bola keranjang itu menerima kehadiran tetamu asing. Dari jaring-jaring pagar yang berkarat dan usang yang memagari sekeliling gelanggang bola keranjang itu, dia dapat melihat dengan jelas seorang wanita sedang menghentam papan pantulan dengan bola keranjang. Walaupun ia nampak biasa tetapi bukan semua orang boleh berbuat demikian. Bola yang menghentam papan pantulan itu kembali ke tangan gadis tersebut tanpa perlu bergerak seinci pun. Itulah yang diajar oleh Alex semasa di sekolah menengah. Waktu itu dia tidak tahu bagaimana hendak mengawal bola dengan baik dan papan pantulan itulah yang menjadi teman latihannya. Malah, dia mengambil masa hampir tiga bulan sebelum dapat menga-wal bola, seperti mana wanita itu melakukannya. Siapa?! Belum sempat dia hendak bersuara, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran bola jingga dibaling ke arahnya. Menyedari bola itu bakal menghentam mukanya, lantas tangan kanan menjatuhkan beg yang dipegang dan menangkap bola itu dengan sebelah tangan. Izwan mengeluh lega. Mujurlah tindakan ref-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 62

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c63

leksnya cepat. Kuatnya. Suara hatinya berkata apabila menyedari tangannya sedikit menggeletar. Awak tak apa-apa, kan? sapa wanita yang melempar bola itu kepadanya. Errrasanya, balas Izwan sambil mengukir senyuman. Wah, kacaknya, ujar wanita itu lagi. Kacak? Errtakpokok tu sangat kacak, ujar wanita itu lagi sambil menunjuk sesuatu di belakangnya. Lantas Izwan berpaling melihat pokok yang dimaksudkan. Pokok yang tiada daun dan hampir mati itu membuatkan dia tersenyum kelucuan. Errmaaf tentang tadi, ucap wanita itu kelihatan serba salah. Tak mengapa. Walaupun hampir terkena, tapi masih boleh dimaafkan, balas Izwan sambil merenung gadis di hadapannya itu. Awak ni atlet? Sebab cara awak kawal bola tadi macam atlet profesional. Hah? Dengan hentam backboard pun awak boleh kata macam atlet profesional? Semua orang boleh hentam backboard, jawabnya sambil berlalu duduk ke kerusi gelanggang yang hampir reput itu. Tapi saya ambil masa tiga bulan untuk hentam backboard tanpa bergerak seinci pun, balas Izwan tersenyum melebar. Awak main bola keranjang? Izwan mengangguk. Bukan itu saja. Gelanggang ni selalu jadi tempat latihan rahsia, jawabnya. Jadi, awak atlet? Tak. Bermain untuk suka-suka saja. Pantas dia menafikannya. Bermain untuk suka-suka tak akan cari tempat

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 63

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 64

latihan rahsia, balas wanita misteri itu seperti dapat mentafsir sesuatu. Dulu pun saya macam tu. Kalau ada masa terluang, saya akan cari gelanggang yang terbiar dan membuat latihan rahsia. Alasannya satu saja, saya nak buat semua orang kagum, tambahnya lagi. Saya Izwan, ujar Izwan memperkenalkan diri. Apy Elina. Perkenalan disambutnya dengan mesra. Hei, saya ada idea yang menarik. Memandangkan awak datang sini untuk berlatih secara rahsia, saya boleh jadi jurulatih rahsia awak. Dengan syarat? Dengan syarat, awak kena belanja saya makan. Okey, jawab Izwan tanpa berfikir panjang. Bola jingga di tangan Apy Elina dilempar ke arahnya. Awak mula dulu, katanya dengan penuh keyakinan. Kemudian, Izwan melemparkan bola di tangannya kepada Apy Elina semula. Saya lebih suka perempuan mulakan dulu, ujarnya. Izwan, ini nasihat saya yang pertama. Jangan terperdaya dengan kecomelan yang ada pada saya, ujarnya sambil tersenyum sinis. AKU tak sangka, nak cari kerja lebih susah daripada cari calon suami, kata Apy Elina kepada Nabila yang sedang asyik menonton televisyen. Sejak tadi dia asyik membelek-belak surat khabar Harian Metro untuk melihat iklan jawatan kosong. Beberapa akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris juga berselerak di atas lantai di ruang tamu rumah Nabila yang ditumpanginya itu.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 64

