Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU NORHASNIDA BT ABD RAHMAN 911009-01-5602

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3112. Untuk tugasan kali ini, kami telah ditugaskan untuk menganjurkan dan mengelolakan satu kejohanan permainan tradisional. Permainan tradisional yang telah kami pilih ialah Laga Ayam. Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini sememangnya sudah terkenal dan biasa kami lihat dan ada yang sudah mempunyai pengalaman bermain tetapi dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi pengurusannya yang menjadi tugasan utama. Pada dasarnya tugasan ini tidaklah begitu rumit bagi saya dan rakan-rakan kerana kami semua sememangnya telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan sesuatu program sukan. Perbincangan telah diadakan antara kami bagi melaksanakan proses penganjuran dan pengelolaan permainan ini.Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan

jayanya.Walaupun saya tidak berapa pandai untuk bersukan tetapi pertandingan permainan tradisional yang diadakan ini telah menyebabkan saya berasa seronok untuk bermain. Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang yang bersistematik.Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa akan datang. Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kesan .Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Walaupun kami semua adalah guru tetapi saya rasa aktviti dalam kumpulan memerlukan satu bentuk kerjasama yang cukup baik . Inilah kelemahannya di mana tidak wujud kerjasama yang betul betul mantap bagi melaksana dan mengelolakan aktiviti ini.Hal ini demikian adalah kerana wujudnya ego dalam diri masing masing ,maklumlah semuanya sudah berumur dan mempunyai banyak mengajar . pengalaman

Saya juga dapati,masa yang diberi kepada kami untuk menganjur projek ini agak singkat.Dengan kekangan masa yang singkat ini sudah tentu perancangan yang benarbenar kemas dan mantap tidak dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya sesuatu program pertandingan sukan termasuklah sukan tradisional memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik pula memerlukan mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Anda mungkin juga menyukai