Anda di halaman 1dari 17

Bahagian C

Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Ibu menyuruh Amran pergi ke kedai untuk membeli barang. Meskipun dia sedang mengulang kaji pelajaran pada masa itu, dia tidak membantah. Dia terus pergi ke kedai. Sungguhpun mempunyai basikal, namun dia lebih gemar berjalan kaki kerana ingin mengekalkan kecergasannya. Dia merupakan atlet olahraga sekolah. Amran tidak pernah cuai ketika di jalan raya. Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus lalu lintas. Sewaktu hendak melintas, Amran ternampak seorang lelaki tua yang ingin melintas jalan. Dia berasa amat kasihan melihat orang tua itu. Dia memimpin tangan lelaki itu menyeberang jalan itu bersamanya. Selepas itu, dia terus ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu. Amran memastikan semua barang yang dipesan telah dibeli. Setelah selesai, dia terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang kepada ibunya. Ibu Amran mengucapkan terima kasih kepadanya. Amran berasa gembira kerana dapat membantu ibunya.

Kata Nama Kita Kita Kita Kita

Kata Bantu hendaklah mestilah perlulah patutlah

Nilai/Pengajaran

Contoh/Huraian

Bahagian C Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

6.00 pagi

Saya bangun pagi seperti biasa. Selepas mandi, saya sembahyang dan mengemaskan tempat tidur sebelum bersiap pergi ke sekolah. Saya bersarapan bersama-sama keluarga. Saya membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan. Saya tidak lupa bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi ke sekolah. Saya menaiki basikal ke sekolah. Biasanya saya berbasikal dengan rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya. Saya dan rakan-rakan beratur sebelum masuk ke kelas. Rakanrakanku yang bertugas sedang bertungkus-lumus membersihkan kelas. Kami bangun memberi salam apabila guru masuk ke dalam kelas. Kami sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan menjaga tingkah laku agar tidak mengganggu pengajaran guru. Selepas menikmati sepinggan nasi lemak dan segelas air, saya ke perpustakaan untuk membaca buku. Hari ini, saya memilih buku cerita untuk dipinjam selama seminggu.

6.45 pagi

7.00 pagi

7.30 pagi

7.45 pagi

10.30 pagi

1.00 petang Saya segera pulang ke rumah kerana sudah pukul 3.00 petang.

Kata nama Kita

Kata bantu mestilah

Nilai/pengajaran

Huraian

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Bahagian C Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang

jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Safina : Ibu, kelas saya akan melawat rumah orang tua, tidak lama lagi. Boleh saya ikut? Ibu : Bilakah lawatan itu, apakah tujuannya?

Safina : Hari Sabtu depan. Lawatan itu bertujuan melihat lebih dekat kehidupan dan nasib orang tua yang tinggal di sana. Bolehkah saya ikut, ibu? Ibu : Baiklah Safina, ibu benarkan. Setidak-tidaknya lawatan kamu dan kawankawan nanti dapat menghiburkan hati dan perasaan sedih mereka. Safina : Saya hendak membawa makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan, ibu. Ibu : Kalau begitu, baguslah. Kita mesti membantu mereka atau orang susah yang lain. Bantuan diberi tidak semestinya berbentuk wang ringgit, tetapi apa sahaja asalkan dapat membantu mereka. Safina : Kenapa mereka tinggal di sana, ibu? Ibu : Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, keluarga dan sanak-saudara.

Safina : Saya dengar dalam kalangan mereka ada anak yang berjawatan tinggi. Ibu : Betul. Ada anak menghantar ibu bapa mereka ke sana kerana tidak mahu menjaganya. Perbuatan itu salah, Safina. Kita sepatutnya membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Hairan, ibu bapa dapat menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak tidak dapat menjaga seorang ibu atau bapa. Kata nama Kita Kata bantu mestilah Nilai/pengajaran Huraian

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Bahagian C Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sofiya menyusun buku-bukunya di rak agar kelihatan kemas dan teratur. Kemudian, dia merujuk kepada jadual belajarnya. Buku latihan Bahasa Melayu dikeluarkan dari begnya lalu dibaca. Ibu mengajaknya makan bersama-sama. Sofiya menutup buku tersebut lalu makan bersama-sama keluarganya. Sudah menjadi kebiasaan dalam keluarganya untuk makan bersama-sama. Adab-adab semasa ............................................................................................................................................................ makan sentiasa dipatuhinya. ............ Selepas makan, Sofiya menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk dan mengelap meja makan. Selesai membantu ibunya, Sofiya meminta izin untuk mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang membuat catatan tentang bahan yang dibaca, adiknya datang kepadanya untuk bertanyakan beberapa soalan. Sofiya membantu adiknya menjawab soalan tersebut. Jika soalan itu tidak dapat dijawab, dia akan merujuk kepada abangnya. Sofiya amat sayang akan adik dan abangnya. Dia juga sayang akan ibu dan ayahnya. Dia hendak menjadi anak yang baik.