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c65

Dan aku tak tahu apa kena-mengena dengan umur 25 tahun dengan kerja yang ditawarkan? Mungkin aku berusia 25 tahun, tapi itu tak bermakna aku dah tua. Angka tak bermakna apa-apa! rungutnya lagi. Sekarang barulah kau tahu betapa peritnya hidup aku nak cari tapak di Kuala Lumpur ni. Kau tu kira nasib baiklah sebab dapat kawan dengan aku. Jadi, dapat tumpang rumah aku secara percuma. Kalau kau nak tahu, aku dulu datang sini terpaksa sewa bilik kecil yang mahal. Itu belum lagi ada kerja. Sebulan aku menganggur di Kuala Lumpur ni tau! balas Nabila yang barangkali sudah tidak tahan dengan rungutan kawannya itu. Gara-gara tidak dapat kerja, dia pula yang kena tempiasnya. Yalah. Yalah, balas Apy Elina sebelum Nabila membebel lebih banyak lagi. Aku tahu hidup kau lagi seksa daripada aku dan tak payah nak ulang sekali lagi. Ini bukan kali pertama Nabila bercerita betapa seksanya hidupnya di Kuala Lumpur dahulu. Sudah muak dia mendengar cerita Nabila. Kononnya hendak beritahunya bahawa kisah hidupnya tidaklah teruk berbanding Nabila. Tahu pun. Kau pun sama. Asyik merungut saja. Dulu, masa muda-muda tak nak cari kerja. Kononnya nak tunggu Kelab NBA tawarkan kau kerja. Anganangan tinggi. Sekarang kau tengoklah nasib kau sendiri. Semua tempat tak nak terima kau kerja! Kau tahu tak, aku pasti dia orang yang tak ambil aku bekerja akan berasa rugi suatu hari nanti, balas Apy Elina lagi dengan berlagaknya. Simpan sajalah angan-angan kau tu. Bila kau dah berjaya suatu hari nanti, barulah kau tunjuk lagak

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 65

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 66

depan aku. Masa tu, kau nak berlagak apa pun aku sanggup dengar, ujar Nabila sudah malas hendak melayan. Jika dilayan, lagi panas telinganya. Oh, itu semestinya aku akan buat. Tapi aku tetap nak berlagak juga. Kau sendiri tahu kan hidup kita ni mestilah berlagak, dengan itu dapatlah kita cabar diri kita sendiri, kata Apy Elina lagi sambil mengeluarkan Hikayat Cinta dari begnya. Sehelai kertas terjatuh ke lantai, menarik perhatiannya. The Legend? Dia membaca tulisan yang tercatit di atas sehelai kertas asing yang dijumpainya itu. Dibaca kandungan yang tertulis di atas kertas bersaiz A4 dengan teliti. Kemudian dia memandang Nabila yang masih lagi menonton televisyen. Kau pernah dengar tak? Kadangkala apa yang kita kejar tak dapat tapi dalam diam ia mengejar kita, ujarnya sambil menunjukkan helaian jawatan kosong yang entah bagaimana berada di dalam begnya.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 66

10/2/2012 10:40:23 AM

Hikayat Cinta c67

9
T Kata Hikayat :Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas. Walaupun tidak cantik, ia tetap mempunyai sejuta makna.

