Anda di halaman 1dari 8

Nama : TAN HOON KEEM Kad pengenalan : 710504-08-5260

Refleksi Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik di dalam hati adalah sama ada mampu dan tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tiba tarikh penghantaran. Dengan semangat berpasukan yang tinggi,,akhirnya saya dan rakan sekumpulan berjaya siapkan kerja khusus walaupun terdapat berbagai halangan perlu kami tempuhi. Kami telah cuba mencari bahan mengenai tajuk yang yang diberi. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu semasa yang berkaitan dengan tajuk. Saya berasa sedih kerana kami kesuntukan masa untuk mencari bahan yang menyebabkan kami kekurangan sumber,terutama sumber rujukan yang berteraskan buku. Paling mencabar dan menarik ialah untuk menyiapkan skip cerita dan boneka yang memakan masa hampir 3 hari. Ini adalah kali pertama saya menghasilkan boneka kerana sebelum ini saya tidak pernah mendapat pendedahan sama ada di peringkat sekolah menengah mahupun rendah.

Membentuk dan membuat boneka merupakan

satu bidang yang

mengutamakan penguasan kemahiran. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapat satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Akhirnya,saya berjaya menyiapkan boneka sarung tangan yang memuaskan.Tugasan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

pelbagai walaupun memakan masa dan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit. Sepanjang menyiapkan tugasan ini dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap penerima murid sekolah rendah, saya telah mencari dan memilih cerita binatang yang berkaitan dengan moral dan nilai murni yang dapat dipupuk dalam golongan kanak-kanak.

Melalui persembahan boneka ini,saya telah mempelajari tentang caracara penyampaian cerita melalui persembahan boneka dan mendapatkan pengalaman yang amat berguna pada masa depan.

Langkah-langkah pelaksanaan pengajaran menggunakan Boneka Set Induksi : Guru menunjukkan boneka-boneka binatang kepada murid-murid sambil mengajuk bunyi haiwan yang berkenaan.Kemudian minta murid-murid mengajuk bunyi haiwan dan menamakan haiwan yang berkenaan.

Langkah 1 : Guru membuat persembahan bercerita menggunakan boneka. Murid-murid menonton persembahan boneka guru.

Langkah 2 : Selepas persembahan boneka, guru bersoal jawab dengan murid. Soalan : 1) Apakah watak-watak yang terlibat dalam lakonan tadi? 2) Manakah watak yang telah menang dalam pertandingan ratu cantik? 3) Manakah watak yang telah kalah dalam pertandingan itu? 4) Apakah pengajaran yang kita dapat dalam cerita?

Langkah 3 : Guru mengedarkan teks cerita kepada murid. Murid diminta membuat latihan persembahan cerita secara berkumpulan.

Langkah 4 : Murid membuat persembahan bercerita menggunakan boneka.Guru membuat ulasan persembahan kumpulan.

Langkah 5 : Sumbangsaran nilai murni daripada cerita.

Cerita Yang Disembahkan Oleh Guru

Kuda Belang

Pada suatu hari, Si Haimau bertemu dengan Si Zirafah. Mereka ingin mengadakan satu pertandingan ratu cantik. Mereka memberitahu kawan-kawan mereka di hutan. Kita akan mengadakan satu pertandingan ratu cantik seminggu dari sekarang. Kesemua binatang berkaki empat dijemput,kata mereka.

Berita itu tersebar.Kesemua binatang berkaki empat berasa seronok. Si Kuda Belang juga hendak menyertai pertandingan itu. Pada masa lampau,Si Kuda Belang adalah sejenis kuda yang istimewa.Ia berwarna putih,bersaiz kecil dan tidak berbelang-belang. Si Kuda Belang berkata kepada dirinya, Bagaimanakah saya dapat menang dalam pertandingan itu? Tubuh saya tampak sangat lesu. Si Kuda Belang bertemu dengan Si Harimau.Ia berkata,Kamu kelihatan sungguh ceria dan berani. Si Harimau pun berkata, Kamu juga nampak ceria dan pandai berlari. Selepas itu,Si Kuda Belang berjumpa dengan Si Zirafah. Ia berkata kepada Si Zirafah,Mata kamu sangat cantik! Si Zirafah pun berkata, Badan kamu kelihatan bersih dan cantik sekali. Sekembalinya ke dalam gua,Si Kuda Belang melukis belang pada badannya.Sekarang saya nampak cantik seperti Si Harimau,katanya. Ia memakai bulu mata dan berkata,Sekarang saya nampak cantik seperti Si Zirafah. Hari pertandingan itu pun tiba.Binatang-binatang berkumpul di tempat pertandingan itu.Mereka semua kelihatan cantik. Si Kuda Belang nampak paling menonjol di antara mereka. Hakim-hakim berkata,Marilah kami membandingkannya dengan petanding-petanding yang lain. Jadi Si Kuda Belang pun cuba berlari melepasi Si Kuda.Namun ia tidak dapat menandingi Si Kuda,dan Si Kuda pun menang.

Si Kuda Belang berlawan dengan Si Harimau.Tetapi ia kuang kuat,dan Si Harimau menang. Kemudian Si Kuda Belang cuba memandang jauh.Tetapi Si Zirafah boleh memandang lebih jauh,dan Si Zirafah menang. Si Kuda Belang menjadi pihak yang kalah.Ia sangat sedih,dan berdiam seumur hidupnya.

Pengajaran yang boleh kita dapati dalam cerita : Berpuaslah dengan diri kamu seadanya.

Bibliogrfi Som Hj.Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramlan (2000) Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) .Longman K.L.

Pooh Swee Hiang (1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK). Penerbit Kumpulan Budiman KL.

Anda mungkin juga menyukai