Kata nama

Kata bantu

Nilai/pengajaran

Huraian

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Bahagian C Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Arif dan Aiman baru balik dari perpustakaan awam. Mereka membaca buku sambil menunggu bas di perhentian bas. Tatkala itu, mereka terpandang seorang wanita tua sedang menuju ke arah perhentian bas sambil menjinjing banyak barang.

Arif bangun lalu memberikan tempat duduk kepada wanita tua itu. Wanita tua itu mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum.Mereka berbual dengan nada lembut dengan wanita itu. Wanita tua itu menjelaskan bahawa dia hendak pergi ke rumah anaknya. Secara kebetulan rumah anaknya berhampiran dengan rumah Aiman dan Aiman mengenalinya. Anak wanita tua itu merupakan seorang yang peramah dan dihormati oleh penduduk setempat.

Apabila bas tiba, mereka membantu membawa barang-barang wanita tua itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Arif dan Aiman.

Kata nama

Kata bantu

Nilai/pengajaran

Huraian

Kita

mestilah

Kita

perlulah

Kita

hendaklah

Kita

haruslah

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu petang, hujan lebat dan disertai angin yang kencang. Encik Lim sekeluarga sedang duduk berbual-bual di ruang tamu sambil menikmati minum petang. Mereka sekeluarga tidak berani keluar rumah kerana ribut petir.

Selepas hujan berhenti, Encik Lim keluar dari rumh untuk mengetahui apa yang berlaku. Dia terkejut apabila melihat rumah jirannya Encik Rahim musnah ditimpa

pokok yang tumbang. Dia segara ke rumah Encik Rahim untuk mengetahui keadaan keluarganya. Encik Lim gembira melihat Encik Rahim sekeluarga selamat.

Encik Lim memberitahu kejadian itu kepada ketua kampung. Sebagai ketua kampung, Encik Osman mengadakan mesyuarat tergempar untuk membantu keluarga Encik Rahim. Sementara menunggu rumah dibaiki, Encik Rahim tinggal di rumah saudaranya, Encik Zainal. Encik Zainal menerima dengan hati yang terbuka. Encik Rahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membantu keluarganya.

Kata nama Kita Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu hari, Hafiz dan Chong ke hospital untuk melawat rakan sekelas mereka, Ravi yang dimasukkan ke wad kerana kemalangan jalan raya. Mereka membawa buah tangan ketika melawat Ravi.

Ketika Hafiz dan Chong masuk ke wad, Ravi melambai-lambai tangan ke arah mereka. Ayah dan ibu Ravi turut berada di sisi katilnya. Hafiz dan Chong bersalamsalaman dengan mereka. Hati Hafiz tersentuh apabila melihat keadaan kaki Ravi yang bersimen. Ravi memberitahu mereka bahawa kakinya patah. Dia perlu dirawat di hospital untuk beberapa hari lagi.

Mengimbau kembali kemalangan itu, Ravi mengakui bahawa dia cuai ketika menunggang basikal. Oleh sebab hendak cepat ke sekolah, dia mengayuh basikal dengan laju. Ketika tiba di kawasan selekoh, dia gagal mengawal basikalnya lalu berlanggar dengan sebuah motosikal. Ravi amat menyesali perbuatannya itu.

Kata nama Kita Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sudah acap kali Pak Dolah menasihati Sudin tentang sampah sarap di belakang rumahnya itu. Botol-botol plastik, tin kosong, malah tayar buruk juga dilonggokkan di situ. Malangnya Pak Sudin keras kepala orangnya. Nasihat Pak Dolah langsung tidak diendahkannya. Suatu hari, anaknya Amir jatuh sakit. Pak Sudin membawa anaknya berjumpa doktor. Rupa-rupanya, Amir disahkan menghidap demam denggi. Keadaannya itu menyebabkan Amir terpaksa ditahan di wad. Pak Sudin kesal dengan sikap keras kepalanya selama ini. Kedegilannya menyebabkan anaknya terlantar di hospital. Dia sedar akan kesilapannya. Dia bertekad untuk membersihkan kawasan belakang rumahnya secepat mungkin.