ILA perkenalkan diri. Seorang panel lelaki yang awal-awal lagi menarik perhatiannya sejak dia meletak punggung di atas sebuah kerusi yang disediakan di dalam bilik temu duga itu memulakan. Buat pertama kali, dia ditemu duga oleh tiga orang panel yang kelihatan lebih muda daripada umurnya. Malah, panel lelaki yang juga merupakan seorang remaja lelaki yang duduk di tengah-tengah itu kelihatan seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Namun, dia tidak dapat memikirkan siapakah orangnya dan di manakah dia pernah melihatnya kerana perasaan gemuruh sedang menguasai dirinya sekarang. Apy, jawabnya dengan agak gugup. Apy Elina binti Mohd Nasir.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 67

10/2/2012 10:40:23 AM

Ratu Bulan c 68

Hah? Happy? tanya panel lelaki yang duduk di sebelah kanan sekali. Orangnya berbadan tegap dan tinggi tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu. Kemudian, pandangan Apy Elina beralih ke arah panel lelaki yang duduk di tengah, masih lagi serius memandang kertas di atas mejanya dan mencatit sesuatu di atasnya. Panel perempuan yang duduk di bahagian kanan, yang sempat memperkenalkan dirinya sebagai setiausaha kelab bola keranjang The Legend, turut menunjukkan reaksi pelik. Namun, tangannya masih lagi mencatit sesuatu di atas sehelai kertas yang disediakan khas dalam temu duga itu. Bukan Happy tapi Apy. A.P.Y. Apy Elina binti Mohd Nasir. Lantas Apy Elina membetulkan sambil sempat mengeja namanya. Ini bukan kali pertama orang mempersoalkan namanya. Sememangnya ramai yang agak keliru dalam menyebut namanya dan sering menyangka namanya adalah Happy. Nama yang pelik, kata lelaki yang memanggilnya Happy tadi. Cik Apy Elina. Setiausaha kelab mula bersuara. Cik ada masa tiga minit untuk perkenalkan diri. Okey. Apy Elina menarik nafas panjang kemudian menghembus nafasnya ke udara. Dia lantas mencapai Hikayat Cinta dan membukanya pada muka surat yang sudah ditanda. Nama saya Apy Elina binti Mohd Nasir. Ejaan nama A.P.Y. Lahir di Kuala Lumpur tapi menetap di Sabak Bernam, Selangor. Saya lahir pada 25 November 1986. Sejak sekolah lagi saya memang

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 68

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c69

Okey, berhenti! Lelaki yang bermuka serius sejak tadi tiba-tiba menyuruhnya berhenti. Dia yang berasa gemuruh jadi bertambah gemuruh apabila disergah supaya berhenti. Errkenapa? tanya Apy Elina yang tersentap tadi. Rasanya dia tidak membuat salah. Orang sudah suruh perkenalkan diri dan dia perkenalkan diri kepada mereka bertiga, tetapi entah kenapa lelaki yang serius itu tiba-tiba sahaja kelihatan tidak puas hati. Macam orang sakit jiwa pun ada. Apa tu? tanya lelaki itu seperti menahan barannya daripada terus membara. Yang mana? Yang ni ke? tanya Apy sambil menunjukkan buku yang dipegangnya semasa dia sedang memperkenalkan dirinya tadi. Oh, inilah Hikayat Cinta. Hikayat Cinta? Ya, Hikayat Cinta. Apy Elina mengiakan dengan penuh bersemangat. Serentak itu mereka berdua ketawa terbahak-bahak kerana tidak tahan apabila dia menamakan buku nota yang dipegangnya sebagai Hikayat Cinta. Kenapa pula? tanya Apy tidak faham dengan mereka berdua, yang ketawakannya. Apa yang melucukan? Kerana Hikayat Cinta, saya dapat hidup sampai hari ni tau. Tanpanya mungkin hidup saya tak bermakna lagi. Okey. Lelaki serius tadi bersuara setelah menarik nafas panjang. Barangkali cuba untuk menenteramkan perasaannya sekarang. Tolong jangan bazir masa saya dan lupakan tentang Hikayat Cinta seketika. Baiklah, jawabnya sambil meletak kembali Hi-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 69

