Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2013 ( KAISARA ) SEKOLAH KEBANGSAAN AWAT-AWAT, 98850, LAWAS,SARAWAK.

KAISARA
K - Kecemerlangan A - Akademik I - Intelek S - Sahsiah A - Agenda R - Raih A - 5A

RASIONAL Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kaisara berlandaskan Falsafah Pndidkan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, Kaisara dijadikan medium bagi melakar kejayaan untuk anak-anak didik di SK Awat-Awat pada tahun ini. Kejayaan akademik merupakan tulang belakang inspirasi kehidupan insan. Namun di sebalik itu, terdapat elemen lain yang menyokong kejayaan tersebut sering dipandang sepi. Justeru KAISARA, satu program yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani serta sahsiah yang jitu berlandaskan FPK. Justeru membudayakan KAISARA dalam aspek pendidikan merupakan satu usaha murni yang berterusan ke arah penambahbaikan dalam semua kerja dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keterampilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan yang menyeluruh melalui latihan, kursus motivasi, perkongsian pintar, bengkel, aktiviti membaca yang bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup. Walaupun ringkas nama diberi,projek ini dijalankan secara serampang dua mata. Di samping menjana kecemerlangan akademik, pada masa yang sama pembentukan sahsiah tidak boleh diabaikan. Sahsiah yang cemerlang, melengkapkan lagi pakej kegemilangan pembentukan modal insan ke arah melahirkan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua lapangan.

OBJEKTIF Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan yang disampaikan berbeza berdasarkan tahap penerimaan seseorang individu. Setiap murid diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan yang dimiliki.

PENGISIAN KAISARA Terdiri daripada 4 komponen utama: Akademik Kerohanian Emosi Jasmani Akademik Kelas Tambahan Harian & Cuti Sekolah Latih Tubi Kelas Intensif Kerohanian PAFA Temanku Kem Kerohanian / Bestari Solat Bacaan Yasin Solat Hajat Jasmani Setiap murid berpeluang menonjolkan bakat Berkebolehan, aktif, serta mampu bersaing Dorongan, motivasi dan latihan Emosi/Motivasi Persediaan awal menghadapi UPSR/Kemahiran Belajar Cara Belajar. Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru Teknik Menjawab Soalan Kem Motivasi Mutiara Kata Imbuhan Jaya

RANGKA KERJA PROGRAM KAISARA UPSR 2013

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

1) Kelas Tambahan i. Harian Isnin hingga khamis (1.30 4.00 petang.) ii. Cuti Sekolah (pertengahan penggal dan pertengahan tahun) iii. Kelas Malam (Hari Rabu . 7.00 8.00 malam) - Fokus kepada latih tubi menjawab soalan - Melibatkan semua murid Tahun 6 -Latih Tubi . 2) Gerak Gempur - Bahan yang dibekalkan oleh PPD -Soalan-soalan lepas (UPSR dan Percubaan) - Murid-murid sederhana dan cemerlang diberi latihan intensif.

3) Teknik Menjawab Soalan ( TMS ) - Murid-murid diberi pendedahan berkenaan format soalan dan cara-cara menjawab megikut kehendak soalan. 4)Kem Motivasi / klinik upsr - Meningkat keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri - Membentuk semangat jati diri. 5) Jadual Blok Jul 6 Sept 2013 - Dikenali sebagai sistem kepung - Murid hanya belajar 5 subjek UPSR, Pendidikan Agama Islam dan PJK - Setiap hari murid menjawab soalan model UPSR dan perbincangan jawapan. - Soalan dari negeri lain.

PROGRAM PENINGKATAN KEROHANIAN/ KEAGAMAAN

1) Bacaan Yassin / Solat Hajat - bacaan Yassin diadakan di dalam kelas pada setiap pagi Jumaat . - Peringkat perdana diadakan bersama ibu bapa pada 05.September 2013. - Ihya Ramadhan diadakan sepanjang bulan puasa. - Majlis khatam Al Quran pada Oktober 2013. - Dikendalikan 0leh GPAI dan Guru J-Qaf. 2 ) Mutiara kata Sepanjang tahun - Dikendalikan oleh Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan dan Guru bertugas mingguan. - Dijalankan secara formal (perhimpunan). 3)Imbuhan Jaya Setiap kali selepas ujian dan peperiksaan - Penghargaan diberi setiap kali selepas ujian kepada murid yang berjaya memperoleh 5A. Motivasi kepada murid tersebut dan pada masa yang sama merangsang murid lain supaya berusaha lebih gigih jika ingin berjaya.

STRATEGI PELAKSANAAN KAISARA 01 ) Menyampaikan cadangan dalam mesyuarat AJK Tahun 6 untuk dipersetujui. 02) Menganjurkan sesi pertemuan dan dialog dengan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 2013 03) Mengemukakan kertas cadangan program kecemerlangan UPSR. 04 ) Menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan program 05 ) Mengadakan kelas bimbingan percuma bermula minggu kedua Januari 2013. 06 ) Menganjurkan kelas bimbingan bagi murid lemah dan cemerlang. 07 ) Menganjurkan kem motivasi yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid. 08 ) Merancang program Teknik Menjawab Soalan (TMS) bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid cara memahami serta menjawab mengikut kehendak soalan sebenar. 09 ) Memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai menghargai usahanya di samping sebagai pendorong kepada rakan-rakan yang lain supaya rajin belajar. 10 ) Pemantauan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pelaksana ( GB & GPK Kurikulum )

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KAISARA UPSR 2013

PENGERUSI : CIK MASNAH BT. OTHMAN (GURU BESAR) NAIB PENGERUSI 1 : EN. JAMAL BIN ABDULLAH (PK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 2 : CIK DAYANG HAYATI BT. MALAM (PK HEM) NAIB PENGERUSI 3 : EN. SININ BIN JAMAN ( PK KK ) SETIAUSAHA : UST. ALIAZALI BIN AHMAD ( GURU KELAS ) PENYELARAS : BENDAHARI : AJK : KETUA PANITIA GURU MATA PELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH : Jamal Bin Abdullah Penolong Kanan 1 SK AWAT-AWAT , LAWAS.

Anda mungkin juga menyukai