Kata nama Kita Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Rosli tinggal bersendirian di rumah. Ibu dan ayahnya tiada kerana menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat mereka. Semasa dia mengulang kaji pelajaran di biliknya, tibatiba pintu rumahnya diketuk oleh seseorang.

Rosli terperanjat lantas bangun membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya Rosli apabila melihat seorang pemuda memegang bahunya yang berlumuran darah dalam keadaan yang mencurigakan. Rosli segera memapah pemuda tersebut lalu membantu merawat lukanya. Tanpa membuang masa, Rosli meninggalkan pemuda itu seketika untuk menghubungi pihak polis.

Pihak polis segera berkejar ke rumah Rosli dan menangkap pemuda itu. Polis mengucapkan terima kasih kepada Rosli kerana telah membantu menangkap penjenayah yang paling dikehendaki. Rupa-rupanya pemuda itu ialah penjenayah yang cuba melarikan diri setelah ditembak oleh pihak polis.

Kata nama Kita Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

6.40 pagi Setelah siap memakai uniform sekolah,Liza bersarapan bersama-sama Dengan ibu dan ayah.Liza makan dua keping roti ,sebiji telur dan minum segelas susu.Liza bersalam dan mencium tangan mereka sebelum menaiki bas sekolah. 7.10 pagi Tiba di sekolah ,Liza bergegas ke sekolah kerana hari ini Liza bertugas menyapu sampah bersama-sama Mina dan Humaira.Liza meminta maaf kepada mereka kerana lambat tiba.Mina dan Humaira gembira melihat kedatangan Liza.Mereka faham keadaan Liza. Liza mencapai penyapu lalu pergi kebahagian belakang kelas.Setelah tugas mereka selesai, mereka berhimpun di tapak perhimpunan. 7.25 pagi Loceng berbunyi .Mereka beratur .Murid-murid yang lain turut beratur.Mereka berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku. Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Cikgu Anita tampil ke depan perhimpunan sambil memegang alat pembesar suara. Beliau menegur sikap segelintir murid yang suka membuang sampah merata-rata.Ada sampah yang dibuang di kantin ,di dalam longkang , dan di bawah pokok.Kami mengangguk tanda faham. 7.35 pagi Setelah Cikgu Anita selesai berucapa, mereka berjalan dalam barisan untuk masuk ke kelas.

10

Kata nama Kita Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah patutlah

Nilai/pengajaran

Huraian

Pengajaran terdapat dalam petikan adalah______________________seperti _______________________________________________.Selain itu, kita hendaklah ________________________seperti _____________________________________. Di samping itu, kita perlulah _________________________ seperti _____________ _______________________________.Seterusnya, kita mestilah _______________ seperti _____________________________.Akhir sekali, kita haruslah __________ ___________________ seperti _________________________________________.

11

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hari ini Badrul membawa bekalan ke sekolah.Dia mengajak Kamal bersarapan bersamanya.Selepas makan , Badrul memasukkan sisa makanan ke dalam tong sampah. Kamal pula mengucapkan terima kasih kepada Badrul.

Setelah itu , mereka menjalankan tugas membersihkan kelas.Mereka menyusun kerusi dan menyapu sampah.Kerja itu dilakukan bersama-sama rakan yang lain.

Apabila loceng berbunyi , mereka segera berbaris. Kemudian, mereka mendengar pesanan daripada guru yang bertugas.Selepas itu, mereka berjalan masuk ke kelas dengan tenan dan senyap.

Kata nama

Kata bantu

Nilai / Pengajaran

Contoh / Huraian

12

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hari ini sekolah Ramli mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Awal-awal lagi Ramli telah bangun untuk ke sekolah. Setelah mengerjakan solat subuh dan bersarapan bersama keluarga, dia terus pergi ke sekolah. Hari ini, Ramli pergi ke sekolah bersamasama ibu bapanya. Wajah Ramli begitu ceria sekali. Dalam perjalanan, Ramli tidak henti-henti bercerita kepada ibu bapanya tentang cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera.