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 70

kayat Cinta di atas lantai. Cik Apy Elina, cik tahu tak, jawatan apa yang cik sedang temu duga ini? tanya lelaki itu lagi. Tahu. Jawatan jurulatih, jawabnya. Jurulatih apa? Tentulah jurulatih bola keranjang, jawab Apy Elina dengan bersungguh. Dan Cik Apy Elina tahu tak, semua calon yang datang tadi adalah lelaki? Mestilah tahu. Takkanlah saya tak boleh bezakan lelaki dengan perempuan, balas Apy Elina selamba sambil cuba mengingati siapakah lelaki itu. Lagak gayanya seperti pernah dilihat sebelum ini. Kenapa Cik Apy Elina memohon jawatan ni? Sebab saya suka dikelilingi pemain bola keranjang yang kacak-kacak, ujarnya sambil mengenyit mata. Masing-masing memandangnya dengan pelik. Lelaki yang berwajah serius tadi sekali lagi menarik nafas lemah sambil mengurut-urut dahinya. Eh! Bukan, bukan! Pantas Apy Elina menafikan sejurus menyedari apa yang dikatakan tadi. Minat. Sebenarnya saya minat dengan permainan bola keranjang dan berharap suatu hari nanti saya dapat memimpin sebuah pasukan bola keranjang sehingga ke peringkat antarabangsa, ujarnya dengan penuh semangat sambil menggenggam kedua-dua tangannya tanda bersemangat. Maaf. Buat pengetahuan Cik Apy, semua pemain bola keranjang di sini adalah gay, ujar panel perempuan itu selamba. Serentak dengan itu kedua-dua panel lelaki memandang ke arah rakannya. Salah seorang daripada mereka memberinya isyarat seperti hendak mencari

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 70

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c71

gaduh selepas ini. Cik Apy, berapa umur cik sekarang? tanya panel lelaki yang berwajah serius itu lagi, seperti sudah kehabisan soalan yang hendak ditanya. Mungkin menyedari dia tidak menulis umurnya pada borang temu duga itu. Semuanya gara-gara dia tergesa-gesa mengisinya tadi. Errnanti kejap. Biar saya kira dulu. Saya lahir pada tahun 1986. Jadi2011 ditolak dengan 1986 sama dengan 25 tahun, ujar lelaki itu. Ya! 25 tahun! Baru saya ingat. Saya berusia 25 tahun pada tahun ni. Pantas Apy Elina berkata. Maaf, matematik saya memang selalu gagal. Okey, sampai di sini sajalah sesi temu duga kita. Jumpa lagi, ujar lelaki itu sambil memberi beberapa helaian kertas kepada panel perempuan di sebelahnya itu. Wajahnya kelihatan seperti sedang tension. Hah, dah habis? Cepatnya, keluh Apy Elina sambil bangun dari kerusi. Melihat wajah panel di tengah yang langsung tidak senyum itu, dia sudah tahu keputusan temu duganya itu. Sekali lagi dia mensia-siakan temu duganya kali ini. Kami akan beritahu keputusan minggu depan melalui telefon, beritahu panel perempuan itu dengan senyuman mesra. Dan kalau saya tak dapat panggilan tu bermakna saya tak berjaya, bukan? tekanya. Panel perempuan itu hanya mengangguk mengiakan. Tak mengapa. Tapi sebelum tu, siapa nama awak yang berbaju belang tu? tanyanya lagi sambil menunjuk ke arah salah seorang panel lelaki.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 71

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 72

Saya? Azhar. Oh, Azhar. Semoga kaki awak cepat sembuh, ujarnya sebelum meninggalkan dewan gelanggang yang dijadikan tempat temu duga. MACAM mana awak tahu saya benar-benar perlukan pekerjaan sebagai seorang jurulatih bola keranjang? tanya Apy Elina sebaik sahaja dia menghampiri Izwan yang sedang berlatih di gelanggang yang sama ketika dia berkenalan dengan Izwan semalam. Semuanya dapat diteka daripada cara awak menewaskan saya tempoh hari, jawab Izwan tanpa berselindung lagi. Jadi, awak pergi? The Legend. Itu pasukan awak? Izwan mengangguk. Saya pernah dengar sikit-sikit pasal pasukan tu. Seingat saya The Legend sebuah pasukan yang suka beli kemenangan. Itulah yang orang kata, balas Izwan tidak mahu menegakkan benang yang sudah basah. Terpulanglah kepada seseorang untuk menilainya. Awak tahu, saya tak kisah dengan semua tu. Apa yang penting adalah cita-cita saya untuk menjadi jurulatih bola keranjang. Tetapi nampaknya tak berjaya. Saya mempunyai rekod yang buruk dalam temu duga sebab temu duga tak menonjolkan apa yang saya mampu lakukan. Hanya bercakap tentang keistimewaan diri sendiri yang mungkin tak ada benarnya. Saya lebih suka orang melihat saya dengan mata tajamnya dan tahu apa yang mampu saya lakukan, katanya sambil mengenang kembali temu duga yang baru sahaja habis beberapa jam tadi. The Legend memang banyak masalah dari segi

