Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH TOKOH MEMANAH ISLAM

Di dalam sejarah ilmu hadith, antara tokoh yang paling dikagumi ialah
Imām al-Bukhārī. Beliau dilahirkan 194 H di Bukhara, dan meninggal
dunia pada tahun 256 H di Samarkhand.
Di dalam buku yang menceritakan biografi kehidupannya, Imām al-
Bukhārī bukan sahaja seorang anak muda yang rajin dan tekun belajar
semasa kecilnya, akan tetapi beliau juga minat serta mahir memanah
dan berkuda.
Dalam satu tesis Master yang ditulis oleh Ahmad Hadi Sheikh Ali dari
Universiti Islam Madinah di bawah selian Dr Ahmad bin Abdullah al-
Zahrani pada tahun 1415H bertajuk “Riwayat-riwayat Tafsir Imām
Bukhārī Mengenai di Luar Kitab Sahihnya”, pengkaji telah menulis
beberapa sumber yang menyokong dakwaan bahawa Imām al-
Bukhārī sebagai seorang pemanah.
Menurut kajian tersebut, sebab utama mengapa Imām al-Bukhārī
minat dan mahir di dalam sukan memanah serta berkuda, adalah
kerana menepati arahan Allah yang turut dipandu oleh tafsiran sarjana
salaf, terhadap ayat al-Qur’ān:

ُّ‫َُّّللا‬
ِ َّ ‫عد َُّو‬ َ ُ‫اطُّا ْل َخ ْي ِلُّت ُ ْر ِهب‬
َ ُّ‫ونُّ ِب ِه‬ ِ ‫نُّر َب‬ َ ‫مُّمنُّقُ َّو ٍة‬
ِ ‫ُّو ِم‬ ْ ‫َوأَ ِعدُّواُّ َل ُهمُّ َّماُّا‬
ِ ُ ‫ستَ َط ْعت‬
‫عد َُّو ُك ُّْم‬
َ ‫َو‬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang


menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan
dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh
kamu..
Oleh kerana nabi pernah menyatakan secara literal bahawa kekuatan
di dalam ayat di atas bermaksud memanah, maka, walaupun pada
zaman Imām Bukhārī teknologi persenjataan jarak jauh telah
berkembang, dengan terciptanya menjanit dan meriam, akan tetapi
seni memanah tetap tidak ditinggalkan.
Pengkaji mengkagumi kesungguhan Imām al-Bukhārī, bukan
semata-mata pandai berteori dengan ilmu, tetapi terus mengaplikasi
dan beramal dengan ilmu yang ada. Apatah lagi pada zaman tersebut,
umat Islam amat memerlukan penganutnya yang kuat dan mahir
bersenjata demi mempertahankan kesucian Islam.
Telah berkata salah seorang anak murid yang juga kerani kepada
Imām al-Bukhārī:
“Imām al-Bukhārī kerap menunggang kuda untuk berlatih
memanah. Sepanjang aku mendampinginya, aku hanya ingat bahawa
panahan beliau hanya pernah tersasar sebanyak dua kali sahaja,
sementara yang lain akan mengenai sasaran” (Muqaddimah al-Fath,
m/s 480).
Mudah-mudahan, Allah memberkati pemanah-pemanah yang
memilih sukan ini, kerana Sunnah. Dan mudah-mudahan, mereka
tidak dilalaikan dengan memanah, sebaliknya menjaga solat, batas
pergaulan, serta menjadi seperti Imām al-Shafi’I dan Imām al-
Bukhārī, pandai memanah tetapi rajin juga membaca kitab.

Anda mungkin juga menyukai