Kedatangan ibu bapa Ramli disambut oleh dua orang guru. Mereka membawa ibu bapa Ramli ke dewan sekolah. Semasa berjalan ke dewan sekolah, Ramli melihat beberapa orang guru sedang sibuk menyusun kerusi dan membuat pendaftaran kedatangan ibu bapa. Selepas setengah jam menunggu, majlis pun bermula. Ramli semakin berdebar-debar. Apabila namanya diumumkan, Ramli pun bangun dan berjalan dengan bangganya ke pentas. Ramli mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang memberi hadiah.

Apabila sampai ke tempat duduknya, kedua-dua ibu bapa Ramli memeluk dan mencium Ramli. Ramli menangis gembira. Tidak sia-sialah usahanya selama ini yang memberi tumpuan semasa guru mengajar dan selalu mengulang kaji pelajaran. Ramli bersyukur kepada tuhan atas kejayaannya itu. Kata nama Kata bantu Nilai / Pengajaran Contoh / Huraian

13

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila abangnya ditawarkan melanjutkan Jepun, Amira mengucapkan rasa syukur. Namun jauh di sudut hatinya, berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan abangnya. Hal ini diluahkan kepada ibunya. Ibu memujuknya supaya bersabar . Kata ibu, abang pergi untuk menuntut ilmu dan hanya mengambil masa empat tahun sahaja.

Kini empat tahun sudah berlalu. Minggu depan abangnya akan pulang dengan membawa segulung ijazah. Amira gembira kerana cita-cita abangnya untuk menjadi doktor sudah tercapai. Sementara menunggu kepulangannya, dia membantu ibu mengemas bilik abang.

Hari yang ditunggu semakin hampir. Amira sentiasa berdoa semoga abangnya pulang dalam keadaan sihat. Tepat jam 5.45 petang, di Lapangan Terbang Bayan Lepas, dia bersama keluarganya menyambut kepulangan abang. Apabila terlihat saja abangnya, dia terus berlari mendapatkan abangnya itu. Mereka berpelukan untuk melepaskan rasa rindu.

Kata nama Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

14

Kita

patutlah

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kini tiba giliran guru disiplin menyampaikan ucapan. Sebelum menyampaikan ucapan, Cikgu Halim memerhatikan anak muridnya seorang demi seorang. Saya kumpulkan kamu semua di dewan ini memerhatikan anak muridnya seorang demi seorang. Saya kumpulkan kamu semua di dewan ini kerana beberapa sebab. Pertama, di dalam kelas ketika guru mengajar, kamu tidak memberi tumpuan terhadap apa yang diajar. Kamu selalunya berbuat bising, kata Cikgu Halim. Kedua, kelas kamu didapati kotor. Sudah berulang kali saya ingatkan, sebelum sesi pembelajaran bermula, kamu harus pastikan kelas dalam keadaan bersih. Semua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah, bukan dibiarkan bertaburan di lantai, kata Cikgu Halim. Perkara ketiga, saya dapati kamu tidak memakai pakaian yang lengkap. Selain uniform sekolah, kamu diwajibkan memakai lencana , tali leher, dan stoking. Manakala baju perlu dimasukkan ke dalam seluar. Mulai hari ini, jika kamu melanggar peraturan sekolah, kamu akan didenda, tegas Cikgu Halim.

Kata nama Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah

Nilai/pengajaran

Huraian

15

Kita Kita Kita

hendaklah haruslah patutlah

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu hendaklahlah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada tengah hari itu, Siti Haliza membaca buku cerita sambil menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Berjaya.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan tangisan seorang murid perempuan yang duduk tidak jauh daripada bangku kayu tempat duduk dia duduk. Siti Haliza menghampiri murid perempuan itu dan bertanya apa yang berlaku.Murid perempuan itu memberitahu Siti Haliza bahawa dia kehilangan duit untuk membayar tambang bas.Siti Haliza terus menghulurkan RM 2 baki duit dia membeli buku latihan kepada murid perempuan itu. Murid perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada Siti Haliza.Tidak lama kemudian , bas pun tiba.Siti Haliza beratur sebelum menaiki bas itu. Dia memberikan peluang kepada murid-murid Tahap Satu dan dua orang tua untuk menaiki bas itu dahulu.

Kata nama Kita Kita Kita Kita

Kata bantu mestilah perlulah hendaklah haruslah

Nilai/pengajaran

Huraian

16

Kita

patutlah

17

Anda mungkin juga menyukai