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 72

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c73

pengurusan. Kami sering ada masalah dengan jurulatih dan sebab itulah kami bertindak untuk pilih jurulatih sendiri, terang Izwan. Masa temu duga tadi, ada seorang lelaki yang berwajah masam mencuka. Dia tu kapten pasukan? Izwan mengangguk. Ya. Namanya Adam Alexander. Adam Alexander Kemudian, barulah dia menyedari bahawa orang yang menyebabkan dia bermandi lumpur tempoh hari dan orang yang menemuduganya tadi adalah orang yang sama. ALEX? Kau tak apa-apa ke? sapa Rinazila selepas menyedari kapten pasukannya itu asyik mendiamkan diri sejak mereka mula bermesyuarat untuk memilih calon yang sesuai untuk menjawat jawatan jurulatih pasukan The Legend. Tak ada apa, jawabnya acuh tidak acuh. Dia kembali meneliti catatan yang dibuat olehnya sewaktu menemu duga calon yang terakhir tadi. Bermacammacam yang difikirnya sehingga dia sendiri tidak pasti dengan keputusannya sekarang. Aku harap ini kali terakhir aku terlibat dalam mencari jurulatih baru. Lagi sekali jurulatih yang kita akan lantik ni letak jawatan, aku juga akan letak jawatan, rungut Rinazila sejak tadi. Kau dah cakap benda yang sama sejak awal tahun lepas, tapi kau tak pernah nak kotakan janji kau, balas Azhar dengan nada memerli. Lantas Rinazila menghadiahkan jelingan yang tajam. Okey, kita mulakan pemilihan jurulatih terbaru

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 73

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 74

kita sekarang, ujar Rinazila sambil menghulurkan sekeping resume kepada Alex, selaku kapten pasukan bola keranjang Universiti Legenda. Seperti yang kita dah persetujui sebelum ni, kita bertiga perlu memilih seorang calon yang dikatakan layak untuk memegang jawatan jurulatih dan aku memilih Encik Mohd Hairi Asran yang merupakan salah seorang pelatih di gim. Aku rasa dia adalah orang yang sesuai sebab selain memiliki semangat keyakinan yang jitu, dia juga seorang yang tegas. Bekas pemain bola keranjang di sekolah lamanya. Jadi, dia tahu serba sedikit tentang sukan bola keranjang, terang Rinazila kepada mereka semua. Ada sedikit penambahan yang kau tak ceritakan tentang dia, sampuk Azhar. Tubuh badannya yang cantik dan ototnya yang berketul-ketul. Azhar menambah. Oh, kau cemburu? Gila! Buat apa aku nak cemburu? Sebab tubuh badan kau langsung tak cantik dan otot kau tak berketul-ketul. Manakala perut kau buncit, balas Rinazila yang tidak sah jikalau tidak bergaduh dengan Azhar dalam sehari. Aku rasa kau patut pergi beli cermin mata yang Betty pakailah. Cermin mata kau tu dah expired dah. Kena tukar. Tapi aku harap kau jangan tukar sebab kalau kau tukar, kau mesti akan nampak aku macam Prince Charming dan tergila-gilakan aku pulak, balas Azhar tidak mahu mengaku kalah. Hah! dengus Rinazila tidak tahan dengan katakata Azhar tadi. Boleh tak kalau kau orang nak bergaduh tunggu aku pergi dari sini dulu? kata Alex yang diam se-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 74

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c75

jak tadi, mula bersuara. Kemudian, masing-masing menunjukkan mimik muka saling mengejek-ejek seperti budak kecil sedang bergaduh. Azhar, kau pilih siapa? tanya Alex. Hah! Dia sudah semestinya akan pilih perempuan tiga suku tu, sindir Rinazila. Hainilah kali pertama kau teka dengan jawapan yang betul, puji Azhar sambil mengambil resume Apy Elina yang merupakan orang terakhir mereka temu duga tadi sebagai jurulatih pilihan. Kau dah gila. Rinazila memandang Azhar dengan tajam. Kau cemburu. Aku tak cemburu! Tapi kau dah gila. Kau tahu tak perempuan tu tak betul sikit? Nak jadi jurulatih? Dia ingat jadi jurulatih macam cuci pinggan mangkuk? Agaknya cuci pinggan mangkuk pun dia tak tahu! ujar Rinazila yang tidak puas hati dengan pilihan Azhar itu. Alasan? tanya Alex lagi, terpaksa memekakkan telinga mendengar mereka berdua bertengkar. Pertama, sebab dia ni walaupun tua daripada umur kita semua, tapi aku rasa dia boleh berkomunikasi dengan baik, terutama sekali dengan Alex. Dia menjeling, memandang Alex di sebelahnya. Rinazila dan Alex saling memandangnya. Inginkan penjelasan lanjut. Okey, aku tahulah keluarga Alex ni berpengaruh di universiti ni dan sepanjang dua tahun lepas kita asyik mengambil jurulatih yang tegas sehingga nak senyum pun tak boleh dan akibatnya, kumpulan kita kucarkacir sebab sikap kebudak-budakan Alex yang panas baran sepanjang masa. Jadi, aku rasa Apy Elina me-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 75

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 76

mang seorang yang terbaik sekali antara calon-calon lain. Kita tak perlu pilih jurulatih yang tegas, badan berketul-ketul sebab kita pernah laluinya. Aku berani jamin, kalau kita cari yang jenis sama dengan sebelum ini, dia mungkin boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja. Azhar dengan panjang lebar memberitahu alasannya. Jadi, maksud kau, walaupun Apy Elina ni langsung tidak pandai menguruskan pasukan bola keranjang, tapi dia seorang calon yang paling bagus? tanya Rinazila lagi. Azhar mengangguk. Oh, kau tahu tak? Inilah kali pertama aku rasa kau bercakap dengan penuh serius sekali dalam sesuatu perkara dan pertama kali juga aku rasa kau ni seorang yang bengap! Jangan nak libatkan panas baran Alex dengan pemilihan jurulatih! Alex tu memanglah panas baran dan kita semua tahu cuma jurulatih-jurulatih yang sebelumnya yang tak tahu macam mana nak berhadapan dengan orang macam Alex ni. Dan lagi satu, Alex adalah gay. Kau tak terasa nak cari jodoh Alex yang tak kunjung tiba dengan mencari jurulatih yang satu spesies dengannya? tanya Rinazila dengan selamba. Boleh tak kalau kau orang nak kutuk aku, tunggu aku pergi dari sini dulu dan bukannya di depan aku, balas Alex masih lagi meneliti beberapa resume di hadapannya. Rinazila dan Azhar masing-masing menahan ketawa. Jadi, kau pula pilih siapa? tanya Rinazila tidak sabar lagi mengetahui pilihan utama Alex. Masing-masing memandang ke arah Alex sam-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 76

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c77

bil menunggu dengan penuh sabar siapakah pilihannya. Dengan perlahan dia menarik resume dari tangan Azhar. Takkanlah. Rinazila seakan-akan tidak percaya. Yes! Seperti mengetahui apakah akan berlaku nanti, Azhar bersorak gembira. Aku pilih mak cik ni. Resume milik Apy Elina diletak di tengah-tengah meja. Azhar sudah bersorak-sorak gembira tidak hentihenti. Meluat pula Rinazila melihatnya. Hendak sahaja dia baling Azhar dengan botol air mineralnya itu. Kenapa?! Anggap saja aku tak nak curang dengan kekasih aku, ujar Alex sambil tersengih memandang Izwan yang melangkah masuk ke dalam dewan gelanggang. Pada saat itu, kedengaran keluhan berat daripada Rinazila manakala Azhar di sebelahnya tidak dapat menahan ketawa. Kau orang semua memang dah gila!

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 77

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 78

10
T Kata Hikayat :Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

WAK serius? tanya Apy Elina seolah-olah tidak mempercayai bahawa orang yang menghubunginya itu adalah Rinazila, setiausaha kelab bola keranjang Universiti Legenda yang menemuduganya semalam. Ya. Setelah kami berbincang, Cik Apy berjaya dalam temu duga semalam. Rinazila memberikan jawapan yang sama walaupun sudah berkali-kali Apy Elina ingin mendapatkan kepastian. Tapisaya ingat saya tak berjaya. Dia masih lagi tidak percaya. Sebelah tangan mencubit kakinya. Sakit. Ini bermakna dia tidak bermimpi. Jadi, bila saya perlu lapor diri? Minggu hadapan. Hari Isnin. Saya rasa tak ada

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 78

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c79

masalah, bukan? Ya. Tak ada masalah. Terima kasih. Sama-sama, sambut Rinazila sebelum menamatkan perbualan. Kenapa? tanya Nabila memandangnya semacam. Aku dapat kerja yang aku nak selama ni, jawab Apy Elina masih lagi tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Rinazila. Maksud kau kerja sebagai jurulatih? teka Nabila lagi. Dia yang masih tidak percaya, mengangguk beberapa kali. Maksud kau, kau akan jadi jurulatih pasukan The Legend? Sebuah kelab bola keranjang di bawah pengurusan Universiti Legenda milik Dato Azrina? tanya Nabila lagi. Ya! jawabnya sambil bersorak gembira. Macam dalam mimpi. Aku berjaya dalam temu duga tu dan mulai minggu depan aku akan bergelar jurulatih The Legend, kelab bola keranjang Universiti Legenda milik Dato Azrina! Dia melompat-lompat keriangan. Kemudian dia berhenti melompat. Senyumannya terus mati. Matanya memandang Nabila yang masih memandangnya seperti tidak percaya dengan berita yang disampaikannya sebentar tadi. Nanti, siapa Dato Azrina? tanya Apy Elina kepada Nabila. Seseorang yang mempunyai kuasa dalam pengurusan Universiti Legenda dan ibu kandung kepada Adam Alexander yang juga merupakan kapten pasukan The Legend. Manakala, maklumat tambahan yang perlu kau tahu, aku merupakan setiausaha ke-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 79

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 80

pada Dato Azrina. Seseorang yang aku dan pekerja kat pejabat aku ibaratkan seperti mak mertua, terang Nabila. Hah?! Nampaknya kau bukan saja berjaya mencapai cita-cita kau tapi kau hampir berjaya masuk ke dalam gua sekeluarga naga yang bila-bila masa akan membaham kau, tambah Nabila lagi, membuatkan Apy Elina cuak seketika. ALEX memberhentikan keretanya di sebuah gelanggang terbiar yang di sekelilingnya dipenuhi dengan semak samun. Dia melangkah keluar dari kereta sambil membawa sebiji bola jingga yang selalu menemaninya di kala kesunyian. Bola pemberian seseorang yang pernah bersamanya suatu ketika dahulu dilontarkan ke atas gelanggang yang sudah uzur itu. Dengan bantuan cahaya lampu yang datang daripada keretanya, dia dapat berlatih bermain bola keranjang memandangkan suasana malam di gelanggang yang uzur dan tersorok itu tidak mempunyai sebarang cahaya lampu. Bola jingga di tangannya dilemparkan beberapa kali ke dalam bakul keranjang yang hampir senget itu dan diikuti dengan gerak langkah yang lincah seolah-olah dia sekarang sedang bertarung dengan seseorang. Setelah hampir sejam lebih menghabiskan masa bermain di gelanggang, barulah tubuhnya mengeluarkan peluh. Dia melihat jam tangannya. Hampir pukul 3.00 pagi. Namun, masa itu bukan satu masalah kepadanya kerana hampir setiap malam dia akan habiskan masanya bermain di gelanggang. Apabila matahari mula terbit barulah dia pulang ke rumah sewanya un-

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 80

10/2/2012 10:40:24 AM

Hikayat Cinta c81

tuk berehat selama beberapa jam. Izwan yang mengetahui masalahnya yang tidak boleh tidur malam, sudah banyak kali menyuruhnya untuk berjumpa dengan doktor pakar. Namun, dia tidak pernah mendengar nasihat Izwan. Baginya, bukan dia menghadapi masalah tidak boleh tidur malam, tetapi kerana dia tidak mahu tidur malam. Apabila dia berbuat demikian, pasti peristiwa lama akan menghantui mimpinya. Kau orang tak perlu menyorok lagi. Keluar cepat, ujarnya apabila menyedari ada seseorang di sebalik semak, sedang perhatikannya sejak awal lagi. Tanpa disuruh buat kali kedua, beberapa orang berpakaian serba hitam dan menutup separuh daripada muka keluar dari semak dan menghampiri gelanggang sehingga Alex menyedari bahawa dia sudah dikepung. Alex tetap bersikap tenang. Ini bukannya kali pertama dia menghadapi serangan hendap daripada orangorang yang tidak dikenali. Tetapi sudah banyak kali, sehingga dia muak hendak berhadapan dengan orang seperti ini. Kau orang tahu tak, kalau nak berurusan dengan aku, pastikan kau orang tak menutup muka, ujarnya sambil memeluk bola jingga di tangan. Bos kami nak jumpa kau, kata salah seorang daripada mereka. Dia nak jumpa aku, dia perlu datang sendiri. Tak perlu bawa orang macam nak cari gaduh, ujar Alex sambil mengorak langkah. Namun, sebaik sahaja dia ingin melepasi mereka, salah seorang daripada mereka menghalang laluannya. Bos kami pesan lagi, kalau kau tak nak ikut, gunakan cara lain, ujar salah seorang daripada mereka.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 81

10/2/2012 10:40:24 AM

Ratu Bulan c 82

Serentak dengan itu, Alex menyedari orang yang menghalang laluannya itu mengeluarkan sebilah pisau Rambo yang tajam dan ingin menyerangnya. Tanpa buang masa, Alex lantas mematahkan serangan dengan merampas pisau tersebut. Akan tetapi, ketika dia hendak merampas pisau itu dari tangan orang yang menyerangnya, mata pisau itu menghiris lengannya sehingga berdarah. Kau orang patut tahu, kau orang berhadapan dengan siapa sekarang, ujar Alex mula naik marah. Tanpa berlengah lagi, dia yang mahir dalam seni mempertahankan diri membelasah penyangak-penyangak yang tidak diketahui asal usul mereka itu. Dalam masa kurang daripada lima minit, mereka semua terbaring mengerang kesakitan di atas lantai gelanggang. Sampaikan pesanan aku pada bos kau orang. Kalau dia nak berurusan dengan aku, datang jumpa aku sendiri. Aku hanya berurusan dengan orang yang berani dan bukan orang pengecut yang berselindung dengan orang bawahan seperti kau orang, kata Alex sambil mencapai bola jingga yang terjatuh daripada pegangannya ketika dia dicederakan tadi. Tanpa mempedulikan mereka yang masih mengerang kesakitan di lantai, Alex melangkah menghampiri keretanya. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia memandu kereta dalam keadaan cedera. Darah daripada luka hirisan pada lengannya itu mengalir tanpa henti.

Hikayat Cinta 070320120732PM.indd 82

10/2/2012 10:40:24 AM

Anda mungkin juga menyukai